Monday, August 31, 2009

Ekspres Sinaran Pagi Tergelincir

15 cedera Ekspres Sinaran Pagi tergelincir
BHARIAN / 31.08.2009
SEGAMAT: Seramai 15 orang cedera termasuk dua parah selepas enam gerabak kereta api Ekspres Sinaran Pagi dari Kuala Lumpur ke Singapura tergelincir dalam kejadian berhampiran stesen Batu Anam dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, dua penumpang yang parah akibat patah bahu itu dirawat di Hospital Segamat, manakala 13 lagi penumpang dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan mereka. Ketika kejadian, keretapi terbabit membawa lebih daripada 250 penumpang.
Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, berkata empat gerabak yang tergelincir adalah gerabak penumpang manakala dua lagi adalah gerabak kafeteria dan penjana kuasa elektrik. "Semua penumpang keretapi itu telah dihantar ke destinasi masing-masing dengan bas yang disewa khas," katanya

Merdeka 1957-2009


Sunday, August 30, 2009

Bahaya Microwave Oven

BAHAYA MICROWAVE OVEN???.

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. Cara masak melawan fitrah Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.. Ketuhar pengancam nyawa Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa! Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser. Makanan jadi toksik Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia. Badan tak kenal makanan Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas. Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. Penemuan mengejutkan Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. . Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. Kesan makanan gelombang mikro

4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan... Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro. Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Tragedi turbin pecah ragut 64 nyawa

MOSCOW - Sejumlah 64 orang yang masih hilang dikhuatiri terkorban dalam tragedi empangan hidroelektrik pecah di Rusia, kata pemiliknya semalam.
Pengerusi firma RusHydro yang mengendalikan empangan tersebut, Vasily Zubakin berkata, perkembangan terbaru itu menjadikan angka kematian lebih besar berbanding 12 orang yang disahkan setakat ini.
Katanya, 64 orang masih hilang selepas air melimpah ke dalam beberapa bilik turbin di Empangan Sayano-Shushenskaya di wilayah Khakassia, selatan Siberia awal kelmarin.
"Kami sangsi akan menemui mangsa terselamat dalam banjir itu tetapi akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat," kata Zubakin melalui seorang jurucakap.
Agensi berita Ria Novosti melaporkan seorang timbalan ketua pengarah di sebuah hospital tempatan mengesahkan angka kematian meningkat kepada 12 orang berbanding 10 orang yang dikeluarkan pada malam kelmarin.
"Dalam bilik mayat kami, 11 mayat sudah dikenal pasti oleh saudara-mara masing-masing. Satu lagi mayat masih belum dikenal pasti," kata Dr. Yury Pedchenko.
Rakaman video amatur insiden itu di sebuah laman web berita Rusia, http://www.politonline.ru/. menunjukkan satu letupan berlaku di kaki empangan itu disusuli limpahan air yang banyak.
Jelas Zubakin, tiga daripada 10 unit generator empangan keempat terbesar di dunia itu musnah sama sekali tetapi Menteri Kecemasan Sergei Shoigu berkata, tiada kerosakan struktur berlaku dan empangan itu masih selamat.
Empangan yang mula beroperasi pada 1978 itu mengeluarkan 10 peratus keperluan bekalan elektrik di Siberia.
RusHydro menyatakan, usaha membaiki peralatan yang rosak itu mungkin mengambil masa dua tahun tetapi turbin yang tidak rosak dijangka beroperasi dalam tempoh sebulan. - Agensi

