Friday, September 4, 2009

SOCSO / PERKESO

4,173 majikan tidak berdaftar dengan Perkeso dikompaun
BHARIAN / 04.09.2009
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam operasi penguatkuasaannya sepanjang bulan lalu mengesan 20 peratus atau 4,173 daripada 21,370 majikan di seluruh negara yang masih tidak mendaftar dengan pertubuhan itu. Ketua Eksekutifnya, K Selvarajah, berkata mereka yang dikenal pasti sebagai majikan yang tidak berdaftar akan dikenakan kompaun sebanyak RM500 dan diberi tempoh dua minggu untuk menjelaskan bayaran tersebut. "Majikan yang gagal menjelaskan kompaun boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Pertubuhan itu dalam "Ops Kesan Perkeso 2009" Ogos lalu turut mengesan "peningkatan jumlah majikan yang berdaftar dengan Perkeso iaitu meningkat 40 peratus pada bulan Ogos daripada tahap purata 3,000 pendaftaran sebulan kepada 5,048 pendaftaran," katanya. Selvarajah berkata, walaupun Ops Kesan Perkeso sudah tamat, tindakan untuk mengenalpasti majikan yang tidak berdaftar akan diteruskan di peringkat pejabat pertubuhan itu di setiap negeri dari semasa ke semasa. Majikan yang masih belum berdaftar boleh berbuat demikian di mana-mana 46 pejabat Perkeso di seluruh negara atau menghubungi pusat khidmat panggilan pertubuhan itu di talian 03-4257 5755 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment