Saturday, October 31, 2009

OSH wajar jadi subjek baru sekolah

KUALA LUMPUR: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) wajar dijadikan subjek baru di sekolah atau sekurang-kurangnya berbentuk kursus bagi memberi pendedahan awal tentang OSH kepada pelajar dan guru. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata setiap warga sekolah perlu mempunyai kesedaran dan membudayakan amalan keselamatan agar dapat melaksanakan aktiviti dalam keadaan selesa. “Budaya kerja selamat harus diterapkan di kalangan warga sekolah mulai sekarang memandangkan sekolah bukan saja tempat menimba ilmu malahan bekerja. “Oleh itu, pengetahuan OSH dapat digunakan ketika bekerja dan belajar tetapi ia juga kehidupan seharian bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya. Beliau mengulas langkah jangka panjang boleh diambil kerajaan dalam mengelakkan tragedi dan kemalangan di sekolah daripada berulang seperti yang berlaku di Kampar, Perak minggu lalu apabila jambatan gantung di tapak perkhemahan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang runtuh mengakibatkan tiga murid maut.Lee berkata, untuk menjadikan OSH sebagai subjek sekolah, ia memerlukan perincian rapi untuk menjayakannya, namun sebagai permulaan, kesedaran terhadap OSH melalui pengurusan OSH di sekolah sama ada melalui ceramah, kursus mahupun seminar.

Friday, October 30, 2009

Pengabaian Keselamatan Undang Tragedi

Pengabaian Keselamatan Undang Tragedi
Jambatan Gantung Kuala Dipang

TRAGEDI jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, yang menyebabkan seorang murid terkorban, manakala dua lagi masih hilang mengundang pelbagai persoalan. Ketika pihak berkuasa berhempas pulas meneruskan operasi mencari dan menyelamat, pelbagai pihak sudah mula menyuarakan pendapat mereka. Reaksi mereka tidak mengejutkan kerana yang menjadi mangsa dalam insiden itu ialah murid sekolah rendah. Tambahan pula, ia berlaku dalam program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Sudah tentu isu utama yang diperdebatkan ialah berhubung aspek keselamatan. Apatah lagi ia berlaku di Pusat Kokurikulum milik PPD Kinta Selatan yang lokasinya bersebelahan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Apapun alasannya dan sama ada mahu atau tidak, hakikatnya beban tanggungjawab paling besar terhadap tragedi itu sebenarnya terpikul di atas bahu PPD. Meneliti rentetan peristiwa malang itu, sesuatu yang paling ketara ialah ia berpunca daripada pengabaian aspek keselamatan. Tanpa niat menuding jari kepada sesiapa, kita harus mengakui bahawa semua yang terbabit sama ada PPD, penyelia keselamatan, guru, malah murid sendiri alpa terhadap aspek keselamatan sehingga mengundang musibah. Malah, kontraktor yang membina jambatan gantung itu turut tidak terkecuali. Walaupun ia dikatakan dibina sebagai sumbangan untuk kemudahan pelbagai pihak, ia sepatutnya dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya spesifikasi dan aspek teknikalnya dapat dipastikan. Di pihak PPD pula, isu sama ada ia sudah meneliti piawaian keselamatan atau kesesuaian tapak lokasi program perkhemahan, menjadi persoalan utama. Begitu juga dengan aspek logistik, pengendalian dan pengisian program itu. Demikian juga dengan semua guru serta pegawai keselamatan yang terbabit dalam menyelia program kokurikulum itu. Malah, murid terbabit sendiri, walaupun baru berusia 10, 11 dan 12 tahun sepatutnya lebih bijak menjaga keselamatan mereka. Mereka tidak sepatutnya melompat atau sengaja menggoyangkan jambatan gantung itu ketika menaikinya. Walaupun mungkin masih mentah, setidak-tidaknya mereka tentu dapat membaca amaran had muatan jambatan itu yang dikatakan jelas terpampang. Sebenarnya, mencari atau meletakkan kesalahan kepada satu-satu pihak saja tidak akan menyelesaikan masalah. Hakikatnya, keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Melahirkan amarah tidak berkesudahan serta bertindak terburu-buru akan hanya merumitkan keadaan. Biarlah pasukan khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran menyiasat kes itu melaksanakan tugas mereka sebaiknya. Susulan itu nanti, sudah tentu tindakan sewajarnya mengikut lunas yang ditetapkan, dapat diambil demi keadilan semua. Kita dan semua pihak amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga semua mangsa tragedi itu. Apa yang penting kini ialah untuk semua pihak menjadikan tragedi malang itu sebagai iktibar dan berusaha memastikannya tidak berulang pada masa depan.

Kaji Segala Risiko Sebelum Laksana Kegiatan Murid

SEKALI lagi negara digemparkan dengan tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Perak membabitkan murid sekolah rendah yang mengikuti perkhemahan di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar. Walaupun ramai terselamat, pelbagai perkara boleh dijadikan iktibar. Pentingnya ialah mengkaji di mana silap sehingga berlaku kejadian seumpama ini. Usaha supaya kejadian seperti ini tidak berulang mesti didahulukan sebelum perkara lain diberi perhatian. - Pertama, guru pengiring mesti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan terhadap murid yang mengikuti aktiviti. Nisbah guru perlu sepadan dengan jumlah peserta.
Pengawasan terhadap mereka mesti ditingkatkan kerana murid kurang memahami ciri keselamatan dan mudah lupa nasihat serta tidak peka terhadap risiko di tempat yang dikunjungi. Kajian mengenai tingkah laku, tahap kenakalan, keupayaan fizikal dan aspek berkaitan diri murid mesti diberi penekanan oleh sekolah sebelum mereka dibawa mengikuti aktiviti luar bilik darjah bergantung pada lokasinya. Murid sekolah rendah lebih bersifat santai dan ke arah mencari keseronokan berbanding pelajar sekolah menengah. - Kedua, tragedi di Kuala Dipang perlu disandarkan kepada pengendali pusat kokurikulum berkenaan.
Ciri keselamatan setiap kemudahan perlu diambil kira sebelum membenarkan pengunjung menggunakannya. Pusat aktiviti di tempat lain juga perlu diberi pengawasan, diteliti dan diambil kira faktor keselamatannya. Memandangkan cuti panjang persekolahan bermula tidak lama lagi, tentu banyak sekolah mengadakan aktiviti luar seperti perkelahan dan perkhemahan. Pada masa ini pun sudah kelihatan banyak bas sekolah di lebuh raya membawa pelajar ke sesuatu tempat kerana mengisi kegiatan luar bilik darjah apatah lagi bagi pelajar yang selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sebagai usaha menambah keyakinan ibu bapa, sekolah dan pihak terbabit dengan pengurusan sesuatu tempat yang bakal dilawati, maka semua pihak berkaitan perlu memainkan tanggungjawab memastikan tragedi seperti ini tidak berulang. Kita hampir tiba ke musim banjir dan berdepan hujan lebat pada hujung tahun, langkah mengawal dan memantau kejadian mati lemas perlu juga diberi perhatian.

Thursday, October 29, 2009

Wednesday, October 28, 2009

Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK)

PENGENALAN
Setiap bidang pembinaan mempunyai ciri-ciri pembinaan serta cabaran-cabaran yang khusus yang mana perlu ditangani oleh kontraktor dengan baik demi kejayaan projek yang dilaksanakan. Bidang tugas kontraktor antara lain merangkumi aspek pengurusan teknikal di dalam bidang pembinaan yang diceburi.
Sebagai usaha untuk memastikan setiap kontraktor benar-benar kompeten dalam melaksanakan tugas serta aktiviti-aktiviti kontraktor di dalam sesebuah projek pembinaan, CIDB telah merangka program latihan khusus untuk kontraktor di mana latihan ini merangkumi aspek pengurusan teknikal seperti pembelian bahan, peralatan, pengurusan tapak dan sebagainya.
Setiap modul kursus telah dirangka berdasarkan Standard Kompetensi Kontraktor serta 'Course of Study' (silibus) yang dibangunkan bersama oleh pihak industri. Kandungan setiap modul pula disesuaikan dengan pelbagai bidang kepakaran / pengkhususan yang terdapat di dalam sistem pendaftaran kontraktor CIDB. Kontraktor yang berjaya akan diberikan Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP).

NILAI TAMBAHAN
Peserta kursus yang lulus dengan jaya akan dapat menambah bidang pengkhususan di dalam sijil pendaftaran kontraktor CIDB.

BIDANG LATIHAN
Peserta kursus boleh memilih untuk menghadiri kursus dalam mana-mana bidang seperti berikut :
• Modul Bisnes
• Modul Tred
• Modul Kepakaran

TEMPOH KURSUS
Kursus Bisnes : 4 hari
Kursus Tred / Kepakaran : 5 hari
Penilaian akan dijalankan di akhir latihan.

