Monday, September 14, 2009

Bumbung konkrit jatuh dari apartment


Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI

SERPIHAN bumbung konkrit yang pecah selepas terjatuh.

PETALING JAYA - Lima buah kereta rosak teruk akibat dihempap bumbung konkrit yang jatuh tiba-tiba di Blok D, Apartmen Taman Medan Jaya berhampiran Taman Datuk Harun di sini semalam.
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku selepas hujan dan ia juga hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang berada tidak jauh dari jatuhan konkrit itu.
Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba Seksyen Puchong, Mohd. Azman Mohd. Zahari berkata, bumbung konkrit di apartmen 16 tingkat dan terletak di penjuru blok itu dipercayai tercabut dari tempatnya kerana ia dipercayai tidak diplaster."Kita percaya berlaku pergerakan pada konkrit itu hingga menyebabkan ia terjatuh," kata beliau di sini semalam.Kereta yang rosak dihempap bumbung konkrit itu adalah sebuah Proton Gen2, Proton Waja, Proton Saga, Proton Iswara dan Satria.

No comments:

Post a Comment