Sunday, September 13, 2009

Dihempap Beras

Dihempap beras

Oleh RIDZUAN AHMAD
ALOR STAR: Tindakan seorang pekerja warga Bangladesh cuba menampal guni beras yang bocor membawa maut apabila dia dihempap dua guni beras seberat 2,000 kilogram (kg).Kejadian berlaku jam 11.30 pagi ketika mangsa bekerja di sebuah kilang beras di Bukit Raya, Pendang, semalam.Mangsa yang dikenali sebagai Nuru Nabi, 33, terbunuh selepas guni di lapisan ketiga dan keempat hilang sokongan akibat kebocoran guni di lapisan kedua lalu menghempap mangsa.Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa mungkin tidak menyedari guni di atasnya dalam keadaan tidak stabil ketika menampal guni yang bocor itu.
“Susunan guni beras itu tinggi dan mangsa mungkin memanjatnya tanpa menyedari kebocoran yang berlaku menyebabkan guni beras yang ditindih di atasnya hilang sokongan.
“Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat dihempap dengan benda berat. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.Abdul Aziz berkata, berdasarkan siasatan awal polis, mangsa mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap dan bekerja di negara ini secara sah.“Setakat ini tiada petunjuk yang menjurus kepada perbuatan jenayah, tetapi kes masih dalam siasatan dan kita berharap saksi tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment