Friday, January 28, 2011

Warga Asing Sempat Lari

Warga asing sempat lari
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

SERAH PASPORT...warga asing menyerahkan pasport dan permit kerja untuk pemeriksaan lanjut.

AMPANG: Bagai berjaya menghidu kehadiran pihak berkuasa menyebabkan pendatang tanpa izin sempat melarikan diri lebih awal dan mengunci pintu rumah kongsi mereka di sebuah tapak pembinaan di Andaman Ukay, dekat sini, ketika diserbu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam.Dalam operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu, polis bersama 112 anggota dan pegawai imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menyerbu rumah kongsi berkenaan, namun hanya segelintir penghuni yang ada manakala yang lainnya dipercayai sudah melarikan diri.Dianggarkan, lebih 200 pendatang warga Indonesia menghuni rumah kongsi berkenaan, tetapi dalam operasi itu hanya 36 orang termasuk lapan wanita dan lima kanak-kanak ditahan untuk siasatan.Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner, Amiruddin Jamaluddin berkata, Ops Nyah Khas berkenaan dijalankan selepas kegiatan pecah rumah semakin menjadi-jadi di sekitar Ampang sehingga menimbulkan kegusaran penduduk. “Kawasan sekitar Ampang yang dikelilingi hutan dan berbukit menjadi sarang pendatang tanpa izin melakukan jenayah bersembunyi supaya tidak ditangkap.“Buat masa ini, kita akan meneruskan operasi di sekitar tapak pembinaan yang menjadi tempat tinggal mereka dalam usaha membanteras kegiatan pecah rumah seterusnya menjamin keselamatan penduduk sekitarnya,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan, awal pagi semalam. Beliau berkata, orang awam diminta menyalurkan maklumat jika mengetahui lokasi pendatang asing berkumpul supaya dapat membantu polis menahan mereka. “Selain itu, kita juga akan membuat perjumpaan dengan pemaju bagi mengenal pasti mereka mengambil pekerja yang sah dan setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik. “Pemaju yang belum berberbuat sedemikian diminta tampil memberi kerjasama supaya dapat membanteras kegiatan pecah rumah di kawasan Ampang,” katanya.Katanya, semua warga Indonesia yang ditahan itu dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.

Monday, January 24, 2011

Angkara Meja Terbang

Meja melayang hempap kepala
Oleh Aniza Zainudin
AMPANG: Niat seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik di sini, menghadiri kelas bahasa Inggeris terbantut apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya cedera ditimpa meja yang dipercayai dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya.Ketika kejadian Rabu lalu, Asyraf Sabiq Samad, 14, dalam perjalanan ke kelas kira-kira jam 1.15 tengah hari selepas berhimpun di padang bola tampar sebelum memulakan sesi persekolahan dan menunggu pelajar sesi pagi menamatkan pembelajaran. Menurutnya, pada mulanya dia ternampak satu objek dijatuhkan dari tingkat atas bangunan, namun gagal mengenal pasti objek terbabit. “Ketika mendongakkan kepala, 'sesuatu' bersaiz besar menimpa kepala saya dan saya tak sempat mengelak,” katanya. Sejurus kejadian katanya, kepala, muka dan kedua-dua belah tangannya dipenuhi darah sebelum dibawa ke bilik guru disiplin sekolah untuk dibersihkan dan kemudian dihantar ke Hospital Ampang. Asyraf menerima empat jahitan di dahi, manakala hidungnya turut tercedera. Ibunya, Mariam Kamarudin, 42, terkejut apabila dimaklumkan kejadian menimpa anak sulungnya itu dan bergegas ke hospital. “Kaki saya seperti tidak mencecah bumi apabila menerima berita itu dan sejurus tiba di hospital, saya lihat kepala Asyraf sudah berbalut sambil ditemani tiga guru. “Apabila saya meminta penjelasan daripada pengetua, dia menyatakan pihak sekolah sudah menyiasat dan mengetahui pelajar yang melakukannya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam. Mariam berkata, pengetua berkenaan memberitahu perbuatan itu dilakukan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikatakan mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya.Lebih menghairankan, katanya pelajar berkenaan turut ditempatkan dalam kelas normal kononnya kerana dia pintar seperti pelajar lain sedangkan pelajar OKU sepatutnya ditempatkan dalam kelas khas. “Mulanya saya rasa lega apabila mengetahui maklumat berkenaan, malah pelajar terbabit sudah dibawa pulang ke rumahnya selepas kejadian. “Tetapi, pihak sekolah menelefon suami (Samad Masaan, 58,) mengatakan kejadian itu mungkin dilakukan pelajar sesi pagi dan tidak membabitkan pelajar OKU berkenaan. Saya hairan apabila dimaklumkan pelajar OKU terbabit sudah digantung sekolah. “Dari situ, ia mula menimbulkan keraguan di pihak kami. Jika benar bukan pelajar terbabit (OKU) melakukannya, kenapa dia dikenakan tindakan? Ini menunjukkan pihak sekolah seolah-olah bermain tarik tali dengan kami,” katanya. Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Pandan Indah, di sini, semalam. Mariam berkata, mereka sekeluarga langsung tidak berniat meminta pampasan daripada mana-mana pihak dan jika benar pelajar OKU itu melakukannya, pihak sekolah dan keluarganya perlu menghubungi mereka sekali gus meminta maaf. Menurutnya, dia juga memahami keadaan kanak-kanak istimewa dan tidak seharusnya mereka dipersalahkan kerana mereka sentiasa perlukan perhatian. Katanya, dia akan menghantar surat meminta penjelasan lanjut kepada pihak sekolah hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih tepat sebelum mengambil tindakan seterusnya. Sementara itu, pengetua sekolah, Zaini Mohammad Zain mengesahkan kejadian itu dan proses penyiasatan sedang berjalan. Mengulas mengenai pembabitan pelajar OKU, beliau menafikannya biarpun pada mulanya dia sendiri memaklumkannya kepada ibu bapa Asyraf.Katanya, sejurus kejadian menimpa Asyraf, pelajar OKU itu turut menimbulkan kekecohan akibat tidak menerima bekalan ubat dan pelajar terbabit juga mengikuti pelajaran pada sesi petang. http://www.hmetro.com.my/articles/Mejamelayanghempapkepala/Article

