Wednesday, December 30, 2009

Jurutera maut kena bilah kipas

KUANTAN: Seorang juruteknik warga Bangladesh maut apabila kepalanya terkena bilah kipas alat penghawa dingin ketika mencuci alat berkenaan di sebuah kilang simen di Bukit Sagu, kelmarin.Mangsa, Mohammad Jakir Hossan, 34, dikatakan sempat menjerit kesakitan sebelum ditemui terbaring di lantai oleh lima rakan sekerja kilang terbabit, kira-kira jam 2.30 petang.
Pegawai Turus di Jabatan Urusetia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata mangsa yang sudah bekerja di kilang itu sejak enam tahun lalu cedera parah di kepala, tangan dan telinga.
Menurutnya, mangsa sempat dibawa ke Klinik Desa Bukit Goh tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Friday, December 25, 2009

Ancaman gempa sekuat 8.6 skala Richter

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
Date : 24 Dec 2009
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

Tuesday, December 15, 2009

Air sisa pusat cuci kereta punca pencemaran, kanser

Air sisa pusat cuci kereta punca pencemaran, kanser
Oleh Mohd Azis Ngah
TINJAUAN kegiatan mencuci kereta menggunakan 'snow wash' di sekitar ibu kota berleluasa tanpa dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air. 'Snow wash' mengandungi bahan kimia bahaya dialir
terus ke sungai
KUALA LUMPUR: Air sisa basuhan daripada lebih 10,000 pusat cuci kenderaan yang dianggarkan beroperasi di negara ini, dikenal pasti antara punca pencemaran sumber air dan hidupan laut yang boleh menyebabkan kanser. Ia berikutan penggunaan 'snow wash' mengandungi bahan kimia Linear Alkylbenzenes (LABs) tanpa sebarang sekatan atau larangan, malah hampir 95 peratus daripada pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air, sebaliknya terus disalurkan ke longkang atau sungai.
Kegiatan itu jelas melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 membabitkan sumber air di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar serta Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 membabitkan bekalan air terawat di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Berdasarkan kajian saintifik sejak 15 tahun lalu, air sisa cuci kenderaan disahkan mengandungi bahan kimia serta logam berat yang mengalir apabila bahan berkenaan disapu pada kenderaan dan boleh menanggalkan cat, kesan minyak hitam, tar serta minyak brek. Jika pengusaha cuma menggunakan syampu kenderaan tanpa 'snow wash', kesannya tetap berbahaya kerana kedua-duanya dikategorikan bahan cuci industri berkuasa tinggi yang mempunyai lebih kuasa 'surfactants' dan mampu menyerap bahan pencemar organik, termasuk sisa minyak seperti gris dan lebihan minyak gear.
Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, berkata kurangnya kesedaran dan sikap bertanggungjawab menguruskan lebihan air menyebabkan sisa basuhan dibiarkan mengalir ke longkang, sungai dan laut. Beliau menyifatkan kesan penggunaan bahan kimia tanpa kawalan itu kini pada tahap sangat membimbangkan, sekali gus memerlukan pihak berkuasa melakukan sesuatu dengan segera, terutama kerana hasil laut adalah antara makanan utama rakyat negara ini. "Sangat membimbangkan... kajian ke atas tisu kupang di beberapa kawasan perairan negara menemui bahan LABs, benzo (a) pyrene dan benz (g,h,i) perylene, iaitu sejenis hidrokarbon aromatik yang paling berbahaya kepada kesihatan manusia. "Ia boleh menyebabkan kemusnahan sistem endokrin dan punca kanser kerana bahan karsinogenik adalah penyebab kanser. Situasi sama berlaku kepada hidupan laut lain dimakan manusia," katanya.
Tinjauan Berita Minggu mendapati kebanyakan pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi kemudahan sistem aliran air sisa, termasuk membiarkannya mengalir ke jalan raya, malah pekerja yang kebanyakannya warga asing juga langsung tidak tahu bahan yang digunakan. Ketika ditanya jenis sabun mencuci kenderaan, pekerja terbabit memaklumkan mereka tidak tahu jenamanya, tetapi mengakui kaedah `snow wash' memudahkan kerja kerana mengeluarkan banyak buih. Sepanjang kajian ke atas kesan sisa air basuhan kenderaan, saintis turut menemui kesan LABs yang sudah pun merebak ke Laut Cina Selatan dalam lingkungan 200 batu nautika, bahkan di Pulau Layang-Layang juga mempunyai kesan pencemarannya. Kesan sama juga berlaku sekiranya orang ramai mencuci sendiri kenderaan di rumah kerana sudah pasti sisa basuhan mengalir ke longkang berdekatan. Mohamad Pauzi menjangkakan dalam tempoh kurang 50 tahun akan datang, masalah itu menjadi lebih serius sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan cepat mengawal aktiviti di premis cuci kenderaan. "Di Jepun, pemilik kenderaan akan didakwa sekiranya membasuh kenderaan di rumah. Mereka cuma dibenarkan mencuci kenderaan di premis khas yang mempunyai sistem rawatan air terpakai. Itu yang sepatutnya kita lakukan, bukan membiarkan aktiviti ini tanpa kawalan," katanya. "Kebanyakan pusat cuci kenderaan mempunyai lantai bersimen, jadi sisa yang ditinggalkan langsung tidak ditapis tanah dan mengalir sepenuhnya ke longkang atau mana-mana kawasan rendah," katanya.
Bahan toksik pencuci kenderaan tak mudah larut
JIKA dianggarkan 50 peratus daripada kira-kira 10 juta pemilik kenderaan persendirian berdaftar di Malaysia mencuci kenderaan di pusat cuci sekali dalam sebulan, ia bermakna lima juta daripada mereka menyumbang kepada pencemaran air negara. Itu belum dikira kenderaan perdagangan atau motosikal yang pasti menambah jumlah penyumbang pencemaran jika mengambil kira perangkaan jumlah kenderaan di negara ini yang dianggarkan mencecah 16 juta setakat pertengahan tahun ini. Sudah pasti pemilik atau pengusaha premis cuci kenderaan, sama ada berdaftar atau beroperasi secara haram tersenyum lebar kerana dengan bayaran purata RM5 hingga RM10 setiap kenderaan dicuci, mereka boleh mengaut keuntungan lebih 50 peratus selepas ditolak kos bahan dan pekerja. Sikap bermotifkan keuntungan semata-mata itulah yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pesakit kanser di negara ini kerana bahan mencuci kenderaan digunakan, sebenarnya mengandungi bahan kimia berpunca daripada penggunaan 'snow wash'. 'Snow wash' atau takrifan saintifiknya 'surfactants' dan bahan pencuci yang mengandungi sisa LABs', sejenis sabun berbuih pekat disemburkan pada badan kenderaan dan digunakan hampir semua premis cuci kenderaan kerana mudah serta banyak buih berbanding sabun biasa. Dengan purata setiap kenderaan dicuci menggunakan 20 liter air bercampur sabun, 40 peratus atau lapan liter daripada sisa air mengandungi bahan pencemar kental, bermakna jika lima juta kenderaan dicuci, ia akan menyumbang 40 juta liter sisa air tercemar sebulan. Dalam tempoh 12 bulan, ia menyumbang 480 juta liter air tercemar hasil tanpa belum mengambil kira tempoh berkembangnya perniagaan cuci kenderaan yang dipercayai aktif sejak lebih 10 tahun lalu. Dalam istilah kimia, bahan toksik itu dipanggil `hydrophobics' dan paling ditakuti kerana kekal dalam ekosistem untuk tempoh lama serta tidak mudah larut dalam air, sebaliknya dalam bahan organik seperti lemak atau lipid manusia jika terdedah melalui pernafasan, pemakanan dan sentuhan kulit. Ia juga boleh dipindahkan dari satu organisme ke organisme lain melalui rantai makanan manusia. Baki 60 peratus daripada air sisa itu pula bahan mudah dinyah bakteria dalam proses pereputan atau biodegredasi yang dipanggil 'hydrophillics' kerana