Tuesday, December 28, 2010

Project manager operating crane plunges to his death

Project manager operating crane plunges to his death

Posted on December 16, 2010, Thursday

KUCHING: A project manager of a construction site at Mile 10 Penrissen Road was killed after a mini-crane he was operating plunged 20 feet to the ground below, yesterday.

WORKPLACE MISHAP: Chang’s wife (second right) being comforted by her friends as a nurse inspects the body next to the fallen crane.

The incident happened around 11.30am when the 29-year-old victim, surnamed Chang, was using the crane to lift a load of sand onto the upper level of an unfinished building at the site.One sub-contractor, who was working at ground level, said he heard a sound coming from above and looked up to see both Chang and the crane falling down.He added that he did not know why Chang decided to operate the machine himself as it was not his responsibility as project manager.The victim, from Stampin, died at the scene from serious head injuries.His wife rushed to the scene upon learning of the mishap and broke down at the sight of his body.Police were called to investigate the incident and have classified the case as sudden death.In an unrelated incident, a 52-year-old Indonesian worker was found dead in his room at a quarters, along Mile 9 Penrissen Road on Tuesday night.The victim, identified as Tjong Hon Son, was believed to have died in his sleep.Co-workers discovered the incident around 8pm when they went to check on Tjong after noticing that he had been asleep for quite some time.The incident was classified as sudden death pending the result of the post mortem.

Monday, December 27, 2010

Langgar Kereta Sebelum Samun

Langgar kereta sebelum samun

Gambar Hiasan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki ‘geng langgar dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam.Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta. Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta. Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan. “Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya. “Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya. “Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya. Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk menyebabkan berlaku pelanggaran. “Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan. “Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu , saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya. Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan parkir. “Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya. “Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya. Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600. “Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Langgarkeretasebelumsamun/Article/index_html

Sunday, December 26, 2010

Tauke kedai seks diracun

USAHAWAN BERJAYA... Jacqueline (tengah) bersama model pakaian dalamnya.
USAHAWAN BERJAYA... Jacqueline (tengah) bersama model pakaian dalamnya.
UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers.
UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers.

LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers - sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain - dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.

Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.

Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline.Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold

Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.

Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.

Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu.Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/articles/Taukekedaiseksdiracun/Article

Monday, October 25, 2010

Kencing Muka Isteri

Kencing muka lafaz talak tiga
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa. Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya. Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini. Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. “Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya. “Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya. Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. “Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya. Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan. http://www.hmetro.com.my/articles/Kencingmukalafaztalaktiga/Article

Di Rempuh Ketika Tukar Tayar Pancit

Dirempuh ketika tukar tayar pancit
Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Seorang isteri hanya mampu meraung apabila suaminya dirempuh di hadapannya ketika menukar tayar kereta yang pancit berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ibu negara di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kilometer 17.8 lebuh raya itu, Tan Tong Jin, 44, menukar tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Iswara yang pancit sebelum dirempuh dari belakang sebaik melepasi Tol di PJS 2, di sini. Jurucakap polis berkata, keadaan sekeliling yang gelap dipercayai punca mangsa dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi warna perak yang baru melepasi tol berkenaan. “Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah. Sehingga petang ini (semalam), pemandu terbabit belum membuat laporan polis,” katanya.http://www.hmetro.com.my/articles/Dirempuhketikatukartayarpancit/Article

Friday, October 22, 2010

Lembaga Rambut Panjang

Lembaga rambut panjang
Oleh Sahlina Sahkirin

RAWAT ...seorang pengamal perubatan tradisional sedang memulihkan pelajar yang terkena histeria.

MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan. Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki. Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan pelajar terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum diberikan rawatan. “Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka. “Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu. “Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya. Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang. http://www.hmetro.com.my/articles/Lembagarambutpanjang/Article

Thursday, October 21, 2010

Anak Bakar Rumah

Anak marah bakar rumah

MUSNAH...rumah dan kereta hangus dalam kebakaran di Lorong Mat Saman, malam kelmarin

ALOR SETAR: “Saya terpaksa buat laporan polis kerana bimbang anak saya ugut nak bakar diri dan rumah ini,” kata Khua Ai Git, 56, ibu kepada Tan Chee Leng, 32, yang dipercayai kurang siuman dan bertindak membakar rumahnya selepas bergaduh dengan adiknya dalam satu kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah dan kereta di Lorong Mat Saman, Seberang Perak, malam kelmarin. Khua berkata, pergaduhan itu bermula jam 4 petang antara Tan dengan adik lelakinya tanpa diketahui puncanya. “Saya takut kerana anak saya ada sakit mental...dia ugut nak bakar diri dia dan rumah ini. Saya buat laporan polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. “Selepas membuat laporan, anggota polis datang rumah memujuk anak saya, manakala saya pula berada di balai polis kerana bimbang pulang ke rumah,” katanya. Berikutan laporan itu, empat anggota polis ke rumah berkenaan memujuk dan mententeramkan keadaan, namun lelaki itu berkeras dan mengurung diri dalam rumahnya. Bagaimanapun, kira-kira jam 8 malam, lelaki itu membakar bahagian dalam rumahnya menyebabkan kebakaran kecil berlaku dan api tidak dapat dikawal serta merebak dengan pantas apabila dia dikatakan menyimbahcecair dipercayai petrol. Difahamkan apabila mendapati api marak, lelaki itu melarikan diri mengikut pintu belakang. Sementara itu, Khua berkata, beliau dihubungi adiknya memberitahu rumahnya dan dua rumah jiran mereka termasuk kereta terbakar. “Saya bergegas pulang ke rumah kerana terlalu risau dengan kejadian itu apatah lagi kedua-dua anak saya sedang bergaduh. “Saya tidak sempat menyelamatkan barang kerana ketika saya sampai di rumah, api marak dan kereta di hadapan rumah saya terbakar,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Maidin, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada jam 8.29 malam dan 24 anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api. Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran dan siasatan menemui dua bekas mengandungi cecair mudah terbakar yang digunakan lelaki kurang siuman itu untuk membakar rumahnya. Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan suspek ditahan ketika menerima rawatan di hospital tidak lama selepas melarikan diri dari rumah dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. http://www.hmetro.com.my/articles/Anakmarahbakarrumah/Article

