Oleh Suraya Roslan
KUALA LUMPUR: Satu sindiket memproses dan menjual pasport antarabangsa palsu kepada warga India dan Indonesia dilumpuhkan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, di sini, dengan penahanan tiga lelaki warga India, petang kelmarin.
LAWAT...Muhammad Khairun (kanan) melawat pasangan Mohd Fairuz dan Haney Usniza yang kematian anak bongsunya, Farisha kerana tersedak susu.
“Saya bergegas ke rumah pengasuh dan dimaklumkan bayi dibawa ke Hospital Putrajaya dan apa yang menyedihkan, sebaik tiba di hospital, saya diberitahu anak tidak dapat diselamatkan dipercayai tercekik susu,” kata Haney Usniza Abdul Hamid, 30, ibu Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, yang meninggal dunia, Selasa lalu. Anak bongsu tiga beradik dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Presint 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mengimbau semula kejadian tidak disangka itu, Haney berkata, dia menghantar anaknya ke pusat asuhan di blok sama berhampiran rumah, sebelum ke tempat kerja, kira-kira jam 8 pagi. Menurutnya, dia ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh jam 10.15 pagi memberitahu anak tidak sedarkan diri sebelum bergegas pulang. “Saya difahamkan, usaha dilakukan bagi menyelamatkan anak saya itu, tetapi tidak berjaya sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik susu,” katanya. Haney yang masih bersedih dengan kejadian itu dikunjungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, semalam. Bapa mangsa, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, dia sempat membawa anaknya itu beraya di kampung keluarga di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, bagi menemui saudara-mara. “Bapa dan ibu saya serta mentua ceria menyambut kehadiran cucu baru mereka dan tidak menyangka Syawal disambut adalah Syawal pertama dan terakhir buat Farisha,” katanya. Mohd Fairuz berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak kesayangan, dia dan isteri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu dan menganggapnya sebagai takdir Allah. Menurutnya, dia dan isteri menghantar anak bongsu mereka ke rumah pengasuh, selepas tamat tempoh berpantang dan diberitahu pengasuh itu memiliki sijil latihan dan lesen. “Saya juga diberitahu, pusat itu juga dikunjungi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. “Pengasuh memberitahu saya bahawa dia memiliki pengalaman empat tahun dan menjaga lima lagi kanak-kanak lain,” katanya yang mengakui pengasuh itu mengemukakan permohonan maaf berkaitan insiden itu.Apa yang penting, Mohd Fairuz berkata, dia berharap kejadian sama tidak menimpa bayi dan kanak-kanak lain yang dijaga selepas ini. Jenazah Farisha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru. Sementara itu, Muhammad Khairun berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap operasi di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pusat asuhan itu mematuhi Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tercekiksusu/Article
PILU...Norazah tidak dapat menahan kesedihan.
“Berikutan itu, saya berkali-kali menghalang mereka. Bagaimanapun, mereka meneruskan niat itu hingga saya dimaklumkan rakan bahawa mereka bertiga rentung selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan,” kata Nazirul Ahmad Zulkifli,19, rakan tiga remaja yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, Proton Iswara yang dipandu Asrul Hafizul Halim, 17, dari Kong-Kong menuju Masai, hilang kawalan selepas gagal memotong kenderaan lain berhampiran Politeknik Johor Bahru, di sini. Pada masa sama, sebuah van sekolah muncul dari arah depan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung mengakibatkan Proton Iswara dinaiki tiga remaja terbabit terbakar bersama mangsa yang terperangkap di dalamnya. Sebelum kejadian Nazirul bersama Asrul dan dua lagi mangsa Mohamad Quril Helmey Elias, 17, dan Mohd Syamin Ruzaidi Mohd Adnan, 16, bersembang di rumahnya di Taman Cahaya Baru Masai, selepas pulang dari kerja di kilang berhampiran kira-kira pada jam 2 pagi. “Kami berempat baru dua hari bekerja di kilang itu dan kerana terlalu penat, mereka singgah di rumah saya untuk berehat sebelum pulang ke rumah masing-masing. “Kami berbual kosong sebelum mereka merancang keluar bersiar-siar. Ketika itu, hati saya mula berdetik ada perkara tidak kena akan berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam. Resah dengan cadangan berkenaan, Nazirul berkata, dia menolak pelawaan terbabit sebelum masuk ke rumah meninggalkan tiga sahabatnya itu. “Pagi tadi (semalam), saya dikejutkan dengan deringan telefon mengatakan ketiga-tiga sahabat saya itu maut selepas terbabit kemalangan. “Saya bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hingga kini saya terkilan kerana gagal menghalang niat mereka untuk keluar bersiar,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3sahabatrentungbersama/Article
Kuala Lumpur |