mudah larut dalam air dan kesannya tidak begitu membimbangkan kerana tidak kekal lama dalam alam sekitar. Saintis dan Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, berkata kajiannya ke atas kerang dan kupang mendapati tisunya mengandungi bahan toksik berpunca daripada bahan tercemar dilepaskan daripada aktiviti cuci kenderaan. "Sisa toksik itu akan kekal lama. Jika dimasak atau direbus dengan suhu paling maksimum pun, ia tak akan musnah, sebaliknya cuma beralih tempat. Bahan itu tak boleh dinyahkan, rebusan air cuma boleh membunuh bakteria," katanya. Bahan tercemar organik dalam hidupan laut yang dimakan manusia akan masuk ke dalam tisu badan melalui tiga cara iaitu menumpang di tempat berair, berlemak dan berdarah mengikut keserasian sehingga ia dikeluarkan semula secara perlahan-lahan sebelum masuk ke otak. Tindakan pemilik membasuh tayar kenderaan menggunakan pam air berkuasa tinggi juga menyebabkan pencemaran kerana setiap tayar kenderaan disahkan mengandungi sulfur serta bahan kimia Mobt (-2-(4-Morpholinyl)-Benzothiozole). Apabila tayar kering terkena tembakan air, Mobt semakin cepat mengalir keluar dan bercampur sisa basuhan lain, tetapi air basuhan enjin kenderaan lebih berbahaya kerana semua sisa akan bercampur dengan pelbagai jenis minyak enjin. "Pihak berkuasa yang meluluskan lesen premis cuci kenderaan perlu memainkan peranan dengan mengarahkan sistem rawatan air sistematik diwujudkan bagi mengurangkan pencemaran. Kenapa kilang diwajibkan ada sistem rawatan sisa air, sedangkan pusat cuci kenderaan dibiarkan. "Mungkin ramai tidak sedar, jika air sisa basuhan kenderaan itu direbus dan diminum cuma setitik, mereka yang meminumnya akan disahkan menghidap kanser dalam tempoh 24 jam selepas itu," katanya.
Patuhi syarat buang sisa sebelum dapat lesen
LEMBAGA Urus Air Selangor (Luas) yang bertanggungjawab memulihara dan menjaga sumber air di Selangor menyarankan satu garis panduan digubal untuk perniagaan cuci kenderaan yang antara lain boleh mengawal pencemaran berpunca daripada aktiviti terbabit. Ia termasuk menetapkan lokasi dan waktu perniagaan sesuai serta pengurusan air buangan sebagai syarat yang harus dipatuhi sebelum lesen perniagaan dikeluarkan. Ketua Penolong Pengarah Luas, Nor Zamri Sondor, berkata selain mengeluarkan lesen, pihak bertanggungjawab juga perlu menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan pengusaha premis cuci kenderaan tidak melanggar syarat ditetapkan. "Perlu disedari kebanyakan premis cuci kenderaan beroperasi dalam skala kecil dan kebanyakannya tanpa kebenaran. Pihak yang mengeluarkan lesen perniagaan mesti lebih tegas dan sentiasa memantau perkembangan perniagaan berkenaan. "Pengusaha mesti dipastikan bertanggungjawab menjaga sumber air dan alam sekitar, termasuk mempunyai kaedah rawatan air sisa dari premis masing-masing menggunakan kaedah yang ditentukan pihak berkuasa dan kos rawatan ditanggung pemilik premis," katanya. Bagi pencemaran sumber air, ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, manakala di Selangor, ia di bawah bidang kuasa Luas melalui Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Merujuk takrifan pencemaran sumber air mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, boleh dikatakan pengusaha premis cuci kenderaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pencemaran yang berpunca daripada aktiviti mereka kerana tidak menyediakan sistem rawatan dan pelepasan sisa secara tidak terkawal. Bagi Selangor, Nor Zamri berkata, pemilik pusat cuci kenderaan perlu mendapatkan kebenaran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menggunakan air terawat dan kebenaran Luas bagi menggunakan air bawah tanah atau air permukaan seperti sungai dan kolam. "Tidak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia jarang menghargai nilai semula jadi, kurangnya perasaan sayang pada alam sekitar, melanggar undang-undang, sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata. Ia memburukkan pencemaran sedia ada," katanya. Luas yang bertindak sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sungai dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan teknikal lain kini giat memantau dan menangani aktiviti yang boleh mencemarkan sumber air. Selain program meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sumber air dan penjagaannya, agensi itu menganjurkan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak dan Program Qua-Qua LuasU. Kesimpulannya, disebabkan selesa dengan bekalan air mencukupi dan tidak pernah terbayang air akan berkurangan atau tidak boleh digunakan akibat pencemaran kritikal, masyarakat tidak sedar pentingnya menjaga sumber air.
Pekerja terdedah risiko bahan kimia berisiko
PENGGUNAAN sabun dan syampu kenderaan mengandungi bahan kimia tanpa langkah pencegahan keselamatan termasuk tanpa menggunakan sarung tangan dan topeng muka, turut mendedahkan bahaya kesihatan kepada pekerja pusat cuci kenderaan. Tinjauan Berita Minggu di beberapa premis cuci kenderaan sekitar Kuala Lumpur mendapati setiap premis mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja, tetapi tiada seorang pun memakai sarung tangan getah dan topeng muka. Tanpa perlindungan itu, mereka dilihat kerap mengisi semula bekas sabun atau syampu ke dalam botol kecil serta mencuci kenderaan menggunakan tangan yang kemudian langsung tidak dibersihkan. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata penggunaan 'snow wash' dan syampu kenderaan bukan setakat mencemar alam sekitar, tetapi boleh mengakibatkan pelbagai penyakit lain kepada pekerjanya. "Pekerja premis ini patut menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jika diperhatikan, amat ketara sikap pekerja yang memandang remeh soal kesihatan, sedangkan mereka terdedah kepada bahan kimia setiap hari. "Kami sendiri percaya bahan yang digunakan dalam 'snow wash' memang berbahaya. Jika ia boleh menanggalkan kesan cat dan minyak pada badan kenderaan, sudah tentu ia boleh memudaratkan badan manusia," katanya. Sambil meminta majikan pusat cuci kenderaan mewajibkan pekerja mereka memakai topeng muka dan sarung tangan seperti pekerja ladang setiap kali menggunakan bahan kimia, Mohamed Idris berkata, tidak kurang 500 pusat cuci kenderaan, termasuk premis haram beroperasi di Pulau Pinang. "Kebanyakannya dibuka di kawasan perumahan kerana permintaan tinggi. Boleh dikatakan, setiap kawasan perumahan kondominium dan apartmen mesti ada sekurang-kurangnya sebuah pusat cuci kenderaan. Memang ada juga yang berlesen dan beroperasi di stesen minyak, tetapi jumlahnya rendah. "Sudah tentu mereka membiarkan air sisa mengalir ke longkang tanpa dirawat. Saya menyokong sekiranya pihak berkuasa tetapkan garis panduan bagaimana mereka boleh beroperasi tanpa menyumbang kepada pencemaran alam," katanya. Aktivis alam sekitar, Datuk Dr Salleh Mohd Nor, menegaskan isu itu pernah dibangkitkan dalam satu konvensyen alam sekitar tetapi sehingga kini tiada peraturan khusus digubal, termasuk mewajibkan air sisa dari pusat cuci kenderaan dirawat sebelum dialirkan ke sistem saliran dalam keadaan bersih. "Jabatan Alam Sekitar (JAS) patut merangka peraturan khas. Kita ada alternatif guna pencuci berasaskan bahan organik dan mesra alam seperti produk berasaskan kelapa sawit," katanya. Beliau turut mencadangkan orang ramai lebih rajin membasuh sendiri kenderaan mereka kerana ia jelas menjimatkan air.