Wednesday, October 20, 2010

Derita Ilmu Hitam

Gadis diganggu jin ilmu hitam

Oleh Mohd Nur Hafidz Nordin
MANDI...Abu Samah memandikan Ila kerana mendakwa jin yang berada dalam badannya enggan keluar meninggalkan badan.
KULAIJAYA: Seorang gadis sengsara akibat gangguan histeria yang dikatakan berpunca daripada tindakannya menggunakan jin dan amalan ilmu hitam bagi menundukkan lelaki supaya memenuhi kemahuannya memiliki barangan berjenama. Gangguan histeria dialami gadis berusia 18 tahun itu berlaku jam 10.30 malam pada 14 Oktober lalu memaksa keluarga remaja berkenaan memanggil pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan keadaan. Hasil rawatan, bomoh berkenaan memberitahu kejadian berpunca daripada jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila dia yang mahu dikenali sebagai Ila tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam. Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, ‘ilmu penunduk’ yang diamalkan anak gadisnya diperoleh remaja itu daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan. “Anak perempuan saya itu dibela abang ipar saya sejak kecil lagi sebelum saya mengambilnya semula empat tahun lalu selepas dia melakukan pelbagai kesalahan di sekolah. “Saya menyedari dia mengamalkan ilmu hitam selepas isteri menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya,” katanya. Menurutnya, akibat tidak sedap hati, dia dan isterinya membakar kertas berkenaan sebelum bertanya kepada anaknya mengenai ayat di atas helaian kertas itu. “Dia menggelengkan kepala dan mengatakan itu kertas conteng biasa tapi kami yakin ia mantera dibekalkan bapa saudaranya.“Saya berani berkata demikian kerana saya sendiri pernah melihat abang ipar (bapa saudara gadis berkenaan) menggunakan bara api ketika menjalankan proses perubatan,” katanya. Ibu Ila pula berkata, gangguan histeria dialami anak gadisnya makin kerap berlaku dan minggu lalu kali ketiga menimpanya sepanjang tempoh dua bulan lalu. Katanya, sebelum tubuh Ila dimasuki jin, dia duduk diam di satu sudut menangis sambil diiringi gelak tawa yang menyeramkan dan memarahi sesiapa yang cuba menenangkannya. “Ila mengaku dia mengamalkan ilmu yang diberi bapa angkatnya selepas gangguan kali pertama berlaku pada pertengahan bulan lalu. “Dia menggunakan ilmu itu bagi membuatkan semua lelaki yang dikenalinya menurut perintah dan meminta apa saja barangan mewah dikehendakinya. “Tahap kesabaran kami sekeluarga sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan ilmu penunduk itu ke atas anak angkat kami yang juga seorang mualaf bagi memenuhi kehendaknya memiliki barangan berjenama. “Walaupun kami berulang kali menasihatinya supaya membuang ilmu itu, dia tetap berdegil dan mengamalkan ilmu hitam itu,” katanya. Wanita itu berkata, walaupun tiga kali diubati, Ila belum pulih sepenuhnya dan dia percaya gangguan histeria itu boleh berulang lagi. “Jika perkara ini berlaku di rumah, kami masih boleh mengawasinya tapi jika ia berlaku di luar, saya bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,” katanya.Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Abu Samah Ahmad yang merawat Ila berkata, apa yang dialami gadis berkenaan kesan buruk apabila seseorang manusia mengamalkan ilmu hitam. “Inilah akibatnya jika mengamalkan benda terlarang kerana ia bukan saja memudaratkan diri, malah boleh membawa kita kepada syirik kerana meminta pertolongan selain daripada Allah SWT,” katanya. Katanya, ketika tubuh Ila dimasuki jin, tindak-tanduknya juga berubah kerana akal fikirannya dikawal jin. http://www.hmetro.com.my/articles/Gadisdiganggujinilmuhitam/Article

Motosikal Melekat Di Belakang Treler

Lekat belakang treler
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
MAUT...anggota polis mengangkat mayat mangsa semalam.
SEREMBAN: Seorang penyelenggara bangunan maut dalam keadaan mengerikan apabila motosikal ditunggangnya melekat pada bahagian belakang sebuah treler selepas melanggar kenderaan berat itu di Kilometer 259.2 Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar Port Dickson di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Syadidi Zikri Hairi, 26, dari Johor, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di bahu jalan kerana mengalami kerosakan. “Mangsa dalam perjalanan ke ibu kota menunggang motosikal Yamaha 125Z dipercayai gagal mengelak lalu melanggar belakang kenderaan berat itu,” katanya. Beliau berkata, pemandu treler berusia lingkungan 30-an sudah membuat laporan polis. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, untuk bedah siasat. Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu. Sementara itu, pemandu treler dikenali sebagai Badrul Hisham, 30-an, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan trelernya sebelum dikejutkan dengan satu dentuman kuat di bahagian belakang. Menurutnya, dia bergegas memeriksa sebelum melihat sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kanan trelernya menyebabkan penunggangnya mati di tempat kejadian. Sebelum itu, katanya, dia terpaksa memberhentikan treler dipandunya di bahu jalan kerana mengalami masalah brek kira-kira jam 6.30 pagi untuk dibaiki. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Taufiq Abd Samad di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran. http://www.hmetro.com.my/articles/Lekatbelakangtreler/Article

Sunday, October 17, 2010

Bas Rempuh Rumah

Bas rempuh rumah
Gambar Hiasan
2010/10/17
TUMPAT: Gara-gara pemandu ingin singgah membeli nasi kerabu ikan bakar, bas yang diletakkan di bahu jalan tiba-tiba menggelongsor lalu merempuh rumah anggota polis trafik dalam kejadian di Kampung Sedar, di sini, semalam. Pemandu bas henti-henti yang membawa lima penumpang dari Kota Bharu menuju ke Tumpat itu dikatakan tidak menarik brek tangan sebaliknya terus turun untuk membeli nasi berkenaan di gerai makan berhampiran. Saksi, Shaari Abdullah, 43, berkata dia yang selesai menghantar kuih di gerai makan berkenaan terkejut apabila melihat bas berkenaan tiba-tiba bergerak dan menggelongsor ke hadapan memandangkan keadaan bahu jalan yang agak curam. Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira lima minit selepas pemandu bas terbabit turun membeli nasi. “Saya menjerit sebaik melihat bas itu menggelongsor manakala lima penumpang di dalam bas menjerit ketakutan. “Kami yang berada di gerai itu tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya. Isteri anggota polis terbabit, Rohani Salleh, 28, berkata ketika kejadian, dia sedang melipat pakaian di ruang tamu, manakala suami dan tiga anak berusia dua hingga lima tahun masih tidur. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Basrempuhrumah/myMA/myArticle/