Tuesday, January 18, 2011

Bakar Hidup-Hidup

Cebisan kulit atas jalan
Oleh Riadz Radzi dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

TERBAKAR...kereta terbakar dipercayai ada kaitan kes dua remaja dibakar.
KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 17 dan rakannya berusia 20 tahun yang dibakar hampir keseluruhan badan hanya sempat menunggang motosikal sejauh kira-kira 500 meter, sebelum mereka rebah bersama motosikal yang turut terbakar di satu kawasan perumahan di Jalan Raja Syed Alwi di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, remaja itu parah apabila hampir 70 peratus badan terbakar dan melecur, manakala rakannya terbakar 30 peratus di belakang badan dan kaki.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, polis menemui sebuah motosikal Modenas yang hangus dipercayai digunakan mangsa, selain cebisan kulit kaki remaja terbabit serta cebisan pakaian terbakar bertaburan sepanjang satu kilometer di sekitar kawasan perumahan itu.Turut ditemui sebuah kereta Toyota SE yang bahagian enjinnya hangus terbakar milik seorang penghuni yang diletak di hadapan rumah di kawasan perumahan berkenaan kira-kira 500 meter dari lokasi motosikal hangus itu.Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dibakar menggunakan cecair mudah terbakar sebelum ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di hadapan sebuah rumah di taman perumahan itu.Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.“Dua lelaki itu ditemui seorang penghuni rumah di Jalan Raja Syed Alwi sebelum mengejarkan mereka ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dan mereka kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.“Mangsa yang melecur hampir 70 peratus bekerja sebagai mekanik dan kini dalam keadaan koma, manakala rakannya berusia 20 tahun bekerja sebagai penjual daging panggang melecur di kaki serta belakang badan,” katanya.Susulan kejadian itu, katanya, pihaknya menerima dua laporan iaitu daripada bapa remaja berusia 17 tahun dan seorang pemilik rumah di taman perumahan berkenaan.Nashir berkata, laporan pertama diterima kira-kira jam 6 pagi daripada pemilik rumah yang mendakwa kereta Toyota SE milik menantunya yang diletakkan di hadapan rumah, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.“Kami menerima laporan kedua daripada bapa remaja yang mendakwa anaknya parah dipercayai dibakar orang.“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebelum menemui sebuah kereta dan sebuah motosikal pada jarak kurang 500 meter antara satu sama lain hangus,” katanya.Beliau berkata, siasatan menemui pelbagai bahan bukti di sepanjang laluan kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta dibakar termasuk telefon bimbit, topi keledar, dua selipar berlainan jenis, cebisan pakaian yang terbakar serta kulit tapak kaki manusia.“Kami tidak mahu buat sebarang spekulasi dan polis dijangka mengambil keterangan daripada kedua-dua remaja terbabit,” katanyaKatanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan khianat dengan api dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.Sementara itu, ibu remaja berusia 17 tahun itu, Leong Nee Lan, 41, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan mengejutkannya kerana anak keduanya itu baru pulang ke rumah mereka di Jejawi di sini, malam kelmarin.“Dia pulang sekali-sekala kerana tinggal di bengkel tempatnya bekerja. Malam tadi (kelmarin), dia ada pulang ke rumah, tetapi keluar semula menaiki kereta bersendirian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Rawatan Kebakaran HSB, semalam