Monday, December 14, 2009

Taking Care of Slope

Taking care of slopes

JUST as a car needs to be properly maintained, slopes also need to be kept in tip-top condition. Maintenance of slopes is simple to do, but it is often neglected. Maintenance is especially crucial when it comes to slopes as it can make the difference between safety and disaster.
Responsibility to maintain the integrity of a slope rests with its owner, be it private or public ownership. That said, people living near hillsides or slopes should not take it for granted that maintenance will be done. So to ensure life and property are continuously safeguarded, they can take their own initiative and check the slope for any signs of neglect, and perform the simple procedures listed below.
1. Debris in drains on slopes
Drains need to be clear and free from any blockages, or this will impede the drainage of water away from the slope. As mentioned previously, excess water and poor drainage is the main cause of landslides, hence the importance of keeping drains flowing. If you see blockages, simply clear the drain.
2. Damaged drains
If there is damage, a proper repair needs to be done to ensure water flows where it is needed. Simply placing a brick or a stone into a crack in the drain will not sufficient as water can still flow into the crack. Alert the slope owner of the damage and keep tabs on it to ensure the repair is done
3. Cracks on slope or wall surface
The same with damaged drains, the slope owner should be alerted to the damage so proper repair work can be done.
4. Blocked weepholes and drain pipes
As these are vital parts of the slope drainage system, they should always be unobstructed so water can flow through them.
5. Vegetation growing in cracks
Any vegetation growing in cracks of slope surfaces should be removed immediately. If left unchecked, the growth of the plant can enlarge the crack and make the damage worse.
6. No vegetation on slope surfaces.
Surfaces of slopes should always be covered and should never be bare. Bare patches on slopes can be replanted with grass or other types of plants that have a good rooting system.
7. Voids or missing pieces in the wall
Missing parts of a retaining wall means the integrity of the structure has been compromised. Again, a proper repair needs to be done to replace any missing pieces.
8. Loose rocks or debris on slopes
Watch for loose rock or debris from slopes. Remove loose rocks, and try to see they are falling down.
9. Leaking water pipes.
Water pipes are often buried below ground and any leaks will be very difficult to spot. However, it is a vital part of slope maintenance and your local water authority must be informed immediately if there is suspicion of a failed or failing water pipe.
10. Rusted metal structures
Slopes can be tricky to climb, and rusted handrails and staircases should be replaced with new ones, so you can be safe while performing inspection of the slope.
>The JKR provides clear guidelines on slope maintenance targeted at engineers and maintenance personnel. These guidelines are also available to the public. Familiarisation with these guidelines can be useful. The document titled ‘Guidelines on Slope Maintenance in Malaysia’ can be downloaded from the website of the Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR, at slopes.jkr.gov.my.
Make a report:
> If you are in a landslide, call 999.
> If you see signs of slope failure, call the engineering department of your local authority.
> For more information, visit the website of the Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR at slopes.jkr.gov.my

Sunday, December 13, 2009

Satu Malaysia mesti perangi rasuah

Satu Malaysia mesti perangi rasuah

Oleh Norizan Sharif / BERITA MINGGU / 13.12.09 FENOMENA rasuah membuat pelaksanaan sesuatu projek tidak bermutu dan membabitkan kos lebih tinggi daripada sepatutnya.