Hospital Silap Sambung Mesin Pam Darah

Pesara maut hospital silap sambung mesin pam darah

Gambar Hiasan

2010/10/17
LONDON: Kecuaian seorang kakitangan perubatan menyebabkan seorang pesara kerajaan maut apabila tubuhnya kehilangan darah, lapor media semalam. Dalam inkues diadakan itu, mahkamah diberitahu bahawa mesin berkenaan sepatutnya bertindak sebagai jantung dan paru-paru sementara ketika menjalani pembedahan. Bagaimanapun, seorang kakitangan hospital tersilap menyambung peralatan itu menyebabkan darah Baines disedut dan tidak dipam semula ke badannya. Walaupun masih bernafas ketika kesilapan itu disedari, pesara itu disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian akibat kerosakan otak. - Agensi http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pesaramauthospitalsilapsambungmesinpamdarah/myMA/myArticle

Di Tembak Depan Anak

Tembak pemandu depan anak
Gambar Hiasan
2010/10/17
KOTA TINGGI: “Saya tidak sangka lelaki yang berpura-pura sebagai kenalan bapa itu tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada seluar sebelum terdengar bunyi kuat berhampiran pintu pagar. Remaja berusia 14 tahun yang enggan dikenali berkata, beberapa minit sebelum kejadian berlaku, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an dilihat berdiri di depan kediamannya sebelum menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bapanya. Menurutnya, dia tidak sangka lelaki itu yang kelihatan peramah bagaimanapun berniat jahat apabila bertindak menembak bapanya. “Saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan mata itu... kami sekeluarga tidak dapat membayangkan terpaksa kehilangan insan penyayang seperti bapa,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohamed Sebot berkata, mangsa G Tamil Selvam, 44, yang bekerja sebagai pemandu lori ditembak di hadapan kediaman di Jalan SS3/4, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi. Beliau berkata, mangsa yang mempunyai tiga anak itu kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum disahkan meninggal dunia. Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa mempunyai dua kesan tembakan di dada dan bahagian rusuk kanan. “Kejadian disaksikan oleh anak mangsa berusia 14 tahun yang pada awalnya menyedari kehadiran seorang lelaki berkulit gelap dan memakai topi besbol di hadapan rumah. “Suspek dikatakan datang bersendirian dan berjalan kaki sebelum berpura-pura menyuruh saksi memanggil keluar bapanya dari rumah dengan tujuan ingin berjumpa,” katanya. Osman berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak jauh satu meter. “Kami dalam usaha memerangkap penjenayah itu termasuk dengan hasil rakaman kamera litar tertutup di sebelah rumah mangsa,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tembakpemandudepananak/myMA/myArticle

Meronta Sebelum Maut

Meronta sebelum maut
Oleh D J DOLASOH
2010/10/17
LENGGONG: “Saya sempat melihat seorang kanak-kanak meronta- ronta di atas riba neneknya di bahagian depan tempat duduk penumpang. Saya cuba mengangkatnya, namun gagal kerana kakinya tersepit,” kata Mohd Razli Ahmad, 56, saksi terawal nahas mengorbankan tiga sekeluarga dalam kejadian kemalangan di Kilometer 42.7, Jalan Kuala Kangsar – Grik berdekatan Kampung Lahar, di sini, semalam.
TERSADAI…kereta Proton Wira dipandu Tajul tersadai di atas besi penghadang jalan menyebabkan terselamat daripada jatuh ke dalam gaung dalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, tiga beranak, termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta sebelum terbabas. Mangsa yang maut dikenali sebagai Mariah Ahmad, 61, cucu lelakinya, Mohd Mukmin Abdul Lajis, 4, dan bapa Mohd Mukmin yang juga pemandu, Abdul Lagis Zakaria, 42, yang semuanya berasal dari Kampung Tembak A, Kuala Ketil, Kedah. Anggota keluarga mereka yang lain pula mengalami kecederaan, termasuk bapa Abdul Lagis, Zakaria Jasin, 67, Ghatimah Mun, 80, dan anak perempuan Abdul Lagis, Norashikin, 17, sementara seorang lagi belum dikenal pasti dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK). Pemandu sebuah lagi kereta yang dirawat di Hospital Gerik ialah penuntut Universiti Teknologi Mara, Tajul Khairil Mohamad, 22, dari Pulau Rusa, Terengganu yang cedera di kepala. Mohd Razali yang juga Ketua Kampung Lenggong berkata, dia kesal kerana gagal mengeluarkan kanak-kanak berkenaan dan masih tidak dapat melupakan saat-saat akhir penderitaan yang dialami mangsa sebelum menghembuskan nafas terakhir. “Saya sudah cuba sedaya upaya mengangkatnya keluar tetapi tidak berdaya kerana kakinya turut tersepit di antara bahagian kereta yang remuk,” katanya ketika ditemui, di sini semalam. Tajul Khairi yang memandu sebuah lagi kereta berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke Pulau Rusa, Terengganu dan sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta memasuki laluan menyebabkannya terpaksa mengelak ke kanan jalan. Dia cuba mengelak daripada bertembung, namun gagal lalu merempuh bahagian kiri kereta mangsa sebelum terbabas. “Saya pandu pada kelajuan sederhana ketika kejadian. Kereta mangsa meluncur laju sebelum memasuki laluan saya menyebabkan saya terkejut sebelum cuba mengelak daripada bertembung,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Lenggong. Tajul berkata, dia bersyukur kerana keretanya terbabas dan tersadai di atas besi penghadang jalan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Nor Abdullah berkata, dalam kejadian itu, Mariah dan Mohd Mukmin meninggal dunia di tempat kejadian manakala, Abdul Lagis meninggal dunia sejurus tiba di HKK. “Mayat Mariah dan Mohd Mukmin dibawa ke HKK untuk bedah siasat, manakala tiga ahli keluarga mangsa yang cedera turut dibawa untuk menerima rawatan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Merontasebelummaut/myMA/myArticle

Hobi Jerat Diri

Hobi jerat diri

Oleh FIRDAUS SAHAT, MIORAZLAN MIOR KAMARULBAID dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

metahad@hmetro.com.my

2010/10/17
KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.

