Thursday, October 14, 2010

Dua Juta Tikus Di George Town

Dua juta tikus di George Town
Oleh ZAKI SALLEH
SM MOHAMED menunjukkan tikus bersaiz besar yang ditangkap serta gambar-gambar tikus yang pernah dimusnahkan di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong. Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar. Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah. Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

OSH In School

10 murid cedera lantai sekolah runtuh
Oleh SHAH NIZAM OMAR
14.10.2010

Keadaan lantai bangunan SK Gunung di Alor Setar yang runtuh semalam.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa lantai sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Gunung dekat Alor Setar, hari ini yang runtuh akibat tanah mendap. 10 murid yang cedera dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan. - Foto Shahrizal Md NoorOct 13, 2010 2:35 pm / BH

ALOR SETAR – Seramai 10 murid-murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung di sini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah lantai di bangunan satu tingkat sekolah itu runtuh sedalam tiga meter secara tiba-tiba semalam. Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika 30 murid-murid tahun empat sedang mengikuti kelas agama di bangunan tersebut. Bangunan itu merupakan bangunan lama yang dibina dengan menggunakan kayu sebelum dibaik pulih pada tahun 2007. Seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit, yang mahu dikenali sebagai Ali Ahmad 46, memberitahu, bangunan sekolah tersebut sudah wujud sejak beliau mula bersekolah di kawasan sekitar pada tahun 1971. “Bangunan ini memang sudah wujud lama dan asalnya diperbuat daripada kayu dan baru-baru ini saja baru dibaik pulih. “Namun, saya sendiri terkejut mendengar runtuhan tersebut kerana ia baru sahaja dibaik pulih,” katanya. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Wednesday, October 13, 2010

40 maut bas dirempuh kereta api

40 maut bas dirempuh kereta api

MAYAT-MAYAT diletakkan di tepi landasan selepas sebuah bas dirempuh kereta api dekat Kampung Marganets di Ukraine semalam.

MARGANETS, Ukraine - Seramai 40 orang maut dan 10 lagi cedera semalam apabila sebuah bas dipenuhi dengan penumpang dirempuh sebuah kereta api dekat Kampung Marganets semalam. Kejadian berlaku apabila bas itu sedang melintasi sebuah landasan kereta api dekat Kampung Marganets. Polis tempatan menyatakan kesalahan dilakukan oleh pemandu bas itu kerana ia melintasi landasan semasa lampu isyarat bernyala merah. "Pemandu bas itu melanggar lampu suyarat merah sebelum ia dirempuh sebuah kereta api," kata seorang jurucakap polis, Lyudmila Bashmakova. Menurutnya, antara yang maut termasuk kanak-kanak. Kementerian Dalam Negeri menyatakan dalam satu kenyataan bahawa kereta api itu mengheret bas itu sepanjang 30 meter. Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych mengisytiharkan hari perkabungan bagi memperingati mangsa kejadian. "Mangsa-mangsa yang terselamat dapat mengingati mereka menjerit (ke arah pemandu) mengenai bunyi amaran (di landasan) yang memberi petunjuk landasan itu tidak boleh dilalui," kata Menteri Pengangkutan Ukraine, Kostyantyn Efimenko. Ukraine mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang teruk ekoran usia kenderaan dan sikap pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya. - AFP http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tuesday, October 12, 2010

Padah Perkosa Anak Rakan

Dijel 20 tahun
Oleh Alias Abd Rani
2010/10/12
MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu.

MALU...Razid menutup mukanya ketika dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman.

Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis.Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.“Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya.Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dijel20tahun/Article

Thursday, October 7, 2010

Bayi Maut DiBaham Kera

Seret bayi keluar rumah
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Iskandar Shah Mohamed
2010/10/07
SEREMBAN: “Selepas mendapati cucu saya tiada di ruang tamu, kami mencarinya sehingga ke luar rumah dan terkejut melihat kesan darah di depan tangga sebelum menemuinya dalam keadaan terkulai layu dengan kecederaan di kepala, leher dan telinga,” kata A Velayutham, 75.

MATI...kera liar yang dipercayai menyebabkan kematian bayi perempuan ditembak Perhilitan.

