Saturday, October 2, 2010

Koma Angkara Peragut

Koma angkara peragut
Oleh Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my
2010/10/02
KUANTAN: Seorang ibu muda anak satu koma akibat kepalanya terhantuk selepas diterajang seorang peragut ketika menunggang motosikal bersendirian di Jalan Pinang di sini, kelmarin.Akibat kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Wan Noresah Mat Isa, 24, dari Kampung Paya Pinang, Jalan Sungai Lembing, kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kerana mengalami pendarahan beku di kepala berikutan hentakan kuat.
Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal untuk pulang ke rumah ibunya di Kampung Paya Pinang selepas singgah di rumah sewanya di Kampung Padang. Peragut terbabit yang menunggang motosikal tiba-tiba menghampiri dan menendang mangsa hingga terjatuh sebelum merampas telefon bimbit, wang tunai serta dokumen penting dianggarkan bernilai RM1,000. Wan Noresah yang bekerja sebagai kerani di sebuah pasar raya di Jaya Gading, Jalan Sungai Lembing, di sini, ditemui seorang penduduk kampung yang melalui tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah di kepala serta tidak sedarkan diri. Abang mangsa, Wan Azhar, 31, berkata dia dimaklumkan kejadian menimpa adiknya oleh penduduk kampung, kira-kira jam 9.35 malam. “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati adik saya tidak sedarkan diri dengan mukanya berlumuran darah selain terdapat kesan luka di badan,” katanya. Menurutnya, kebiasaannya, Wan Noresah pulang ke rumah jam 5 petang, namun pada hari kejadian dia pulang lewat kerana mengira stok barangan di tempat kerjanya. “Tergamak peragut terbabit menendang adik saya hanya kerana ingin mencuri telefon bimbit dan wang tunai,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam. Menurutnya, suami Wan Noresah bekerja sebagai kelasi kapal dan kini berada di Mesir sudah dimaklumkan mengenai kejadian menimpa isterinya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil di IPD Kuantan bagi membantu siasatan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Komaangkaraperagut/Article

Wednesday, September 29, 2010

'Kilang' cetak pasport diserbu

'Kilang' cetak pasport diserbu

Oleh Suraya Roslan
2010/09/29

KUALA LUMPUR: Satu sindiket memproses dan menjual pasport antarabangsa palsu kepada warga India dan Indonesia dilumpuhkan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, di sini, dengan penahanan tiga lelaki warga India, petang kelmarin.
BUKTI...Yusoff (tengah) menunjukkan dokumen palsu yang dirampas daripada suspek, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang di sebuah kedai menjual minuman keras di Cheras, di sini, jabatan berkenaan turut merampas peralatan dipercayai digunakan tiga lelaki berusia 35 hingga 37 tahun untuk menjalankan kegiatannya. Malah, mereka menyembunyikan pasport palsu terbabit di dalam sebuah beg pakaian bertujuan mengaburi mata pihak penguat kuasa.Timbalan Pengarah Imigresen (I) Wilayah Persekutuan, Mohamed Yusoff Khan Mohamed Hassan, berkata turut ditemui laporan perubatan palsu bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di negara ini. “Malah, 22 pasport dengan gambar individu lain, komputer, mesin pengimbas, beg dan pelbagai dokumen palsu lain turut ditemui,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Selain itu, pihaknya menemui komputer dipercayai mengandungi senarai pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan pasport antarabangsa daripada tiga lelaki terbabit. “Pasport terbabit dijual kepada rakan senegaranya dan rakyat Indonesia. Setiap satu dijual pada harga RM2,000,” katanya. Yusoff berkata, tiga lelaki terbabit yang berada di negara ini sejak setahun lalu menggunakan pasport palsu berdasarkan keadaan pasport yang lusuh, tetapi ditampal dengan gambar baru. Beliau berkata, pihaknya percaya mereka aktif sejak setahun lalu selepas menerima bayaran lumayan daripada warga asing yang berminat untuk bekerja di negara ini. Katanya, pihaknya juga tidak menolak ada beberapa lagi individu lain yang dipercayai terbabit masih bebas. “Kami percaya masih ada rangkaian sindiket terbabit yang bebas dan usaha memburu mereka kini giat dijalankan,” katanya. Ketiga-tiga lelaki warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 61C akta sama. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangcetakpasportdiserbu/Article

Saturday, September 25, 2010

Bayi Mati Tercekek Susu

Tercekik susu

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/09/25
PUTRAJAYA: “Saya terkejut apabila pengasuh menghubungi kira-kira dua jam selepas menghantar anak ke pusat (asuhan) itu, memaklumkan anak saya yang berusia tiga bulan tidak sedarkan diri.

LAWAT...Muhammad Khairun (kanan) melawat pasangan Mohd Fairuz dan Haney Usniza yang kematian anak bongsunya, Farisha kerana tersedak susu.

“Saya bergegas ke rumah pengasuh dan dimaklumkan bayi dibawa ke Hospital Putrajaya dan apa yang menyedihkan, sebaik tiba di hospital, saya diberitahu anak tidak dapat diselamatkan dipercayai tercekik susu,” kata Haney Usniza Abdul Hamid, 30, ibu Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, yang meninggal dunia, Selasa lalu. Anak bongsu tiga beradik dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Presint 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mengimbau semula kejadian tidak disangka itu, Haney berkata, dia menghantar anaknya ke pusat asuhan di blok sama berhampiran rumah, sebelum ke tempat kerja, kira-kira jam 8 pagi. Menurutnya, dia ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh jam 10.15 pagi memberitahu anak tidak sedarkan diri sebelum bergegas pulang. “Saya difahamkan, usaha dilakukan bagi menyelamatkan anak saya itu, tetapi tidak berjaya sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik susu,” katanya. Haney yang masih bersedih dengan kejadian itu dikunjungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, semalam. Bapa mangsa, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, dia sempat membawa anaknya itu beraya di kampung keluarga di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, bagi menemui saudara-mara. “Bapa dan ibu saya serta mentua ceria menyambut kehadiran cucu baru mereka dan tidak menyangka Syawal disambut adalah Syawal pertama dan terakhir buat Farisha,” katanya. Mohd Fairuz berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak kesayangan, dia dan isteri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu dan menganggapnya sebagai takdir Allah. Menurutnya, dia dan isteri menghantar anak bongsu mereka ke rumah pengasuh, selepas tamat tempoh berpantang dan diberitahu pengasuh itu memiliki sijil latihan dan lesen. “Saya juga diberitahu, pusat itu juga dikunjungi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. “Pengasuh memberitahu saya bahawa dia memiliki pengalaman empat tahun dan menjaga lima lagi kanak-kanak lain,” katanya yang mengakui pengasuh itu mengemukakan permohonan maaf berkaitan insiden itu.Apa yang penting, Mohd Fairuz berkata, dia berharap kejadian sama tidak menimpa bayi dan kanak-kanak lain yang dijaga selepas ini. Jenazah Farisha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru. Sementara itu, Muhammad Khairun berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap operasi di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pusat asuhan itu mematuhi Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tercekiksusu/Article

3 Sahabat Rentung

3 sahabat rentung bersama

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/09/25
PASIR GUDANG: “Hati saya berdetik ada yang tidak kena akan berlaku selepas tiga rakan karib bercadang keluar bersiar-siar. Lebih-lebih lagi Asrul baru pandai memandu dan kenderaan yang dipandu itu pula dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuan bapanya kerana dia mengambil kunci senyap-senyap.