JIJIK...Syafika bersedia untuk melayan pelanggan.

Tapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya. Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan. Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk 'tidur' bersamanya. Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit. “Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri. “Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya. Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya. “Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad. Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang. “Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial. “Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit. Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan,” katanya. Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza. “Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar. “Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja. “Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali,” katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan. “Kadang-kadang, saya 'online' di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti. “Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya. Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial,” katanya. Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari ‘teman’ bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan. “Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, ‘mummy’ akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet. Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih. “Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan,” katanya. Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya. “Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan. “Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada ‘menjaja badan’ di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hobijeratdiri/myMA/myArticle

Saturday, October 16, 2010

Pelajar Parah Tong Gas Meletup

Pelajar parah tong gas meletup

Gambar Hiasan

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

am@hmetro.com.my 2010/10/16
GEORGETOWN: Seorang pelajar tingkatan tiga melecur hampir 50 peratus anggota badan dalam kebakaran dipercayai kebocoran tong gas di rumah panjang di Tanjong Tokong, di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Khalid Eri Alwalid, 15, tidak menyedari saluran paip tong gas di rumahnya bocor membuka suis dapur gas yang mengakibatkan tong gas berkenaan meletup. Akibatnya, Khalid yang berada berhampiran tong gas itu cedera parah dari paras paha hingga kaki dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Bapa saudaranya, Mohd Hassan Pitchay, 55, berkata, ketika kejadian, dia pulang ke rumah selepas makan malam sebelum terdengar bunyi letupan kuat dari bahagian dapur rumah dan tidak lama kemudian melihat anak saudaranya menjerit meminta tolong dengan pakaian terbakar. “Ketika itu, saya hanya fikirkan keselamatan Khalid sebelum menariknya keluar dari dapur dan dengan bantuan pasukan penyelamat, dia dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Akibat kebakaran itu, enam keluarga hilang tempat tinggal dan seorang pemuda berusia 20-an yang cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran turut cedera dilanggar kereta yang kebetulan melalui jalan berkenaan. Difahamkan, mangsa yang belum dikenali itu cedera dalaman dan dirawat di HPP. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bagan Jermal, Roslan Hasnan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.41 malam sebelum dua jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian. Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang pelajar berusia 15 tahun mengalami cedera parah di luar rumah sebelum dihantar ke hospital. Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kebocoran pada saluran paip tong gas dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. “Kami menerima bantuan pasukan Bomba Sukarela Tanjung Tokong dan Weld Quay bersama 12 anggota sukarela dalam operasi ini,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelajarparahtonggasmeletup/Article

Bajet 2011

Bajet 2011: Berubah atau ketinggalan
2010/10/16
KUALA LUMPUR: “Kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Kejayaan menuntut kepada perubahan dan perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan.”
BENTANG...Najib diringi Muhyiddin dan Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ketika hadir Pembentangan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penuh bersemangat ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, semalam yang menyaksikan rakyat daripada semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya. Bajet ini digubal penuh keazaman mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Ia mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia,” katanya. Bermula daripada syarikat konglomerat, kakitangan, kerajaan atau swasta sehinggalah golongan orang biasa termasuk imam dan pengawal keselamatan semuanya mendapat manfaat daripada Bajet 2011. Berkuat kuasa semalam kerajaan memansuhkan duti import yang sebelumnya dikenakan pada kadar antara lima peratus hingga 30 peratus ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama membeli-belah di rantau Asia. Barangan itu merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuk kelambu. Cukai jualan telefon bimbit dimansuhkan bertujuan penyelarasan selepas telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus sebelum ini manakala telefon bimbit mempunyai pelbagai aplikasi seperti Internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan. Untuk memenuhi impian rakyat memiliki rumah selesa, kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit menerusi Projek Bantuan Sewa Rumah. “Selain itu, golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan akan dibantu menerusi Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya. Skim itu bagi pembeli rumah pertama berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim. Bagi pengawal keselamatan, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan, berbanding RM300 hingga RM400 ketika ini dan kenaikan bermula Januari depan itu bermakna pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun melebihi RM1,00 sebulan,” katanya. Sumbangan penjawat awam tidak diketepikan dan bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan akan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari kini. Selain itu, Bantuan Khas Kewangan RM500 diberi kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan dengan pembayaran dibuat pada Disember ini. “Kerajaan juga bersetuju memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011,” katanya. Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda kebanggaan negara yang akan dibangunkan menjelang 2020 iaitu projek bersepadu Warisan Merdeka yang turut membabitkan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek bernilai RM5 bilion itu akan dilaksanakan Permodalan Nasional Berhad dengan menara dijangka siap pada 2015. Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya, kerajaan bersetuju kadar tol di empat lebuh raya milik Plus Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, bermula serta-merta. Sumbangan pemimpin masyarakat turut dihargai dan kerajaan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 ketika ini. Elaun turut diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan, selain menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa daripada RM30 kepada RM50. Elaun bulanan imam dinaikkan RM450 kepada RM750 sebulan. Imbuhan bulanan guru Kafa pula naik kepada RM800 sebulan berbanding RM500 kini, berkuat kuasa Januari depan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bajet2011_Berubahatauketinggalan/Article