Dia menceritakan kejadian cucu perempuannya berusia empat hari yang menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digigit kera jantan liar di rumahnya di Taman Happy di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.Sebelum kejadian, bayi malang yang belum diberi nama itu berada bersama Velayutham di ruang tamu rumahnya selepas dimandikan sebelum warga emas itu pergi ke dapur untuk minum.Ketika itulah kera yang tidak dapat dipastikan jumlahnya menceroboh masuk ke dalam rumah lalu menyeret mangsa ke luar serta menggigitnya sehingga cedera. “Saya meninggalkannya bersendirian sekejap dan pergi ke dapur untuk minum air kerana terlalu dahaga. Ketika itu isteri saya berada di dapur kerana memasak, manakala menantu (ibu mangsa) mandi di bilik air.“Saya terdengar jeritan menantu bertanya di mana bayinya menyebabkan saya dan isteri bergegas ke luar,” kata Velayutham ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini. Velayutham berkata, bayi sulung anak lelakinya yang mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu itu kemudian dikejarkan ke HTJS, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.Difahamkan, mangsa yang dilahirkan pada 3 Oktober lalu di HTJS adalah anak kepada pasangan V Nehru, 30, dan isterinya yang dikenali sebagai Revathy, 26. Sementara itu, nenek mangsa, R Athy Letchumy, 50, berkata beberapa ekor kera sering dilihat berada di sekitar rumahnya sejak kira-kira dua bulan lalu.“Kera liar terbabit kelihatan agresif dan garang sekali menyebabkan saya tidak berani mendekatinya. Pernah saya cuba memukul haiwan itu dengan kayu, namun mereka cuba menyerang saya kembali,” katanya yang sudah menetap di kawasan itu sejak kira-kira 20 tahun lalu. Menurutnya, ketika kejadian dia berada bersama suami dan menantunya, manakala anak lelakinya (bapa mangsa) keluar kerana mempunyai urusan.Sementara itu, Nehru berkata, dia bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan dan amat sedih apabila melihat bayinya parah di kepala, leher dan telinga.“Saya pernah memelihara seekor kera betina kira-kira lapan tahun lalu, namun haiwan itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga saya kerana dikurung,” katanya.Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusof Awang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Seretbayikeluarrumah/Article

Tertarik kera betina dibela keluarga mangsa
2010/10/07
SEREMBAN: Kera jantan yang menggigit hingga mati seorang bayi perempuan berusia empat hari dikatakan pergi ke rumah keluarga mangsa kerana tertarik dengan seekor kera betina yang dibela keluarga terbabit.Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Ishak Muhamad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kera yang menyerang bayi terbabit pergi ke rumah itu kerana terdapat seekor kera betina di dalam kurungan di situ. Menurutnya, haiwan itu dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk mencari makanan dan menyangka bayi yang berada seorang diri di ruang tamu itu adalah makanan. “Kami tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan cuba dibawa ke tempat persembunyian haiwan terbabit, namun terjatuh ketika kera itu memanjat bumbung. “Sepasukan pegawai dan anggota Perhilitan dikejarkan ke lokasi untuk mengesan haiwan berkenaan sebaik menerima maklumat mengenai serangan kera liar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata, kera berkenaan berkemungkinan berada di tempat kejadian kerana ada di kalangan orang ramai yang memberinya makanan, dan mereka dinasihatkan supaya menghentikan perbuatan itu. Sementara itu, hasil laporan awal bedah siasat dijalankan ke atas bayi malang itu mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk pada kepala dengan kesan gigitan sedalam lebih dua sentimeter hingga hampir menampakkan otaknya. Sumber berkata, beberapa kesan kecederaan lain turut ditemui pada tengkuk dan tangan kiri termasuk kesan cakar pada muka mangsa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertarikkerabetinadibelakeluargamangsa/Article

Wednesday, October 6, 2010

Lift Sering Menjunam

Lif sering menjunam

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
2010/10/06
PETALING JAYA: Bukan satu, sebaliknya lif di empat blok Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, rosak teruk menyebabkan penduduk bimbang kejadian lif terhempas yang berlaku di Blok A kediaman itu, minggu lalu berulang.

BIMBANG...kanak-kanak terpaksa menuggu penjaga untuk menaiki lif di Pangsapuri Impian Baiduri.

