
Saturday, May 22, 2010
Untung Atas Angin

Maut Jatuh Kondominium
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan maut apabila terjatuh dari tempat tidurnya di tingkat atas sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan.Mangsa dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an itu ditemui mati oleh penyelia tapak pembinaan berkenaan dalam keadaan tertiarap di celah konkrit di Desa Tiara, Sri Hartamas, di sini kira-kira jam 8 pagi semalam. Difahamkan, mangsa terjatuh ke sebuah bilik stor bangunan belum siap itu dan mengalami kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, kondominium itu baru saja dalam pembinaan dan mangsa dipercayai menjadikan tingkat atas bangunan itu sebagai tempat tidurnya. “Penyelia terbabit terkejut apabila mendapati mangsa berlumuran darah di kepala ketika sedang mencari barang di dalam stor berkenaan. “Beberapa helai kain dan bantal dipercayai digunakan oleh mangsa turut ditemui di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buruhbinaanmautterjatuhkondominium/Article
Keselamatan Sekitar Rumah
Gambar HiasanSiber Kafe
KUMPUL...pelajar berpakaian seragam sekolah di depan sebuah kafe siber di Jalan Ipoh.Friday, May 21, 2010
SPA Peraga Gadis Bercoli
Oleh Shamsul Munir Safini
TAHAN...pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.
Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam. Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu menahan 12 wanita warga China berusia 20 tahun hingga 25 tahun dipercayai pelacur. Dua lelaki tempatan berusia 32 tahun dan 37 tahun dipercayai pengurus dan kapten spa terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan, dua daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala selebihnya memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial. Katanya, spa di tingkat tiga bangunan kedai itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dikesan berselindung di sebalik perniagaan hotel. Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut menemui beberapa peket kecil serbuk dadah dipercayai syabu digunakan wanita terbabit. “Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ. “Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan,” katanya. Jurucakap polis berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20100522093310/Article
Cuba Sembelih Ibu Saudara
am@hmetro.com.my
BAGAN SERAI: Cubaan seorang lelaki menyembelih ibu saudaranya menggunakan pisau pemotong daging, dipatahkan selepas polis menembak lengan kanan lelaki berkenaan selepas usaha memujuknya selama 45 minit buntu meskipun dia bertindak lebih agresif.Tembakan itu dilepaskan anggota polis selepas usaha memujuk suspek supaya menyerah diri dan melepaskan mangsa menemui kegagalan.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di sebuah rumah di Jalan Siakap itu, lelaki berusia 28 tahun ditembak di lengan kanannya selepas cuba mencederakan ibu saudaranya.Mangsa, K Tanalatchimy, 55, sebelum itu mengalami mimpi ngeri apabila lengan kirinya dikelar suspek, ditetak di tangan kanan dan kepala serta muka mangsa dicederakan sebelum suspek memegang rambut mangsa dengan mengheretnya ke serata rumah.Ketua Polis Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari dan sepasukan enam pegawai diketuai Ketua Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Zaidi A Rahman bergegas ke premis berkenaan.“Ketika polis sampai, tangan kiri suspek dilihat memegang rambut mangsa dalam keadaan duduk manakala tangan kanannya memegang parang.“Ahli keluarga dan orang ramai berada di luar rumah membantu polis memujuk suspek menyerah diri dan melepaskan mangsa, tetapi dia menjadi lebih agresif sehingga mengeluarkan kata-kata mencabar polis, ‘kalau mahu tembak, tembaklah’,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.Mat Fauzi berkata, polis terus berusaha memujuk suspek berulang kali, tetapi tidak dihiraukan dan apabila suspek bertambah agresif dengan cuba menetak leher mangsa kira-kira jam 1.15 petang, polis menembak lengan kanannya menyebabkan pisau itu terlepas dari genggaman.Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar sebelum ahli keluarganya memindahkannya ke hospital swasta, Hospital Columbia Asia di Taiping untuk menerima rawatan.Katanya, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana memadamkan wasiat keluarga dibawa ke Hospital Parit Buntar sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cubasembelihibusaudara1/Article