PILU...Norazah tidak dapat menahan kesedihan.

“Berikutan itu, saya berkali-kali menghalang mereka. Bagaimanapun, mereka meneruskan niat itu hingga saya dimaklumkan rakan bahawa mereka bertiga rentung selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan,” kata Nazirul Ahmad Zulkifli,19, rakan tiga remaja yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, Proton Iswara yang dipandu Asrul Hafizul Halim, 17, dari Kong-Kong menuju Masai, hilang kawalan selepas gagal memotong kenderaan lain berhampiran Politeknik Johor Bahru, di sini. Pada masa sama, sebuah van sekolah muncul dari arah depan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung mengakibatkan Proton Iswara dinaiki tiga remaja terbabit terbakar bersama mangsa yang terperangkap di dalamnya. Sebelum kejadian Nazirul bersama Asrul dan dua lagi mangsa Mohamad Quril Helmey Elias, 17, dan Mohd Syamin Ruzaidi Mohd Adnan, 16, bersembang di rumahnya di Taman Cahaya Baru Masai, selepas pulang dari kerja di kilang berhampiran kira-kira pada jam 2 pagi. “Kami berempat baru dua hari bekerja di kilang itu dan kerana terlalu penat, mereka singgah di rumah saya untuk berehat sebelum pulang ke rumah masing-masing. “Kami berbual kosong sebelum mereka merancang keluar bersiar-siar. Ketika itu, hati saya mula berdetik ada perkara tidak kena akan berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam. Resah dengan cadangan berkenaan, Nazirul berkata, dia menolak pelawaan terbabit sebelum masuk ke rumah meninggalkan tiga sahabatnya itu. “Pagi tadi (semalam), saya dikejutkan dengan deringan telefon mengatakan ketiga-tiga sahabat saya itu maut selepas terbabit kemalangan. “Saya bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hingga kini saya terkilan kerana gagal menghalang niat mereka untuk keluar bersiar,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3sahabatrentungbersama/Article

Wednesday, September 22, 2010

Mati Tertelan Pen

Mati Tertelan Pen
Oleh Rashidi Karim 2010/09/22
KANGAR: “Dia tidak mahu suami saya memandikannya seperti kebiasaan, sebaliknya mahu mandi seorang diri di luar rumah beberapa jam sebelum meninggal dunia,” kata Rohayani Asra, ibu kepada Mohd Hamizan Jasmin, 10, yang mati akibat tertelan besi hujung pen ketika berada dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini, semalam. Murid tahun empat itu dipercayai mengulum pen berkenaan sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain. Mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri selepas tidak sedarkan diri, kira-kira jam 9.45 pagi dan hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menemui besi hujung pen itu dalam badannya, semalam. Rohayani berkata, selain enggan dimandikan ayahnya, Mohd Hamizan juga menunjukkan perubahan sikap apabila menjadi pendiam sejak seminggu lalu sedangkan sebelum ini dia banyak bercakap. Bapa mangsa, Jasmin Saman, 44, pula berkata sejurus selepas kejadian, dua guru datang ke rumahnya memaklumkan anaknya tertelan sesuatu dan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Beseri untuk rawatan. “Bagaimanapun, saya menjadi lemah lutut apabila melihat arwah sudah kaku di katil dengan keadaan mulutnya berlumuran darah manakala pegawai perubatan di klinik berkenaan pula gagal menyatakan punca sebenar kematian. Malah, ujian X-ray juga gagal menjumpai sesuatu bagi mengaitkan punca kematiannya menyebabkan jenazah anak saya dibawa ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya. Menurutnya, selepas selesai bedah siasat petang semalam, baru doktor menemui sesuatu dalam badan arwah iaitu besi pen yang menjadi punca kematiannya. Katanya, arwah Mohd Hamizan adalah anak kedua daripada empat beradik, malah dia sempat menghantar anaknya itu ke sekolah dengan motosikal, semalam. “Arwah seorang yang aktif selain rapat dengan ibunya. Malam tadi (semalam), dia sempat berbual panjang dengan ibunya. Apapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ketentuan Allah,” katanya yang bekerja sendiri. Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Perun, Chuping, lewat petang semalam.Sementaraitu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.Beliau berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa, namun siasatan terperinci tetap dilakukan termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan sekelas, guru dan ibu bapa mangsa. “Kami menerima laporan daripada seorang guru Hal Ehwal Murid sekolah terbabit yang menyatakan arwah meninggal dunia kerana tertelan sesuatu ketika berada dalam kelas bersama rakan lain,” katanya. Difahamkan, besi hujung pen itu memasuki saluran pernafasan mangsa hingga menyebabkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahumandisendiri/Article

Tuesday, September 21, 2010

Tersepit Tangan Di Pasar Raya

Tersepit tangan di pasar raya
Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU: Dua hari selepas seorang kanak-kanak berusia dua tahun koma akibat terjatuh di tangga bergerak, kelmarin seorang budak berusia sembilan tahun pula cedera tangan kanan selepas tersepit di tangga bergerak pasar raya sama, di sini. Bagaimanapun, tindakan pantas kakitangan pasar raya itu menyelamatkan Raja Nur Natasha Ayuni Raja Mohd Samin yang mengalami luka di tangan kanan. Dalam kejadian jam 8 malam itu, pelajar Tahun Tiga di Kampung Teluk Ketapang itu ke pasar raya berkenaan bersama ibu bapa dan kakak untuk membeli alat tulis dan barangan keperluan harian. Mangsa sampai lebih awal di tingkat satu dan bermain berhampiran tangga bergerak itu sementara menanti kakaknya, Raja Nur Khairunnisya, 16, untuk menemui ibunya. Bagaimanapun, sedang asyik bermain tangannya tersepit antara getah alas dan rangka tangga bergerak itu dan jeritan kuatnya menarik perhatian kakitangan pasar raya yang bertindak pantas mematikan suis tangga berkenaan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sutanah Nur Zahirah (HSNZ) dan pemeriksaan doktor mendapati dia hanya luka ringan. Ibu mangsa, Engku Maznah Engku Ahmad, 39, berkata sebaik tiba di pasar raya besar itu mangsa dan kakaknya ke tandas dan beliau bersama suami terus ke tingkat satu membeli barangan keperluan. Sementara itu, Muhammad Irsyad Syahmie Mohd Suhaimi, 2, dari Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang, yang koma selepas terjatuh di tangga bergerak pasar raya itu Jumaat lalu, sudah sedar kira-kira jam 1 tengah hari semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tersepittangandipasarraya/Article/