Malah, beberapa penduduk mendakwa sering berhadapan masalah lif rosak dan menjunam tiba-tiba, tetapi bernasib baik kerana tidak cedera seperti yang menimpa empat penduduk di Blok A terbabit. Mereka mendakwa kerosakan lif berlaku lebih lima bulan lalu, tetapi tidak diendahkan kerana penduduk menganggapnya perkara biasa, tetapi selepas kejadian minggu lalu yang mencederakan empat mangsa di Blok A, ia kini menjadi mimpi ngeri. Tinjauan Harian Metro di kawasan terbabit mendapati, hanya satu lif setiap blok boleh digunakan menyebabkan penduduk perlu menunggu lebih sejam untuk naik ke rumah. Suri rumah, Nur Farhana Hayati Abd Hamid, 42, yang tinggal di Blok D mengakui lebih 10 kali dia mengalami detik lif terhempas dari tingkat lima ke bawah, tetapi tidak cedera. Katanya, pengalaman itu mengerikan kerana boleh meragut nyawa penduduk lebih-lebih lagi kanak-kanak. “Jika sebelum ini, penduduk buat tak tahu dengan lif terhempas dan menganggapnya perkara biasa, tetapi selepas apa yang terjadi pada rakan membuatkan kami trauma untuk menghadapi situasi ini. “Kami mahu pihak terbabit membaiki kerosakan lif yang semakin meruncing yang berlarutan sejak empat tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, semalam. Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pengurusan, tetapi tidak diendahkan dan mereka memberi alasan tiada wang atau peruntukan. Pesara swasta, N Sivam, 60, berkata setiap blok didiami lebih 1,000 penduduk sedangkan satu lif saja berfungsi hingga menyusahkan kerana perlu menunggu giliran untuk naik ke rumah. “Kami menunggu lebih satu jam untuk menggunakan lif dan mengalami masalah apabila ia dinaiki lebih lima orang kerana lif akan terhempas tiba-tiba. “Setiap hari kami perlu menghadapi situasi berkenaan yang membosankan kerana masalah ini tiada penghujung,” katanya. Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah itu daripada pihak berwajib tidak berhasil kerana mereka masih menyiasat hal itu termasuk pengurusan serta Lembaga Perumahan dan Hal Tanah Selangor. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lifseringmenjunam/Article

Monday, October 4, 2010

Maut Tangan Tersepit Mesin

Maut tangan tersepit mesin
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
INILAH mesin memproses batu kuari Kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai yang mengorbankan nyawa seorang pekerja setelah tangannya tersepit semalam.
IPOH – Seorang pekerja rakyat Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya tersepit di celah mesin ketika bekerja di sebuah kilang memproses batu kuari di kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai, Jalan Ipoh-Cameron Highlands di sini petang kelmarin. Dalam kejadian ngeri pada pukul 4.58 petang itu, mangsa Alamgir Kabir, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tangan kirinya putus manakala tangan kanannya cedera. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang mengendalikan sebuah mesin sebelum kedua-dua belah tangannya tersepit di celah mesin yang sedang bergerak itu. Menurut beliau, para pekerja yang berada di situ bertindak menutup suis mesin berkenaan apabila terdengar mangsa menjerit kesakitan. “Pekerja kuari itu kemudian memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” kata beliau. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

DiBelasah Angkara Facebook

Belasah rakan angkara facebook

Oleh Mohd Rashidi Yusuf

am@hmetro.com.my

2010/10/04

LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46. Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan.“Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk.Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi. Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain.“Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu. “Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.“Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.“Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya.Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).“Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Belasahrakanangkarafacebook/Article

Wajah Anak Kebiruan

Wajah anak kebiruan
Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali
2010/10/04
MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir di sini.

ALYSA...ditahan di wad Dalam

kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, Alysa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia empat tahun, Mohd Hanafi, serta seorang anak jiran di ruang tamu rumah nenek mereka apabila tiba-tiba dipercayai dia tertelan bateri sel kering bersaiz AAA.Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa.“Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam. Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri bersaiz AAA.Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan. “Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan.“Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan,” katanya. Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit.Difahamkan, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wajahanakkebiruan/Article

Saturday, October 2, 2010

Bayi Berpeluh Terlebih Dos

Bayi berpeluh terlebih dos
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my
2010/10/02
KUALA LUMPUR: Kesilapan preskripsi seorang doktor sebuah hospital pakar berhubung dos ubat yang perlu dimakan hampir meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 20 bulan apabila ubat yang diberikan melebihi had.

KESAL...Teoh menunjukkan ubat yang diberikan kepada anaknya.