Friday, October 15, 2010

Terhidu Bau Bahan Kimia

Lima pelajar dimasukkan ke hospital hidu bau bahan kimia
Gambar Hiasan
YAN: Lima pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dimasukkan ke Hospital Yan semalam selepas terhidu bau kimia dipercayai berpunca dari sebuah kilang ketika berkumpul di dewan sekolah itu untuk menghadiri taklimat.Seorang daripada mereka Nurul Izwarina Mohd Khorazi, 15, berkata bahawa pada 9.30 pagi ketika semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan, dia terbau sesuatu seakan-akan bau sejenis cecair membasuh kain. "Saya mula rasa pening dan sesak nafas. Saya maklumkan kepada kawan tentang itu dan kawan saya juga merasa perkara yang sama. "Memandangkan saya mempunyai penyakit asma, saya pergi mengambil ubat saya di kelas dan memaklumkan perkara itu kepada cikgu," katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini. Beliau berkata selepas memaklumkan kepada guru, ramai lagi pelajar mengadu terbau benda yang sama menyebabkan guru mengarahkan semua pelajar sekolah itu berkumpul di padang sekolah dan memakai topeng penutup hidung. Seramai lapan pelajar perempuan dan seorang lelaki dibawa ke klinik kesihatan tetapi semua diarah untuk mendapatkan rawatan di hospital. "Lima daripada kami ditahan dan yang lain dibenarkan pulang," kata Nurul Izwarina. Seorang lagi pelajar, Nor Zahirah Dzahir, 15, berkata dia pernah mengalami situasi yang sama ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak pada 2003. "Tetapi masa tahun itu (2003) keadaan saya tidak teruk dan tidak ditahan di hospital," katanya. Jurucakap Jabatan Kesihatan Kedah ketika dihubungi berkata, semua pelajar yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil. "Kita akan serahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kilang itu," katanya.-Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Limapelajardimasukkankehospitalhidubaubahankimia/Article

Bayi Terjatuh Di Rumah Pengasuh

Bayi mati dijaga pengasuh
Oleh Hayati Ibrahim
2010/10/15
PUTRAJAYA: “Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.

MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh di rumah pengasuh.

Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu. Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri. Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu. Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit. “Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej. “Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam. Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu. Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah. Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka. “Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital. “Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya. Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut. Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit. “Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya. Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah. “Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah. “Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayimatidijagapengasuh/Article

Thursday, October 14, 2010

Budak Melecur Selepas Minum Tonik Tenaga

Budak melecur selepas minum tonik tenaga
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
2010/10/14
MOHAMAD SHAHRULNIZAM menunjukkan minuman yang dibelinya di Takbai di rumahnya di Kampung Limbungan, Kelantan, semalam.
Murid alami sindrom Steven Johnson terlepas duduki UPSR
PASIR PUTEH: Tindakan murid Tahun Enam mengambil ubat penahan sakit selepas minum tonik pemulih tenaga, nyaris mengundang maut apabila seluruh tubuhnya melecur hingga dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu selama 20 hari. Kejadian malang menimpa murid Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki), Mohamad Shahrulnizam Ibrahim, itu berlaku selepas meminum sebotol tonik keluaran negara jiran yang dibeli di Pekan Takbai, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung kelahiran ibunya, Khatijah Mahyes, 42, di Pattani, Selatan Thailand untuk meraikan Aidilfitri pada 10 September lalu. “Ketika singgah di Takbai, Shahrulnizam membeli sebotol tonik berharga RM1 dan meminumnya sebelum mengadu sakit kepala.“Saya menyuruhnya tidur dalam kenderaan sehingga sampai di kampung jam 5 petang, sebelum memberinya pil kerana dia masih sakit kepala.“Namun, keesokan pagi, mukanya sembab dan membengkak menyebabkan saya dan suami kembali ke rumah kami di Pasir Puteh sebelum merujuknya ke Hospital Tengku Anis (HTA.“Anak saya dirujuk ke HRPZII apabila keadaannya serius dan mula melecur,” katanya ketika ditemui di Kampung Limbongan, di sini. Khatijah berkata, seluruh badan anaknya kehitaman seperti terbakar selain melecur dan dipenuhi bintik menyebabkan dia ditahan untuk rawatan lanjut di HRPZII dan dibenarkan pulang pada 3 Oktober lalu.Beliau berkata, doktor memaklumkan Shahrulnizam mengalami alahan sindrom Steven Johnson akibat tindak balas tonik itu dengan ubat penahan sakit kepala.“Selama ini, kami sering minum tonik itu, tetapi tidak pernah mengalami kejadian seperti Shahrulnizam. Selain di negara jiran, minuman itu ada dijual di sekitar Bachok, Kok Lanas dan Rantau Panjang,” katanya.Shahrulnizam berkata, beliau serik meminum tonik itu menyebabkannya terlepas menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 21 hingga 23 September lalu.“Ketika peperiksaan itu, mata dan muka saya masih bengkak. Seorang Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh melawat di hospital memberi jaminan saya boleh menduduki ujian akhir untuk ke Tingkatan Satu, hujung Disember ini,” katanya.“Walaupun dibenarkan pulang dari HRPZII, saya masih perlu menjalani rawatan susulan daripada pakar mata, kulit dan tekak berikutan masalah yang dialami itu,” katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budakmelecurselepasminumtoniktenaga/Article/

Dua Juta Tikus Di George Town

Dua juta tikus di George Town
Oleh ZAKI SALLEH
SM MOHAMED menunjukkan tikus bersaiz besar yang ditangkap serta gambar-gambar tikus yang pernah dimusnahkan di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong. Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar. Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah. Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

OSH In School

10 murid cedera lantai sekolah runtuh
Oleh SHAH NIZAM OMAR
14.10.2010

Keadaan lantai bangunan SK Gunung di Alor Setar yang runtuh semalam.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa lantai sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Gunung dekat Alor Setar, hari ini yang runtuh akibat tanah mendap. 10 murid yang cedera dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan. - Foto Shahrizal Md NoorOct 13, 2010 2:35 pm / BH

ALOR SETAR – Seramai 10 murid-murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung di sini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah lantai di bangunan satu tingkat sekolah itu runtuh sedalam tiga meter secara tiba-tiba semalam. Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika 30 murid-murid tahun empat sedang mengikuti kelas agama di bangunan tersebut. Bangunan itu merupakan bangunan lama yang dibina dengan menggunakan kayu sebelum dibaik pulih pada tahun 2007. Seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit, yang mahu dikenali sebagai Ali Ahmad 46, memberitahu, bangunan sekolah tersebut sudah wujud sejak beliau mula bersekolah di kawasan sekitar pada tahun 1971. “Bangunan ini memang sudah wujud lama dan asalnya diperbuat daripada kayu dan baru-baru ini saja baru dibaik pulih. “Namun, saya sendiri terkejut mendengar runtuhan tersebut kerana ia baru sahaja dibaik pulih,” katanya. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Wednesday, October 13, 2010

40 maut bas dirempuh kereta api

40 maut bas dirempuh kereta api

MAYAT-MAYAT diletakkan di tepi landasan selepas sebuah bas dirempuh kereta api dekat Kampung Marganets di Ukraine semalam.