Bayi Mati Dalam Buaian TASKA

Bayi perempuan mati dalam buaian taska
Oleh Khirriah Izdihar Md Kodry
ZADARIAH tidak dapat menahan sebak di atas kematian cucunya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam.
Nenek dakwa ada beberapa kesan lebam di tangan cucu
SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut dalam buaian ketika dalam penjagaan di sebuah taska di Paroi dekat sini, semalam. Nur Azwa Safrina Khairul Anuar, anak sulung pasangan Airul Anuar Aziz, 30, dan Nurhida Mohd Noh, 26, ditemui dalam keadaan tubuhnya sejuk dan kebiruan oleh pengasuh taska itu kira-kira 12 tengah hari. Nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan daripada taska memaklumkan kejadian itu menyebabkan dia bersama suami bergegas ke taska untuk menghantar cucunya ke sebuah klinik swasta berhampiran. Katanya, doktor di klinik itu memberikan bantuan pernafasan kepada cucunya kira-kira 30 minit sebelum mencadangkan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini apabila mendapati sebahagian tubuh mangsa masih panas. Bagaimanapun, hati saya berdetik sejak mendukungnya dari taska ke klinik bahawa saya sudah kehilangan seorang cucu yang disayangi, katanya yang tinggal berhampiran taska itu. Zadariah mendakwa cucunya ketika ditemui mempunyai beberapa kesan lebam di bahagian tangan dan kesan hitam di kedua-dua belah telinga, selain seluruh tubuh sejuk dan biru. Pengasuh taska itu, Sharifah Annisah Syed Ali, 22, pula berkata pihaknya sedih dengan kejadian berkenaan yang dikatakan kali pertama berlaku sejak taska itu beroperasi 10 tahun lalu. "Seperti biasa, saya menyusukan Nur Azwa Safrina pada jam 10 pagi dan meletakkannya kembali dalam buaian. Kira-kira sejam kemudian, bayi itu menangis lalu saya membuaikannya sekali lagi menyebabkannya tidur seperti biasa tanpa sebarang tanda pelik. Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati badannya biru ketika mahu memandikannya kira-kira jam 12 tengah hari. Saya terus menghubungi neneknya, manakala rakan saya menghubungi pihak hospital, katanya ketika ditemui Berita Harian di HTJS. Bapa mangsa, Airul Anuar, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung punca kematian anaknya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayiperempuanmatidalambuaiantaska/Article

Penghawa Dingin Bocor

Dua maut hidu gas pendingin hawa bocor
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Dua lelaki ditemui mati dipercayai terhidu gas karbon monoksida akibat sistem pendingin hawa bocor dalam kabin bot pukat tunda di jeti Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) di sini, awal pagi semalam. Juragan bot, Malkon Jusing, 31, dan Mohd Mustakim Merika, 20, dipercayai terhidu gas itu ketika tidur akibat mabuk selepas minum minuman keras bersama awak-awak yang juga sepupunya, Mohd Mustakim terselamat kerana tidur di luar kabin. Mangsa hanya disedari sudah meninggal dunia apabila awak-awak terbabit cuba mengejutkan mereka kira-kira jam 6 pagi. Sebelum kejadian, bot dikendalikan Malkon bersama 20 awak-awak berlabuh di jeti itu jam 5 petang, Ahad lalu sebelum memunggah hasil laut ke jeti pada malam kelmarin. Mohd Mustakim dari Kawang, dekat Papar yang menganggur dikatakan datang ke bot itu untuk bertemu sepupunya sebelum minum arak dalam kabin. Bagaimanapun, sepupu Mohd Mustakim tersedar daripada tidur dan keluar dari kabin pada jam 1 pagi serta tertidur di luar kabin. Apabila menyedari kedua-dua meninggal dunia, awak-awak itu segera menghubungi pemilik bot yang kemudiannya datang untuk membuat pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada pemilik bot mendapati kedua-dua mangsa mati dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida. Kes itu diklasifikasikan mati mengejut tetapi siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian atau ada unsur jenayah, katanya di sini semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duamauthidugaspendinginhawabocor/Article