Arahan berkenaan yang menyebabkan bayi terbabit diberikan dos ubat berlebihan mengakibatkan mangsa berpeluh sepanjang masa, selain tidak sedarkan diri sejurus diberi makan ubat berkenaan. Ibu mangsa yang juga guru, Teoh Lee Thin, 26, berkata, anaknya, Teoh Jing Teng mengalami demam panas pada 23 September lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital pakar di ibu kota. Menurutnya, dia yang bergegas mendapatkan rawatan untuk anaknya di klinik kecemasan hospital berkenaan dibawa bertemu doktor pakar bertugas kira-kira jam 10 malam. “Doktor terbabit memberitahu bayi saya demam panas mencecah hampir 40 darjah celcius selain jangkitan kuman pada kerongkong. “Sebaik selesai diperiksa, doktor mengarahkan saya memberi makan tiga ubat kepada bayi saya selama tiga hari,” katanya ketika ditemui di Biro Aduan Awam MCA, semalam. Menurutnya, kakitangan farmasi yang bertugas memberikannya tiga ubat iaitu cecair paracatemol untuk demam, cecair Amoxyllin sebagai antibiotik dan pil dequatin bagi melegakan sakit tekak. “Mulanya timbul rasa pelik berikutan jumlah ubat yang diberikan terlalu banyak terutama cecair antibiotik sebanyak lapan mililiter berikutan jumlah itu untuk dewasa. Bagaimanapun, kakitangan farmasi terbabit mendakwa mengikut arahan doktor tanpa mahu merujuk arahan itu sekali lagi. “Namun, selepas diberi makan ubat terbabit, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati bayi saya berpeluh melampau selain khayal tidak sedarkan diri,” katanya. Menurutnya, dia yang bimbang keadaan kesihatan anaknya itu segera menghubungi doktor di hospital berkenaan bagi mendapatkan kepastian. “Hanya selepas dua jam panggilan terbabit, seorang jururawat menghubungi semula saya dan memberitahu dos diberikan berlebihan. “Saya terkejut sebelum membawa anak saya ke hospital lain bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan ultrasound. Doktor berkenaan mendakwa pil sakit tekak yang diberikan itu untuk pesakit dewasa,” katanya. Malah, mangsa dimaklumkan ubat demam terbabit yang diberikan berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk pada bahagian hati selain cecair antibiotik berlebihan pula boleh menyebabkan kerosakan pada tulang dan saraf. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kecuaian itu akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia selain laporan akan dihantar pihaknya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayiberpeluhterlebihdos/Article

Bapa Tertidur Bayi Tercekek Susu

Bapa terkejut bayi jadi biru
Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my
2010/10/02
KUALA LUMPUR: Akibat keletihan dan tertidur selama dua jam, seorang bapa hanya mampu menitis air mata apabila bayi lelakinya yang baru berusia lima bulan mati akibat tersedak susu ketika dalam jagaannya, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Hadif Hameedullah Mohd Najib diberi minum susu oleh bapanya sebelum diberi pula minum air yang diisi dalam botol. Namun, bayi itu dipercayai tidak sedarkan diri sewaktu bapanya tersedar dari tidur kira-kira jam 1 tengah hari di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju. Difahamkan, bapa bayi itu berusia 29 tahun mengambil alih menjaga anaknya kerana sedang bercuti. Ketika kejadian, bapa terbabit yang turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, cemas apabila mendapati anak bongsunya itu tidak sedarkan diri. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bapa mangsa kemudian mencabut botol susu yang berada pada mulut anaknya selepas mendapati bayi itu kebiruan, selain keluar air dari mulutnya. “Dia menghubungi isterinya yang bertugas sebagai guru di sekolah berhampiran sebelum bergegas menghantar bayi mereka ke Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tuanku Mizan. “Doktor memberi bantuan pernafasan untuk menyelamatkannya, namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut dan dibedah siasat. “Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tapi siasatan diteruskan. Polis juga mendapatkan keterangan daripada bapa mangsa yang juga saksi kejadian kerana bersama-sama mangsa ketika itu,” katanya. Menurutnya, jenazah mangsa dituntut bapanya selepas bedah siasat untuk dikebumikan. Kejadian ini kali ketiga dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu. Pada 21 September lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mati tersedak susu selepas dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya. Dalam kejadian kedua pada Ahad lalu pula, seorang bapa dikatakan memangku bayi lelakinya, Mohamad Ayub selepas diberi susu ketika dalam perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke ibu negara. Difahamkan, kedua-duanya kemudian tertidur dan hasil pemeriksaan di HKL, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada dalam kereta api akibat tersedak susu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapaterkejutbayijadibiru/Article

Khalwat-Dicekup Suami

'Saya menyesal'
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
2010/10/02
KUALA LUMPUR: “Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran paling berguna dalam hidup saya,” kata seorang pengacara sebuah rancangan televisyen yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, dekat sini, Rabu lalu.