Serangan ke atas SPRM jejas kemampuan suruhanjaya jalankan tugas dengan berkesan
ADAKAH jenayah rasuah boleh dihapuskan? Ya. Tetapi mengapa ia tidak dapat dihapuskan? Rasuah ialah jenayah berasaskan peluang. Selagi ada peluang, selama itulah ada orang yang mengambil peluang melakukan jenayah rasuah. Umumnya, rakyat menolak jenayah rasuah. Bagaimanapun, tumpuannya sekarang ialah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita beranggapan seolah-olah SPRM mempunyai lampu ajaib untuk membanteras jenayah rasuah. Kita menganggap dengan mendakwa semua perasuah pada kesudahannya, jenayah ini akhirnya berakhir.
Memang SPRM sebagai sebuah suruhanjaya mempunyai tanggungjawab besar. Atas alasan itulah agaknya, masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada SPRM dan ia tidak salah. Sering kali, SPRM dilihat sebagai gagal memenuhi harapan ini dan menjadi sasaran kritikan rakyat. Untuk bersikap adil, SPRM baru berusia setahun jagung. Setahun bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Ia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri selepas perubahan peranan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada entiti yang ada sekarang. Pun begitu, SPRM hendaklah menerima kritikan berkenaan secara positif dengan melakukan penambahbaikan berterusan dan tidak menyapu semua isu yang dibangkitkan ke bawah permaidani.
Sebahagian kritikan terhadap SPRM ada asasnya. Usaha penambahbaikan harus diteruskan, khususnya peningkatan tahap profesionalisme dan kepakaran kakitangannya. Dalam mengkritik, berikan tumpuan kepada kes tertentu secara spesifik. Serangan terhadap SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa boleh menjejaskan kemampuan suruhanjaya itu untuk memainkan peranan dengan efektif. Ketika SPRM mempunyai peranan tersendiri dalam soal ini, pihak lain juga mempunyai fungsi dalam membanteras jenayah rasuah. Ambil contoh jenayah rasuah politik. Sering kali masyarakat mempersoalkan kenapa SPRM tidak bertindak. Ya, SPRM patut bertindak tegas dalam hal ini tanpa memilih bulu, bilis atau jerung. Bagaimanapun, ahli parti politik dan rakyat juga perlu memainkan peranan dengan menolak pemimpin rasuah. Dengan cara itu, pemimpin berkenaan tidak lagi berada pada kedudukan yang memberikan mereka kuasa dan sekali gus peluang untuk terus melakukan jenayah itu. Andainya ahli parti tidak berbuat demikian, rakyat sebagai pengundi hendaklah menyampaikan mesej yang jelas bahawa mereka menolak pemimpin rasuah.
Inilah peranan yang boleh dimainkan rakyat. Sekiranya semua rakyat melaksanakan tugas ini dengan berkesan, maka semua parti politik (tanpa mengira apa jenama sekalipun) akan menentukan pemimpinnya bersih. Sebelum ini, ada garisan yang jelas antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Selepas Pilihan Raya Umum (PRU12), keadaan itu berubah. Barisan Nasional (BN) menguasai kerajaan Pusat sementara DAP, PKR dan Pas pula menguasai beberapa kerajaan negeri. Ini bermaksud semua pemimpin parti politik kini mempunyai akses kepada kuasa dan peluang. Pengalaman memberikan ceramah pada program anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang membabitkan parti politik menunjukkan bahawa inisiatif penganjuran program berkenaan dimulakan oleh IIM; bukan sebaliknya. Sekiranya kita bersungguh-sungguh ingin membanteras jenayah rasuah, maka parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan organisasi swasta hendaklah mengambil tanggungjawab mendidik ahli dan kakitangan masing-masing tanpa mengharapkan inisiatif dimulakan IIM. Selain itu, SPRM juga berfungsi melakukan pendidikan jenayah rasuah. Ambillah kesempatan menjalin kerjasama dengan SPRM bagi mendidik masyarakat, bukan sekadar mengharapkan SPRM menyiasat dan menahan perasuah. Memang pendidikan adalah satu proses yang memakan masa. Namun itulah yang perlu dilakukan sekiranya kita ingin membanteras jenayah ini. Usah harapkan jalan singkat. Satu lagi kaedah mengurangkan jenayah rasuah politik ia melalui literasi politik. Pemimpin, ahli parti politik dan rakyat seluruhnya hendaklah dididik mengenai proses politik dan bagaimanakah mereka boleh mengambil bahagian dalam proses itu secara efektif. Sekiranya rakyat memahami dan menerima kepemimpinan politik sebagai beban dan bukannya habuan, maka usaha menangani jenayah rasuah akan menjadi lebih mudah. Apa yang berlaku sekarang ialah ada orang yang melihat pembabitan dalam politik sebagai satu proses mendapatkan kuasa untuk menjadi kaya. Apabila mendapat jawatan, ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengaut harta awam sebagai harta peribadi. Tentulah menjelekkan apabila seorang juruteknik rendah yang menjadi wakil rakyat selama satu penggal boleh memiliki rumah mewah dan kereta besar. Ada orang berkata hanya penerima rasuah yang dikenakan hukuman, manakala pemberi rasuah bebas. Sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan dalam media massa dan ia memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa memberi rasuah tidak salah. Apa yang salah ialah menerima rasuah dan sebab itulah mereka menjadi sasaran siasatan dan pendakwaan. Saya percaya itu tidak tepat dan persepsi ini harus dibetulkan SPRM. Sekiranya laporan mengenai pemberi rasuah disiarkan dalam media massa, ia akan membantu membina kefahaman masyarakat bahawa memberi rasuah juga adalah satu jenayah. Indeks persepsi rasuah Transparency International yang meletakkan Malaysia di tangga ke-57 bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Pada abad ke-21, persepsi adalah sesuatu yang diterima sebagai realiti. Maka, persepsi mesti diuruskan dengan baik. Menguruskan persepsi bukan dengan menafikannya. Saya fikir kita tidak perlu mempertikaikan metodologi kajian atau organisasi berkenaan bagi menidakkan sesuatu hasil kajian atau indeks yang tidak memihak kepada kita. Apa yang perlu dilakukan ialah menerima indeks itu sebagai satu input, di samping menerima input lain. Dalam satu undian atau poll yang saya kendalikan di blog http://nobisha.blogspot.com/, sebanyak 35 peratus daripada 269 responden mengatakan mereka pernah memberi atau menerima rasuah, manakala, 61 peratus mengatakan mereka mengenali secara peribadi seseorang yang menerima atau memberi rasuah. Ertinya, masyarakat melihat jenayah rasuah sebagai sesuatu yang merata dan ia perlu dibanteras sehingga ke akar umbi. Kalau begitu, tunggu apa lagi?
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif,
Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan Presiden Komuniti Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui Facebook http://www.facebook.com/nobisha
atau emel: nobisha@yahoo.com

Saturday, December 12, 2009

Maut selepas akad nikah

Maut selepas akad nikah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my / 12.12.09
Mohd. Faiz (kiri) begitu sedih melihat keadaan kereta yang mengorbankan Mohd. Ariff, ibu dan bapanya di Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis semalam.
PADANG BESAR - Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam. Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang. Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.
Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera. Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.
ORANG ramai melihat kereta yang remuk apabila bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar yang mengorbankan empat orang selepas selesai menghadiri majlis akad nikah, hari ini. - Gambar Rizal Braim
Dec 11, 2009 6:36 pm
PILU: Teh Afifah, 23, pengantin perempuan yang baru empat jam bernikah tidak dapat menahan sebak apabila menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Abdul Kadir yang maut apabila kereta yang dinaiki suaminya bertembung dengan sebuah bas selepas pulang dari majlis akad nikah yang diadakan di rumahnya. - Foto Rizal Braim (berita lanjut)
Dec 11, 2009 6:25 pm Orang ramai melihat keadaan kereta yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah yang mengorbankan pengantin baru, Mohd. Ariff Ab. Kadir, ibu dan bapanya serta seorang jurugambar, dekat Pokok Sena, Perlis hari ini. - Gambar FAIZAL ABU HASSAN

Al-Fatihah........