Thursday, May 20, 2010
Remaja DiPerkosa Kekasih
hadzlihady@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pengorbanan cinta seorang gadis berusia 15 tahun yang sanggup menempuh perjalanan dari utara tanah air hingga ke ibu kota untuk menemui kekasih hati bertukar menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia dijadikan mangsa pemuas nafsu teman lelakinya itu.Malah, perbuatan keji terbabit turut dirakam teman lelakinya itu sebelum dia mengugut akan mengedarkan gambar bogel berkenaan membuatkan mangsa mula gelisah. Bagaimanapun, mangsa yang tidak keruan itu akhirnya cuba melarikan diri sebelum ditemui anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan Ulu Klang, Ampang sebelum pemeriksaan mendapati dia pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Perlis sejak tiga bulan lalu. Menurut sumber, selepas siasatan dilakukan, gadis berkenaan mendakwa sepanjang tempoh dia menghilangkan diri itu, dia sebenarnya mengikut teman lelakinya itu. “Gadis berkenaan turut memberitahu yang sepanjang tempoh itu, dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki berkenaan dan akhirnya mula menyesali perbuatan itu. “Difahamkan, dia akhirnya mula jemu hidup bergelumang dengan maksiat sebelum mengambil tindakan nekad melarikan diri,” katanya. Menurut sumber terbabit, gadis itu turut bimbang apabila cubaan dia melarikan diri daripada kekasihnya itu disusuli dengan satu ugutan lelaki berkenaan yang mahu mengedarkan gambar bogel dan juga aksi ghairah mereka berdua di ranjang. “Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengakui yang dia sebenarnya melakukan seks dengan teman lelakinya puluhan kali sepanjang mereka tinggal bersama di sebuah rumah di Balakong, Kajang. “Remaja terbabit turut mendakwa, dia sebenarnya sudah jemu dengan kehidupan sebegitu, namun tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada kongkongan teman lelakinya itu,” katanya. Beliau berkata, selain takut melarikan diri daripada teman lelakinya, dia juga bimbang kerana lelaki berkenaan mengugut akan menyebarkan rakaman aksi ghairah mereka yang dirakam melalui telefon bimbit. “Dia kemudian mula kehilangan arah dan fikirannya mula bercelaru sebelum nekad melarikan diri dan ditemui di tepi jalan di kawasan Ulu Klang, kelmarin. “Mangsa akhirnya dibawa menjalani pemeriksaan dan dia turut membuat satu laporan berhubung kejadian itu,” katanya. Sumber terbabit berkata, susulan daripada laporan yang dibuat, polis menahan seorang lelaki berusia awal 20-an bagi membantu siasatan. “Lelaki terbabit yang juga anak kepada seorang anggota polis ditahan di rumahnya di Ampang sejurus mangsa membuat laporan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajalarirumahdirogolkekasih/Article
Ditampar Guru
Oleh Zainuddin ZainKemaruk Poligami
Oleh Zaid SalimKatanya, selepas tiga hari bergelar isteri, dia terkejut dan mengesyaki lelaki terbabit mengamalkan ilmu salah apabila memaksa dia menelan air kencing ketika melakukan seks. Menurutnya, selain amalan itu, tindakan lelaki terbabit mengadakan hubungan kelamin hanya di rumah isteri ketiga juga dirasakan pelik, malah lebih membingungkan dirinya apabila semua isteri dikehendaki berkumpul di rumah berkenaan sebelum melakukan seks. “Ketika berkumpul, dia akan memilih seorang isteri yang dia suka untuk melakukan persetubuhan dan bukan mengikut giliran,” katanya. Menurut Su, selepas berkahwin baru dan memiliki dua anak, dia mengakui kehidupannya kini jauh lebih aman dan bahagia bersama suami yang mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga selain menyayanginya sepenuh hati. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ketagihgantiisteri/Article