ADAM...kesal apa yang berlaku

Pengacara berusia 27 tahun itu mengaku menjadi satu kesalahan apabila bersama wanita bukan mahram, tetapi mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama. “Saya hanya membantu rakan saya mengemas barang kerana dia perlu ke Kota Kinabalu, Sabah, tetapi terkejut apabila pihak berkuasa tiba. “Kami tidak buat apa-apa, tetapi apa yang berlaku ini satu pengajaran buat saya dan tidak akan berulang lagi,” katanya yang dihubungi semalam. Pengacara itu ditahan bersama wanita berusia 27 tahun yang juga isteri orang di sebuah apartmen jam 2 pagi, Rabu lalu. Jurucakap Jais yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah syariah. Sebelum itu, suami kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 31, berkata, dia dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu kerana masalah rumah tangga. “Walaupun kami tidak tinggal sekali namun kami masih menjaga anak perempuan yang berusia tiga tahun secara bergilir-gilir. “Saya hantar anak saya kepada isteri setiap Jumaat dan menjemputnya semula pada Ahad sehinggalah saya terserempak dengan pengacara itu dalam kereta isteri bersama anak berhampiran kediaman saya di Kelana Jaya,” katanya. Menurutnya, dia sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, tetapi tidak tahu dengan siapa. “Saya juga tidak tahu berapa lama mereka berkenalan, tetapi saya syak mereka mengenali satu sama lain menerusi facebook. “Akhirnya perkara itu terbongkar selepas mereka ditahan. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana lelaki itu dikenali orang kerana mengacarakan program televisyen, tetapi kenapa bersikap buruk seperti ini,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sayamenyesal/Article

Koma Angkara Peragut

Koma angkara peragut
Oleh Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my
2010/10/02
KUANTAN: Seorang ibu muda anak satu koma akibat kepalanya terhantuk selepas diterajang seorang peragut ketika menunggang motosikal bersendirian di Jalan Pinang di sini, kelmarin.Akibat kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Wan Noresah Mat Isa, 24, dari Kampung Paya Pinang, Jalan Sungai Lembing, kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kerana mengalami pendarahan beku di kepala berikutan hentakan kuat.
Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal untuk pulang ke rumah ibunya di Kampung Paya Pinang selepas singgah di rumah sewanya di Kampung Padang. Peragut terbabit yang menunggang motosikal tiba-tiba menghampiri dan menendang mangsa hingga terjatuh sebelum merampas telefon bimbit, wang tunai serta dokumen penting dianggarkan bernilai RM1,000. Wan Noresah yang bekerja sebagai kerani di sebuah pasar raya di Jaya Gading, Jalan Sungai Lembing, di sini, ditemui seorang penduduk kampung yang melalui tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah di kepala serta tidak sedarkan diri. Abang mangsa, Wan Azhar, 31, berkata dia dimaklumkan kejadian menimpa adiknya oleh penduduk kampung, kira-kira jam 9.35 malam. “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati adik saya tidak sedarkan diri dengan mukanya berlumuran darah selain terdapat kesan luka di badan,” katanya. Menurutnya, kebiasaannya, Wan Noresah pulang ke rumah jam 5 petang, namun pada hari kejadian dia pulang lewat kerana mengira stok barangan di tempat kerjanya. “Tergamak peragut terbabit menendang adik saya hanya kerana ingin mencuri telefon bimbit dan wang tunai,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam. Menurutnya, suami Wan Noresah bekerja sebagai kelasi kapal dan kini berada di Mesir sudah dimaklumkan mengenai kejadian menimpa isterinya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil di IPD Kuantan bagi membantu siasatan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Komaangkaraperagut/Article

