Sunday, August 2, 2009

Projektor hilang

Projektor hilang-mengandungi bahan radioaktif seberat 25 kilogram
Oleh HADZLAN HASSAN dan ZAID SALIM
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Satu projektor sinaran gamma mengandungi bahan radioaktif seberat 25 kilogram milik syarikat swasta hilang daripada stor selepas dipecah masuk pencuri di Kampung Cacar, Paka, Dungun, di sini, kelmarin.Projektor bernilai RM10,000 di bawah kawalan Unit Tenaga Nuklear dan memiliki nombor siri itu didapati hilang daripada stor berkenaan apabila pekerja syarikat mahu menggunakannya, kira-kira jam 2 petang.Difahamkan, projektor bernilai RM10,000 itu boleh mengundang risiko kepada awam kerana bahan radioaktif di dalamnya boleh menyebabkan sesak nafas dan kematian jika dihidu.Pasukan Bertindak Kecemasan membabitkan Lembaga Pelesenan, Unit Tenaga Nuklear dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia bersama polis kini berusaha menjejaki projektor berkenaan bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku membabitkan orang awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, polis akan memberi kerjasama dengan pihak terbabit dalam usaha mendapatkan semula projektor berkenaan.
Fauzi berkata, siasatan masih dijalankan dan polis turut mendapati stor berkenaan diceroboh kerana tiada pengawal keselamatan serta ada dua lagi alat sama di stor berkenaan yang tidak dicuri.“Orang ramai yang tahu atau didatangi individu yang hendak menjual alat berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

No comments:

Post a Comment