Tuesday, June 30, 2009

Kereta api bertembung di China


Tiga maut, 60 cedera kereta api bertembung di China

BHARIAN / 29.06.2009
BEIJING: Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala 60 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di tengah China, awal pagi tadi. Kejadian berlaku jam 2.34 pagi waktu tempatan (1834 GMT Sunday) di stesen kereta api Bandaraya Chenzhou, Wilayah Hunan, lapor agensi berita Xinhua menerik sumber perkhidmatan kereta api negara itu. Beberapa gerabak dilaporkan terhumban dari landasan akibat nahas itu. - AFP

Shanghai probes building collapse

Building Collapsed In Shanghai (06/27/2009)
At around 5:30am on June 27, an unoccupied building still under construction at Lianhuanan Road in the Minhang district of Shanghai city toppled over. One worker was killed. According to information, a 70 meter section of the flood prevention wall in nearby Dianpu River and that may have something to do with this building collapse.
But the high-resolution photos are really amazing.






Monday, June 29, 2009

Menangani selesema babi

Oleh Jami’ah Shukri
jamia@bharian.com.my / 29.06.2009
KES wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara kita semakin membimbangkan. Sehingga semalam, 124 kes dilaporkan, termasuk 12 lagi kes baru, membabitkan 11 kes import dan satu kes jangkitan tempatan. Disebabkan wabak itu, beberapa sekolah terpaksa ditutup seminggu. Malah, beberapa pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam turut dikuarantin selama seminggu, bagi memastikan ia bebas daripada wabak H1N1. Apa juga natijahnya, wabak ini tidak perlu dipandang remeh. Ketika ini, penyakit berkenaan masih belum dianggap ke tahap serius di Malaysia sehingga memaksa pengisytiharan darurat. Namun, sebagai langkah berwaspada, kerjasama rakyat di seluruh negara amat diperlukan serta seharusnya lebih prihatin terhadap simptom penyakit.
Virus Influenza A H1N1 sudah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 11 Jun lalu sebagai wabak pandemik atau berada pada tahap 6. Ini secara tidak langsung amat membimbangkan kita, terutama ia mudah merebak dengan pengangkutan udara. Fasa pandemik sesungguhnya sudah merebak secara berleluasa ke seluruh dunia. Jika dilihat keseluruhan kes ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Laporan terkini WHO memaklumkan, sehingga Jumaat lalu jumlah terkumpul kes H1N1 ialah sebanyak 59,814 kes dengan 288 kematian membabitkan lebih 100 negara. Negara yang dilaporkan mencatat kes tertinggi ialah Amerika Syarikat iaitu (21, 449); Mexico (8,279), Chile (5,186), Kanada (6,732) dan Australia (3,280).
Perkara utama perlu diketahui masyarakat ialah penyakit itu adalah disebabkan jangkitan virus secara langsung daripada babi yang dijangkiti kepada manusia dan mula dikesan di Mexico pada April lalu. Bagaimanapun, sehingga ini, WHO belum mengeluarkan sebarang larangan melancong ke negara terbabit, sekadar meminta mereka menimbang dengan teliti mengenai risiko berkunjung ke negara yang dijangkiti H1N1. Perlu diingat, jangkitan manusia ke manusia boleh berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat Influenza A H1N1 seperti air liur yang terpercik ketika bercakap, cecair mulut dan hidung ketika batuk dan bersin terkena terus kepada orang di sekeliling mereka. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku apabila kita tersentuh bahan yang tercemar dengan virus seperti kertas tisu.
Bagi orang ramai yang mendapat demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa perlu mendapatkan rawatan segera ke pusat kesihatan kerana dikhuatiri mengandungi simptom jangkitan Influenza A H1N1. Dalam kes lebih serius, ia boleh menyebabkan radang paru-paru yang boleh membawa kepada kematian. Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican meminta orang ramai menangguhkan perjalanan ke negara yang dilanda wabak kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan H1N1, sama ada ketika berada di negara berkenaan atau di dalam pesawat. “Ini bukan saja akan menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain, malah anda dan keluarga akan dikuarantin jika terbabit dengan kes yang disahkan positif,” katanya. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz, pula berkata pihaknya yang menjadi Urus Setia Jawatan Pengurusan Bantuan Bencana Pusat adalah sebagai platform untuk menyelaraskan sebarang perkara secara bersepadu dengan agensi lain yang membabitkan isu keselamatan. Justeru, dalam kes H1N1 ini, pembabitan MKN juga dianggap penting untuk memastikan wabak penyakit itu dapat dikawal supaya tidak terus menular sehingga menjejaskan keselamatan negara. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan empat mesyuarat berkaitan H1N1 dan mesyuarat akan terus diadakan dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga. “Setakat ini, wabak berkenaan masih terkawal dan orang ramai tidak perlu panik. Pelbagai langkah dan pelan tindakan sudah diambil kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dengan pencegahan dan pemantauan ketat. “Walaupun ia belum mencapai tahap serius, tindakan berwaspada perlu diambil. Setakat ini, Malaysia mampu menangani isu itu. Tidak perlu lagi atau timbul isu kita wajar mengisytiharkan darurat. Situasi negara masih jauh untuk mencapai ke tahap itu,” katanya. Bagaimanapun, MKN tetap bersiap sedia dan segala tindakan juga tertakluk kepada arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, Muhammad Hatta menasihatkan orang ramai sentiasa bekerjasama dengan mematuhi arahan dan memahami isu wabak itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kemungkinan penyebaran yang semakin serius pada masa depan.