Wednesday, September 29, 2010

'Kilang' cetak pasport diserbu

'Kilang' cetak pasport diserbu

Oleh Suraya Roslan
2010/09/29

KUALA LUMPUR: Satu sindiket memproses dan menjual pasport antarabangsa palsu kepada warga India dan Indonesia dilumpuhkan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, di sini, dengan penahanan tiga lelaki warga India, petang kelmarin.
BUKTI...Yusoff (tengah) menunjukkan dokumen palsu yang dirampas daripada suspek, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang di sebuah kedai menjual minuman keras di Cheras, di sini, jabatan berkenaan turut merampas peralatan dipercayai digunakan tiga lelaki berusia 35 hingga 37 tahun untuk menjalankan kegiatannya. Malah, mereka menyembunyikan pasport palsu terbabit di dalam sebuah beg pakaian bertujuan mengaburi mata pihak penguat kuasa.Timbalan Pengarah Imigresen (I) Wilayah Persekutuan, Mohamed Yusoff Khan Mohamed Hassan, berkata turut ditemui laporan perubatan palsu bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di negara ini. “Malah, 22 pasport dengan gambar individu lain, komputer, mesin pengimbas, beg dan pelbagai dokumen palsu lain turut ditemui,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Selain itu, pihaknya menemui komputer dipercayai mengandungi senarai pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan pasport antarabangsa daripada tiga lelaki terbabit. “Pasport terbabit dijual kepada rakan senegaranya dan rakyat Indonesia. Setiap satu dijual pada harga RM2,000,” katanya. Yusoff berkata, tiga lelaki terbabit yang berada di negara ini sejak setahun lalu menggunakan pasport palsu berdasarkan keadaan pasport yang lusuh, tetapi ditampal dengan gambar baru. Beliau berkata, pihaknya percaya mereka aktif sejak setahun lalu selepas menerima bayaran lumayan daripada warga asing yang berminat untuk bekerja di negara ini. Katanya, pihaknya juga tidak menolak ada beberapa lagi individu lain yang dipercayai terbabit masih bebas. “Kami percaya masih ada rangkaian sindiket terbabit yang bebas dan usaha memburu mereka kini giat dijalankan,” katanya. Ketiga-tiga lelaki warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 61C akta sama. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangcetakpasportdiserbu/Article

Saturday, September 25, 2010

Bayi Mati Tercekek Susu

Tercekik susu

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/09/25
PUTRAJAYA: “Saya terkejut apabila pengasuh menghubungi kira-kira dua jam selepas menghantar anak ke pusat (asuhan) itu, memaklumkan anak saya yang berusia tiga bulan tidak sedarkan diri.

LAWAT...Muhammad Khairun (kanan) melawat pasangan Mohd Fairuz dan Haney Usniza yang kematian anak bongsunya, Farisha kerana tersedak susu.

“Saya bergegas ke rumah pengasuh dan dimaklumkan bayi dibawa ke Hospital Putrajaya dan apa yang menyedihkan, sebaik tiba di hospital, saya diberitahu anak tidak dapat diselamatkan dipercayai tercekik susu,” kata Haney Usniza Abdul Hamid, 30, ibu Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, yang meninggal dunia, Selasa lalu. Anak bongsu tiga beradik dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Presint 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mengimbau semula kejadian tidak disangka itu, Haney berkata, dia menghantar anaknya ke pusat asuhan di blok sama berhampiran rumah, sebelum ke tempat kerja, kira-kira jam 8 pagi. Menurutnya, dia ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh jam 10.15 pagi memberitahu anak tidak sedarkan diri sebelum bergegas pulang. “Saya difahamkan, usaha dilakukan bagi menyelamatkan anak saya itu, tetapi tidak berjaya sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik susu,” katanya. Haney yang masih bersedih dengan kejadian itu dikunjungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, semalam. Bapa mangsa, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, dia sempat membawa anaknya itu beraya di kampung keluarga di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, bagi menemui saudara-mara. “Bapa dan ibu saya serta mentua ceria menyambut kehadiran cucu baru mereka dan tidak menyangka Syawal disambut adalah Syawal pertama dan terakhir buat Farisha,” katanya. Mohd Fairuz berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak kesayangan, dia dan isteri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu dan menganggapnya sebagai takdir Allah. Menurutnya, dia dan isteri menghantar anak bongsu mereka ke rumah pengasuh, selepas tamat tempoh berpantang dan diberitahu pengasuh itu memiliki sijil latihan dan lesen. “Saya juga diberitahu, pusat itu juga dikunjungi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. “Pengasuh memberitahu saya bahawa dia memiliki pengalaman empat tahun dan menjaga lima lagi kanak-kanak lain,” katanya yang mengakui pengasuh itu mengemukakan permohonan maaf berkaitan insiden itu.Apa yang penting, Mohd Fairuz berkata, dia berharap kejadian sama tidak menimpa bayi dan kanak-kanak lain yang dijaga selepas ini. Jenazah Farisha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru. Sementara itu, Muhammad Khairun berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap operasi di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pusat asuhan itu mematuhi Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tercekiksusu/Article

3 Sahabat Rentung

3 sahabat rentung bersama

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/09/25
PASIR GUDANG: “Hati saya berdetik ada yang tidak kena akan berlaku selepas tiga rakan karib bercadang keluar bersiar-siar. Lebih-lebih lagi Asrul baru pandai memandu dan kenderaan yang dipandu itu pula dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuan bapanya kerana dia mengambil kunci senyap-senyap.