Bayi Terselamat Daripada Dijual

Tiga bayi selamat
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
DISITA...klinik yang dipercayai terbabit dalam sindiket jual bayi.
KUALA LUMPUR: Tiga bayi iaitu dua lelaki berusia enam dan 14 hari serta perempuan berusia tiga bulan yang menunggu masa untuk dijual satu sindiket kepada pihak tertentu diselamatkan polis selepas sebuah klinik di Pasar Borong Selayang dan sebuah rumah teres di Subang, dekat sini, diserbu secara berasingan Sabtu dan kelmarin.Dua wanita sarat mengandung berusia 20-an dipercayai ingin menjual bayi dalam kandungan mereka turut ditahan.Selain itu, polis menahan dua orang termasuk wanita dipercayai ejen sindiket berkenaan.Dalam serbuan pertama kira-kira jam 6 petang di sebuah klinik Sabtu lalu yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, polis menemui dua bayi iaitu lelaki dan perempuan dalam klinik berkenaan.Seorang wanita dipercayai ejen sindiket penjualan bayi yang juga pekerja di klinik berkenaan berusia lewat 20-an diberkas. Menurut sumber, polis melakukan risikan dan intipan di premis berkenaan hampir sebulan selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan itu.“Usaha itu dilakukan bagi memastikan premis berkenaan benar-benar terbabit dalam kegiatan haram itu.“Malah, pihak berkuasa juga mengarahkan anggota menyamar sebagai pasangan suami isteri yang mahu membeli bayi,” katanya.Sumber berkata, penyamaran terancang itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa memperdaya ahli sindiket terbabit untuk menunjukkan bayi yang hendak dijual kepada pasangan berkenaan.Difahamkan, dua bayi itu yang dipercayai dilahirkan ibu warga tempatan dijual pada harga kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 seorang.Katanya, bayi berkenaan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan sementara.“Wanita berkenaan direman lima hari bagi membantu siasatan,” katanya.Difahamkan, pihak berkuasa sedang mengesan pemilik premis itu yang disyaki turut terbabit.Dalam serbuan berasingan kira-kira jam 11 malam di sebuah rumah teres di Subang, seorang bayi lelaki berusia 14 hari dan dua wanita sarat mengandung ditemui dalam rumah itu yang dijaga seorang lelaki berusia lewat 30-an.Menurut sumber, bayi yang diselamatkan itu kemudian dihantar ke JKM untuk perlindungan sementara, manakala lelaki dan dua wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.“Setakat ini, polis masih menyiasat kepada siapa bayi berkenaan akan dijual,” katanya.

Monday, January 3, 2011

Mengapa Wanita Merokok

Kebanyakan terjebak akibat shisha
Oleh Nor Faizah Mohamed
TERJEBAK...kebanyakan wanita menjadi perokok selepas berjinak dengan menghisap shisha.

ISU merokok di kalangan wanita dan remaja sering dijadikan tajuk utama dalam kempen mengurangkan tabiat merokok di kalangan masyarakat Malaysia. Walau sekerap mana pun kempen ini dijalankan, masyarakat negara ini seakan tidak peduli dengan kesan jangka panjang pada kesihatan mereka, malah makin ramai yang seolah-olah bangga menunjukkan bahawa dia seorang perokok. Berdasarkan fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), separuh daripada penduduk dunia yang merokok secara berterusan setiap hari - dianggarkan lebih 650 juta orang - meninggal dunia berpunca daripada tembakau. Lebih mengejutkan apabila ribuan daripada jutaan itu yang langsung tidak menyentuh rokok, mati disebabkan oleh asap rokok yang dihisap oleh orang yang berada di sekeliling mereka. Kanak-kanak yang terdedah kepada perokok berdepan risiko tinggi dengan kematian mendadak selain mudah mendapat jangkitan pernafasan akut, masalah pendengaran dan lelah. Orang dewasa pula terdedah kepada kesan pembalikan mengejut pada sistem kardiovaskular dan menjadi punca serangan jantung, barah paru-paru dan meningkatkan tekanan darah tinggi. Wanita yang merokok juga sukar mendapatkan anak, mengalami kemandulan dan andai berpeluang mengandung, bayi yang dikandung itu berisiko cacat mental atau fizikal. Di Malaysia, dianggarkan hampir lima juga perokok pada 2007 yang mana sebahagiannya adalah wanita. Jelas sekali jumlah itu makin meningkat tahun demi tahun hingga kematian di Malaysia yang berpunca daripada merokok dicatatkan sekitar 10,000 orang setiap tahun. Bagi lelaki, merokok dikatakan simbol kejantanan dan rokok turut digunakan bagi membantu meredakan tekanan yang mereka hadapi. Bagaimanapun, wanita yang merokok mengatakan mereka lebih kepada mengikut aliran terkini dan menganggap ia perkara yang glamor untuk dilakukan. Seperti kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, disebabkan faktor glamor yang sering dikaitkan dengan merokok, ramai wanita seakan 'buta' kepada risiko kesihatan yang akan mereka hadapi. "Kini, makin ramai wanita memulakan langkah merokok dengan menghisap shisha yang mudah didapati di restoran seluruh Malaysia. "Ketika menjalankan sesi kaunseling bersama beberapa wanita muda baru-baru ini, mereka menyangka shisha itu lebih selamat sedangkan ia sama bahaya seperti rokok walaupun shisha mempunyai takungan air sebagai 'penapis' nikotin. "Dengan harga murah, ada antaranya di bawah RM10, mereka saling berkongsi sesama rakan dan mula menjadikannya sebagai tabiat hingga akhirnya beralih kepada rokok kerana ingin beralih kepada sesuatu yang berbeza," ujar Dr Nor Ashikin. Tambahnya, statistik menunjukkan lebih ramai wanita yang terdedah kepada bahaya merokok berbanding lelaki. Secara puratanya wanita akan hilang 15 tahun daripada kehidupannya berbanding 13 tahun untuk lelaki. "Merokok juga memendekkan hayat seseorang wanita sehingga enam minit sehari. Jadi, bayangkan berapa banyak hari yang terbuang dalam jangka hayat mereka andai sukar membuang tabiat ini," katanya. Selain faktor glamor, ada juga wanita mengatakan mereka mula merokok kerana tekanan perasaan, terpengaruh dengan pujukan rakan dan bagi menghilangkan kebosanan. "Ya, merokok boleh membuatkan fikiran mereka tenang dalam 10 ke 15 minit, tetapi itu tidak sepatutnya dijadikan alasan kerana tidak berbaloi menggadai nyawa untuk masa yang singkat itu," tegasnya. Justeru, banyak cara yang boleh membantu mereka meninggalkan tabiat buruk itu antaranya mengurangkan pengambilan rokok dalam sehari, menjalani sesi rawatan akupuntur khusus untuk mengurangkan keinginan merokok dan terkini, menggunakan tampalan nikotin pada tubuh. "Kajian menunjukkan bahawa menggunakan tampalan nikotin itu dapat membantu serta memudahkan proses berhenti merokok dan kaedah ini banyak digunakan di negara barat. "Di Malaysia, masih ramai yang kurang pasti dengan penggunaannya selain dikatakan mahal iaitu antara RM50 ke RM80 sekotak bagi lima tampalan," katanya. Dr Nor Ashikin menjelaskan, tampalan nikotin ini bertindak sebagai terapi gantian nikotin (NRT) bagi mengurangkan ketagihan merokok dan biasanya ia ditampal di bahagian lengan. "Nikotin akan dibebaskan ke dalam tubuh menerusi kulit tapi dalam jumlah yang sedikit bagi mengelakkan pengguna mengalami kecelaruan fizikal dan mental susulan berhenti merokok. "Pada awal proses, pengguna akan berasa sakit kepala, mual, tubuh rasa tidak selesa, sakit perut, sukar tidur dan kurang selera makan. "Ia simptom yang sama akan mereka alami apabila berhenti merokok secara biasa dan tidak semata-mata berpunca daripada tampalan nikotin ini. "Tampalan nikotin ini sebenarnya berfungsi mengawal pengambilan nikotin dalam sehari dan kandungan di dalamnya makin lama makin sedikit hingga pengguna akhirnya berhenti menggunakannya selepas tidak lagi mengalami simptom yang tidak selesa itu," katanya. Apapun, ujar Dr Nor Ashikin, pengguna perlu merujuk dulu kepada doktor atau pihak farmasi sebelum menggunakan apa jua alat NRT antaranya gula-gula getah nikotin, gula-gula lozeng, semburan nikotin, pil serta tampalan nikotin seperti ini. "Tidak kira sama ada menggunakan tampalan nikotin atau apa saja alat bantuan NRT, pengguna perlu diingatkan bahawa ia bukan penyelesaian mutlak kepada ketagihan merokok yang mereka alami. "Ia hanya bahan bantuan yang memudahkan usaha untuk berhenti merokok. Kejayaan atau kegagalan perokok dalam usaha menghentikan tabiat buruk itu semuanya bergantung kepada diri masing-masing," tegasnya. http://www.hmetro.com.my/articles/Kebanyakanterjebakakibatshisha/Article