Khasiat Air Kuda Laut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md DeninRAWANG: Bunyinya agak tidak masuk akal apabila seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta sanggup meneguk air rebusan kuda laut selama sebulan selepas diyakinkan seorang pengamal perubatan tradisional kononnya petua itu mampu membuat suaranya lunak seperti penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Teruja dengan kata bomoh lelaki berusia 50-an itu, gadis berusia 21 tahun terbabit yang kerap kecundang ketika menghadiri uji bakat rancangan realiti televisyen akhirnya ditipu RM1,200 selepas diminta dukun kelentong itu sebagai bayaran pengeras. Petua tidak lojik itu yang diamalkan gadis terbabit sejak awal April lalu hanya menyebabkan dia menderita, apatah lagi apabila turut diarah mengamalkan satu lagi kaedah pelik iaitu berkumur dengan cuka kononnya untuk melembutkan lidah. Mangsa mahu dikenali sebagai Lia berkata, kekecewaan kerana acap kali gagal ujian saringan program realiti televisyen sejak setahun lalu menyebabkan dia tidak berputus asa dengan pelbagai cara, antaranya mengikuti latihan vokal. “Mungkin kerana terlalu ghairah untuk menjadi artis menyebabkan saya tak pernah lepas menyertai uji bakat pelbagai program realiti seperti Akademi Fantasia (AF), Mentor dan MyStarz LG dan seumpamanya. “Namun, selepas dua tahun mencuba nasib, impian saya sering kali terkandas walaupun berasakan sudah melakukan segalanya yang terbaik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, pada satu hari April lalu, dia dipujuk seorang rakan bertemu pengamal perubatan tradisional di Gombak kononnya mampu menyelesaikan apa juga masalah melalui kaedah mistik. “Pada mulanya saya kurang yakin (dengan keupayaan bomoh) dan pertemuan jam 9 malam dengan bomoh itu hanya satu ikhtiar semata-mata. Lelaki setengah abad itu dilihat hanya kumat-kamit sambil memegang keris pendek kira-kira lima minit sebelum bertanyakan hajat saya,” katanya. Selepas memberitahu hajatnya, bomoh terbabit hanya tersenyum sebelum mengarahkan pembantu wanita membawakan kotak kayu kecil mengandungi satu bungkusan plastik jernih.“Selepas diamati, saya dapati plastik berkenaan mengandungi kuda laut yang sudah diawet. Bomoh itu beritahu suara saya akan jadi lebih ‘sedap’ dan merdu jika mengamalkan petua meminum air rebusan kuda laut itu yang sudah terlebih dulu dijampi,” katanya. Menurutnya, agak melucukan apabila bomoh terbabit mendakwa suaranya akan menjadi merdu seperti Siti Nurhaliza atau sekurang-kurangnya setanding Misha Omar jika mengamalkan arahan diberikannya. “Saya disuruh meminum air rebusan kuda laut kering setiap petang selain ditegah makan pucuk labu, timun serta minuman bergas dan berais sepanjang sebulan. Malah, bomoh berkenaan turut mengarahkan saya rajin berkumur dengan cuka. “Bagaikan orang bodoh yang tidak mampu berfikir waras, saya lantas mengikut saja arahan lelaki itu dengan mengamalkan petua diberikan. Malah pada masa sama, saya turut membayar RM1,200 seperti diminta bomoh berkenaan atas alasan bagi memastikan amalan dilakukan berhasil,” katanya. Namun, Lia mendakwa, selepas sebulan mencuba, tiada sebarang perubahan dirasai sebaliknya tekaknya menjadi perit selain sukar menelan air liur, lalu menghubungi bomoh terbabit, namun dia mengarahkan meneruskan amalan itu sehingga dua bulan. “Apabila saya meminta wang pengeras dikembalikan kerana amalan diberikan tidak berhasil, lelaki itu sebaliknya menuduh saya pernah melanggar pantang-larang diberikan,” katanya. Katanya, dia yang tidak puas hati diperdaya pernah ke rumah bomoh itu, namun ia sudah kosong seolah-olah ditinggalkan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PetuatirusuaraSiti/Article
Dihempap Pintu Pagar
Gambar HiasanPEKAN: “Kelu lidah saya apabila melihat isteri terlentang menahan kesakitan akibat dihempap pintu pagar besi yang tiba-tiba terbalik,” kata Abu Talib Budin, 54, suami kepada jururawat yang bertugas di sebuah klinik kesihatan, dekat sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa berusia 50 tahun yang bertugas di klinik kesihatan itu mengalami kecederaan serius di pinggang sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan (HP). Bagaimanapun, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan lanjut. Sebelum kejadian, mangsa mahu keluar rehat untuk makan tengah hari cuba menarik pintu pagar klinik berkenaan yang dipercayai sudah rosak sebelum tiba-tiba patah lalu menimpanya. Menceritakan semula kejadian itu, Abu Talib berkata, dia bersama anaknya berusia 21 tahun yang sedang berehat di kuarters klinik berkenaan terdengar jeritan sebelum melihat isterinya terlentang menahan kesakitan. Menurutnya, anaknya kemudian memanggil seorang jiran untuk membantu mengangkat mangsa yang turut mengalami sesak nafas sebelum menghubungi ambulans. Katanya, ketika mengalihkan pagar, dia mendapati mangsa tidak mampu bercakap apa-apa kecuali hanya menahan kesakitan di pinggang. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cederadihempappintupagar/Article
Wednesday, May 19, 2010
Jerat Maut Facebook
Gambar HiasanBayi Maut Tercekik Susu
NOOR SARIMA menunjukkan gambar Aqil Adam yang meninggal dunia akibat tercekik susu di pusat jagaan, semalam.Doktor sahkan mangsa alami pendarahan otakGigolo Penyamun
KUALA LUMPUR: Kemahiran memuaskan nafsu wanita gersang dijadikan modal seorang warga Pakistan untuk memperdaya mangsa sebelum merompak selepas melakukan hubungan seks.Difahamkan, suspek sengaja membuat mangsa keletihan sebelum mengambil kesempatan melarikan barang berharga ketika mangsa tertidur. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang bekerja di pusat karaoke di Bukit Bintang, dikatakan berkenalan dengan lelaki warga Pakistan bernama Sheikh berusia 30-an. Menurutnya, hasil perkenalan singkat itu, mangsa berusia 41 tahun jatuh hati selepas digoda lelaki berwajah tampan dan tubuh sasa itu. “Tanpa berfikir panjang, wanita itu yang layu dengan panahan cinta lelaki Pakistan berkenaan terus mengajak mengikutnya pulang ke rumahnya di pangsapuri berhampiran Bukit Bintang. “Sebaik tiba di kediaman mangsa, lelaki itu menggoda wanita terbabit hingga menyebabkannya cair sebelum diajak melakukan hubungan seks,” katanya. Menurutnya, sebelum melakukan adegan ranjang, suspek memujuk mangsa menanggalkan rantai leher dipakainya. “Sebaik rantai leher itu disimpan di dalam laci, mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum mereka melakukan hubungan seks. Difahamkan, mangsa sengaja diberikan layanan istimewa oleh suspek yang berniat membuatkan mangsa letih. “Mangsa yang diberikan layanan seks istimewa dipujuk tidur oleh suspek yang menyangka mangsa tidak larat bangun akibat keletihan selepas melakukan hubungan seks,” katanya. Menurutnya, mangsa yang tidur-tidur ayam sempat melihat suspek membuka laci untuk mengambil rantai lehernya selain telefon bimbit yang diletakkan tidak jauh dari katil. “Wanita itu yang cuba bangun menghalang suspek bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa apabila lelaki itu sempat membuka pintu depan dan melarikan diri. “Mangsa yang terpinga-pinga kemudian cuba mengejar, namun lelaki itu berjaya menghilangkan diri,” katanya. Difahamkan, mangsa yang kerugian hampir RM2,000 membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang juruhebah radio kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki berhampiran Dataran Merdeka di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu, mangsa berusia 43 tahun sedang berjalan kaki menuju ke keretanya sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tiba-tiba berhenti mendadak di hadapannya. Seorang daripada mereka terus mencekik sebelum menarik jam tangan mangsa manakala rakannya turut merampas dompet mangsa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gigolopenyamun/Article
Padam Kebakaran
Gambar HiasanTanah Runtuh
Gambar HiasanKUALA LUMPUR: Banjir kilat, pokok tumbang dan beberapa kejadian tanah runtuh kecil berlaku di ibu kota selepas dilanda hujan lebat berserta angin kencang selama empat jam di sini, semalam.Hujan bermula kira-kiara jam 3 petang itu menyebabkan tanah runtuh di sebuah kondominium tinggal di Kampung Cheras Baru. Tanah runtuh berhampiran pusat tebatan banjir berdekatan sebuah kuil Cina di hujung jalan kampung itu dikesan berlaku sejak minggu lalu namun menjadi semakin teruk semalam. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, tanah runtuh di situ menjadi lebih teruk selepas hujan lebat semalam. “Saya terdengar bunyi kuat datang dari arah bukit berdekatan kondominium berdekatan ketika hujan lebat petang semalam. “Apabila saya keluar saya dapati kawasan terbabit dipenuhi tanah runtuh dari tebing bukit itu,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tanahruntuhbawahkondo/Article
Tuesday, May 18, 2010
Tanam Bayi
Oleh Meor Riduwan Meor AhmadMELAKA: Satu pasangan kekasih remaja menjadi pasangan pertama di negara ini didakwa atas pertuduhan bersama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan mengebumikannya di satu kawasan di tepi sungai di Batu Berendam pada 12 Mei lalu.
MALU...Muhammad Safiuddin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
Tertuduh, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, dan teman wanitanya yang juga juvana berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan itu.Pada prosiding bermula jam 3.05 petang itu, tertuduh lelaki berpakaian baju-T warna merah jambu dan berseluar panjang hitam, manakala pasangannya berbaju jaket hijau dan memakai seluar trek kelihatan tenang mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.Sejurus pertuduhan dibaca dan diterangkan, Muhammad Safiuddin yang berada dalam kandang pesalah bertanya apa dimaksudkan dengan ‘minta dibicarakan’ atau ‘mengaku bersalah’.Jurubahasa kemudian menjelaskan jika mengaku bersalah, mahkamah tidak akan menjalankan perbicaraan dan terus menjatuhkan hukuman, manakala jika tidak mengaku bersalah perbicaraan akan dijalankan. Juvana itu yang berdiri di luar pula mengaku bersalah sejurus ditanya jurubahasa. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sungai Taman Melaka Baru, Batu Berendam, antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara dua tahun dan didenda atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latiff memberitahu mahkamah pihak pendakwaan bersedia dengan fakta kes, namun laporan akhlak dan sosial belum diperoleh.Beliau kemudian memohon tarikh lain bagi mendapatkan laporan akhlak dan sosial tertuduh dan juvana itu serta menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.Muhammad Safiuddin bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan masih belajar dan memohon diberikan peluang berubah oleh mahkamah dan begitu juga juvana terbabit.Juvana itu merayu jaminan dikurangkan kerana dia masih belajar, manakala ibunya seorang ibu tunggal.Berikutan itu, majistret menangguhkan keputusan fakta dan hukumannya pada 17 Jun depan dan menetapkan jaminan RM2,000 bagi Muhammad Safiuddin dan juvana itu.Pada mulanya kedua-dua remaja terbabit dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, namun media yang menunggu sejak awal pagi hingga tengah hari terkejut apabila pasangan terbabit dibawa keluar dari lokap mahkamah untuk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tempat kejadian.Pada prosiding di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, galeri awam dipenuhi orang awan dan juga ahli keluarga juvana dan teman lelakinya itu.Ibu Muhammad Safiuddin kelihatan cuba menenangkan anak lelakinya itu sambil berpelukan, manakala juvana terbabit yang duduk di samping ibunya kelihatan menutup muka dengan tuala kecil berwarna biru. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mengakutanambayi/Article
Tetak Leher Ibu Sendiri
Oleh Mohd Harzrul AminuddinJerat Kekasih
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad IsmailMUAR: Dua wanita yang tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah oleh mahkamah syariah kerana berkhalwat, lega apabila muncul seorang lelaki budiman sanggup menghulurkan wang tanpa menyedari ia ibarat jerat percintaan apabila mereka terpaksa menjadi ‘isteri sanggup’ semata-mata kerana mahu mengelak dihumban ke penjara.Begitu nasib wanita yang dibiarkan sendirian menanggung denda mahkamah, sedangkan pasangan khalwat mereka yang sebelum ini seronok memadu asmara ketika dicekup pihak berkuasa agama hanya mementingkan diri sendiri. Kisah pelik tetapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah dan Ani (bukan nama sebenar) yang masing-masing berusia 25 dan 32 tahun apabila terpaksa menjadi isteri kedua dan ketiga seorang usahawan berusia 55 tahun itu. Azah, 32, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 55 itu dua tahun lalu. “Sebelum itu saya ditangkap berkhalwat dengan pasangan di sebuah rumah di Segamat dan akibatnya, kami didakwa di mahkamah sebelum didenda selepas didapati bersalah. “Mulanya, saya ingat teman lelaki jujur, tetapi tanggapan saya meleset apabila dia yang disangka sanggup sehidup semati bertindak di luar batas dan hanya membayar denda untuk dirinya. “Saya terkejut dengan tindakannya (teman lelaki) kerana sebelum perbicaraan dia berjanji akan bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan di mahkamah,” katanya.