Friday, December 11, 2009

Lori Tangki Rempuh Rumah

Rumah dirempuh lori tangki ketika mangsa sedang tidur
- Dua beradik rentung
Oleh RAIS YEOP

ANGGOTA bomba berusaha untuk memadamkan api setelah sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Jelebu semalam.

JELEBU - Dua beradik yang dipercayai sedang tidur, rentung apabila rumah mereka terbakar setelah dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas di Kampung Batu Ulu Klawang, Kilometer 18, Jalan Seremban-Jelebu di sini semalam. Dua beradik itu ialah Anisah Hanapiah, 15, dan Mohd. Hafiz, 7. Turut terbunuh ialah pemandu lori tangki milik syarikat MISC Integrated Logistic Sdn. Bhd., Shamsul Kahar Bahudin (gambar), 36, yang berasal dari Melaka.

BEGINILAH keadaan rumah dan lori tangki yang hangus sama sekali di Kampung Batu Ulu Klawang, Jelebu.

Anisah merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Agama Kuala Klawang manakala Mohd. Hafiz murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang. Dalam kejadian pukul 8.39 pagi itu, lori yang sedang membawa 32,760 liter petrol RON 95 dikatakan dipandu laju sebelum gagal dikawal sehingga terjunam ke dalam gaung sedalam empat meter dan merempuh rumah terbabit.Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Supritendan Setapa Yusuff, ketika kejadian, lori terbabit pada mulanya merempuh penghadang jalan dan sebuah kereta Mercedes Benz yang diletak di tepi jalan."Lori itu kemudiannya terjunam ke dalam gaung dan merempuh rumah mangsa sebelum meletup dan terbakar," katanya.

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku selepas sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Kampung Batu Ulu Klawang, Jelebu, semalam.

MARIANI Chembeng (tengah) yang tidak dapat menahan kesedihan berikutan kematian dua anaknya ditenteramkan oleh anggota keluarganya di Kampung Batu Ulu Klawang, Jelebu, semalam.

TRAGIC…Firefighters from the Jelebu fire and rescue station trying to put out the fire involving an oil tanker that crashed into a house and exploded in Kampung Ulu Klawang. The 9am incident claimed three lives including two siblings aged 7 and 14 years old and the driver. -- BERNAMA
Dec 12, 2009 2:57 pm

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jelebu berusaha memadamkan kebakaran disebabkan lori tangki minyak yang terbabas dan meletup di sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, hari ini. Tragedi negeri pada jam 9 pagi tadi itu menyebabkan tiga orang termasuk dua beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung.

Keadaan sekitar kawasan rumah yang hangus terbakar setelah dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas di Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan. Dalam kejadian itu menyebabkan tiga orang termasuk dua adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung.

Petronas siasat punca kemalangan lori tangki

Oleh Sazarina Shahrim dan Hussain Said
bminggu@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Berhad (PDB) sedang menyiasat punca kejadian lori tangki minyak syarikat itu yang meletup selepas terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang sehingga mengorbankan tiga orang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, PDB berkata, pihak berkuasa dan wakil PDB dan operator penghantaran pihak ketiga yang membawa produk untuk syarikat itu kini berada di tempat kejadian untuk mengambil tindakan sewajarnya. “Petronas kesal dan mengucapkan takziah serta akan memberi segala bentuk bantuan kepada keluarga mangsa dalam kejadian itu. “Syarikat kami akan mengambil tindakan sewajarnya kepada operator penghantaran yang terbabit dalam kejadian ini selepas siasatan dijalankan,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 8.39 pagi, dua anak Mariani, Hafiz Hanapiah, 7, dan Anisah, 15, ditemui dalam keadaan rentung dan bertindih selepas rumah mereka hangus terbakar akibat dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas sebelum meletup di Kampung Ulu Klawang, Batu 18 Jalan Seremban-Jelebu. Pemandu tangki lori minyak, Shamsulkahar Bahudin turut terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi. Sementara itu di KUALA KLAWANG, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi jaminan akan membantu Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Ulu Klawang, Mariani Cembeng, 45, yang kehilangan dua anak dalam sekelip mata akibat rentung selepas rumahnya terbakar dirempuh lori tangki minyak, dekat sini semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan Ketua Umno bahagian Jelebu berkata, pihaknya yang simpati serta sedih dengan kejadian itu, turut berharap keluarga mangsa dapat bersabar serta menerima ketentuan Ilahi. “Kita akan cuba sedaya upaya membantu beliau dan Petronas yang memiliki secara langsung atau tidak lori tangki itu, diharap turut sama membantu menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa,” katanya selepas melawat tempat kejadian, petang semalam. Rais berkata, pada masa sama beliau berharap kemalangan itu perlu dilihat dari aspek keselamatan jalan raya kerana keadaan jalan berkenaan banyak selekoh serta berdekatan pula dengan rumah penduduk kampung. “Polis sudah tentu akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tetapi pada masa Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu melihat aspek keselamatan jalan raya berkenaan, sama ada selamat atau tidak, terutama kepada penduduk yang tinggal berdekatan jalan itu,” katanya.

Struktur semula selekoh lokasi tragedi - Rais
UTUSAN MALAYSIA
JELEBU - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri supaya menstruktur semula laluan selekoh berbahaya yang mengorbankan tiga nyawa dalam tragedi memilukan di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18, di sini pagi ini.
Katanya, laluan yang berselekoh itu perlu diluruskan dan sempadan jalan terbabit juga mesti dikaji supaya tidak lagi membahayakan kepada pengguna jalan raya. "Kita akan mengesyorkan kepada JKR supaya lenggok jalan ini serta sempadan jalan terbabit dikaji dari segi keselamatan pada masa akan datang," kata beliau. Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian ditemui pemberita di rumah Mariani Cembeng, 45, yang hangus dan mengorbankan dua anaknya serta pemandu lori tangki minyak dalam kejadian pada pukul 8.39 pagi ini.
Rais juga memberitahu, jika dilihat pada keadaan jalan raya di lokasi kejadian, ia sepatutnya dipandu perlahan. "Bagaimanapun, mungkin pemandu lori itu telah memandu dengan laju sehingga terbabas dan mengakibatkan rempuhan yang kuat," ujar beliau. Sementara itu, Pengarah JKR negeri, Ir. Roslan Mohd. Taha ketika dihubungi berkata, laluan itu selamat dari aspek kejuruteraan teknikal dan mengikut spesifikasi ditetapkan oleh jabatan tersebut.