YURAN KURSUS
a. Kursus Pengurusan Tred / Kepakaran : RM170 seorang
b. Kursus Pengurusan Bisnes : RM150 seorang

SIJIL
Sijil Kecekapan Pengurusan akan diberikan kepada peserta yang lulus dalam ujian.

MATA CCD
Peserta yang tamat kursus dengan jayanya akan memperolehi 25 mata CCD berserta Sijil Kehadiran.

PERMOHONAN KURSUS
Permohonan kursus hendaklah dibuat melalui Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) CIDB yang telah ditentukan sahaja.Sila lihat lampiran senarai PLBK, bidang / modul latihan yang diluluskan serta pegawai yang perlu dihubungi.

Tuesday, October 27, 2009

Jambatan bergoyang sebelum tercampak




GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang. Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan. Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.
"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya. Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.
Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik. "Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya. Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid. Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.
Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air. Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu. Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya. Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu. "Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai. Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter. Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak. Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

Monday, October 26, 2009

Ajal dalam loji kumbahan najis

KEMAMAN - Seorang ibu tidak menyangka perubahan sikap anaknya, Mohd Idris Mohd Zawawi, 4, yang bertukar menjadi murung dan pendiam secara tiba-tiba sebagai petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Malah, Zaimah Abdullah, 30, seolah-olah masih tidak percaya anak kesaya-ngannya itu menemui ajal kira-kira jam 7 malam kelmarin akibat lemas di Loji Kumbahan Najis, berhampiran rumahnya iaitu Perumahan Rakyat Bestari, Rumah Murah Bukit Kuang, Kijal. Menurut Zaimah, anak ketiga daripada empat beradik itu seorang kanak-kanak yang lincah dan aktif serta tidak pernah bermain di kawasan loji kumbahan najis itu. “Saya terperanjat apabila diberitahu jiran bahawa anak saya lemas dalam kolam kumbahan najis itu sedangkan ketika itu dia baru sahaja meninggalkan rumah untuk ke kedai runcit bagi membeli makanan ringan,” katanya kepada Sinar Ha-rian, semalam. Zaimah memberitahu, anaknya memaklumkan kepadanya untuk ke kedai pada jam 6 petang dan berjanji akan pulang semula selepas membeli makanan ringan.

Friday, October 23, 2009

Inti pati Bajet 2010

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini.
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem anti penyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan. * Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.
* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.
* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan.Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa. * Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan
*Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.
* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
*Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

Thursday, October 22, 2009

MPV jatuh atas landasan Komuter KTM

PETALING JAYA: Dua lelaki nyaris maut apabila kereta pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam lalu terjatuh ke atas landasan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) di Subang Jaya di sini pagi tadi. Dua lelaki itu bernasib baik kerana ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, tiada tren melalui landasan berkenaan. Pengurus Operasi Bahagian Tengah KTM Rusli Md Nor berkata, kereta itu terjatuh di atas landasan laluan menuju Kuala Lumpur, iaitu kira-kira 500 meter dari stesen Subang Jaya.
"Kebetulan ketika kejadian sebuah tren dari Kuala Lumpur ke Shah Alam baru berhenti di Stesen Subang Jaya. Pemandu tren yang melihat kereta itu terjatuh terus memaklumkan kepada pusat kawalan. "Tindakan pantasnya itu menyelamatkan nyawa dua lelaki berkenaan kerana sebuah tren dari Shah Alam ke Klang baru tiba di stesen Batu Tiga dan akan meneruskan perjalanan yang mungkin akan melanggar kereta berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. Katanya, dua lelaki berkenaan dipercayai menghala ke Subang Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan dan setibanya di satu selekoh keluar ke Subang Jaya, kereta itu terbabas dan melanggar penghadang besi jalan sebelum terjatuh.
Rusli berkata, seorang daripada dua lelaki itu patah di bahagian tangan dan mereka kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau berkata, kejadian itu mengakibatkan jadual perjalanan tren terlewat selama hampir 15 minit kerana hanya sebuah landasan sahaja boleh digunakan sebelum kereta itu berjaya ditarik keluar dari landasan tiga jam kemudian. Katanya, kejadian serupa turut berlaku di kawasan berkenaan bulan lalu juga membabitkan sebuah MPV yang terjatuh ke atas landasan Komuter KTM. - Bernama