Thursday, August 13, 2009

Mati Angkara Lebah

Oleh Rudy Syareme
Sheriffudinam@hmetro.com.my
GEORGETOWN: “Kehilangan abah amat dirasai dan pesanannya supaya saya berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini menjadi amanat terakhir sebelum arwah meninggalkan kami sekeluarga.“Itu permintaan arwah abah kepada saya ketika pulang bercuti hujung minggu lalu dan meminta saya melakukan yang terbaik untuk peperiksaan nanti,” kata Mohd Syahir, 17, anak kelima Allahyarham Othman Yusoff, 54, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari Wisma Persekutuan, Jalan Anson di sini, akibat diserang lebah ketika melakukan kerja mencuci bangunan itu, semalam.Mohd Syahir yang ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), berkata kali terakhir dia bertemu arwah bapanya pada Ahad lalu dan ketika itu ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.Menurutnya, arwah ayahnya seorang yang mudah didekati dan mesra dengan keenam-enam anak berikutan sikapnya yang sering menitikberatkan soal kebajikan serta sanggup bersusah payah mencari rezeki demi keluarga.Katanya, kehilangan arwah yang akan bersara tahun depan amat dirasai mereka sekeluarga kerana Allahyarham tonggak keluarga untuk bergantung hidup.“Selama ini abah yang bersusah payah membesarkan anak-anak dan menyara kami sekeluarga dan saya terkilan kerana tidak sempat membuktikan saya mampu mendapatkan keputusan baik dalam SPM nanti.“Bagaimanapun, saya reda dan pasrah dengan kejadian yang meragut nyawanya dan berdoa semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.Arwah Othman meninggalkan seorang balu, Che Norlia Ahmad, 47, dan enam anak iaitu empat perempuan dan dua lelaki, berusia 11 hingga 26 tahun.Othman bersama seorang lagi pekerja penyelenggaraan terjatuh dari gondola mereka yang ketika itu berada di tingkat sembilan Wisma Persekutuan selepas diserang sekumpulan lebah.Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu, Othman meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan sekerjanya, Mohd Afzanezal Mokhtear, 29, menemui ajal sejurus dibawa ke HPP.Kedua-dua pekerja dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan lebah itu.Anggota bomba dan penyelamat terpaksa memecahkan tingkap kaca untuk menyelamatkan seorang lagi mangsa yang masih berada dalam gondola itu dan dipercayai disengat lebah lebih 100 kali.Kedua-dua mangsa yang kini dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.Bekas majikan Allahyarham, Yusri Yusoff berkata, arwah Othman bertugas sebagai pekerja penyelenggaraan di bangunan berkenaan dan difahamkan ketika kejadian, arwah bersama dua kakitangan subkontrak melakukan tinjauan mengenai sarang lebah berkenaan.Sebelum itu, kata beliau, pihaknya dimaklumkan kerja pembersihan sarang lebah terbabit sepatutnya dilakukan malam tadi, bagaimanapun pihaknya terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian serangan lebah sehingga meragut dua nyawa itu.Katanya, dia sedih dengan kejadian menimpa arwah yang disenangi rakan sekerja selain komited terhadap kerja.“Arwah seorang pengurus berdedikasi, amanah, amat disenangi rakan sekerja dan serius ketika melaksanakan tugas seharian dan kehilangan arwah amat dirasai kerana dia seorang yang sukar dicari ganti,” katanya.Pakar Patologi HPP, Datuk Dr Bhupinder Singh, berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa disengat lebih 100 kali di seluruh tubuh dan mati akibat kecederaan jatuh dari tempat tinggi.Sementara itu, Muhana Mokhtear, 39, abang Mohd Afzanezal, 29, berkata arwah adiknya seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira terutama berkaitan soal kewangan, malah sering menghulurkan bantuan.Menurutnya, kehilangan adiknya itu amat dirasai berikutan hubungannya dengan arwah adik bongsu yang juga bekerja sebagai penghapus serangga sejak tujuh tahun lalu, sukar digambarkan dengan kata-kata kerana sifat murah hati dan sikapnya yang bersederhana.Katanya, arwah adiknya sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak perempuan dan lelaki yang berusia empat tahun dan dua bulan.Dia berkata, kehilangan adiknya amat dirasai kerana seluruh ahli keluarga terkejut disebabkan belum dapat menerima berita kematian.“Saya pasrah dengan apa yang terjadi dan berharap polis dan bomba dapat menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.“Apapun yang pasti yang pergi tetap pergi dan berdoa semoga arwah adik ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya.

Wednesday, August 12, 2009

Terhidu Gas Ammonia

Enam maut, lima cedera terhidu gas ammonia
dari kilang baja ikan di Tanjong Karang

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

KOLAH yang mengorbankan enam nyawa ekoran kebocoran gas ammonia daripada
sistem pemampat (kanan) kilang memproses baja di Tanjong Karang semalam.

TANJONG KARANG - Pada mulanya cuma dua pekerja Bangladesh, Sekendar Ali, 21, dan Mumin Mia, 20, rebah dalam sebuah kolah akibat terhidu gas ammonia yang disyaki bocor daripada sistem penyejuk kilang memproses baja ikan di Bagan Pasir di sini kira-kira pukul 8.30 pagi semalam. Melihatkan kejadian itu, seorang pekerja tempatan, Lim Kean Chew, 35, pula tiba untuk membantu bersama tiga lagi penduduk kampung, Lim Kim Soon, 58, Sia Liang Huat, 33, dan Gan Ayong, 30. Namun mereka juga rebah sebelum sempat masuk ke dalam kolah sedalam 2.5 meter itu. Insiden itu akhirnya mengorbankan enam nyawa manakala lima lagi yang datang membantu kemudian pengsan dan masih dirawat di Hospital Sungai Buloh. Siasatan awal mendapati kejadian tersebut mungkin disebabkan sistem pemampat yang menyalurkan gas ammonia ke kolah ikan itu bocor. Pengarah Bomba Selangor, Soiman Jahid berkata, sewaktu tiba di kilang itu, mereka ternampak Sekendar dan Mumin terbaring dalam kolah manakala mangsa-mangsa lain pula ditemui di atas lantai di sekitar tempat kejadian.