Petronas Dagangan bantu keluarga mangsa
UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) akan menghulurkan bantuan kepada keluarga dua beradik yang terbunuh apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh rumah mereka di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18 di Jelebu hari ini. Syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pihaknya kesal dengan kejadian tersebut dan sedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa.
"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah di atas kejadian itu. Kami bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat pengendali lori yang terlibat dalam kemalangan itu. Tambahnya, pihak berkuasa bersama wakil dari Petronas Dagangan serta pihak ketiga yang mengendalikan pengangkutan bagi produk syarikat itu sudah berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Tuesday, December 8, 2009

Mati Makan Burger

Mati makan burger
SHAH ALAM: Seorang pengarah kewangan warga China, maut dalam kemalangan selepas Proton Wira yang dipandunya merempuh pembahagi jalan dan beberapa batang pokok tanaman hiasan di Pesiaran Tengku Ampuan, Seksyen 20, di sini, awal pagi semalam.Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata mangsa, Ho Gong Bo, 31, yang bertugas di sebuah kilang pemprosesan besi di sini, maut akibat cedera parah di kepala kira-kira 5.25 pagi.Beliau berkata, Ho dipercayai sedang menikmati sarapan pagi sambil memandu ketika kemalangan berlaku berdasarkan beberapa cebisan burger ditemui pada mulut mangsa.Katanya, anggota penyelamat turut menemui resit pembelian yang mencatatkan urus niaga dilakukan 15 minit sebelum kejadian di sebuah restoran makanan segera berhampiran.“Kami percaya mangsa memandu dengan laju berdasarkan kenderaannya yang rosak teruk dan diklasifikasikan sebagai hilang kawalan langsung,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.Che Hussin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada majikan mangsa, Ho sudah berkahwin dan isterinya di China sudah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.“Isteri mangsa akan tiba di negara ini dalam masa dua hari lagi bagi menuntut mayat mendiang,” katanya.Beliau berkata, mangsa mempunyai lesen memandu antarabangsa dikeluarkan di Bangladesh pada 2008.Orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55102222 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Monday, December 7, 2009

Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Dari Tingkat 3 Di KB Mall, Kota Bharu
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan KHAIRI MOHAMAD
berita@kosmo.com.my / 07.12.2009
ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.
Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.
Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.
Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung. LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.
Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.
Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.
SEBUAH kereta jenis Ford Laser jatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter, selepas dipercayai hilang kawalan dan merempuh dinding lubang angin di aras tiga (kiri atas), pusat beli-belah KB Mall, di Kota Bharu, semalam. Sejurus merempuh penghadang itu, kereta terbabit terbabas ke siling aras tiga (kiri bawah) sebelum ia terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah (kanan), menyebabkan dua maut manakala dua lagi parah akibat dihempap kereta berkenaan.
Seorang anggota bomba memeriksa sebuah kereta yang terjatuh dari tempat letak kereta ke tengah-tengah tangga bergerak di KB Mall, di Kota Bharu, Kelantan hari ini yang mengorbankan dua pengunjung pasar raya itu manakala seorang lagi parah. - Gambar HAFIZ JOHARI

Saturday, December 5, 2009

Terowong Air Bawah Tanah

Syor bina paip di darat ganti terowong air bawah tanah

Merujuk pandangan seorang pakar kaji bumi dalam Buletin Utama TV3 jam 8 malam, Jumaat lalu mengenai ramalan bakal berlakunya gempa bumi berskala lebih besar berbanding kekuatan 3.3 pada skala Richter yang melanda Bukit Tinggi, Pahang pada jam 9.41 pagi pada tarikh sama. Katanya, jika ramalan itu berlaku maka Empangan Batu, Klang Gate, Semenyih dan Langat akan terjejas dan boleh membawa mudarat kepada rakyat dalam lingkungan 80 kilometer (km) dari tempat kejadian (Bukit Tinggi). Berdasarkan kebimbangan yang bakal berlaku pada masa depan, saya ingin kembali kepada saranan pembaca yang menulis dalam ruangan ini setahun dua lalu yang meminta Kerajaan Pusat menangguhkan projek pembinaan terowong air sepanjang 45km di bawah jajaran Banjaran Titiwangsa.
Ia mencadangkan Empangan Kelau juga dibatalkan, sebaliknya menggunakan alternatif lain seperti pembinaan paip atas darat (overland pipe) sebagai kaedah lebih wajar dan selamat untuk memindahkan air mentah dari Pahang ke Selangor kelak. Sebenarnya saya bersetuju dengan tulisan pembaca itu yang mengemukakan pandangan beberapa pakar alam sekitar, kaji bumi tempatan yang sudah menjangkakan fenomena yang bakal berlaku ini dan pada masa itu tidak diambil maklum pihak berwajib. Saya ingin meminta jasa baik Perdana Menteri agar dapat membuat suatu keputusan yang tepat dan cepat demi keselamatan penduduk Lembah Klang, Pahang, Negeri sembilan dan Perak berkaitan pandangan disuarakan pakar terbabit.

Friday, December 4, 2009

Reman Kontraktor Cuai

Reman kontraktor cuai

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang mengkaji bagi meminda akta-akta berkaitan pembinaan di negara ini untuk membolehkan kontraktor yang cuai sehingga mengorbankan nyawa ditahan reman.Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, tahanan reman itu sama seperti yang dikenakan terhadap pemandu bas mengakibatkan kemalangan maut.Katanya, langkah itu akan memberi peringatan kepada kontraktor supaya lebih bertanggungjawab ketika membina bangunan jika tidak mahu ditahan pihak berkuasa.‘‘Saya telah meminta CIDB melihat semula akta-akta sedia ada bagi membolehkan kita menahan pihak yang bertanggungjawab membina sesuatu struktur seperti kontraktor atau pengurus projek untuk disoal siasat.‘‘Akta sedia ada tidak membolehkan mereka ditahan reman, jadi kita akan perhalusi perkara ini bagi menunjukkan kerajaan serius bagi memastikan kontraktor termasuk yang terlibat dalam kes jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Perak, bertanggungjawab terhadap apa yang mereka bina,” katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Inovasi Kementerian Kerja Raya 2009 di sini hari ini.Perintah tahanan reman kini boleh dibuat oleh polis dan agensi penguatkuasa lain di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan ia hanya membabitkan kes-kes jenayah sahaja.Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom semalam bahawa jambatan gantung yang runtuh sehingga meragut nyawa tiga murid itu disahkan dibina tidak berasaskan kod reka bentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik.Alimuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tragedi Jambatan Gantung Runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan berkata, kontraktor juga tidak membuat permohonan bagi mendapatkan kelulusan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Dalam kejadian 26 Oktober lalu, tiga murid iaitu N. Dina Devi dan M. Devatharshini dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mambang Di Awan serta V. Divyashree dari SJK (T) Gopeng terkorban selepas dihanyutkan arus deras semasa mengikuti Kem 1Malaysia Murid-Murid Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Perak. Dalam pada itu, Shaziman berkata, CIDB akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang terbabit dalam tragedi jambatan gantung runtuh itu. “Antara tindakan yang boleh dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada ialah menyenarai hitam dan mendenda kontraktor terbabit,” ujarnya.
Tambah beliau, CIDB juga telah membuat laporan polis sejurus selepas tragedi itu berlaku.
“Langkah ini akan membolehkan polis menyiasat dan mendakwa kontraktor terbabit di bawah beberapa peruntukan undang-undang lain kerana cuai sehingga mengorbankan tiga nyawa,” ujarnya.

