Thursday, July 30, 2009

Stesen janakuasa elektrik TNB Terbakar

Stesen janakuasa elektrik (Jalan Tok Muda, Kapar) TNB terbakar

29/07/2009 / UTUSAN MALAYSIA
KLANG 29 Julai – Sebahagian kawasan di stesen janakuasa elektrik di Jalan Tok Muda, Kapar terbakar awal pagi ini.
Kebakaran di stesen janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu dipercayai bermula dari tempat penyimpanan arang batu sebelum merebak ke bahagian lain, kira-kira pukul 6 pagi.
Pasukan bomba dan penyelamat ketika ini masih meneruskan usaha memadamkan kebakaran. Bagaimanapun, media tidak dibenarkan memasuki kawasan stesen tersebut.
– Utusan

Wednesday, July 29, 2009

1,000 penduduk nyaris terhidu gas beracun

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang perabot yang hampir menyebabkan empat tangki ammonia meletup di Batu Belah, Klang semalam.

KLANG - Lebih 1,000 penduduk di Batu Belah di sini semalam nyaris terhidu gas beracun selepas empat tangki gas ammonia yang terletak bersebelahan sebuah kilang perabot turut dijilat api dalam kebakaran. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, sebuah kilang perabot terbakar menyebabkan api merebak ke kilang ais yang bersebelahan dan membakar empat tangki bahan kimia di situ. Tindakan pantas bomba yang mengawal kebakaran itu bagaimanapun berjaya mengelakkan bahan kimia terbabit meletup. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Pelabuhan Klang, Jamaluddin Ismail ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.05 pagi sebelum tiba setengah jam kemudian. "Kebakaran itu berpunca daripada kilang perabot yang terletak bersebelahan beberapa buah kilang lain termasuk kilang ais, kilang tepung dan juga sebuah setor syarikat kejuruteraan.

Tuesday, July 28, 2009

Takut meletup, gas asli tak laku

Hanya 40,000 kenderaan terutama teksi menggunakannya
SHAH ALAM - Bimbang akan berlaku letupan merupakan satu daripada faktor utama kurangnya penggunaan gas asli di kalangan pemilik kenderaan di Malaysia, menurut SIRIM QAS International.Faktor lain ialah kos memasang peralatan itu agak tinggi dan masalah mencari bengkel yang mendapat kelulusan memasang peralatan tersebut dan juga stesen minyak yang menawarkan gas asli."Pada masa ini hanya terdapat kira-kira 40,000 kenderaan, kebanyakannya teksi, yang menggunakan gas asli," kata Ketua Bahagian Mekanikal dan Automotif SIRIM GAS International, Suhaimi Mahmood.Menurut beliau, adalah selamat dan ekonomi jika orang ramai menggunakan gas asli dengan syarat peralatan dipasang dan diselenggara dengan betul."Bahaya menggunakan gas sama seperti menggunakan petrol," katanya.Di Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen bagi pemasangan tangki gas dan penggunaannya serta tangki itu terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH). - Bernama

Tanah mendap bagai gempa bumi

KUALA LUMPUR: “Deruman tanah mendap itu macam bunyi gempa bumi yang selalu saya lihat dalam dokumentari di televisyen,” kata Pembantu Am, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), M Devadas, 46.Rumahnya hanya kira-kira 10 meter dari lokasi mendapan tanah itu.Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin itu.Devadas yang menetap selama 20 tahun di kuarters DBKL itu, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu.“Sejak pembinaan sebuah pusat beli-belah bermula lapan bulan lalu, kami biasa mendengar dentuman alat hentaman cerucuk di depan rumah.“Namun, semalam (kelmarin) bunyinya sangat luar biasa bagaikan gempa bumi. Saya panik kerana bunyi itu diikuti dengan rumah rasa bergegar.“Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus mengarahkan isteri, empat anak dan emak mentua segera keluar rumah,” katanya.Berikutan kejadian itu, semua 100 penghuni kuarters DBKL dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Jalan Sang Peng, di sini.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang melawat kawasan kejadian itu menyatakan akan menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berikutan terdapat aduan penduduk enggan berpindah.“Walaupun arahan pindah sudah dikeluarkan pihak berkuasa, masih ada yang berdegil.“Saya diberitahu penduduk tidak mahu berpindah kerana jarak rumah ganti yang diberikan jauh dari tempat kerja selain masalah persekolahan anak-anak mereka. Saya akan maklumkan masalah mereka kepada Datuk Bandar,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kejadian mendapan yang berlaku kira-kira jam 7 malam itu dipercayai berpunca dari kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 40 tahun. “Difahamkan paip itu sedang diperbaiki beberapa kali, tetapi sebab kerja pembaikan belum selesai, masih ada air yang meleleh menyebabkan mendapan tanah berlaku.“Kejadian itu juga dipercayai berlaku berikutan kerja pembinaan satu blok pusat pemborong 19 tingkat, di Jalan Gelugor, kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan berkenaan,” katanya.

Friday, July 24, 2009

WORKING AT HEIGHT

DUA pekerja melakukan kerja mengecat bangunan tanpa menggunakan peralatan keselamatan di bangunan Mutiara Bangsar, Bangsar, Kuala Lumpur. Kecuaian pekerja mengabaikan keselamatan ketika bekerja di bangunan tinggi sering kita lihat dan ini boleh mendatangkan bahaya jika sesuatu perkara buruk berlaku.Berita Harian / 23.07.2009

Saturday, July 18, 2009

CHILDREN SAFETY AT HOME

Bapa solat Jumaat, anak jatuh flat

KOSMO / 18.07.2009
PULAU PINANG - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang ditinggalkan bapanya di rumah bersendirian ditemui mati di pekarangan flat Taman Kembar Permai, Teluk Kumbar di sini dipercayai selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan itu.
Nor Qistina Aidani Johari yang ditinggalkan bapanya untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran ditemui mati oleh penghuni flat itu pada pukul 2.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana ibu kanak-kanak itu, Siti Aida Abdul Wahab yang bekerja sebagai ejen insurans keluar bekerja.
"Bapa kanak-kanak itu, Johari Halim yang bekerja sebagai operator kilang bercuti hari ini (semalam) dan berada di rumah sebelum meninggalkan anaknya bersendirian untuk pergi ke masjid," katanya ketika dihubungi.
Katanya, kanak-kanak malang itu meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala serta badan dan bapanya yang baru pulang dari solat Jumaat hampir pengsan melihat mayat anaknya yang berlumuran darah di pekarangan flat itu.

Thursday, July 16, 2009

Penyelia mati dikerambit pekerja

Bagaimana bekerja di site :- Penyelia mati dikerambit pekerja

KUALA LUMPUR: Akibat selisih faham, seorang penyelia kabel elektrik maut akibat dilibas dengan kerambit di tapak projek kondominium mewah di Mont Kiara di sini, semalam.Mangsa See Chew Hwa, 39, yang berasal dari Puchong Jaya dipercayai dibunuh seorang buruh warga Indonesia.Mangsa ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tangan di tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang dipercayai berpunca apabila mangsa menegur hasil kerja suspek.
“Siasatan awal mendapati suspek melahirkan rasa tidak puas hati terhadap mangsa dua jam sebelum tragedi itu berlaku.
“Namun, perselisihan faham itu berpanjangan sehingga berakhir dengan pembunuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian Jalan Kiara 1 di sini, petang semalam.Katanya, mangsa dibunuh dengan kerambit oleh suspek berumur 25 tahun yang baru bekerja di tapak itu sejak seminggu lalu.“Polis yang bergegas ke tempat kejadian menahan seorang rakan suspek yang dipercayai melihat kejadian itu manakala suspek utama menghilangkan diri.“Susulan itu, pemeriksaan ketat dijalankan terhadap 400 pekerja di tapak pembinaan itu bagi memburu suspek,” katanya yang tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Monday, July 13, 2009

INDIA : 5 Maut Jejambat Runtuh di Delhi

5 killed in New Delhi metro bridge collapse

NEW DELHI (AP) - One section of a concrete bridge being built for the Indian capital's metro rail system collapsed Sunday, crushing to death five workers and injuring 13, officials said.
Two of those injured are in serious condition, said Anuj Dayal, the spokesman for the Delhi Metro Rail Corporation that is expanding the city's 6-year-old metro rail system.
He said three workers died at the accident site and two at the hospital. The accident happened early Sunday as workers lifted heavy concrete slabs for the bridge, police spokesman Mohammed Iqlaq said.
A partially built bridge, part of the city's new metro rail system, collapsed in New Delhi, India, Sunday. (AP Photo/Mustafa Quraishi)
Television footage and photographs showed one long concrete section, which would have carried the tracks, lying at an angle with one end on the ground and the other on top of a supporting pillar. The massive section had crushed metal beams beneath it.
Those killed and injured were laborers working on the bridge, Iqlaq said. He said the cause of the accident was not yet known. Rescue crews were still working to see if any others are trapped under the rubble, Iqlaq said.
The efficient metro rail system is the third mass urban transport system in the country and is the pride of New Delhi, a sprawling city of 14 million people and more than 3.2 million vehicles that navigate daily through chaotic traffic.
In October last year, two people were killed and at least 11 injured in a similar accident.
The metro currently has three lines covering 45 miles (75 kilometers), and authorities are rushing to complete several extensions totaling about 60 miles (100 kilometers) before the October 2010 Commonwealth Games.
Lima maut jejambat rel runtuh

BHARIAN / 13.07.2009
15 lagi cedera ketika kejadian kedua seumpama dalam tempoh 8 bulanNEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang jurutera maut dan 15 lain cedera apabila sebuah jejambat sistem rel baru New Delhi, 'Delhi Metro' yang sedang dalam pembinaan runtuh semalam, kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh lapan bulan. Kemalangan berlaku apabila satu daripada tiangjejambat runtuh dan terkena penyokong jejambat yang dibina berhampiran Kolej Lady Sriram di Dhamrudpur, Lajpat Nagar kira-kira jam 5 pagi.
"Lima orang mati. Tiga daripada mereka adalah 15 pekerja yang dibawa ke Pusat Perubatan All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) dan dua yang lain masih terperangkap dalam runtuhan," kata jurucakap Perbadanan Delhi Metro (DMRC), Anuj Dayal kepada pemberita. Delhi Metro menyifatkan kemalangan itu sebagai "masalah dalam reka bentuk tiang". "Kami cuba mengenal pastinya. Ada kecacatan pada tiang yang menyebabkan salah letak," kata Dayal.
Tiga mangsa dikenal pasti sebagai Ansuman, jurutera tapak manakala dua lagi adalah pekerja binaan, Niranjan dan Badan Singh. Dua yang lain di AIIMS dilaporkan dalam keadaan kritikal. Jejambat terbabit adalah sebahagian koridor Pusat Sekretariat Badarpur Delhi Metro yang dijangka siap September 2010. "Kejadian berlaku antara tiang 66 dan 67 apabila penutup tiang didapati mengalami kecacatan. Sebanyak 10 segmen sudah dibina di kawasan terbabit dengan lima daripadanya sudah siap. Apabila bahagian ketujuh mempunyai kesilapan, ia runtuh berikutan ketidakseimbangan pada bahagian jejambat yang menyebabkan keruntuhan," kata Dayal. Seramai 30 pekerja Gammon India Ltd, kontraktor DMRC berada di kawasan pembinaan. Kebanyakan mereka yang cedera dibawa ke hospital Moolchand berhampiran dan Safdurjang. – Agensi

Thursday, July 2, 2009

Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Garis panduan bagi Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


29. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1997 telah dibuat dan menyediakan secara terperinci mengenai pendaftaran, pemberitahuan dan kewajipan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta majikan.
(1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kelas atau jenis industri yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Di dalam Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1997, majikan dari kelas industri yang disenaraikan di dalam Perintah mestilah mengambil bekerja seorang yang berkemampuan dan berkelayakan untuk bertindak sebagai seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Justeru itu subseksyen di dalam Akta ini menghendaki penghuni mengambil bekerja pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja.
Di bawah perintah ini adalah wajib untuk mengambil bekerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan oleh majikan mana-mana pengendalian bangunan atau kerja pembinaan kejuruteraan yang jumlah harga kontrak projek melebihi dua puluh juta ringgit, manamana pembinaan kapal, aktiviti memproses gas atau industri petrokimia dan mana-mana industri kimia dan industri yang bergabung serta yang mengambil lebih daripada 100 orang pekerja.
Ia juga merangkumi mana-mana aktiviti membuat dandang dan vesel tekanan, industry logam, industri kerja kayu, aktiviti pembuatan simen yang mengambil kerja lebih daripada 100 orang pekerja dan mana-mana industri pembuatan selain daripada dandang, logam, kayu dan pembuatan simen yang mengambil lebih daripada 500 orang pekerja.