Thursday, August 6, 2009

Topeng H1N1


Oleh MOHD.MARTIN KAHAR
PUTRAJAYA - Topeng penutup mulut dan hidung kini lebih mampu milik apabila ia diisytiharkan sebagai barang kawalan sementara dengan harga jualan dari serendah tujuh sen hingga RM6 mengikut kualiti.Status barang kawalan serta penetapan harga itu berkuat kuasa serta-merta sehingga negara bebas daripada selesema babi atau H1N1.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau jualan topeng bagi mengelak ada pihak menyimpan stok atau menaikkan harga sesuka hati."Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Menurutnya, kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Katanya, bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000.Sementara itu, seramai 257 kes baru H1N1 dalam tempoh 24 jam semalam tetapi perkembangan positif ialah tiada kematian dilaporkan.

Wednesday, August 5, 2009

Gas Leak At Bintulu Lng Plant, Worker Dies

BINTULU, Aug 4 (Bernama) -- A worker died after a gas leak occurred at the Malaysian Liquiefied Natural Gas (MLNG) plant in Tanjung Kidurong here today.A source at Petronas Sarawak confirmed the incident happened at around 4.30pm when the worker together with two colleagues were conducting inspections at a major gas pipeline at the facility.The three men were said to have fainted after inhaling gas before other workers realised what had happened.As of 10pm, the condition of the other two workers is yet to be known.A source at the Bintulu Hospital told Bernama the hospital rushed an ambulance to the scene after receiving a distress call.MLNG public relations manager Shamsur Taha, when contacted, said an official statement on the incident would be issued by Petronas soon.-- BERNAMA

Malaysia blanketed in smoke from Indonesian fires

KUALA LUMPUR, Malaysia - Fires blazing in Indonesia sent a blanket of haze over neighboring Malaysia's largest city on Wednesday, obscuring the sun and leaving an acrid smell in the air.The pollution caused the air quality to drop to unhealthy levels in Kuala Lumpur and Sarawak state in eastern Malaysia.The haze, which can cause health problems, drifts across the region each year in the dry season when Indonesian farmers illegally set brush fires to clear land for planting.Malaysia's Department of Environment readings showed air quality was "unhealthy" in six areas around Kuala Lumpur and Sarawak _ both of which are close to areas in Indonesia. Only three of 50 monitoring stations across Malaysia recorded "good" air quality, while elsewhere it was "moderate."Visibility in one town in Sarawak was down to less than 800 yards (meters), according to the Meteorological Department. Generally visibility throughout Malaysia was at least 2.5 miles (4 kilometers). Visibility on a clear day exceeds 6 miles (10 kilometers).
Environment Minister Douglas Unggah Embas is scheduled to fly to Riau province in Indonesia to attend a regional meeting on the problem this weekend.
Unggah has reportedly proposed building dams in peat swamps to pull water from them to fight the fires.Malaysia and Singapore have complained since 1997 about haze drifting from Indonesia. The last time a severe haze affected those countries was in 2006.
The smog causes health problems and losses amounting to billions of dollars from lost tourism revenue and flight delays due to low visibility, among other things.
Indonesia has argued it lacks the money and the ability to stem the illegal practice of setting the fires as well as the resources to effectively fight them.

Tuesday, August 4, 2009

Gempar stesen minyak 'terbakar'

