Oleh NAZARALI SAERIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan JUNAIDI LADJANAALIN, 17 (Johor): HANYA dalam tempoh dua tahun, lebih 30 lelaki pernah menikmati tubuhnya dan dia hanya meminta bayaran RM5 untuk satu kepala, itupun kepada lelaki yang baru dikenali. Bagi yang sudah biasa dengannya, dia memberikan secara percuma saja. Begitulah pengakuan seorang remaja yang pernah berdepan sejarah hitam dinodai lebih daripada seorang lelaki, termasuk rakan sekolah pada satu-satu masa. Menurut Alin, aktiviti yang sinonim dengan panggilan ‘kekah’ di kalangan remaja itu mula dilakukannya sejak berusia 16 tahun. “Mulanya saya menyerahkan kehormatan kepada teman lelaki yang sebaya dengan saya, tetapi lama-kelamaan, ramai rakan sekolah tumpang sekaki. Teman lelaki bercerita kepada rakan mengenai keterlanjuran kami dan selepas diketahui ramai saya mula popular. “Siap ada rakan yang bertindak umpama bapa ayam apabila dia bersusah payah mengumpul rakan sekolah yang mahu turut sama ‘kekah’ saya. Saya kenakan bayaran RM5 untuk satu kepala dan paling ramai saya pernah melayan sehingga enam orang, dapatlah RM30 untuk beli tambah nilai kad prabayar telefon dan kumpul wang beli telefon bimbit baru,” katanya. Alin yang menetap di Johor mengakui selepas terbabit dengan aktiviti keji itu, dia berasa ketagih dan kerap melakukannya. “Kebiasaannya saya melakukan aktiviti berkenaan ketika hari sekolah. Kami ponteng beramai-ramai dan menjadikan rumah seorang rakan untuk melakukannya. Ibu dan ayah tak tahu sebab apabila tiba waktu pulang sekolah sekitar jam 1 petang, saya sudah tunggu di depan sekolah,” katanya. Dia semakin liar apabila dapat keluar rumah beberapa hari dengan alasan tidur di rumah kawan, walhal ikut lelaki yang baru dikenali. “Dengan lelaki yang sudah bekerja itu pun saya di ‘kekah’ rakannya,” kata Alin yang terus hanyut dengan dunianya sehingga terpaksa bertukar sekolah. Sudah tukar sekolah pun dia terlanjur lagi. Pernah satu ketika melakukan hubungan seks dengan rakan sekolah yang baru. “Apabila berpeluang keluar sekolah ketika cuti, buat pula dengan orang lain. Jika kenalan itu bawa rakan, saya kena ‘kekah’ juga,” katanya. Alin berkata, selama dua tahun terbabit dengan aktiviti keji itu, dia sudah melayan lebih daripada 30 lelaki. “Sepanjang tempoh dua tahun itu, pernah sekali saya mengandung. Saya dapat tahu mengandung selepas sembilan bulan dan dengan bantuan rakan saya gugurkan kandungan itu di sebuah klinik. “Perasaan serik hanya seketika saja. Selepas itu saya hanya memikirkan untuk berseronok saja,” katanya. Alin menyedari risiko tabiat buruknya itu, tetapi dia mengakui tidak terlalu memikirkannya sangat. Kini, dia cuba membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan menjauhi rakan yang hanya tahu merosakkannya. Katanya dia sedar, bukan mudah untuk berbuat demikian tetapi mahu berubah demi ibunya. “Walaupun bermasalah, saya tetap mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan tidak seberapa, tetapi saya juga mahu merubah kehidupan saya. “Saya kasihan dengan ibu yang banyak berkorban membesarkan saya. Sudah puas saya melihat dia menangis kerana saya dan saya tidak mahu dia menangis lagi,” kata Alin yang kini mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Oleh Amir Abd Hamid

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
SHAH ALAM - Pelbagai taktik digunakan oleh pencuri untuk melakukan jenayah di mana sahaja waima di institusi agama seperti masjid dan surau dengan menyamar sebagai musafir untuk mengelirukan kakitangan masjid daripada mengesyaki tindakan buruk mereka itu. Kebanyakan penyamaran itu dilakukan bagi membolehkan mereka berehat dan bermalam di masjid untuk memudahkan mereka mencuri harta benda masjid terutamanya tabung masjid dan sebagainya. Nazir Surau An Nur, Seksyen 20, Samion Nordin berkata, pihaknya mengenal pasti taktik itu digunakan untuk mengaburi mata kakitangan masjid supaya membenarkan mereka tinggal di masjid. “Selalunya, mereka akan memaklumkan mereka adalah musafir dan berada di masjid atau surau untuk berehat dan bermalam kerana tidak mempunyai tempat tinggal serta sebatang kara serta akan bermalam beberapa hari. “Malangnya, selepas dua atau tiga hari berada di masjid mereka akan menghilangkan diri dan kakitangan masjid akan menyedari harta benda masjid dan tabung serta duit akan hilang,” katanya. Samion berkata, kejadian sebegitu berlaku di suraunya dan mendakwa kejadian yang sama juga berlaku di beberapa masjid dan surau di sekitar bandar raya ini. “Kini, Surau An Nur kerap kehilangan duit tabung masjid yang diletakkan di setiap saf terutamanya pada hari Jumaat di samping peti yang dirantai dan empat tabung besar yang terdapat dalam masjid. “Saya percaya kecurian ini merupakan jenayah terancang kerana kebanyakan tabung yang diletakkan di bahagian sudut berhampiran dinding ketika jemaah menunaikan solat akan hilang. “Tabung juga akan hilang sekiranya diletakkan di luar kawasan surau memandangkan jemaah menunaikan solat Jumaat di bahagian luar berikutan kehadiran jemaah yang ramai,” katanya. Samion berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, kakitangan masjid akan mengumpul tabung yang diedarkan dan terkejut kerana setiap minggu tabung yang diletakkan akan hilang. “Setelah dicari, kebanyakan tabung akan dijumpai di longkang berhampiran surau tanpa mempunyai wang lagi,” katanya. “Bagi mengatasi masalah itu, pihak surau akan meminta bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di kawasan luar masjid terutamanya pada hari Jumaat untuk memantau keadaan masjid manakala di kawasan dalam masjid pula, kita akan mengadakan skuad pemantau. “Surau ini bukan sahaja menjadi mangsa curi tabung kerana kadang- kadang basikal milik jemaah juga dicuri,” katanya. Sementara itu, Nazir Masjid Al Ehsan, Seksyen 24, Badarudin Dawam berkata, masalah kecurian duit tabung masjid kerap berlaku di masjid itu setiap kali solat Jumaat, sejak akhir- akhir ini. “Kejadian berlaku secara berturut- turut dan mengejutkan kakitangan masjid kerana setiap kali membuat pengiraan untuk disimpan di peti yang disediakan kami mendapati tabung kosong dan ada kalanya tabung yang dikumpul tidak mencukupi. “Untuk mengatasi masalah itu, pemantauan yang lebih kerap dilakukan dan pengumuman akan dibuat untuk meminta pencuri duit itu memulangkan semula wang yang diambil dengan menyatakan pihak masjid menunaikan solat hajat,” katanya. Menurutnya, penjenayah mengambil kesempatan dengan melarikan duit yang terdapat dalam tabung ketika menunaikan solat Jumaat dan berharap kegiatan ini dihentikan kerana duit tabung itu di kumpul untuk melakukan aktiviti masjid. 

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Oleh Muhammad Aifat
Oleh Khairulmizan Yahya
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Oleh Nazdy Harun