MARGANETS, Ukraine - Seramai 40 orang maut dan 10 lagi cedera semalam apabila sebuah bas dipenuhi dengan penumpang dirempuh sebuah kereta api dekat Kampung Marganets semalam. Kejadian berlaku apabila bas itu sedang melintasi sebuah landasan kereta api dekat Kampung Marganets. Polis tempatan menyatakan kesalahan dilakukan oleh pemandu bas itu kerana ia melintasi landasan semasa lampu isyarat bernyala merah. "Pemandu bas itu melanggar lampu suyarat merah sebelum ia dirempuh sebuah kereta api," kata seorang jurucakap polis, Lyudmila Bashmakova. Menurutnya, antara yang maut termasuk kanak-kanak. Kementerian Dalam Negeri menyatakan dalam satu kenyataan bahawa kereta api itu mengheret bas itu sepanjang 30 meter. Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych mengisytiharkan hari perkabungan bagi memperingati mangsa kejadian. "Mangsa-mangsa yang terselamat dapat mengingati mereka menjerit (ke arah pemandu) mengenai bunyi amaran (di landasan) yang memberi petunjuk landasan itu tidak boleh dilalui," kata Menteri Pengangkutan Ukraine, Kostyantyn Efimenko. Ukraine mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang teruk ekoran usia kenderaan dan sikap pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya. - AFP http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tuesday, October 12, 2010

Padah Perkosa Anak Rakan

Dijel 20 tahun
Oleh Alias Abd Rani
2010/10/12
MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu.

MALU...Razid menutup mukanya ketika dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman.

Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis.Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.“Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya.Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dijel20tahun/Article

Thursday, October 7, 2010

Bayi Maut DiBaham Kera

Seret bayi keluar rumah
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Iskandar Shah Mohamed
2010/10/07
SEREMBAN: “Selepas mendapati cucu saya tiada di ruang tamu, kami mencarinya sehingga ke luar rumah dan terkejut melihat kesan darah di depan tangga sebelum menemuinya dalam keadaan terkulai layu dengan kecederaan di kepala, leher dan telinga,” kata A Velayutham, 75.

MATI...kera liar yang dipercayai menyebabkan kematian bayi perempuan ditembak Perhilitan.

Dia menceritakan kejadian cucu perempuannya berusia empat hari yang menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digigit kera jantan liar di rumahnya di Taman Happy di sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam.Sebelum kejadian, bayi malang yang belum diberi nama itu berada bersama Velayutham di ruang tamu rumahnya selepas dimandikan sebelum warga emas itu pergi ke dapur untuk minum.Ketika itulah kera yang tidak dapat dipastikan jumlahnya menceroboh masuk ke dalam rumah lalu menyeret mangsa ke luar serta menggigitnya sehingga cedera. “Saya meninggalkannya bersendirian sekejap dan pergi ke dapur untuk minum air kerana terlalu dahaga. Ketika itu isteri saya berada di dapur kerana memasak, manakala menantu (ibu mangsa) mandi di bilik air.“Saya terdengar jeritan menantu bertanya di mana bayinya menyebabkan saya dan isteri bergegas ke luar,” kata Velayutham ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini. Velayutham berkata, bayi sulung anak lelakinya yang mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu itu kemudian dikejarkan ke HTJS, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.Difahamkan, mangsa yang dilahirkan pada 3 Oktober lalu di HTJS adalah anak kepada pasangan V Nehru, 30, dan isterinya yang dikenali sebagai Revathy, 26. Sementara itu, nenek mangsa, R Athy Letchumy, 50, berkata beberapa ekor kera sering dilihat berada di sekitar rumahnya sejak kira-kira dua bulan lalu.“Kera liar terbabit kelihatan agresif dan garang sekali menyebabkan saya tidak berani mendekatinya. Pernah saya cuba memukul haiwan itu dengan kayu, namun mereka cuba menyerang saya kembali,” katanya yang sudah menetap di kawasan itu sejak kira-kira 20 tahun lalu. Menurutnya, ketika kejadian dia berada bersama suami dan menantunya, manakala anak lelakinya (bapa mangsa) keluar kerana mempunyai urusan.Sementara itu, Nehru berkata, dia bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan dan amat sedih apabila melihat bayinya parah di kepala, leher dan telinga.“Saya pernah memelihara seekor kera betina kira-kira lapan tahun lalu, namun haiwan itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga saya kerana dikurung,” katanya.Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusof Awang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Seretbayikeluarrumah/Article

Tertarik kera betina dibela keluarga mangsa
2010/10/07
SEREMBAN: Kera jantan yang menggigit hingga mati seorang bayi perempuan berusia empat hari dikatakan pergi ke rumah keluarga mangsa kerana tertarik dengan seekor kera betina yang dibela keluarga terbabit.Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Ishak Muhamad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kera yang menyerang bayi terbabit pergi ke rumah itu kerana terdapat seekor kera betina di dalam kurungan di situ. Menurutnya, haiwan itu dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk mencari makanan dan menyangka bayi yang berada seorang diri di ruang tamu itu adalah makanan. “Kami tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan cuba dibawa ke tempat persembunyian haiwan terbabit, namun terjatuh ketika kera itu memanjat bumbung. “Sepasukan pegawai dan anggota Perhilitan dikejarkan ke lokasi untuk mengesan haiwan berkenaan sebaik menerima maklumat mengenai serangan kera liar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata, kera berkenaan berkemungkinan berada di tempat kejadian kerana ada di kalangan orang ramai yang memberinya makanan, dan mereka dinasihatkan supaya menghentikan perbuatan itu. Sementara itu, hasil laporan awal bedah siasat dijalankan ke atas bayi malang itu mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk pada kepala dengan kesan gigitan sedalam lebih dua sentimeter hingga hampir menampakkan otaknya. Sumber berkata, beberapa kesan kecederaan lain turut ditemui pada tengkuk dan tangan kiri termasuk kesan cakar pada muka mangsa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertarikkerabetinadibelakeluargamangsa/Article