Tuesday, October 20, 2009

Kena serpihan mercun, pelajar dikejar ke IJN

KUANTAN- Seorang pelajar sebuah kolej di Jalan Gambang, di sini terpaksa menerima rawatan Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, akibat terkena serpihan mercun yang dibakar sekumpulan lelaki di Jalan Air Putih, kelmarin. Akibat kejadian, pelajar terbabit, Mohamad Amirul Solehin Mohd Kamanuddin, 19, mengalami luka kecil dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat serpihan logam tertanam di badannya. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin itu, Mohamad Amirul bersama seorang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Jalan Air Putih, di sini. Mangsa difahamkan terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang bermain mercun berhampiran kawasan rumahnya. Secara tiba-tiba, bahan letupan yang dibakar kumpulan itu meletup dan serpihannya menembusi baju serta mengenai belakang badan mangsa. Menyedari mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, mangsa segera mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), bagaimanapun dia terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. selepas keadaannya semakin lemah dan tidak bermaya. Hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati satu serpihan logam tertanam di belakang badannya. Berikutan itu, pelajar terbabit dikejarkan ke IJN kira-kira jam 6 petang kelmarin untuk mengeluarkan serpihan logam yang dipercayai tertanam hampir dengan bahagian paru-parunya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Taha, ketika ditemui, di sini semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. Beliau berkata, rakan mangsa yang berusia 21 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 4.30 petang kelmarin dan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian.

Sunday, October 18, 2009

Seorang buruh Indonesia maut jatuh bangunan

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh warga Indonesia terbunuh selepas terjatuh dari tingkat 16 perumahan rakyat di Kampung Ladang, di sini petang semalam. Lelaki yang dikenali sebagai Soedjito, 36, itu maut serta merta akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu. Rakannya, Kaspin Usop, 40, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini berkata ketika kejadian dia terdengar bunyi kuat dan menyangka tong gas meletup. Beliau berkata, Soedjito sedang bekerja di tingkat 16 sebelum kejadian.

Saturday, October 17, 2009

Sisa runtuhan JKR terbiar

BHARIAN
TAHNIAH kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Tapah kerana mempunyai bangunan baru yang hampir siap bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan. Namun persoalan timbul, mengapa hasil runtuhan dan sampah hasil pembinaan bangunan baru itu dibuang secara haram di jalan tempat kami tinggal dan lalu lalang, iaitu Jalan Damai, Tapah. Untuk pengetahuan, jalan ini dulu cukup cantik. Kini menjadi tempat pembuangan sampah haram selepas pokok rendang di kawasan itu ditebang Majlis Daerah Tapah.
Akibatnya, kawasan di sekitarnya dijadikan tempat pembuangan sampah haram oleh majlis daerah, orang awam yang tidak bertanggungjawab dan sekarang pihak JKR. 'Harapkan pagar, pagar makan padi' dan aduan masalah ini tidak dilayan Majlis Daerah Tapah, malah JKR Tapah yang membawa jengkaut meratakan tanah bagi memudahkan JKR membuang sampah.

PENCINTA ALAM,Tapah, Perak.

Friday, October 16, 2009

Pengawal HTAA belasah pelawat

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
KUANTAN - Selepas insiden sekumpulan pengawal keselamatan membelasah dua pelawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada 25 Jun lalu, kelmarin berlaku lagi kejadian serupa di hospital yang sama.Dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, seorang peniaga, Mohd. Nazar Mohd. Ali, 28, cedera dibelasah sekumpulan pengawal keselamatan di pintu lif HTAA.
Katanya, dia tiba di HTAA bersama abangnya, Mohd. Amiruddin, 38, pada pukul 7 malam untuk menghantar kerusi malas kepada saudara lelakinya yang menemani bapa saudara yang dirawat di Wad 8 hospital tersebut."Kerusi malas itu untuk dijadikan tempat tidur adik kakak ipar saya yang menemani bapanya di wad. Semasa di pintu lif, kami ditahan seorang pengawal keselamatan yang meminta surat kebenaran dengan nada kurang sopan.
"Kami beritahu surat itu ada bersama saudara kami di wad dan kami akan tunjukkan surat itu kemudian," jelasnya.Jelas Nazar, pengawal keselamatan itu tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu menumbuk hidungnya."Saya terjatuh ke lantai dengan hidung dan mulut saya berdarah."Orang ramai yang berada di dalam lif segera bawa saya masuk ke dalam lif selepas mereka melihat pengawal keselamatan itu semakin ganas," katanya.

Wednesday, October 14, 2009

Buruh mati jatuh tingkat 16

METRO / 14.10.09
PUTRAJAYA: Kaki kanan seorang buruh binaan warga India terputus dan tercampak beberapa meter selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah bangunan yang dalam pembinaan bersebelahan Perbadanan Putrajaya (PPj) di Presint 3, di sini, petang semalam.Sebelum kejadian, lelaki berbangsa Sikh berusia 22 tahun itu dipercayai sedang melakukan kerja pemasangan cermin bangunan berkenaan, kira-kira jam 5 petang. Jurucakap polis berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh sebelum badannya terhempas di atas sekeping konkrit menegak yang sedang dibina.Beliau berkata, mangsa yang berlumuran darah akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan mati di tempat kejadian. “Siasatan mendapati, mangsa memakai tali pinggang keselamatan ketika melakukan kerja berkenaan. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.“Mayat mangsa yang memiliki status pekerja sah di negara ini dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.

Tuesday, October 13, 2009

Bahaya menanti di pejabat k'jaan: DOSH

Oct 13, 09 2:05pm
Persekitaran pejabat kerajaan boleh mendedahkan pejawat awam kepada bahaya seperti penggunaan bahan kimia serta kesan biologi dan fizikal, kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Mohtar Musri.Katanya sepanjang tahun lepas, 33 kes telah dilaporkan kepada DOSH melibatkan penyakit paru-paru, jangkitan kuman, alahan pada kulit dan kehilangan pendengaran."DOSH percaya masih banyak kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja yang tidak dilaporkan dan ini memerlukan kesedaran terhadap penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam di Kota Bharu hari ini.Mohtar berkata DOSH turut mengesan terdapat pejabat kerajaan yang tidak memastikan spesifikasi sistem pencahayaan yang betul sehingga menyebabkan ada pekerja yang mengalami masalah penglihatan."Sistem cahaya yang betul di pejabat adalah sekurang-kurangnya sebanyak 300 lux manakala sistem pendingin hawa antara 20 ke 25 darjah Celcius yang jika tidak dipatuhi boleh mempengaruhi kesan kesihatan terhadap pekerja," katanya.Beliau berkata antara bahaya lain adalah seperti penggunaan bahan kimia pada mesin fotostat dan habuk di pejabat."Kakitangan awam yang terpaksa bertugas di lapangan seperti anggota polis dan bomba juga boleh terdedah kepada kemungkinan kecederaan dan kesihatan dan DOSH meminta mereka berhati-hati ketika berada di lapangan itu."Kami juga ada menerima aduan oleh kakitangan yang mengadu di tempat kerjanya terlalu bising dan terdedah kepada habuk, dan masalah itu telah diatasi oleh DOSH dan majikan terbabit," katanya.Mohtar meminta penjawat awam yang khuatir mereka terdedah kepada bahaya supaya berbincang dengan majikan agar masalah itu dapat diatasi segera.Beliau juga berkata bahawa tahun lepas kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM1.8 juta kepada penjawat awam yang telah disahkan mengalami masalah kesihatan ketika bekerja. BERNAMA

Mata pengurus disembur serbuk pemadam api

Kosmo 13 Oct 2009
KUANTAN: Seorang pengurus hotel di Tanah Rata, Cameron Highlands nyaris buta selepas kedua-dua matanya terkena serbuk pemadam api akibat disembur seorang lelaki yang naik angin, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk rawatan lanjut.Sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakannya minum di restoran hotel berkenaan sebelum seorang daripada rakannya menegur seorang wanita yang lalu di depan mereka.Pada masa sama, sekumpulan lelaki yang berada di restoran berkenaan memarahi rakan mangsa berikutan tidak berpuas hati kerana menegur wanita terbabit.Pegawai Turus di Jabatan Urusetia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata seorang lelaki dipercayai rakan kumpulan itu muncul tiba-tiba dan memecahkan cermin pejabat mangsa berhampiran restoran itu dengan tukul besi.Menurutnya, mangsa yang terdengar bunyi hentakan itu kemudian membuat pemeriksaan di biliknya sebelum melihat lelaki terbabit memegang alat pemadam api.Katanya, bagaimanapun, lelaki itu menghalakan saluran getah alat pemadam api itu ke muka mangsa sebelum menekan picunya menyebabkan serbuk alat berkenaan terkena mata mangsa.Susulan itu, mangsa dibantu rakannya dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands.