Apartmen 13 tingkat di Shanghai rebah

LELAKI warga China dilihat berada berhampiran bangunan kediaman 13 tingkat yang tumbang, di mana ia masih dalam proses pembinaan di Shanghai, China, hari ini. - Foto AP
BHARIAN / 27.06.2009
BEIJING: Media kebangsaan China, berkata bangunan apartmen 13 tingkat yang masih dalam pembinaan di Shanghai tumbang dalam keadaan dan meragut nyawa seorang pekerja binaan. Siaran video yang disiarkan CCTV, menunjukkan keseluruhan bangunan itu rebah di sebelah tepinya. Agensi berita rasmi Xinhua, berkata pekerja binaan berusia 28 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Xiao, memasuki bangunan itu untuk mengambil peralatannya dan cuba keluar dari tingkap apabila bangunan itu tumbang.
Mangsa berasal dari wilayah Anhui di timur China. Ia berlaku awal pagi tadi di komuniti kediaman “Lotus Riverside” di daerah Minxing. Xinhua berkata, punca kemalangan masih disiasat. - AP

Friday, June 26, 2009

Zon Perdagangan Bebas Tanjung Agas




SIMBOLIK… Maka bermulalah projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim Tanjung Agas yang asalnya di kawasan ini ialah perkampungan nelayan dengan taraf kehidupan penduduknya yang serba sederhana.Selain KDYMM Sultan Pahang dan Dato’ Sri Mohd Najib, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah KDYTM Tengku Mahkota Pahang, YAM Tengku Muda Pahang serta anakanda-anakanda puteri Baginda Tuanku.

Arc Flash While Racking a Breaker

Electric Shock In Train

Worlds Most Craziest and Dangerous Job

Lutut terbelah dimamah jeriji reput

KUANTAN: Seorang murid tahun lima menerima 15 jahitan pada lutut kanan selepas kakinya terjerlus ke tempat pemijak jeriji yang reput ketika bermain gelongsor di Taman Rekreasi Balok, dekat sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Mohammad Danish Afiq Abdul Rahman, 11, berada di pusat rekreasi itu kerana mengikuti hari keluarga penduduk Perumahan Sungai Isap di sini, sebelum bermain bersama rakannya di taman permainan terbabit.Difahamkan, murid Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, di sini itu, tidak menyedari tempat pemijak berjeriji gelungsur terbabit berlubang sebelum kakinya terjerlus menyebabkan lutut kanannya cedera.Mangsa meraung akibat tidak dapat menahan kesakitan sebelum memanggil datuknya, Mahamud Abu Bakar, 61, tidak jauh dari tempat kejadian.Mahamud berkata, melihat lutut cucunya yang terbelah dan berlumuran darah, dia membawa mangsa ke Hospital Pakar Kuantan di Alor Akar di sini untuk menerima rawatan.Menurutnya, mangsa tidak menyedari tempat pemijak gelungsur itu berlubang.Katanya, tempat pemijak itu sudah uzur dan berkarat menyebabkannya reput.“Sepatutnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus menukar yang baru bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.Bapa mangsa, Abdul Rahman Abu Bakar, 36, berkata dia yang tidak menyertai hari keluarga itu dihubungi isterinya, Norazlina Mahamud, 33, kira-kira jam 10.30 pagi memaklumkan kejadian itu.Katanya, dia terkilan kerana PBT tidak menyelenggara taman itu termasuk membaiki lubang berkenaan dengan baik hingga menyebabkan anaknya menjadi mangsa pertama kejadian itu.“Sepatutnya PBT lebih prihatin kerana taman ini menjadi tumpuan kanak-kanak,” katanya.