Wednesday, October 6, 2010

Lift Sering Menjunam

Lif sering menjunam

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
2010/10/06
PETALING JAYA: Bukan satu, sebaliknya lif di empat blok Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, rosak teruk menyebabkan penduduk bimbang kejadian lif terhempas yang berlaku di Blok A kediaman itu, minggu lalu berulang.

BIMBANG...kanak-kanak terpaksa menuggu penjaga untuk menaiki lif di Pangsapuri Impian Baiduri.

Malah, beberapa penduduk mendakwa sering berhadapan masalah lif rosak dan menjunam tiba-tiba, tetapi bernasib baik kerana tidak cedera seperti yang menimpa empat penduduk di Blok A terbabit. Mereka mendakwa kerosakan lif berlaku lebih lima bulan lalu, tetapi tidak diendahkan kerana penduduk menganggapnya perkara biasa, tetapi selepas kejadian minggu lalu yang mencederakan empat mangsa di Blok A, ia kini menjadi mimpi ngeri. Tinjauan Harian Metro di kawasan terbabit mendapati, hanya satu lif setiap blok boleh digunakan menyebabkan penduduk perlu menunggu lebih sejam untuk naik ke rumah. Suri rumah, Nur Farhana Hayati Abd Hamid, 42, yang tinggal di Blok D mengakui lebih 10 kali dia mengalami detik lif terhempas dari tingkat lima ke bawah, tetapi tidak cedera. Katanya, pengalaman itu mengerikan kerana boleh meragut nyawa penduduk lebih-lebih lagi kanak-kanak. “Jika sebelum ini, penduduk buat tak tahu dengan lif terhempas dan menganggapnya perkara biasa, tetapi selepas apa yang terjadi pada rakan membuatkan kami trauma untuk menghadapi situasi ini. “Kami mahu pihak terbabit membaiki kerosakan lif yang semakin meruncing yang berlarutan sejak empat tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Impian Baiduri, di sini, semalam. Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pengurusan, tetapi tidak diendahkan dan mereka memberi alasan tiada wang atau peruntukan. Pesara swasta, N Sivam, 60, berkata setiap blok didiami lebih 1,000 penduduk sedangkan satu lif saja berfungsi hingga menyusahkan kerana perlu menunggu giliran untuk naik ke rumah. “Kami menunggu lebih satu jam untuk menggunakan lif dan mengalami masalah apabila ia dinaiki lebih lima orang kerana lif akan terhempas tiba-tiba. “Setiap hari kami perlu menghadapi situasi berkenaan yang membosankan kerana masalah ini tiada penghujung,” katanya. Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah itu daripada pihak berwajib tidak berhasil kerana mereka masih menyiasat hal itu termasuk pengurusan serta Lembaga Perumahan dan Hal Tanah Selangor. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lifseringmenjunam/Article

Monday, October 4, 2010

Maut Tangan Tersepit Mesin

Maut tangan tersepit mesin
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
INILAH mesin memproses batu kuari Kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai yang mengorbankan nyawa seorang pekerja setelah tangannya tersepit semalam.
IPOH – Seorang pekerja rakyat Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya tersepit di celah mesin ketika bekerja di sebuah kilang memproses batu kuari di kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai, Jalan Ipoh-Cameron Highlands di sini petang kelmarin. Dalam kejadian ngeri pada pukul 4.58 petang itu, mangsa Alamgir Kabir, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tangan kirinya putus manakala tangan kanannya cedera. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang mengendalikan sebuah mesin sebelum kedua-dua belah tangannya tersepit di celah mesin yang sedang bergerak itu. Menurut beliau, para pekerja yang berada di situ bertindak menutup suis mesin berkenaan apabila terdengar mangsa menjerit kesakitan. “Pekerja kuari itu kemudian memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” kata beliau. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

DiBelasah Angkara Facebook

Belasah rakan angkara facebook

Oleh Mohd Rashidi Yusuf

am@hmetro.com.my

2010/10/04

LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46. Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan.“Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk.Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi. Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain.“Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu. “Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.“Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.“Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya.Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).“Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Belasahrakanangkarafacebook/Article

Wajah Anak Kebiruan

Wajah anak kebiruan
Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali
2010/10/04
MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir di sini.

ALYSA...ditahan di wad Dalam

kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, Alysa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia empat tahun, Mohd Hanafi, serta seorang anak jiran di ruang tamu rumah nenek mereka apabila tiba-tiba dipercayai dia tertelan bateri sel kering bersaiz AAA.Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa.“Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam. Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri bersaiz AAA.Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan. “Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan.“Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan,” katanya. Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit.Difahamkan, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wajahanakkebiruan/Article

Saturday, October 2, 2010

Bayi Berpeluh Terlebih Dos

Bayi berpeluh terlebih dos
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my
2010/10/02
KUALA LUMPUR: Kesilapan preskripsi seorang doktor sebuah hospital pakar berhubung dos ubat yang perlu dimakan hampir meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 20 bulan apabila ubat yang diberikan melebihi had.

KESAL...Teoh menunjukkan ubat yang diberikan kepada anaknya.

