Monday, August 31, 2009

Ekspres Sinaran Pagi Tergelincir

15 cedera Ekspres Sinaran Pagi tergelincir
BHARIAN / 31.08.2009
SEGAMAT: Seramai 15 orang cedera termasuk dua parah selepas enam gerabak kereta api Ekspres Sinaran Pagi dari Kuala Lumpur ke Singapura tergelincir dalam kejadian berhampiran stesen Batu Anam dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, dua penumpang yang parah akibat patah bahu itu dirawat di Hospital Segamat, manakala 13 lagi penumpang dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan mereka. Ketika kejadian, keretapi terbabit membawa lebih daripada 250 penumpang.
Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, berkata empat gerabak yang tergelincir adalah gerabak penumpang manakala dua lagi adalah gerabak kafeteria dan penjana kuasa elektrik. "Semua penumpang keretapi itu telah dihantar ke destinasi masing-masing dengan bas yang disewa khas," katanya

No comments:

Post a Comment