Azah berkata, dia kaget dengan tindakan teman lelakinya yang sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting mencari duit untuk membayar denda atau menghadapi risiko dipenjara dua tahun. “Saya hanya mampu menangis di luar mahkamah selepas hukuman dijatuhkan. Saya terpaksa meminta penangguhan kepada mahkamah untuk berusaha menjelaskan denda itu,” katanya. Suri rumah berkenaan berkata, sehari selepas itu, dia didatangi seorang usahawan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu melunaskan bayaran denda. “Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera menyatakan persetujuan, namun tidak lama kemudian baru niat lelaki itu terserlah apabila saya terpaksa memenuhi satu syarat sebelum dia bersetuju membayar denda terbabit. Syaratnya ialah berkahwin dengannya. “Takut dengan hukuman penjara, saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan terpaksa mengahwini lelaki itu kira-kira sebulan kemudian,” katanya. Azah berkata, walaupun terpaksa, dia mengaku hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua.Menurutnya, setahun kemudian, dia dikejutkan dengan khabar angin suaminya berkahwin satu lagi dengan seorang gadis berusia 20-an menerusi taktik jerat kasih yang sama. Isteri ketiga yang hanya dikenali sebagai Ani, kini berusia 25 tahun, berkata dia bermadu dengan Azah selepas terpaksa berkahwin dengan suami, juga melalui taktik ‘isteri sanggup’.Seperti Azah, Ani juga ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, namun tidak mampu menjelaskan denda dikenakan mahkamah. Bagi mengelakkan kejadian itu diketahui keluarga, dia terpaksa memberikan persetujuan terhadap syarat yang dikenakan lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya sebelum mengadakan upacara akad nikah sebulan selepas itu.“Kami (Ani dan Azah) bahagia dengan suami walaupun terpaksa berkongsi kasih dan melalui perjanjian yang pelik pada awalnya,” katanya ketika ditemui di rumah Azah di Sungai Abong di sini. Namun, di sebalik kebahagiaan dua madu ini, pada masa sama kedua-dua wanita terbabit melahirkan kerisauan terhadap sikap suaminya yang seakan-akan ghairah mencari isteri melalui perjanjian pelik terbabit. Kedua-dua suri rumah sepenuh masa itu yang masing-masing dihadiahkan sebuah kereta bimbang muncul pula madu keempat melalui kaedah jerat percintaan seperti yang dialami mereka sebelum ini. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jeratkasihdendakhalwat/Article
Curi Komputer Majikan
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Biarpun licik namun seorang pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) yang mencuri dua komputer riba milik majikannya masih dianggap bodoh apabila tidak menyedari gerak-gerinya melakukan jenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Suspek yang berusia 32 tahun terbabit langsung tidak menyangka rakaman CCTV itu menjadi bukti kukuh bagi membolehkan polis mengesan suspek sebelum memberkasnya Jumaat lalu. Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata suspek yang berasal dari Semenyih bekerja di syarikat itu selama setahun sebelum menghilangkan diri selepas melakukan jenayah itu pada 17 Mac lalu. Menurutnya, suspek bagaimanapun tersilap perhitungan apabila tidak menyangka perbuatannya itu dirakam CCTV yang diletakkan di pejabat syarikat itu di Plaza Sentral di sini. “Malah, majikannya membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit dan siasatan awal polis termasuk kesan cap jari membuktikan lelaki itu suspek utama kes kecurian terbabit. “Hasil maklumat awam dan menerusi rakaman CCTV, sepasukan polis menahan suspek pagi kelmarin. Susulan itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan,” katanya. Menurutnya, rakan suspek yang berusia 44 tahun dan berasal dari Petaling Jaya di sini, dikesan mempunyai 10 rekod jenayah berhubung kes curi di Brickfields. “Susulan itu, polis memeriksa rumah suspek di Jalan Tun Sambanthan di sini, sebelum menemui jam tangan pelbagai jenama, cincin, subang, rantai, dan kamera pelbagai jenama dipercayai barang curi,” katanya ketika sidang media di sini, semalam. Beliau berkata, selepas menyoal siasat suspek, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Seksyen 1, Petaling Jaya, di sini, dan menjumpai sebiji komputer riba, kamera video dan beberapa kotak berisi penuh mercun yang diseludup dari negara jiran. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PekerjacurikomputermajikandirakamCCTV/Article