Jarang Berlaku

Lelaki terselamat kereta baru terbakar

KUCHING: Seorang kakitangan Jabatan Muzium Sarawak terselamat apabila keretanya tiba-tiba terbakar beberapa saat selepas dia keluar dari kenderaannya itu untuk membeli makanan ikan di Rubber Road di sini hari ini. Moamed Latip, 46, terkejut besar apabila menyaksikan kereta Honda yang baru dibelinya itu tiba-tiba terbakar di tempat meletak kereta dekat kedai ikan itu pada kira-kira 1 tengah hari. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kereta kerana bimbang ia meletup. Api marak dengan cepat," katanya.Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergegas ke tempat kejadian dan memadamkan api selepas menerima panggilan kecemasan. Punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Thursday, December 3, 2009

Cemar alam sekitar

Cemar alam sekitar
Syarikat pembuat bahan asid didenda RM 40,000

03/12/2009 3:33pm / utusan malaysia
PETALING JAYA 3 Dis. — “Syarikat kamu ini tak serik mengulangi kesalahan yang sama walaupun sudah tiga kali dikenakan tindakan,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, sebelum mengenakan denda RM40,000 terhadap sebuah syarikat membuat bahan asid kerana mencemarkan alam sekitar.Beliau membuat keputusan itu terhadap Syarikat Malaya Acid Works Sdn Bhd yang diwakili jurutera Sharifah Sharina Sharif, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan melepaskan bahan asid buangan perindustrian yang melebihi had ditetapkan sehingga mencemarkan alam sekitar."Syarikat kamu sepatutnya mengambil inisiatif bagi membaik pulih sistem loji pengolahan effluen supaya kesan dari bahan itu tidak terdedah kepada orang awam,” kata Rozina.Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Nur Lizrin Johari memberitahu mahkamah bahawa, syarikat itu pernah di denda kerana kesalahan yang serupa sejak Mac 1996.Mengikut pertuduhan, syarikat itu yang beralamat di Lot 17, Jalan 219, Petaling Jaya, didakwa melepaskan bahan buangan perindustrian melebihi had kepekatan yang dibenarkan pada 20 Jun 2006. - Bernama

Jambatan Gantung

Kontraktor jambatan gantung bertanggungjawab: Shaziman
Bharian / 02.12.2009
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kontraktor yang membina jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan perlu bertanggungjawab di atas tragedi yang meragut tiga nyawa murid sekolah daerah itu bulan lepas. Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah membuat laporan polis terhadap kontraktor itu kerana kecuaian. "Kementerian itu mendapati kontraktor itu tidak berdaftar dengannya, serta tidak mempunyai "reka bentuk" mengenai jambatan itu," katanya kepada pemberita selepas penutup Hari Inovasi kementerian itu di sini hari ini. Beliau berkata, sebagai kontraktor, mereka perlu bertanggungjawab terhadap semua binaan dan struktur yang mereka bina. "Saya mengambil berat dan serius tentang hal ini apalagi ia telah menyebabkan tiga nyawa terkorban," katanya. Berikutan kejadian itu, Shaziman berkata beliau mengarahkan CIDB menyemak semula Akta CIDB dan bagi tujuan memperkemaskan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pihak bertanggungjawab ke atas kegagalan sesebuah projek. "Akta yang sedia ada tidak membenarkan kita tahan reman pihak terbabit, jadi kita nak perkuatkan lagi, diperbaiki dan diperhalusi sampai tahap mana yang boleh, mungkin kita akan cadangkan pengurus projek (sesuatu projek itu) jaga projek tersebut. "Kita perlu memastikan industri ini terus dihormati dan tidak mahu imej industri binaan dikaitkan dengan kegagalan, ketidaktentuan dan mewujudkan suasana keresahan di kalangan rakyat," katanya. Jawatankuasa Siasatan kejadian itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam berkata siasatan mereka mendapati sebab utama keruntuhan adalah berpunca daripada kegagalan blok konkrit tambatan di "Pylon A" untuk menampung beban tambahan daripada "back-stayed cable". Menurut jawatankuasa itu, jambatan yang dibina hasil sumbangan pihak swasta itu didapati tidak berasaskan kepada kod reka bentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik. Sementara itu, Shaziman berkata beliau telah mengarahkan pegawai kementerian membuat laporan polis mengenai kebocoran kandungan laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa pada 6 Disember tahun lalu di internet baru-baru ini.
"Walaupun Kabinet akan buat keputusan berhubung perkara ini, kita tetap membuat laporan polis," katanya. Shaziman juga berkata, beliau tidak kisah sekiranya kerajaan Selangor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Kerajaan Pusat untuk tidak mendedahkan laporan itu. "Kalau kerajaan Selangor nak ambil tindakan undang-undang pun mengenai perkara ini, saya tidak kisah, kerana mereka perlu berhadapan dengan implikasi undang-undang itu juga nanti," katanya. Beliau juga menolak pendapat yang menyatakan laporan siasatan itu dibuat bagi menuding jari kepada pihak bertanggungjawab, tetapi sebenarnya ia bertujuan mengurangkan risiko tanah runtuh berulang di kawasan Bukit Antarabangsa. - Bernama

Tuesday, December 1, 2009

ERM @ ERT Di Terowong

Jangan cepat panik
Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my / 01.12.09

Apabila kenderaan mengalami kerosakan seperti tayar pancit, kekeringan air mahupun enjin tidak berfungsi, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilakukan.
JARUM jam menunjukkan pukul 12 malam. Skrin komputer yang memaparkan Pengesanan Insiden Automatik (AID) menerusi sistem Sistem Kawalan Pengawasan dan Pelaksanaan Data (SCADA) mula berkelip-kelip. Kelipan tersebut merupakan tanda amaran kepada para petugas di bilik kawalan trafik, Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. (SMART) bahawa satu insiden sedang berlaku di dalam terowong.
Tanpa melengahkan masa, para petugas terus meneliti 72 paparan skrin (barco wall) yang terpampang luas di dalam bilik itu bagi mengenal pasti lokasi insiden yang berlaku.
Daripada hasil pemerhatian, mereka mendapati terdapat sebuah kereta jenis Hyundai Sonata warna hitam sedang berhenti di laluan kecemasan. Dengan serta-merta, staf di bilik kawalan trafik mengeluarkan arahan kepada Pasukan Ronda SMART supaya segera memberi bantuan keselamatan kepada pemandu kereta tersebut.
Langkah tersebut penting supaya pemandu berkenaan tidak berasa cemas sekali gus dapat mengelakkan insiden lain yang tidak diingini berlaku di dalam terowong.
"Benar, kami perlu bertindak dalam tempoh lima minit sahaja. Sebaik sahaja menerima arahan daripada petugas di bilik kawalan trafik, kami (skuad peronda) mesti segera menemui pemandu yang mengalami masalah.
"Jika lambat...mungkin pemandu itu akan cemas dan panik. Lagi pun, segelintir pengguna SMART masih tidak mengetahui tindakan yang perlu mereka ambil apabila berlaku kecemasan yang melibatkan mereka di dalam terowong," kata seorang anggota skuad peronda SMART, Alzaahni Al- Malek, 32, kepada Kosmo!.