Penyeluk Saku

Calit minyak pada baju sebelum curi beg tangan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan kehadiran geng seluk saku dan curi didalangi warga asing, kini muncul pula ‘geng minyak hitam’ yang mencalit minyak pada pakaian bagi memperdaya mangsa sebelum beg tangan mangsa dilarikan. Suspek dipercayai berkeliaran di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, dikesan sengaja mencalit minyak hitam itu bagi memaksa mangsa masuk ke dalam tandas membersihkan kesan kotoran itu. Bagaimanapun, ketika mangsa hendak membersihkan kesan minyak itu, ahli geng terbabit melarikan beg tangan mangsa. Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4.30 petang 24 Disember lalu, seorang suri rumah berusia 41 tahun yang membeli-belah di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, menjadi mangsa. Ketika kejadian, mangsa bersama tiga ahli keluarga masuk ke sebuah kedai menjual pakaian berjenama terkemuka sebelum mencuba pakaian dalam kedai itu. “Bagaimanapun, seorang jurujual menegur mangsa dan memberitahu terdapat kesan calitan minyak pada belakang baju kedua-dua anak mangsa. “Mangsa pergi ke tandas di tingkat dua pusat beli-belah berkenaan bagi membersihkan kesan kotoran itu. “Mangsa meletakkan beg tangannya di singki di luar tandas berkenaan. “Bagaimanapun, mangsa yang selesai membersihkan kesan kotoran itu terkejut apabila mendapati beg tangannya lesap,” katanya. http://www.hmetro.com.my/articles/Calitminyakpadabajusebelumcuribegtangan/Article

Tangan Putus, Terpelanting

Tangan putus masuk kereta
Oleh Fazurawati Che Lah
TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian.

TUMPAT: Seorang penunggang motosikal mati dalam keadaan ngeri apabila tangan kanannya putus dan terpelanting ke dalam sebuah kereta akibat perlanggaran dengan kereta itu di Kilometer 11, Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin.Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Roslan Mohd Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada motosikal Honda EX 5 ditunggangnya, manakala kenderaannya itu terseret hampir lima meter.

REMUK…kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan, kelmarin

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dari Pengkalan Kubor sebelum motosikalnya bertembung Proton Wira dari arah bertentangan. Kemalangan ngeri itu menyebabkan tangan kanan mangsa terputus dan tercampak ke tempat duduk hadapan kereta berkenaan sebelum kereta itu berhenti pada jarak 100 meter. Saksi, Mohd Azahan Daud, 38, berkata ketika kejadian, dia yang berada di kedai roti canai berhampiran melihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Kota Bharu cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.“Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran menyebabkan kami yang berada di kedai terkejut dan bergegas keluar. Kami terkejut melihat mayat tercampak di hadapan kedai ini dengan keadaan tangan terputus.“Motosikalnya diseret kira-kira lima meter dan ada percikan api keluar akibat pelanggaran terbabit sebelum kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.Menurutnya, pemandu Proton Wira yang berusia 30-an cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.Rakan Mohd Roslan, Shazrul Hussin, 22, ketika ditemui berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, seluruh tubuhnya menggeletar melihat keadaan mayat rakannya.“Sebaik tiba, saya lihat orang ramai mengerumuni satu sudut di kawasan itu dan terkejut melihat keadaan mayat rakan saya dengan tangannya terputus.“Saya sedih kerana setengah jam sebelum itu, kami berjumpa di tempat kerja sambil minum bersama. Dia memberitahu mahu pulang ke rumah keluarganya dekat Pasir Puteh, tapi tidak pula beritahu mahu ke Tumpat,” katanya.Katanya, sebelum berpisah, arwah memberitahu kebimbangannya berjalan jauh kerana terdedah kemalangan ketika pulang ke rumah.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. http://www.hmetro.com.my/articles/Tanganputusmasukkereta/Article

Mayat Atas Siling

Sebumbung dengan mayat
Oleh Mustapha Ismail
am@hmetro.com.my
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dijumpai mati di atas siling rumah.