Arahan berkenaan yang menyebabkan bayi terbabit diberikan dos ubat berlebihan mengakibatkan mangsa berpeluh sepanjang masa, selain tidak sedarkan diri sejurus diberi makan ubat berkenaan. Ibu mangsa yang juga guru, Teoh Lee Thin, 26, berkata, anaknya, Teoh Jing Teng mengalami demam panas pada 23 September lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital pakar di ibu kota. Menurutnya, dia yang bergegas mendapatkan rawatan untuk anaknya di klinik kecemasan hospital berkenaan dibawa bertemu doktor pakar bertugas kira-kira jam 10 malam. “Doktor terbabit memberitahu bayi saya demam panas mencecah hampir 40 darjah celcius selain jangkitan kuman pada kerongkong. “Sebaik selesai diperiksa, doktor mengarahkan saya memberi makan tiga ubat kepada bayi saya selama tiga hari,” katanya ketika ditemui di Biro Aduan Awam MCA, semalam. Menurutnya, kakitangan farmasi yang bertugas memberikannya tiga ubat iaitu cecair paracatemol untuk demam, cecair Amoxyllin sebagai antibiotik dan pil dequatin bagi melegakan sakit tekak. “Mulanya timbul rasa pelik berikutan jumlah ubat yang diberikan terlalu banyak terutama cecair antibiotik sebanyak lapan mililiter berikutan jumlah itu untuk dewasa. Bagaimanapun, kakitangan farmasi terbabit mendakwa mengikut arahan doktor tanpa mahu merujuk arahan itu sekali lagi. “Namun, selepas diberi makan ubat terbabit, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati bayi saya berpeluh melampau selain khayal tidak sedarkan diri,” katanya. Menurutnya, dia yang bimbang keadaan kesihatan anaknya itu segera menghubungi doktor di hospital berkenaan bagi mendapatkan kepastian. “Hanya selepas dua jam panggilan terbabit, seorang jururawat menghubungi semula saya dan memberitahu dos diberikan berlebihan. “Saya terkejut sebelum membawa anak saya ke hospital lain bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan ultrasound. Doktor berkenaan mendakwa pil sakit tekak yang diberikan itu untuk pesakit dewasa,” katanya. Malah, mangsa dimaklumkan ubat demam terbabit yang diberikan berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk pada bahagian hati selain cecair antibiotik berlebihan pula boleh menyebabkan kerosakan pada tulang dan saraf. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kecuaian itu akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia selain laporan akan dihantar pihaknya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayiberpeluhterlebihdos/Article

Bapa Tertidur Bayi Tercekek Susu

Bapa terkejut bayi jadi biru
Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my
2010/10/02
KUALA LUMPUR: Akibat keletihan dan tertidur selama dua jam, seorang bapa hanya mampu menitis air mata apabila bayi lelakinya yang baru berusia lima bulan mati akibat tersedak susu ketika dalam jagaannya, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Hadif Hameedullah Mohd Najib diberi minum susu oleh bapanya sebelum diberi pula minum air yang diisi dalam botol. Namun, bayi itu dipercayai tidak sedarkan diri sewaktu bapanya tersedar dari tidur kira-kira jam 1 tengah hari di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju. Difahamkan, bapa bayi itu berusia 29 tahun mengambil alih menjaga anaknya kerana sedang bercuti. Ketika kejadian, bapa terbabit yang turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, cemas apabila mendapati anak bongsunya itu tidak sedarkan diri. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bapa mangsa kemudian mencabut botol susu yang berada pada mulut anaknya selepas mendapati bayi itu kebiruan, selain keluar air dari mulutnya. “Dia menghubungi isterinya yang bertugas sebagai guru di sekolah berhampiran sebelum bergegas menghantar bayi mereka ke Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tuanku Mizan. “Doktor memberi bantuan pernafasan untuk menyelamatkannya, namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut dan dibedah siasat. “Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tapi siasatan diteruskan. Polis juga mendapatkan keterangan daripada bapa mangsa yang juga saksi kejadian kerana bersama-sama mangsa ketika itu,” katanya. Menurutnya, jenazah mangsa dituntut bapanya selepas bedah siasat untuk dikebumikan. Kejadian ini kali ketiga dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu. Pada 21 September lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan mati tersedak susu selepas dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya. Dalam kejadian kedua pada Ahad lalu pula, seorang bapa dikatakan memangku bayi lelakinya, Mohamad Ayub selepas diberi susu ketika dalam perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke ibu negara. Difahamkan, kedua-duanya kemudian tertidur dan hasil pemeriksaan di HKL, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada dalam kereta api akibat tersedak susu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapaterkejutbayijadibiru/Article

Khalwat-Dicekup Suami

'Saya menyesal'
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
2010/10/02
KUALA LUMPUR: “Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran paling berguna dalam hidup saya,” kata seorang pengacara sebuah rancangan televisyen yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, dekat sini, Rabu lalu.

ADAM...kesal apa yang berlaku

Pengacara berusia 27 tahun itu mengaku menjadi satu kesalahan apabila bersama wanita bukan mahram, tetapi mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama. “Saya hanya membantu rakan saya mengemas barang kerana dia perlu ke Kota Kinabalu, Sabah, tetapi terkejut apabila pihak berkuasa tiba. “Kami tidak buat apa-apa, tetapi apa yang berlaku ini satu pengajaran buat saya dan tidak akan berulang lagi,” katanya yang dihubungi semalam. Pengacara itu ditahan bersama wanita berusia 27 tahun yang juga isteri orang di sebuah apartmen jam 2 pagi, Rabu lalu. Jurucakap Jais yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah syariah. Sebelum itu, suami kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 31, berkata, dia dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu kerana masalah rumah tangga. “Walaupun kami tidak tinggal sekali namun kami masih menjaga anak perempuan yang berusia tiga tahun secara bergilir-gilir. “Saya hantar anak saya kepada isteri setiap Jumaat dan menjemputnya semula pada Ahad sehinggalah saya terserempak dengan pengacara itu dalam kereta isteri bersama anak berhampiran kediaman saya di Kelana Jaya,” katanya. Menurutnya, dia sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, tetapi tidak tahu dengan siapa. “Saya juga tidak tahu berapa lama mereka berkenalan, tetapi saya syak mereka mengenali satu sama lain menerusi facebook. “Akhirnya perkara itu terbongkar selepas mereka ditahan. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana lelaki itu dikenali orang kerana mengacarakan program televisyen, tetapi kenapa bersikap buruk seperti ini,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sayamenyesal/Article