Sunday, August 22, 2010

Derita Pesakit Hemofilia

Darah lambat beku
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
MELIHAT kecergasan kanak-kanak Hemofilia dari lima negara (Malaysia, Indonesia, Thailand, Taiwan dan China) yang menyertai pelbagai program dalam Kem Hemofilia Asia Pasifik 2010, baru-baru, ini memang mengagumkan. Walaupun ada batasan bahasa, mereka tiada masalah untuk bekerjasama dan bergembira menjayakan aktiviti dirancang. Bagi pesakit hemofilia, masalah kesakitan sendi terutama kaki yang mengalami pendarahan, bengkak dan sehingga menyukarkan mereka berjalan adalah perkara biasa. Berbanding orang normal, pesakit hemofilia kekurangan faktor pembekuan darah yang menyebabkan darah mereka lambat beku.Penyakit itu menghalang pesakit melakukan aktiviti cergas kerana mereka boleh mengalami pendarahan spontan walaupun tidak terhantuk atau terlanggar sebarang objek.Setiap pesakit ada cerita sendiri tetapi pengalaman dilalui, terutama daripada segi gejala dan kesan sampingannya, lebih kurang sama. Taiwan Tiga sekolah tadika menutup pintu apabila ayahnya memberitahu dia menghidap hemofilia. Oleh kerana tidak pernah mendengar nama penyakit itu, pengetua sekolah menyangka ia penyakit berbahaya dan berjangkit yang boleh membahayakan kanak-kanak lain. Selain itu mereka tidak mahu bertanggungjawab jika terjadi hal tidak diingini ketika dia di sekolah. Tadika keempat sanggup menerimanya, itu pun selepas ibu bapanya menerangkan dengan panjang lebar keadaan penyakit hemofilia. Di sekolah rendah pula, Lu Shu Kai, 31, dari Taiwan, ditertawakan kawan setiap kali mengalami masalah pendarahan dalaman, terutama pada lutut dan buku lali, yang menyebabkan dia sukar berjalan.Malah ada yang memulaunya kerana dia ‘lain’ daripada rakan sekelas yang aktif bermain dan berlari. “Saya didiagnos sebagai pesakit hemofilia A ketika berumur 11 bulan selepas emak mendapati badan saya banyak lebam. Dulu saya cuba sedaya upaya ikut semua aktiviti sekolah untuk dapat kawan. Akibatnya saya sering alami pendarahan yang membuatkan kaki bengkak tetapi ketika itu saya tidak kira, yang penting saya mahu ada kawan. Namun apabila difikirkan balik, semuanya tidak berguna kerana ia menyebabkan keadaan saya semakin teruk. “Saya masih ingat, emak dan ayah kerap datang ke sekolah memberitahu guru mengenai penyakit saya. Bukan mahu dimanja atau diberi keistimewaan, tetapi sebagai pengetahuan.Sewaktu saya kecil, rawatan sangat mahal kerana hemofilia tidak termasuk dalam perlindungan insurans, jadi saya tidak dapat rawatan kerana bapa tidak mampu. “Lutut bengkak dan tidak boleh dibengkokkan itu perkara biasa dan emak hanya letakkan ais untuk kurangkan kesakitan. “Oleh kerana tidak pernah mendapatkan rawatan, keadaan saya bertambah buruk dan ketika berumur 19 tahun, saya perlu menggunakan topang bahu untuk berjalan,” katanya.Lu sekeluarga bersyukur apabila kerajaan Taiwan memperkenalkan polisi insurans kesihatan kebangsaan pada 1995. Sejak itu nasib pesakit hemofilia sepertinya mula terbela dan mereka boleh mendapatkan rawatan daripada hospital kerajaan. “1995 menjadi titik mula kehidupan baru untuk saya. Pada tahun itu juga Persatuan Hemofilia Taiwan ditubuhkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Sejak itu ramai tampil beri pelbagai bantuan kepada pesakit. Bermula daripada 30 orang, kini persatuan ada lebih 600 ahli yang menandakan semakin ramai sedar mengenai penyakit ini,” kata Lu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Kehormat (PhD) dalam bidang Elektro Fizik di Universiti National Chiao Tung, Taiwan. Indonesia “Rata-rata pesakit hemofilia datang daripada keluarga miskin. Dalam keadaan ini biasanya anak yang sakit akan ‘terkorban’ kerana kemiskinan. Jika dibuat pilihan antara membeli beras atau membayar kos rawatan, ibu bapa memilih beras. Himpitan kemiskinan seperti ini membuatkan pesakit hilang semangat untuk meneruskan hidup.“Pesakit hemofilia kerap tidak hadir ke sekolah dan akhirnya berhenti. Di kalangan pesakit dewasa pula, ramai menganggur kerana beranggapan mereka menghidap penyakit tidak normal dan tidak mampu bekerja. “Keadaan ini menyedihkan kerana mereka akan terus menjadi beban pada keluarga,” kata Presiden Persatuan Hemofilia Jawa Timur, Yayuk Emilia. Ini realiti yang dihadapi pesakit hemofilia di Indonesia. Melihat kepayahan dialami anak sulungnya yang menghidap hemofilia, Yayuk bertekad memperbaiki kehidupan keluarga pesakit supaya anak yang sakit terbela dan mendapat rawatan manakala pesakit dewasa pula boleh berdikari sekurang-kurangnya untuk menyara diri sendiri. “Perkara pertama yang saya lakukan ialah berjumpa pihak hospital, agensi kerajaan dan rakan peniaga untuk bertanya peluang pekerjaan, latihan kemahiran, sumbangan ubat dan duit untuk pesakit. “Bagi pesakit yang tiada kemahiran, kita hantar mereka ke kelas latihan. Memang ini bukan perkara mudah, tiga tahun saya turun naik pejabat kerajaan, jumpa wakil rakyat memperjuangkan supaya pesakit diberikan ubat. “Di Jawa Timur, pesakit yang tinggal di pedalaman perlu naik kereta api untuk ke hospital.Masalahnya duit tambang pun mereka tiada. Saya melihat perlu ada program untuk membantu keluarga pesakit yang secara tidak langsung memberi peluang rawatan lebih baik kepada pesakit,” katanya. Dari situ, Yayuk mula melawat kampung pesakit hemofilia dan mendapati banyak kemahiran desa boleh dikembangkan menjadi sumber pendapatan seperti lukisan, jahitan, seramik dan penternakan. Semua hasil desa dikumpul untuk dijual di daerah lain. Bagi yang minat berniaga, persatuan mengeluarkan modal tetapi setiap pesakit dikenakan syarat iaitu berkongsi perniagaan dengan pesakit lain dan menyumbang keuntungan bulanan kepada tabung khas mengikut kemampuan masing-masing. Sumbangan ini digunakan untuk membantu pesakit lain memulakan perniagaan mereka. “Sebelum memberi modal, saya tanya apa yang pesakit benar-benar mahu buat. Adakah mereka memiliki kemahiran dan kesungguhan? Wang persatuan sedikit, jadi ia perlu digunakan sebaik-baiknya. Syarat berkongsi perniagaan ialah supaya akaun telus, tiada penipuan. Melalui cara ini, kedua-dua pesakit bekerjasama memajukan perniagaan. “Sumbangan keuntungan dimasukkan ke dalam tabung disimpan sendiri oleh pesakit tetapi setiap bulan saya melawat untuk melihat perkembangan perniagaan mereka. Alhamdulillah setakat ini ada yang berjaya dan sebagai balasan mereka membantu pesakit lain pula. “Tujuan saya cuma satu; saya mahu kerajaan melihat mereka (pesakit) sebagai orang yang berkemampuan dan boleh berdikari. “Dari situ harapnya kerajaan terus memberi rawatan kerana pesakit memainkan peranan menyumbang kepada ekonomi negara, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran,” katanya yang bangga kerana produk daripada ladang ternakan kambing yang diuruskan pesakit dieksport ke luar negara. Hasil usahanya itulah pesakit hemofilia, khususnya di Jawa Timur, diberi rawatan profilaksis iaitu rawatan setiap minggu bagi mencegah pendarahan dalaman. Ini kerana setiap kali mengalami pendarahan, sendi pesakit mengalami kerosakan, terutama jika tidak diberi rawatan segera (dalam beberapa jam), sedangkan di bahagian lain di Pulau Jawa rawatan hanya diberi apabila berlaku trauma (pendarahan). Untuk mencapai kejayaan ini bukan mudah. Yayuk mengakui, tiga tahun dia naik turun pejabat kerajaan dan berjumpa wakil rakyat memperjuangkan hak pesakit untuk diberi ubat. Dia beruntung mendapat sokongan penuh daripada arwah suaminya yang meninggal tahun lalu dan kini setiap bulan Yayuk pergi ke daerah terpencil untuk memberi taklimat dan pencari keluarga pesakit baru supaya nasib mereka terbela. Malaysia Mendengar cerita Yayuk, pesakit hemofilia di Malaysia memang beruntung walaupun 10 tahun lalu pesakit terpaksa ke Pusat Darah Negara bagi mendapatkan ubat. Bagi Norhaliza Hussain, 48, walaupun mempunyai sejarah keluarga menghidap hemofilia, dia berasa tertekan apabila anak bongsunya, Mohd Hazim Qayyum, 12, disahkan mempunyai masalah itu ketika berusia dua tahun. “Tidak sangka Hazim dapat hemofilia sebab kakak dan abangnya normal. Saya tahu pun secara tidak sengaja apabila kaki Hazim tersangkut di jejari basikal. Kakinya bengkak dan dia menangis tidak berhenti. Saya pun menangis, tidak tahu apa harus dilakukan. “Saya syak ada yang tidak kena dengannya. Saya bawa Hazim ke hospital dan doktor kata dia ada hemofilia. Doktor sarankan seisi keluarga jalani pemeriksaan. Memang saya jaga dan pastikan Hazim tidak terbabit dalam aktiviti lasak kerana dulu ubat susah nak dapat; kena pergi ke hospital di Pulau Pinang. “Pernah sekali kepala Hazim terhantuk dan benjol besar. Selepas dua hari baru saya bawa ke hospital, teruk saya kena marah kerana doktor kata ia berbahaya. Sejak itu saya lebih berhati-hati dan segera ke hospital apabila berlaku kecederaan, terutama pada kaki, kerana jika tidak diberi rawatan ia boleh merosakkan sendi,” katanya. Menurut Norhaliza, kebanyakan pesakit hemofilia tidak berkhatan tetapi bagi Hazim, dia disunatkan pada umur tiga tahun kerana mengalami masalah hernia atau bengkak pada kemaluannya. Sebelum pembedahan dia diberi ubat setiap hari selama sebulan dan pada hari pembedahan; ubat diberi sekali lagi secara berterusan selama lapan jam. “Kalau kanak-kanak biasa, luka berkhatan sembuh dalam masa seminggu tetapi Hazim perlukan lebih sebulan untuk sembuh. Saya lihat pun takut sebab lambat sangat lukanya kering. “Hazim pun nampaknya tidak kisah walaupun tidak dapat ikut banyak aktiviti di sekolah tetapi saya pastikan dia cemerlang dalam pelajaran,” katanya, Sejak mengandung lagi, Chew Kim Yin, 42, sudah menjangka mendapat anak hemofilia kerana ayahnya menghidap penyakit itu. Apatah lagi dia sendiri pembawa gen hemofilia dan dapat menerima hakikat dengan tenang apabila Adryon Koh, 9, disahkan positif dengan penyakit itu ketika berusia beberapa bulan selepas mengalami lebam di rusuknya. “Pada umurnya enam bulan, dia sudah terima 10 kali suntikan ubat. Saya baca banyak kisah pesakit hemofilia dan takut kalau anak alami pendarahan. Takut ia merosakkan sendi dan menyebabkan kecacatan kekal. “Saya dan suami jadi terlalu mengawal anak; sehingga semua perkara kami lakukan untuknya. Sekarang saya sedar ia tidak bagus untuk perkembangan Adryon kerana dia sukar bergaul dengan orang lain.“Saya juga bersyukur emak mentua turut menjaga Adryon ketika saya bekerja. Mula dulu saya tertekan juga, tidak tahu apa perlu dilakukan tetapi tekanan hilang selepas berjumpa ibu bapa pesakit lain dan belajar cara mereka. Bila saya sertai Persatuan Hemofilia Malaysia, saya belajar bahawa pesakit boleh jalani kehidupan sebaik orang lain. Sekarang saya mula ajar Adryon untuk berdikari dan tidak hanya tertumpu pada pelajaran,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Darahlambatbeku/myMA/myArticle

