Thursday, July 2, 2009

Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Garis panduan bagi Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


29. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1997 telah dibuat dan menyediakan secara terperinci mengenai pendaftaran, pemberitahuan dan kewajipan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta majikan.
(1) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kelas atau jenis industri yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Di dalam Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1997, majikan dari kelas industri yang disenaraikan di dalam Perintah mestilah mengambil bekerja seorang yang berkemampuan dan berkelayakan untuk bertindak sebagai seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Justeru itu subseksyen di dalam Akta ini menghendaki penghuni mengambil bekerja pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja.
Di bawah perintah ini adalah wajib untuk mengambil bekerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan oleh majikan mana-mana pengendalian bangunan atau kerja pembinaan kejuruteraan yang jumlah harga kontrak projek melebihi dua puluh juta ringgit, manamana pembinaan kapal, aktiviti memproses gas atau industri petrokimia dan mana-mana industri kimia dan industri yang bergabung serta yang mengambil lebih daripada 100 orang pekerja.
Ia juga merangkumi mana-mana aktiviti membuat dandang dan vesel tekanan, industry logam, industri kerja kayu, aktiviti pembuatan simen yang mengambil kerja lebih daripada 100 orang pekerja dan mana-mana industri pembuatan selain daripada dandang, logam, kayu dan pembuatan simen yang mengambil lebih daripada 500 orang pekerja.

No comments:

Post a Comment