Friday, June 26, 2009
Lutut terbelah dimamah jeriji reput
KUANTAN: Seorang murid tahun lima menerima 15 jahitan pada lutut kanan selepas kakinya terjerlus ke tempat pemijak jeriji yang reput ketika bermain gelongsor di Taman Rekreasi Balok, dekat sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Mohammad Danish Afiq Abdul Rahman, 11, berada di pusat rekreasi itu kerana mengikuti hari keluarga penduduk Perumahan Sungai Isap di sini, sebelum bermain bersama rakannya di taman permainan terbabit.Difahamkan, murid Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, di sini itu, tidak menyedari tempat pemijak berjeriji gelungsur terbabit berlubang sebelum kakinya terjerlus menyebabkan lutut kanannya cedera.Mangsa meraung akibat tidak dapat menahan kesakitan sebelum memanggil datuknya, Mahamud Abu Bakar, 61, tidak jauh dari tempat kejadian.Mahamud berkata, melihat lutut cucunya yang terbelah dan berlumuran darah, dia membawa mangsa ke Hospital Pakar Kuantan di Alor Akar di sini untuk menerima rawatan.Menurutnya, mangsa tidak menyedari tempat pemijak gelungsur itu berlubang.Katanya, tempat pemijak itu sudah uzur dan berkarat menyebabkannya reput.“Sepatutnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus menukar yang baru bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.Bapa mangsa, Abdul Rahman Abu Bakar, 36, berkata dia yang tidak menyertai hari keluarga itu dihubungi isterinya, Norazlina Mahamud, 33, kira-kira jam 10.30 pagi memaklumkan kejadian itu.Katanya, dia terkilan kerana PBT tidak menyelenggara taman itu termasuk membaiki lubang berkenaan dengan baik hingga menyebabkan anaknya menjadi mangsa pertama kejadian itu.“Sepatutnya PBT lebih prihatin kerana taman ini menjadi tumpuan kanak-kanak,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment