Saturday, August 21, 2010

Anak Curah Petrol

Ugut perkosa kakak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi.Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya. Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin di sebuah rumah di Segambut di sini, sejurus lelaki itu pulang ke rumah dan mengamuk secara tiba-tiba. “Dia (suspek) mula memecahkan barangan di dalam rumah menyebabkan ibu dan bapanya memarahinya. Namun, lelaki itu ketawa apabila dimarahi sebelum meminta RM100 daripada ibunya. “Apabila ibunya memberitahu tiada wang sebanyak itu untuk diberikan kepadanya, dia menjadi semakin ganas. Seperti orang hilang akal dia mengugut untuk membunuh ahli keluarganya iaitu ibu dan ayahnya, serta kakaknya berusia 30 tahun,” katanya. Menurutnya, lelaki dipercayai penagih dadah itu keluar rumah seketika sebelum kembali dengan membawa petrol yang disimbah ke tubuh ibu, ayah dan kakaknya sebelum mengugut membakar mereka hidup-hidup. Katanya, kakak suspek cuba untuk menenangkannya, namun dia turut menjadi mangsa apabila lelaki itu mengugut untuk merogol kakaknya di hadapan kedua-dua orang tuanya. Sumber itu berkata, suspek bertambah berang apabila bapanya berusia lewat 50-an tetap berkeras untuk tidak memberikan wang kepadanya.Dia bertindak lebih agresif dengan mencekik bapanya sambil menjerit untuk membunuhnya. “Bimbangkan keselamatan suaminya, si ibu yang berusia awal 50-an menyerahkan sejumlah wang kepada anak lelakinya itu, tapi ia belum dapat menenangkan kemarahan suspek kerana jumlahnya tidak seperti dia inginkan. “Bagaimanapun, selepas dirayu ibunya berulang kali, kemarahannya mula reda. Namun, dia tetap mengasari ibunya dengan menolak wanita itu sehingga terjatuh sebelum melarikan barang kemas dipakainya yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000 lalu melarikan diri,” katanya. Sehubungan itu, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod jenayah bersabit beberapa kes samun dan dia juga masih berada dalam jaminan polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu usaha memburu suspek dilakukan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ugutperkosakakak/Article

No comments:

Post a Comment