Gajah serang tanaman penduduk

FELDA SUNGAI TEKAM UTARA – Sebanyak 459 keluarga peneroka di sini bimbang dan cemas dengan ancaman serangan gajah yang kini semakin kerap memasuki ladang dan memusnahkan tanaman sawit serta pisang yang diusahakan. Seorang mangsa, Ibrahim Omar, 57, berkata, serangan gajah memusnahkan tanaman sawit bermula pada dua hari sebelum Aidilfitri lalu, dan ia berterusan sehingga kini. Menurutnya, serangan terbaru adalah malam semalam apabila sekumpulan tiga gajah memusnahkan kebun pisang seluas dua ekar yang diusahakannya, serta memakan pucuk kelapa sawit dan anak pokok sawit peneroka di sini. “Kami percaya serangan itu berpunca apabila tiga gajah yang menyerang tanaman peneroka di sini terpisah daripada kelompok besar mereka di Hutan Simpan Berkelah yang menjadi sempadan dengan ladang sawit peneroka di sini dan juga Felcra Kampung Perak berdekatan. “Kami juga telah menjalankan pelbagai usaha untuk menghalau gajah terbabit namun sehingga kini tidak berjaya apabila ia tetap memasuki ladang sawit dan memakan segala pucuk muda yang ada,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam. Ibrahim berkata, dalam tempoh hampir sebulan sehingga kini penduduk bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Felda dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sering melakukan rondaan untuk memastikan kehadiran gajah itu dapat dikekang daripada dibiarkan menghampiri perumahan penduduk. Menurutnya, antara usaha yang dilakukan ialah membakar tayar buruk setiap petang sehingga malam supaya gajah tidak masuk kampung, selain membakar mercun dalam ladang untuk memastikan gajah tidak lagi memusnahkan tanaman. “Usaha ini nampaknya masih lagi tidak berhasil apabila sehingga malam semalam masih terdapat banyak kesan baru tinggalan haiwan ini membuktikan ia masih masuk ke kawasan pertanian, dan apa yang membimbangkan kesannya kini didapati mula menghampiri ke kawasan perumahan penduduk,” katanya. Sementara itu, seorang penduduk, Mat Nizam Yaakub, 60-an, berkata, kehadiran gajah di kawasan Felda berkenaan telah lama berlaku semenjak Felda mula dibuka, namun hilang seketika dan tidak menyangka ia masih berlaku kini. Menurutnya, apa yang berlaku benar-benar mendatangkan kerisauan bukan sahaja menyebabkan kerugian namun juga mengundang kepada ancaman keselamatan penduduk di sini. “Justeru, amatlah diharapkan pihak yang berkenaan untuk memikirkan cara serta kaedah yang lebih baik supaya haiwan ini tidak lagi kembali mengganggu peneroka. “Tindakan awal perlu supaya gajah ini tidak akan memasuki kawasan perumahan yang dikhuatiri akan mengundang lebih banyak bahaya serta kerosakan dan kemusnahan lainnya,” katanya. Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati kebanyakan kemusnahan pada tanaman ialah pada bahagian pucuk pokok kelapa sawit, dan bagi anak sawit yang baru ditanam dimakan, dipijak dan dimusnahkan. Selain memakan anak sawit dan pucuk kelapa sawit, ia turut memusnahkan projek tanaman pisang penduduk dengan kawasan yang paling banyak terlibat ialah Peringkat Empat, Blok Dua, Tiga dan Enam yang mana kawasan ini bersempadan dengan Hutan Simpan Berkelah dipercayai menjadi lokasi tempat tinggal asal haiwan berkenaan sebelum tersesat masuk ke kawasan Felda ini.

Monday, October 12, 2009

Kanak-kanak salah guna pemetik api punca kebakaran

Sinar Harian Isnin 12-10-2009
KUALA LUMPUR - Semua ibu bapa diingatkan agar mengambil berat serta memantau tindak tanduk anak-anak mereka berikutan kebanyakan kebakaran yang berlaku sepanjang musim perayaan ini dilaporkan berpunca daripada kecuaian kanak-kanak. Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, antara laporan yang diterima sejak 20 September lalu, tiga daripadanya adalah kebakaran yang berlaku disebabkan penggunaan pemetik api oleh kanak-kanak. “Kanak-kanak ini mungkin mendapat pendedahan tentang alat terbabit melalui ibu bapa sebelum kemudiannya mengambil dan mencubanya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tua mereka. “Mereka selalunya akan menyembunyikan pemetik api berkenaan dalam bilik tidur dan akan bermain dengan alat itu apabila ibu bapa mereka tiada di rumah,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aildilfitri Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, di sini, semalam. Azizan berkata, akibat sikap ‘suka-suka’ kanak-kanak ini akhirnya mencetuskan kejadian yang lebih buruk apabila api merebak sebelum membakar keseluruhan rumah dan membahayakan nyawa mereka. “Oleh itu kita nasihatkan ibu bapa agar mengawasi tingkah laku anak-anak mereka dan sebaik-baiknya tidak mendedahkan cara penggunaan alat tersebut agar tidak disalahgunakan,” katanya. Menurutnya, perkara ini sangat penting dan tidak boleh diambil mudah kerana ia bukan sahaja membabitkan keselamatan harta benda tetapi melibatkan nyawa mereka sendiri. Beliau berkata, sikap berhati-hati dan prihatin ibu bapa terhadap setiap pergerakan anak-anak mereka adalah salah satu alternatif terbaik untuk mencegah kebakaran yang berpunca daripada kelalaian diri sendiri.