Rahsia Projek Ayah

Abai puasa Ramadan
Oleh FIRDAUS SAHAT dan MIOR AZLAN MIOR KAMARULBAID
KUALA LUMPUR: Tua tidak sedar diri! Itulah yang boleh diibaratkan terhadap segelintir lelaki hidung belang beragama Islam yang sanggup berjoli di sebuah kelab dangdut di ibu kota pada bulan mulia ini semata-mata untuk melayan nafsu dengan pelayan pelanggan (GRO) yang rata-rata seksi dan gebu.
BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.
Mereka yang tidak mempedulikan Ramadan ini tanpa segan silu meneguk air kencing syaitan sambil rebah dibelai GRO terbabit. Tinjauan Metro Ahad baru-baru ini mendapati, hampir setiap malam dianggarkan 50 pengunjung memenuhi pusat hiburan itu. Malah, golongan lelaki berkenaan langsung tidak mempedulikan kesucian Ramadan dan mengabaikan ibadat Tarawih hingga sesetengah daripada mereka sanggup melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing. Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti senaman turut dieksploitasikan golongan GRO itu bagi mewujudkan gerak tarian yang memberahikan bagi menarik perhatian pelanggan.GRO terbabit juga bukan saja berpakaian seksi dan mempersembahkan aksi tarian mengghairahkan, malah turut tidak kisah jika bahagian tertentu tubuh mereka dipegang serta diraba pengunjung. Berdasarkan pemantauan, kelab dangdut berkenaan dibuka seawal 8.30 malam setiap hari sepanjang bulan ini dan menyediakan hampir 30 GRO manakala pada hari biasa, kelab ini dibuka seawal jam 3 petang. Tanpa rasa curiga, seorang ‘Mami’ yang mendekati wartawan menawarkan gadis sebagai peneman dengan bayaran hanya RM40 untuk satu jam, malah GRO berkenaan juga boleh dijadikan teman ‘geli-geli’. Pada masa sama, golongan GRO itu boleh ditempah dengan bayaran RM200 serta dibawa keluar sehingga pagi sebagai pemuas nafsu, tetapi semua itu atas perbincangan bersama GRO terbabit. Dalam perbualan wartawan bersama seorang GRO, dia mendakwa kelab dangdut itu jarang diserbu pihak berkuasa tempatan. GRO itu juga mendakwa dia tidak risau dengan kehadiran pihak berkuasa kerana kelab berkenaan berada di luar ‘pandangan’ mereka. Seorang pengunjung tegar yang ditemui wartawan berkata, sama ada puasa atau tidak, kelab dangdut berkenaan menjadi tempat persinggahannya. “Di sini kita tidak perlu risau apa-apa. Jarang sekali pihak polis datang membuat serbuan, malah tiada aktiviti luar biasa diadakan. “Paling kurang, saya mendapatkan khidmat bersuka ria dengan GRO, menari dan geli-geli. Malah, jika suka sama suka, saya perlu membayar GRO berkenaan, kemudian membawanya ke hotel untuk memadu kasih. “Saya kerap datang ke kelab ini untuk mendapatkan khidmat sama selain melupakan penat lelah bekerja seharian,” katanya. Sementara itu, mengulas aktiviti golongan lelaki berkenaan, penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, kebanyakan individu yang melakukan dosa terang-terangan seperti ini mengalami krisis keimanan. “Bayangkan, kenapa seseorang itu sanggup membelanjakan wang ringgit ke pusat hiburan daripada datang ke masjid yang dipenuhi pelbagai juadah berbuka percuma? “Malah, melangkah ke masjid juga menjadi pahala percuma kepada mereka daripada mengutip dosa besar ke tempat maksiat. “Itulah yang kita gelar krisis keimanan. Benteng iman pada diri masing-masing luntur dan rapuh hinggakan tergamak melakukan maksiat pada bulan mulia ini. “Pada masa sama, meskipun sudah berumur dan kebanyakannya boleh digelar ‘senja’, mereka mengalami kerosakan akhlak dan sukar meninggalkan kemungkaran. Malah kelakuan mereka turut menghina dan menjatuhkan maruah islam,” katanya. Menurut Hassan, golongan itu sesuai digelar lebai malang kerana sukar meninggalkan larangan-Nya, malah Nabi Muhammad SAW turut menamakan budaya berkenaan sebagai budaya lubang biawak. “Budaya lubang biawak sama seperti individu yang gemar mencari keseronokan di pusat hiburan. Lepas satu pusat hiburan, dia mencari keseronokan di tempat lain pula. “Ini sebenarnya penghalang dalam Islam. Perkara ini harus dibendung pihak berkuasa dan seharusnya mereka yang gemar melakukan kemungkaran ini disedarkan daripada terus terjerumus,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AbaipuasaRamadan/myMA/myArticle