PILU...Norazah tidak dapat menahan kesedihan.

“Berikutan itu, saya berkali-kali menghalang mereka. Bagaimanapun, mereka meneruskan niat itu hingga saya dimaklumkan rakan bahawa mereka bertiga rentung selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan,” kata Nazirul Ahmad Zulkifli,19, rakan tiga remaja yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, Proton Iswara yang dipandu Asrul Hafizul Halim, 17, dari Kong-Kong menuju Masai, hilang kawalan selepas gagal memotong kenderaan lain berhampiran Politeknik Johor Bahru, di sini. Pada masa sama, sebuah van sekolah muncul dari arah depan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung mengakibatkan Proton Iswara dinaiki tiga remaja terbabit terbakar bersama mangsa yang terperangkap di dalamnya. Sebelum kejadian Nazirul bersama Asrul dan dua lagi mangsa Mohamad Quril Helmey Elias, 17, dan Mohd Syamin Ruzaidi Mohd Adnan, 16, bersembang di rumahnya di Taman Cahaya Baru Masai, selepas pulang dari kerja di kilang berhampiran kira-kira pada jam 2 pagi. “Kami berempat baru dua hari bekerja di kilang itu dan kerana terlalu penat, mereka singgah di rumah saya untuk berehat sebelum pulang ke rumah masing-masing. “Kami berbual kosong sebelum mereka merancang keluar bersiar-siar. Ketika itu, hati saya mula berdetik ada perkara tidak kena akan berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam. Resah dengan cadangan berkenaan, Nazirul berkata, dia menolak pelawaan terbabit sebelum masuk ke rumah meninggalkan tiga sahabatnya itu. “Pagi tadi (semalam), saya dikejutkan dengan deringan telefon mengatakan ketiga-tiga sahabat saya itu maut selepas terbabit kemalangan. “Saya bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hingga kini saya terkilan kerana gagal menghalang niat mereka untuk keluar bersiar,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3sahabatrentungbersama/Article

Wednesday, September 22, 2010

Mati Tertelan Pen

Mati Tertelan Pen
Oleh Rashidi Karim 2010/09/22
KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam. Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain. Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam. Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap. Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan. “Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian. Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya. Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya. Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam. “Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri. Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.Sementaraitu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa. “Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya. Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahumandisendiri/Article

Tuesday, September 21, 2010

Tersepit Tangan Di Pasar Raya

Tersepit tangan di pasar raya
Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU: Dua hari selepas seorang kanak-kanak berusia dua tahun koma akibat terjatuh di tangga bergerak, kelmarin seorang budak berusia sembilan tahun pula cedera tangan kanan selepas tersepit di tangga bergerak pasar raya sama, di sini. Bagaimanapun, tindakan pantas kakitangan pasar raya itu menyelamatkan Raja Nur Natasha Ayuni Raja Mohd Samin yang mengalami luka di tangan kanan. Dalam kejadian jam 8 malam itu, pelajar Tahun Tiga di Kampung Teluk Ketapang itu ke pasar raya berkenaan bersama ibu bapa dan kakak untuk membeli alat tulis dan barangan keperluan harian. Mangsa sampai lebih awal di tingkat satu dan bermain berhampiran tangga bergerak itu sementara menanti kakaknya, Raja Nur Khairunnisya, 16, untuk menemui ibunya. Bagaimanapun, sedang asyik bermain tangannya tersepit antara getah alas dan rangka tangga bergerak itu dan jeritan kuatnya menarik perhatian kakitangan pasar raya yang bertindak pantas mematikan suis tangga berkenaan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sutanah Nur Zahirah (HSNZ) dan pemeriksaan doktor mendapati dia hanya luka ringan. Ibu mangsa, Engku Maznah Engku Ahmad, 39, berkata sebaik tiba di pasar raya besar itu mangsa dan kakaknya ke tandas dan beliau bersama suami terus ke tingkat satu membeli barangan keperluan. Sementara itu, Muhammad Irsyad Syahmie Mohd Suhaimi, 2, dari Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang, yang koma selepas terjatuh di tangga bergerak pasar raya itu Jumaat lalu, sudah sedar kira-kira jam 1 tengah hari semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tersepittangandipasarraya/Article/

