Monday, January 3, 2011

Tangan Putus, Terpelanting

Tangan putus masuk kereta
Oleh Fazurawati Che Lah
TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian.

TUMPAT: Seorang penunggang motosikal mati dalam keadaan ngeri apabila tangan kanannya putus dan terpelanting ke dalam sebuah kereta akibat perlanggaran dengan kereta itu di Kilometer 11, Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin.Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Roslan Mohd Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada motosikal Honda EX 5 ditunggangnya, manakala kenderaannya itu terseret hampir lima meter.

REMUK…kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan, kelmarin

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dari Pengkalan Kubor sebelum motosikalnya bertembung Proton Wira dari arah bertentangan. Kemalangan ngeri itu menyebabkan tangan kanan mangsa terputus dan tercampak ke tempat duduk hadapan kereta berkenaan sebelum kereta itu berhenti pada jarak 100 meter. Saksi, Mohd Azahan Daud, 38, berkata ketika kejadian, dia yang berada di kedai roti canai berhampiran melihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Kota Bharu cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.“Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran menyebabkan kami yang berada di kedai terkejut dan bergegas keluar. Kami terkejut melihat mayat tercampak di hadapan kedai ini dengan keadaan tangan terputus.“Motosikalnya diseret kira-kira lima meter dan ada percikan api keluar akibat pelanggaran terbabit sebelum kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian.Menurutnya, pemandu Proton Wira yang berusia 30-an cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.Rakan Mohd Roslan, Shazrul Hussin, 22, ketika ditemui berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, seluruh tubuhnya menggeletar melihat keadaan mayat rakannya.“Sebaik tiba, saya lihat orang ramai mengerumuni satu sudut di kawasan itu dan terkejut melihat keadaan mayat rakan saya dengan tangannya terputus.“Saya sedih kerana setengah jam sebelum itu, kami berjumpa di tempat kerja sambil minum bersama. Dia memberitahu mahu pulang ke rumah keluarganya dekat Pasir Puteh, tapi tidak pula beritahu mahu ke Tumpat,” katanya.Katanya, sebelum berpisah, arwah memberitahu kebimbangannya berjalan jauh kerana terdedah kemalangan ketika pulang ke rumah.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. http://www.hmetro.com.my/articles/Tanganputusmasukkereta/Article

No comments:

Post a Comment