Saturday, October 10, 2009

TNB rancang bina Empangan Hidro Elektrik ketiga

KUALA TERENGGANU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang membina Empangan Hidro Elektrik ketiga di negeri ini yang akan dilaksanakan di Hulu Terengganu, tidak lama lagi. :Naib Presiden (Sumber Manusia) TNB, Muhammad Razif Abdul Rahman berkata, pembinaan itu akan dijalankan serentak dengan Empangan Hidro Elektrik di Hulu Jelai, Pahang. Menurutnya, kedua-dua projek berkenaan akan dimulakan secara serentak dalam waktu terdekat, namun enggan menjelaskan :angga�ran kos pembinaan empangan berkenaan. “Di Hulu Terengganu, pembinaan terletak di Sungai Tembat dan Sungai Puah dengan kapasiti 250 megawatt, sementara di Hulu Jelai pula dengan kapasiti 372 megawatt,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis hari raya di bangunan TNB, di sini, semalam. Muhammad Razif berkata, kedua-dua projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2014. Dalam perkembangan terbaru berhubung pembinaan berkenaan, beliau berkata, ketika ini pihaknya masih dalam proses mengeluarkan tender. Mengulas empangan di Hulu Terengganu, beliau berkata, pembinaan kali ini lebih kecil berbanding empangan pertama iaitu Stesen Jana Elektrik Sultan Ismail di Paka dengan tenaga berkapasiti 1,200 megawatt dan Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir dengan keupayaan tenaga 400 megawatt. Menurutnya, kedua-dua stesen jana kuasa itu telah disambungkan kepada gred nasional untuk menampung bekalan elektrik di seluruh negara. Sementara itu, beliau berkata, Pejabat Perhutanan Terengganu telah meluluskan kerja pembersihan kawasan projek. “Untuk kerja lain seperti membersihkan kawasan mengeluarkan balak di kawasan itu, kami bergantung kepada Kerajaan Negeri,” katanya. :Menurutnya, pembinaan empangan di kawasan terbabit penting dalam usaha mempelbagaikan sumber tenaga di negara ini terutama sebagai persediaan untuk segala kemungkinan pada masa depan. Bagaimanapun, Muhammad Razif berkata, negeri ini tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak dan kemampuan sebanyak 300 megawatt sudah cukup bagi menampung keperluan bekalan elektrik di Terengganu

Friday, October 9, 2009

Nyaris Maut Dihempap Tangki Air


DAMANSARA - Seorang pekerja restoran sempat menyelamatkan diri sebelum dihempap tangki air yang runtuh. Dalam kejadian 6.00 petang kelmarin, mangsa Norhashimah Abdullah, 21, hanya mampu beristighfar panjang sambil melihat tangki besar yang memuatkan air memecahkan sebahagian siling sebelum jatuh terhempas. Menceritakan detik cemas itu, menurutnya, ketika kejadian dia sedang menyiapkan air sebelum beberapa pekerja menjerit mengarahkan dia melarikan diri setelah terlihat sebahagian siling melendut ke bawah. “Pada kebiasaannya saya tidak membuat air, tetapi pada hari itu pekerja yang sepatutnya bertugas membuat air tidak datang bekerja sebab kurang sihat jadi saya menggantikan tempatnya. "Saya bersyukur kerana masih bernyawa dan tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan jeritan daripada rakan-rakannya. Jika tidak katanya mungkin dia sudah dihempap tangki besar itu. Sementara itu pemilik restoran, Nazri Mohamad berkata, kejadian tangki pecah itu pertama kali berlaku sejak restorannya beroperasi dua tahun lalu. “Hal ini disebabkan besi yang menyokong tangki itu tidak dibuat teliti kerana sokongan tambahan dibuat menyebabkan besi tersebut bengkok dan tidak dapat menampung berat tangki,” katanya. Menurutnya, kejadian tangki jatuh merupakan kali kedua berlaku di Flora Damansara kerana beberapa bulan yang lalu sebuah restoran di Blok B turut menghadapi masalah yang sama apabila tangki airnya roboh. Dalam pada itu menurut Nazri ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan di restorannya dan kerugian serta kos membaik pulih mencecah RM8,000.