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILIahmadsyakir.
sazili@kosmo.com.my
Simulasi kebakaran di stesen minyak di Behrang berjaya memberi pengetahuan cara-cara menangani situasi kecemasan.SEBUAH kereta hilang kawalan lalu merempuh belakang lori yang sedang memindah turun muatan petroleum ke dalam tangki bawah tanah. Dentuman kuat itu mengejutkan empat petugas stesen minyak.
Insiden pada pukul 9.30 pagi itu menyebabkan pemandu lori tangki yang dilanggar kereta berkenaan cedera parah. Rempuhan itu turut menyebabkan berlakunya tumpahan bahan api di lokasi tersebut. Pemandu kereta berusia awal 40-an itu pula tersepit. Lebih menakutkan, api mulai marak di kawasan tumpahan minyak.
Tiga petugas stesen minyak itu serta-merta meluru dan berusaha memadamkan api. Mereka sedaya upaya mengeluarkan tiga lagi penumpang dari dalam kereta, sambil seorang kakitangan stesen minyak bertindak pantas menghubungi talian kecemasan 911.
Tidak sampai lima minit, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan dua buah jentera tiba. Disusuli anggota polis serta dua buah ambulans.
Laluan masuk ke stesen minyak itu ditutup dan aliran trafik di jalan utama berhadapan lokasi kemalangan dikawal sepenuhnya anggota polis. Operasi menyelamat mula diperhebatkan.
Tidak lama kemudian, pemandu kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan. Sementara kebakaran akibat tumpahan minyak berjaya dikawal sepenuhnya.
Pemandu kereta dan lori tangki yang parah kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.
Situasi cemas yang berakhir kira-kira pukul 10 pagi itu, bagaimanapun bukanlah insiden sebenar. Ia sekadar simulasi kemalangan yang dilaksanakan pada Program Latihan Kecemasan dan Kemalangan 'Ops Sotong Bakar', anjuran Petronas Dagangan Berhad (PDB) baru-baru ini.Diadakan di Stesen Minyak Petronas Behrang 2020, Behrang, Perak, Ops Sotong Bakar yang melibatkan lebih 70 kakitangan pelbagai agensi kerajaan di sekitar Tanjung Malim dan Slim River serta kakitangan PDB itu berjaya mencapai matlamatnya.
Menurut Pengurus Jualan dan Operasi Runcit, PDB Wilayah Utara 2, Mohd. Aaznan Darus, objektif utama latihan kecemasan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pengusaha-pengusaha stesen minyak mengenai langkah yang wajar diambil dalam menangani sebarang kemungkinan situasi kecemasan.
"Kita mahu semua bersedia berhadapan dengan insiden kemalangan. Simulasi ini juga dilaksanakan untuk menguji kecekapan dan mempertingkatkan tahap kesiagaan kakitangan sesebuah stesen minyak," katanya kepada Kosmo!.
Ujarnya, latihan seumpama itu merupakan pertama kali diadakan di Perak. Ia secara tidak langsung meningkatkan persefahaman di kalangan pengusaha stesen minyak dengan agensi-agensi penyelamat.
Ops Sotong Bakar melibatkan penyertaan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Slim River, Hospital Slim River serta Majlis Daerah Tanjung Malim.
Usaha PDB Wilayah Utara 2 dalam melaksanakan latihan nyata mendapat perhatian Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Penolong Kanan Penguasa Zainud-din Abu.
Sambil memuji langkah yang diambil PDB, Zainud-din turut menggesa semua pengusaha stesen minyak mengambil inisiatif sama.
Beliau turut menyarankan latihan dilakukan sekurang-kurang sekali dalam tempoh dua tahun sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk insiden tidak diingini.
"Tidak ramai pengusaha dan pemilik stesen minyak sedar bahawa latihan seperti ini akan menambah pengetahuan mereka sewaktu berdepan dengan bencana dan kemalangan.
"Malah, kami percaya pelaksanaan latihan kecemasan dan kemalangan di stesen-stesen minyak pastinya meningkatkan keyakinan pengguna," katanya selepas menyaksikan latihan tersebut.
Ops Sotong Bakar juga membuktikan pihak penyelamat berjaya mengkoordinasikan tugas dan peranan masing-masing dengan lebih efektif, sejurus menerima panggilan kecemasan.
"Situasi kemalangan disebabkan tumpahan minyak sebuah lori tangki berjaya ditangani tidak sampai 30 minit. Saya sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak.
"Saya juga yakin latihan ini banyak memberi pengetahuan baru kepada pengusaha dan kakitangan, khususnya stesen minyak ini," katanya.
Hadir sama pada sesi latihan itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Mohd. Ali Nayan.

Sunday, August 2, 2009

Projektor hilang

Projektor hilang-mengandungi bahan radioaktif seberat 25 kilogram
Oleh HADZLAN HASSAN dan ZAID SALIM
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Satu projektor sinaran gamma mengandungi bahan radioaktif seberat 25 kilogram milik syarikat swasta hilang daripada stor selepas dipecah masuk pencuri di Kampung Cacar, Paka, Dungun, di sini, kelmarin.Projektor bernilai RM10,000 di bawah kawalan Unit Tenaga Nuklear dan memiliki nombor siri itu didapati hilang daripada stor berkenaan apabila pekerja syarikat mahu menggunakannya, kira-kira jam 2 petang.Difahamkan, projektor bernilai RM10,000 itu boleh mengundang risiko kepada awam kerana bahan radioaktif di dalamnya boleh menyebabkan sesak nafas dan kematian jika dihidu.Pasukan Bertindak Kecemasan membabitkan Lembaga Pelesenan, Unit Tenaga Nuklear dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia bersama polis kini berusaha menjejaki projektor berkenaan bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku membabitkan orang awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, polis akan memberi kerjasama dengan pihak terbabit dalam usaha mendapatkan semula projektor berkenaan.
Fauzi berkata, siasatan masih dijalankan dan polis turut mendapati stor berkenaan diceroboh kerana tiada pengawal keselamatan serta ada dua lagi alat sama di stor berkenaan yang tidak dicuri.“Orang ramai yang tahu atau didatangi individu yang hendak menjual alat berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.