SEBANYAK 72 paparan skrin di dalam bilik kawalan trafik SMART memantau pergerakan pemandu.

Menurutnya, apabila kenderaan mengalami kerosakan seperti tayar pancit, kekeringan air mahupun enjin tidak berfungsi, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilakukan.
"Pemandu hanya perlu nyalakan lampu kecemasan, hubungi talian bantuan SMART dan tunggu di dalam kereta sehingga bantuan tiba."Jangan sesekali menunggu di luar kenderaan kerana ia boleh mengundang bahaya memandangkan laluan kecemasan hanya seluas dua meter sahaja," ujarnya yang hampir dua tahun telah berkhidmat dengan SMART.Kata Alzaahni lagi, bagi pemandu yang tidak memiliki telefon bimbit, mereka disarankan keluar dari kenderaan dan cari pintu kecemasan yang terletak di setiap 250 meter di sepanjang terowong.
Menurutnya, di setiap pintu kecemasan tersebut, terdapat telefon kecemasan yang menghubungkan panggilan pemandu terus ke Pusat Kawalan SMART.


DALAM tempoh lima minit, skuad peronda SMART tiba di lokasi untuk memberi bantuan.
Salah satu sistem keselamatan yang dititikberatkan adalah binaan dek atas dan dek bawah yang mempunyai laluan sehala. Dek atas bermula dari Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur menuju ke Sungai Besi manakala dek bawah pula adalah laluan dari Sungai Besi yang menyusur keluar ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Razak.Misi laluan sehala diwujudkan bagi mengelak kenderaan bertembung yang boleh mengakibatkan kemalangan. Sejak mula beroperasi, belum ada insiden yang melibatkan kehilangan nyawa berlaku di dalam terowong SMART. Kemalangan dan kerosakan kecil berjaya dikesan dengan segera di bilik kawalan trafik yang beroperasi 24 jam sehari.Biarpun keselesaan sudah diberikan, namun segelintir pemandu masih tegar mempraktikkan pemanduan tidak berhemah. Papan tanda perangkap laju yang memberi amaran supaya tidak melebihi had laju 60 kilometer sejam seolah-olah satu perhiasan di dalam terowong semata-mata.Menurut petugas Pasukan Ronda SMART, Mohd. Rasydan Abdullah, 32, kesan daripada kedegilan pemandu yang membawa laju tanpa memikirkan keselamatan pemandu lain boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan. Hasilnya perjalanan operasi terowong yang sepatutnya lancar akan mengalami kesesakan apabila pemandu terpaksa menggunakan satu laluan sahaja.

MOHD. RASYDAN (kiri) dan Alzaahni sentiasa bersedia membantu pemandu yang dalam kecemasan.

PENGGUNA yang tidak mempunyai telefon bimbit boleh menggunakan telefon kecemasan yang disediakan.

"Tidakkah perkara ini menyusahkan banyak pihak? Jika semua pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan, sudah tentu kemalangan ringan mahupun kemalangan jiwa tidak berlaku. Perlu diketahui keluasan terowong SMART tidak sama dengan keluasan lebuh raya. Hanya kerana kecuaian seorang pemandu, ia boleh menyebabkan kereta lain menerima tempias.
"Lagipun, bukan suatu tugas mudah untuk menguruskan kemalangan di dalam terowong. Faktor keluasan terowong membuatkan kami perlu berhati-hati ketika menjalankan tugas. Jika tersilap langkah...,kami pun boleh dilanggar," kata Rasydan yang berharap pengguna SMART mengamalkan sikap berhati-hati.

PENGGUNAAN tangga disarankan apabila berlaku kebakaran di dalam terowong.

Tegasnya, jika hal-hal kecemasan berlaku di lebuh raya biasa, skuad peronda boleh membantu mengalihkan kenderaan ke kawasan lapang atau bahu jalan. Tetapi di dalam terowong, situasi itu sukar untuk dilaksanakan. Justeru, jalan terakhir hanya perlu menunggu trak penunda kereta sampai ke lokasi kemalangan atau kerosakan kenderaan.
Mengenai perihal penundaan kereta, seorang petugas trak penunda SMART, Auseri Ahmad, 34, memberitahu sekiranya pemandu mengalami masalah kecil seperti kekeringan air, dia boleh membantu mengisi air. Tetapi, bagi kerosakan yang memerlukan tempoh masa yang lama untuk dibaiki, kereta pemandu akan ditunda keluar dari terowong terlebih dahulu.

Selain membawa kenderaan yang rosak di stesen minyak berhampiran secara percuma, Auseri yang berasal dari Mersing, Johor itu turut menyatakan mereka juga boleh menghantar kenderaan ke bengkel pilihan pemandu. Cuma penghantaran ke bengkel itu tidak boleh melebihi 30 kilometer dari terowong SMART dan ia dikenakan bayaran."Kami tidak boleh meninggalkan terowong dalam tempoh yang lama kerana perlu bersiap siaga. Saban hari, hanya dua trak penunda sahaja yang bertugas di dek atas dan di dek bawah. Jika kami melebihi jarak yang ditetapkan itu, ia boleh menimbulkan masalah sekiranya terdapat kemalangan dan kerosakan kenderaan lain di dalam terowong."Selain itu, perlu difahami bahawa perkhidmatan bantuan yang diberikan adalah percuma kecuali menunda kenderaan ke bengkel. Jadi, saya harap kehadiran kami untuk memberi bantuan tidak disalah erti oleh para pemandu," ujar Auseri kepada Kosmo!. Penjelasan tersebut bertujuan membetulkan persepsi pemandu kepada kereta penunda SMART.Beliau yang memiliki pengalaman selama lima tahun dalam bidang kerja menunda kereta pernah dimarahi pengguna SMART."Selepas menerima arahan dari bilik kawalan trafik, saya terus menemui pemandu yang mengalami kerosakan kereta. Malangnya, sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut, pemandu berkenaan memarahi dan menghalau saya. Ini kerana pemandu tersebut menyangka kami penunda kereta haram (longkai)," ujarnya kesal.

Sunday, November 29, 2009