Monday, August 9, 2010

Jatuh Kondo

Bergayut sebelum jatuh
Oleh Hadzlihady Hassan dan Suraya Roslan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas model dan pelakon yang maut selepas terjatuh dari kediamannya di tingkat 12 Kondominium Pantai Hill Park, di sini, dikatakan sempat bergayut pada alat penerima pemancar Astro di tingkat 10 selama beberapa saat sebelum terjatuh di tingkat dua, petang kelmarin.
LOKASI KEJADIAN...kondominium tempat kejadian. Gambar kecil, Julia.
USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa di tempat kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Julia Chuah Sheau Yen, 31, yang kini bekerja sebagai pensyarah undang-undang sempat diarah seorang penduduk yang memintanya bertahan ketika dia berpaut pada alat pemancar berkenaan. Bagaimanapun, mangsa yang mungkin tiada kekuatan untuk terus berpaut akhirnya melepaskan genggaman menyebabkan dia jatuh dan terbunuh. Sebelum kejadian, jirannya mendakwa mendengar bunyi orang bertengkar yang disusuli dentuman ‘benda’ terhempas dan jiran terbabit hanya mengetahui benda itu rupa-rupanya tubuh mangsa yang jatuh dari tingkat 12 selepas diberitahu anggota polis yang tiba di tempat kejadian. Difahamkan, jiran terbabit kurang mengenali mangsa kerana mereka kurang bergaul biarpun mangsa bersama pasangannya menetap di kondominium berkenaan sejak setahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita di kawasan tempat letak kereta kondominium itu. “Mayat mangsa segera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan laporan bedah siasat mendapati tiada kesan dipukul atau kesan pertengkaran pada mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya,” katanya. Beliau berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurufoto sambilan berusia 36 tahun bagi membantu siasatan. “Lelaki terbabit ditahan pada hari sama ketika mundar-mandir di pesekitaran kondominium itu. Dia kini direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Difahamkan, mangsa pernah membintangi beberapa sitkom, antara yang popular sitkom berbahasa Inggeris, Getting Together pada 2001 bersama pelakon Elaine Daily, Ako Mustapha dan Douglas Lim.Mangsa juga dikatakan baru pulang dari England sejak sebulan lalu dan kini bertugas sebagai pensyarah undang-undang di sebuah kolej di ibu kota. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bergayutsebelumjatuh/Article

No comments:

Post a Comment