Saturday, August 21, 2010

Anak Curah Petrol

Ugut perkosa kakak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi.Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya. Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin di sebuah rumah di Segambut di sini, sejurus lelaki itu pulang ke rumah dan mengamuk secara tiba-tiba. “Dia (suspek) mula memecahkan barangan di dalam rumah menyebabkan ibu dan bapanya memarahinya. Namun, lelaki itu ketawa apabila dimarahi sebelum meminta RM100 daripada ibunya. “Apabila ibunya memberitahu tiada wang sebanyak itu untuk diberikan kepadanya, dia menjadi semakin ganas. Seperti orang hilang akal dia mengugut untuk membunuh ahli keluarganya iaitu ibu dan ayahnya, serta kakaknya berusia 30 tahun,” katanya. Menurutnya, lelaki dipercayai penagih dadah itu keluar rumah seketika sebelum kembali dengan membawa petrol yang disimbah ke tubuh ibu, ayah dan kakaknya sebelum mengugut membakar mereka hidup-hidup. Katanya, kakak suspek cuba untuk menenangkannya, namun dia turut menjadi mangsa apabila lelaki itu mengugut untuk merogol kakaknya di hadapan kedua-dua orang tuanya. Sumber itu berkata, suspek bertambah berang apabila bapanya berusia lewat 50-an tetap berkeras untuk tidak memberikan wang kepadanya.Dia bertindak lebih agresif dengan mencekik bapanya sambil menjerit untuk membunuhnya. “Bimbangkan keselamatan suaminya, si ibu yang berusia awal 50-an menyerahkan sejumlah wang kepada anak lelakinya itu, tapi ia belum dapat menenangkan kemarahan suspek kerana jumlahnya tidak seperti dia inginkan. “Bagaimanapun, selepas dirayu ibunya berulang kali, kemarahannya mula reda. Namun, dia tetap mengasari ibunya dengan menolak wanita itu sehingga terjatuh sebelum melarikan barang kemas dipakainya yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000 lalu melarikan diri,” katanya. Sehubungan itu, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod jenayah bersabit beberapa kes samun dan dia juga masih berada dalam jaminan polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu usaha memburu suspek dilakukan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ugutperkosakakak/Article

Wednesday, August 18, 2010

Pijak Isteri Hamil

Pijak isteri hamil
Oleh Hadzlihady Hassan
AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran. “Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya. “Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya. Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik. “Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya. “Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya. Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan. “Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya. Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan. “Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pijakisterihamil/Article

Naik Motor Berlainan Jantina Satu Kesalahan

Memo: Naik motor berlainan jantina satu kesalahan
Salhan K Ahmad
Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang. Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini. Buang bayi"Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik."Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah. Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu. Beliau memberi contoh perbuatan berdua-duaan yang ingin ditegahnya itu seperti "berpegang-pegangan di dalam kereta." Beliau juga menafikan tanggapan bahawa penguatkuasaan itu dibuat dengan melampau, memandangkan tidak ada bantahan daripada para pelajar.Katanya lagi, peraturan itu hanya dikuatkuasakan di kawasan kampus dan ditujukan kepada para pelajar yang secara terang-terangan dan berulang-kali menaiki kenderaan secara berdua-duaan untuk keluar daripada kampus tersebut."Saya jelaskan kepada pelajar, bukan tidak boleh langsung naik motorsikal bersama. Kalau ada urusan tak apalah."Cuma kita tidak mahu para pelajar ini sering keluar malam, tambahan pula dengan orang luar."
Berdua-duaan
"Kalau untuk makan saja tidak ada masalah. Tapi kalau sudah habis makan tapi masih berdua-duaan dalam kereta, itu sudah tidak patut," katanya. Mazlan bagaimanapun menegaskan, tidak ada bentuk hukuman ditetapkan untuk kesalahan seperti itu.Jelasnya, langkah yang akan diambil adalah menasihati pelajar dan staf terbabit apabila timbul banyak aduan berhubung tingkah laku mereka.Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada institut pengajian tinggi lain turut mengambil langkah sama seperti kampus tersebut.Katanya lagi, warga kampus itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada kira-kira 1,400 orang pelajar perlu menyedari keadaan sosial setempat di Kuala Lipis yang menurutnya sukar menerima perbuatan seperti itu.Jelasnya, tahap toleransi masyarakat luar bandar itu adalah berbeza daripada masyarakat seperti Kuala Lumpur. http://www.malaysiakini.com/news/140294

Tuesday, August 17, 2010

Memori Baju Raya

'Wan, belikan Afiq baju raya'
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
JELEBU: “Wan, belikan Afiq baju raya.” Ungkapan itu masih terngiang-ngiang di telinga Dahuri Md Samad, 72, membuatkan dia sedih apabila dimaklumkan tiga cucunya bersama ibu mereka terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 22, Jalan Seremban-Kuala Klawang di Bukit Tangga, dekat sini, malam kelmarin.
DOA...Khairul Affandi (terbaring) turut mengaminkan doa di pusara isteri dan anaknya.
Dahuri berkata, permintaan itu dituturkan cucunya, Khairul Afiq Khirul Affandi, 5, ketika berada di rumahnya di Kampung Kampai, Kuala Klawang, sebelum berbuka puasa pada hari sama.“Pada masa itu dah dekat nak berbuka dan dia minta mak cik belikan baju-T dan seluar kerana tahun ini dia akan beraya di rumah mak cik (Kampung Kampai).“Mak cik beritahu akan belikan pakaian yang diminta apabila dia pulang semula apabila menjelang hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Jelebu di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Afiq, kakaknya, Khairunnisa Afiqah, 7, adiknya, Khairul Aiqal, 12 bulan, dan ibunya, Hazilawati Abdul Halim, 34, yang juga menantu Dahuri terbunuh selepas Proton Wira dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah van.Pemandu kereta berkenaan yang juga bapa Afiq, Khirul Affandi Shabudin, 33, parah di dada, manakala kembar Khairul Aiqal iaitu Khairul Aziq parah di kepala. Afiq dan Khairunnisa meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayat mereka tersepit dalam kenderaan yang remuk teruk sebelum dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat, manakala Hazilawati dan Khairul Haikal meninggal dunia di Hospital Jelebu, tidak lama selepas itu.Dahuri berkata, cucunya pulang ke kampung bersama keluarganya pada petang Jumaat lalu untuk berbuka puasa bersama keluarganya dan mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan. “Mak cik sedih sebab tak dapat memenuhi permintaannya membelikan baju raya.“Sebelum bertolak balik ke Sungai Pelek, (Sepang, Selangor), petang semalam (kelmarin), kami sekeluarga sempat berbuka puasa bersama dan mereka terpaksa berpatah balik kerana anak saya (Khirul Affandi) bekerja hari ini (semalam),” katanya yang berlinangan air mata kerana kehilangan tiga cucu dan seorang menantu serentak dalam kejadian itu.Sementara itu, bapa Hazilawati, Abdul Halim Abdullah, 64, berkata dia terkilan kerana tidak sempat bertemu Khairul Aiqal kerana dia antara cucu paling manja dan rapat dengannya.“Boleh dikatakan setiap hari saya membawa Aiqal bersiar-siar menaiki motosikalnya sebelum dibawa pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah keluarga di Kampung Batu Empat, Sungai Pelek.“Bagaimanapun, Jumaat lalu, apabila saya pergi untuk mengambil Aiqal, saya dapati rumah itu kosong kerana anak, cucu dan menantu pulang ke rumah di Kampung Kampai, Batu 3 Kuala Klawang.“Saya rasa rindu sangat apatah lagi mengingatkan dia baru pandai berjalan dan sering ketawa apabila bermain dengan saya,” katanya.Sementara itu, kakak Khirul Affandi, Siti Zaleha, 55, berkata adiknya bersama isteri dan empat anak kelihatan berselera ketika menikmati hidangan berbuka puasa beberapa jam sebelum kejadian berkenaan.“Pada sebelah petang, mereka membeli banyak makanan di bazar Ramadan dan sangat berselera makan selain gembira kerana tahun ini mereka akan beraya di sini.“Namun, saya tak sangka kegembiraan kami nikmati semalam (kelmarin) yang terakhir kerana empat orang kesayangan saya sudah tiada,” katanya.Menurutnya, walaupun sedih, dia menganggap itu semua suratan takdir dan tabah menghadapinya.Jenazah tiga mangsa yang dihantar ke Bilik Mayat Hospital Jelebu dituntut ahli keluarga pagi semalam untuk dibawa ke kampung Hazilawati di Batu 4, Sungai Pelek, Sepang, menggunakan tiga kenderaan jenazah.Tinjauan Harian Metro mendapati suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat apabila ada ahli keluarga tidak dapat menahan sedih kehilangan orang tersayang serentak. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wan_belikanAfiqbajuraya/Article