Bayi Mati Dalam Buaian TASKA

Bayi perempuan mati dalam buaian taska
Oleh Khirriah Izdihar Md Kodry
ZADARIAH tidak dapat menahan sebak di atas kematian cucunya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam.
Nenek dakwa ada beberapa kesan lebam di tangan cucu
SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut dalam buaian ketika dalam penjagaan di sebuah taska di Paroi dekat sini, semalam. Nur Azwa Safrina Khairul Anuar, anak sulung pasangan Airul Anuar Aziz, 30, dan Nurhida Mohd Noh, 26, ditemui dalam keadaan tubuhnya sejuk dan kebiruan oleh pengasuh taska itu kira-kira 12 tengah hari. Nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan daripada taska memaklumkan kejadian itu menyebabkan dia bersama suami bergegas ke taska untuk menghantar cucunya ke sebuah klinik swasta berhampiran. Katanya, doktor di klinik itu memberikan bantuan pernafasan kepada cucunya kira-kira 30 minit sebelum mencadangkan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini apabila mendapati sebahagian tubuh mangsa masih panas. Bagaimanapun, hati saya berdetik sejak mendukungnya dari taska ke klinik bahawa saya sudah kehilangan seorang cucu yang disayangi, katanya yang tinggal berhampiran taska itu. Zadariah mendakwa cucunya ketika ditemui mempunyai beberapa kesan lebam di bahagian tangan dan kesan hitam di kedua-dua belah telinga, selain seluruh tubuh sejuk dan biru. Pengasuh taska itu, Sharifah Annisah Syed Ali, 22, pula berkata pihaknya sedih dengan kejadian berkenaan yang dikatakan kali pertama berlaku sejak taska itu beroperasi 10 tahun lalu. "Seperti biasa, saya menyusukan Nur Azwa Safrina pada jam 10 pagi dan meletakkannya kembali dalam buaian. Kira-kira sejam kemudian, bayi itu menangis lalu saya membuaikannya sekali lagi menyebabkannya tidur seperti biasa tanpa sebarang tanda pelik. Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati badannya biru ketika mahu memandikannya kira-kira jam 12 tengah hari. Saya terus menghubungi neneknya, manakala rakan saya menghubungi pihak hospital, katanya ketika ditemui Berita Harian di HTJS. Bapa mangsa, Airul Anuar, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung punca kematian anaknya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayiperempuanmatidalambuaiantaska/Article

Penghawa Dingin Bocor

Dua maut hidu gas pendingin hawa bocor
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Dua lelaki ditemui mati dipercayai terhidu gas karbon monoksida akibat sistem pendingin hawa bocor dalam kabin bot pukat tunda di jeti Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) di sini, awal pagi semalam. Juragan bot, Malkon Jusing, 31, dan Mohd Mustakim Merika, 20, dipercayai terhidu gas itu ketika tidur akibat mabuk selepas minum minuman keras bersama awak-awak yang juga sepupunya, Mohd Mustakim terselamat kerana tidur di luar kabin. Mangsa hanya disedari sudah meninggal dunia apabila awak-awak terbabit cuba mengejutkan mereka kira-kira jam 6 pagi. Sebelum kejadian, bot dikendalikan Malkon bersama 20 awak-awak berlabuh di jeti itu jam 5 petang, Ahad lalu sebelum memunggah hasil laut ke jeti pada malam kelmarin. Mohd Mustakim dari Kawang, dekat Papar yang menganggur dikatakan datang ke bot itu untuk bertemu sepupunya sebelum minum arak dalam kabin. Bagaimanapun, sepupu Mohd Mustakim tersedar daripada tidur dan keluar dari kabin pada jam 1 pagi serta tertidur di luar kabin. Apabila menyedari kedua-dua meninggal dunia, awak-awak itu segera menghubungi pemilik bot yang kemudiannya datang untuk membuat pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pemilik bot mendapati kedua-dua mangsa mati dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida. Kes itu diklasifikasikan mati mengejut tetapi siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian atau ada unsur jenayah, katanya di sini semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duamauthidugaspendinginhawabocor/Article