BATU PAHAT: “Rupa-rupanya, dua malam kami sekeluarga tidur sebumbung dengan mayat,” kata Kamaruzaman Sahlan, 40, selepas dua pekerja syarikat pendawaian elektrik menemui mayat lelaki melecur teruk di siling rumahnya di Jalan Bukit Pasir, jam 8.30 malam kelmarin. Mayat lelaki berusia 50-an dipercayai penagih dadah itu dijumpai tertiarap dan hampir seluruh badannya melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong wayar di siling rumah Kamaruzaman untuk dicuri. Sebelum itu, Kamaruzaman dan keluarganya menyangka bekalan elektrik terputus di rumah mereka sejak petang Jumaat lalu berpunca daripada masalah pendawaian dan sama sekali tidak menyangka ia disebabkan cubaan mencuri wayar elektrik. Mengimbau kejadian itu, Kamaruzaman yang ditemui semalam berkata, isterinya, Santi Jumingan, 27, memberitahu bekalan elektrik di rumah sewa mereka terputus sejurus dia pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar jam 6 petang, Jumaat lalu.Kamaruzaman yang bekerja sebagai pembantu kedai melakukan pemeriksaan rambang, tetapi gagal mengesan punca masalah sebelum menghubungi pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meminta bantuan. “Petugas TNB datang melakukan pemeriksaan pada jam 7 malam dan memaklumkan ia mungkin disebabkan masalah pendawaian dan perlu mendapatkan khidmat kontraktor. “Saya menghubungi syarikat berkaitan dan dua pekerjanya datang membuat pemeriksaan, namun mereka juga gagal mengesan punca masalah,” katanya.Menurut Kamaruzaman, pekerja terbabit berjanji datang semula keesokan hari melakukan pemeriksaan lebih menyeluruh termasuk sistem pendawaian di siling.Selepas datang semula pada jam 8.30 malam kelmarin, dua pekerja itu meminta izin memecahkan siling bagi membolehkan mereka melihat sistem pendawaian. “Sejurus menaiki siling, kedua-duanya terjun dan berlari keluar sebelum memaklumkan ada kaki manusia di atas siling. Saya terkejut dan keliru mendengar kata mereka, lalu meminta bantuan rakan, pekerja TNB membuat pemeriksaan.“Rakan saya datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan ada mayat lelaki di atas siling rumah saya. Saya terus membuat laporan polis,” katanya.Kamaruzaman berkata, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bergegas ke rumahnya untuk mengeluarkan mayat selain melakukan siasatan.“Saya percaya lelaki terbabit terlebih dulu memecahkan siling bilik air kediaman kosong di sebelah rumah sebelum cuba memotong wayar elektrik di siling rumah saya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat. http://www.hmetro.com.my/articles/Sebumbungdenganmayat/Article

Gondola Tersangkut

Gondola tersangkut

LIHAT...orang ramai melihat gondola yang tersangkut di Menara Bank Pembangunan, semalam.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga asing tergantung hampir tiga jam apabila gondola dinaiki mereka untuk mencuci tingkap di tingkat 29, Bangunan Bank Pembangunan, Jalan Raja Abdullah, di sini mengalami masalah teknikal, pagi semalam.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu, kedua-dua mereka, Ismail Rahman, 33 dari Bangladesh, dan Kastubi Koniman, 31, Indonesia sedang mencuci bangunan berkenaan yang dimulakan sejak jam 9.30 pagi sebelum tersangkut di tingkat berkenaan dua jam kemudian.Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa melalui telefon bimbit kira-kira jam 11.25 pagi.Katanya, kurang lima minit panggilan diterima, dua jentera dari balai Hang Tuah dan Chow Kit tiba di lokasi kejadian.Beliau berkata, pihaknya menggunakan tali untuk menaikkan kedua-dua mangsa ke tingkat atas bangunan bagi menyelamatkan mereka.“Punca gondola itu tersangkut masih disiasat dan dipercayai akibat masalah teknikal,” katanya.Hamis berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk menyelamatkan kedua-dua warga asing terbabit. http://www.hmetro.com.my/articles/Gondolatersangkut/Article