Toreh Isteri Kerana Cemburu

Toreh muka, mulut isteri
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
KUANTAN: Cemburu melihat isterinya berbual dengan sepupu lelaki, seorang buruh bertindak kejam apabila menoreh muka, bahu dan mulut pasangannya itu sehingga mengakibatkan mangsa berlumuran darah di Kampung Jeram Batu, dekat Kuala Lipis. Dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu, mangsa berusia 25 tahun terpaksa merangkak keluar dari rumah meminta bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut. Turut cedera, sepupu lelaki mangsa berusia 25 tahun yang luka di tubuh akibat ditoreh ketika cuba menyelamatkan mangsa. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian, mangsa bersama sepupu lelaki di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja.Menurutnya, mangsa berbual-bual dengan sepupunya di ruang tamu sementara menanti kepulangan suaminya untuk makan tengah hari bersama-sama. “Suami mangsa yang pulang ke rumah secara mengejut melihat mangsa berbual mesra dengan sepupunya. Dia menengking mangsa menyebabkan dua bersaudara itu tergamam sebelum ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong ikan. “Sejurus keluar semula ke ruang tamu, suspek menoreh muka, tangan, mulut dan bahu isterinya. Melihat mangsa cuba diselamatkan sepupunya, lelaki terbabit seperti singa kelaparan apabila melibas pisau ke arah sepupu mangsa mengakibatkan lelaki itu cedera di tubuh,” katanya. Menurutnya, suspek bagaimanapun melarikan diri selepas melihat mangsa dan sepupunya tidak bermaya serta bermandikan darah. Katanya, mangsa bersama sepupunya mendapat bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan akibat cedera di mulut, muka dan bahu. Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sepupunya berhubung kejadian terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata. Nordin berkata, polis masih menjalankan gerakan memburu suami mangsa dipercayai masih berada di daerah Kuala Lipis selain meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Torehmuka_mulutisteri/Article

Saturday, August 14, 2010

Buah Pinggang Bernanah

Buah pinggang bernanah
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Gambar Hiasan

GUAR CEMPEDAK: Seorang pemandu lori yang menghidap penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung bagi menyara keluarganya.Abdul Hamid Md Desa, 43, dari Kampung Pasir, di sini, berkata, dia terpaksa berhenti kerja selepas penyakitnya bertambah teruk dan kakinya membengkak apabila terlalu banyak berjalan sehingga menyebabkan dia kini terpaksa berehat di rumah.Katanya, penyakitnya kini semakin kronik apabila doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya rosak dan bernanah dan terpaksa menebuknya untuk mengeluarkan nanah.Katanya, disebabkan itu, dia kini hilang mata pencarian untuk menyara isterinya Zarina Abdullah, 40, yang tidak bekerja serta membesarkan tiga anak mereka berusia tujuh bulan hingga 13 tahun. “Dua anak lelaki saya, Mohd Faiz, 13, dan Mohd Syawal, 9, masing-masing masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan untuk persekolahan mereka sedangkan saya tidak bekerja. “Anak bongsu kami, Nur Natasya pula masih kecil dan memerlukan lampin pakai buang serta susu, tetapi sekarang saya sudah tiada wang lagi dan mengharapkan belas ihsan jiran. “Duit sewa rumah juga masih belum dijelaskan sejak Disember lalu, tetapi kami bernasib baik kerana tuan rumah masih membenarkan kami tinggal di sini kerana simpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin. Abdul Hamid berkata, dia dikesan menghidap penyakit itu sejak 2008 apabila mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan kerap sakit. Katanya, disebabkan kerjanya sebagai pemandu lori, dia sering menahan kencing sehingga lima hingga enam jam menyebabkan wujudnya batu karang di buah pinggangnya. “Ketika menjalani pemeriksaan mingguan di hospital, doktor memberitahu batu karang memenuhi kedua-dua buah pinggang dan saya perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya. “Saya berhenti kerja pada 11 Disember 2009 apabila penyakit bertambah kronik dan kaki kerap bengkak apabila saya banyak berjalan. “Namun, pihak hospital masih belum memberitahu berapa kos yang perlu dibayar dan saya juga bimbang mengenai nasib anak dan isteri jika apa-apa berlaku pada saya nanti,” katanya. Sehingga ini, katanya, semua urusan makan dan minumnya dihantar jiran termasuk kos membeli susu dibiayai sanak saudaranya sehinggakan dia malu untuk menerimanya. Katanya, dia akan menjalani rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang sebelum doktor memberi tarikh untuk menjalani pembedahan. Mereka yang bersimpati dan mahu membantunya, boleh menghubungi Abdul Hamid di talian 012-5376231 012-5376231. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buahpinggangbernanah/Article

Pasar Ramadhan Terbang

Tragedi pasar Ramadhan
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
JASIN: “Saya dapat berita ada ribut dan kerana tidak sedap hati saya terus ke tempat ayah berniaga, namun ketika dalam perjalanan (ke pasar Ramadan) saya diberitahu ayah meninggal.”

MUSNAH...Pasar Ramadan Stadium Jasin macam dilanda garuda.


MALANG...orang ramai di sisi dua mangsa yang terbunuh.


KRITIKAL...seorang mangsa parah dibawa ke hospital.
Begitu kata Latip Abdul, 49, anak kepada seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dari Batu 15, Kampung Air Merbau, Bemban, yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadan Stadium Jasin, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera. Menurut Latip, dia mendapat panggilan jam 5 petang memaklumkan kejadian ribut berlaku di tempat bapanya berniaga menyebabkannya bergegas ke tempat kejadian.Katanya, sepanjang perjalanan dengan memandu bersendirian dari Ayer Merbau, angin bertiup kencang sehingga dia tiba di Taman Maju keadaan mula tenang. “Saya dapat panggilan daripada rakan mengatakan ayah meninggal dunia akibat ribut itu. Sejurus tiba di Pasar Ramadan itu hujan makin lebat dan saya terkejut apabila melihat semua khemah berterbangan serta makanan yang dijual berselerakan.“Saya tidak menyangka kejadian ribut berlaku seteruk itu. Saya turun dari kereta dan pergi ke kawasan tempat ayah berniaga, namun diberitahu ayah dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Jasin, malam tadi.Latip berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu kecuali sebelum ini dia beria-ia mahu berniaga cendol, biarpun ahli keluarga menasihatinya supaya tidak menjalankan perniagaan kerana usianya sudah tua dan tidak berapa sihat.“Namun, arwah tetap mahu meneruskan perniagaannya di pasar Ramadan berkenaan,” katanya.Sementara itu, Harian Metro difahamkan ketika kejadian, Abdul berada di sebuah gerai lain membeli makanan.Namun, dia dihempap khemah besar yang menjadi tempat pelindung peniaga di situ ketika berlaku angin kencang.Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Zarina Hassan, 33, yang juga majikan kepada Mahadi, berkata ketika kejadian dia dan Allahyarham membungkus murtabak apabila keadaan cuaca bertukar mendung, sebelum angin bertiup kencang lalu menerbangkan khemah di hadapan mereka berniaga.Katanya, dia yang panik terus lari menyelamatkan diri dan mendengar Mahadi memanggil namanya, tetapi ketika itu berada di hadapan.“Apabila menoleh saja ke belakang, saya lihat dia terlantar dengan kepala dan mulutnya berdarah.“Saya amat terkejut serta takut. Dia tidak bercakap dan bergerak kerana keadaannya amat parah ketika itu,” katanya sambil memberitahu jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Jasin.Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran.“Saya amat takut ketika itu, dan kedengaran orang menjerit serta berlari lintang-pukang sambil dia menyelamatkan diri. Saya sempat melihat khemah itu diterbangkan begitu tinggi kerana angin bertiup sangat kencang ketika itu,” katanya . http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TragedipasarRamadan/Article

Thursday, August 12, 2010

Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan

Selaras dengan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), CIDB akan melaksanakan program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan melalui kaedah PENGIKTIRAFAN TAHAP PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN.

Setiap Penyelia Tapak Binaan yang layak adalah disarankan untuk memperolehi Pentauliahan dengan penganugerahan Sijil Kecekapan Kem

ahiran (SKK) dalam salah satu empat (4) kategori bidang yang ditawarkan iaitu:-

i. Kerja Awam & Struktur

ii. Kerja Bangunan & Senibina

iii. Kerja Mekanikal

iv. Kerja Elektrikal

Tujuan & Objektif Pentauliahan

Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan m

elalui kaedah Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman bertujuan memberi peluang kepada penyelia-penyelia tapak binaan yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi ataupun mempunyai tempoh pengalaman penyeliaan projek pembinaan yang lama untuk diakredit sebagai Penyelia Tapak Binaan Bertauliah.

Objektif utama program adalah :-

  • Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjay a Penyelia Tapak
  • Menyediakan satu platform mekanisme yang bersistematik bagi mengakrediatsi Penyelia Tapak
  • Mempertingkatkan kualiti kerja di tapak bina melalui penyeliaan oleh Penyelia Tapak yang berkelayakan
  • Memastikan agar Penyelia Tapak menepati Stan dard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan oleh indu stry

Syarat Penyertaan

i. Tahap Kelayakan Pendidikan dan Pengalaman

Tahap Pencapaian Akademik

Pengalaman Penyeliaan Projek Pembinaan

Tiada Pendidikan Formal

> 15 tahun

Pendidikan Sekolah Rendah

Pendidikan Sekolah Menengah

> 10 tahun

Sijil Politeknik

Sijil Kemahiran Malaysia

Sijil Kecekapan Kemahiran

Sijil Teknikal

> 7 tahun

Diploma

> 5 tahun

jazah

Sarjana

PhD

> 3 tahun

ii. Calon mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempohnya

iii. Mengisi Boran

g Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan yang mengandungi :-

  • Maklumat Pemohon
  • Latarbelakang Pendidikan
  • Maklumat Pekerjaan
  • Pengetahuan & Pengalaman Penyeliaan Projek Pembinaan

Proses Pentauliahan

· Melalui proses Temuduga untuk pengesahan pengalaman kerja dan pengetahuan dalam penyeliaan projek pembinaan.

· Calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga dan calon yang Berjaya/lulus temuduga akan ditauliahkan sebagai Penyelia Tapak Binaan Bertauliah dengan :-

· Penganugerahan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) Penyelia Tapak Binaan

· Kad Hijau Penyelia Tapak yang baru

Tarikh dan Tempat Temuduga

· Calon akan dimaklumkan oleh CIDB

Bayaran

· Yuran akreditasi dan persijilan adalah sejumlah RM 100.00 bagi calon yang berjaya.

Permohonan

Permohonan melalui Borang yang boleh diperolehi di:- (REFER ATTACHMENT)

Sila hantarkan borang permohonan yang lengkap ke alamat berikut :-

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Personel Binaan

Tingkat 7, Grand Seasons Avenue

No. 72, Jalan Pahang

53000 KUALA LUMPUR

Faks : 03 - 4043 0801

Tarikh Tutup Permohonan

22 OGOS 2010

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

· Siti Rahayu Yaakub (Tel: 03 - 2617 0381, E-mail:rahayu@cidb.gov.my)

· Norhasna Ahmad Adnan (Tel: 03 - 2617 0258, E-mail :hasna@cidb.gov.my)





Bantuan Sempena Ramadhan 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ahli-ahli NRG-SHE,
AJK NRG-SHE dalam mesyuarat yang lepas telah bersetuju untuk mengadakan program bantuan sempena Ramadhan kepada fakir-fakir miskin (jangkaan 5 keluarga) yang telah dikenalpasti di sekitar Negeri Kedah. Sejumlah dana daripada tabungan NRG-SHE akan digunakan bagi menjayakan program ini. Ini merupakan sebahagian daripada program CSR yang dilaksanakan oleh NRG-SHE disamping program mentor mentee untuk sektor IKS yang bakal dilaksanakan pada bulan Oktober nanti. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat ahli-ahli NRG-SHE yang berminat untuk menyumbang bagi menambah dana yang sediaada ini, tuan-tuan bolehlah menghubungi nama-nama seperti berikut:

En.Anuar 019-4438339 anuarsaidin@gmail.com
En. Aladdin 019-4179673 aladdinosama@gmail.com
En. Azhar o19-4092607 azehad@gmail.com


atau dimasukkan ke dalam akaun di bawah:

AKAUN INFO:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
No. Akaun: 07016010061061
Nama Akaun: PERSATUAN PENGAMAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN WILAYAH UTARA (NRG-SHE)

-Sila hubungi PIC diatas selepas anda membuat transaksi.
Terima kasih.

Doa-Doa Harian Bulan Ramadhan