Wednesday, October 7, 2009

Lori Alam Flora meletup

KUALA LUMPUR – Beberapa petugas Alam Flora yang sedang memungut sampah nyaris tercedera selepas satu daripada dua tin yang berisi bahan kimia meletup di dalam lori sampah dalam kejadian di Jalan Pipih, Off Jalan Ipoh dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pekerja berkenaan sebelum itu tidak menyangka tin berkenaan mengandungi bahan kimia mudah meletup lalu memasukkannya ke dalam lori sampah. Semasa pekerja berkenaan cuba memampatkan bahan buangan itu ke dalam lori sampah, secara tiba-tiba berlaku satu letupan di dalam badan lori dan sejurus selepas itu, petugas berkenaan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Adnan Yen berkata, seramai 18 anggotanya termasuk Hasmat dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat. “Kedua-dua tin berkenaan dikeluarkan dengan berhati-hati dan penelitian yang dibuat, tin itu mempunyai label ‘Lithium Hydrid’ iaitu bahan buatan bateri lampu picit. “Punca letupan itu berlaku kerana bahan kimia berkenaan akan meletup jika terdedah kepada suhu yang tinggi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya, bahan kimia berkenaan dipercayai dibuang oleh penghuni yang tinggal di kawasan berhampiran. “Saya difahamkan oleh pihak Alam Flora bahawa kejadian sedemikian sudah berlaku sebanyak empat kali dan ia berlaku di kawasan yang sama malah sebuah lori sampah milik syarikat itu turut mengalami kerosakan akibat bahan kimia berkenaan,” katanya. Adnan berkata, bahan kimia itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kualiti Alam untuk siasatan lanjut.

Tuesday, October 6, 2009

ERP - Bersedia mendepani bencana

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my / 06.10.09
"GEGARAN kali ini lebih kuat, lagi dahsyat dari 2004," demikian teks sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada seorang rakan lewat petang Khamis lalu. Dengan pantas penulis dapat menelah SMS itu pastinya reaksi daripada kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter berpusat di Sumatera Barat, Indonesia yang baru beberapa minit berlaku sebelum itu.
Gempa bumi itu sehingga kini mengorbankan tidak kurang 3,000 nyawa dengan ramai dilaporkan masih terperangkap di bawah timbunan rumah dan bangunan yang ranap.
Sejak rakan ini berpindah dan tinggal di apartmen berbelas-belas tingkat di pinggir ibu kota itu, dia tidak pernah terlepas daripada merasai gegaran akibat gempa bumi kuat terutamanya yang berpusat di Sumatera.
Pada ingatan penulis, ini merupakan pengalaman gempa bumi mencemaskan yang keempat dialami rakan itu yang menyaksikan penduduk di apartmennya bergegas mengosongkan rumah masing-masing. Malah, rakan ini turut mempunyai kenangan dalam sejarah gempa bumi paling dahsyat pernah direkodkan sepanjang empat dekad yang berpusat di Sumatera Barat, Indonesia pada 2004.
Gempa bumi berukuran 9.4 pada skala Richter itu mengorbankan hampir 400,000 nyawa di negara pinggir Lautan Hindi dengan hampir separuh daripadanya merupakan penduduk Indonesia. Itu merupakan pengalaman gempa bumi pertamanya yang membuatkan beliau masih lagi merasakan traumanya sehingga kini.
SMS rakan itu membuatkan penulis terfikir adakah Malaysia yang selama ini bebas daripada malapetaka gempa bumi semakin terdedah kepada ancaman bencana alam itu?
Perkara ini sebenarnya sudah seringkali dibangkitkan setiap kali berlakunya gempa bumi kuat terutamanya yang berpusat di negara jiran yang gegarannya turut dirasakan di negara ini.
Namun, memandangkan gegaran itu tidaklah sampai meranapkan bangunan dan mengorbankan nyawa, kebanyakan kita berasa selesa dengan anggapan bahawa Malaysia masih lagi bebas daripada bencana gempa bumi yang dahsyat.
Hakikat itu juga disokong dari sudut rekod kajian seismologi yang menunjukkan Malaysia sejak 100 tahun lalu atau mungkin lebih lama tidak mengenal pasti adanya kawasan yang akan mengalami gempa bumi besar.
Ini kerana Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik yang kerap dilanda bencana tersebut. Namun sejauh mana pengetahuan seismologi itu mampu menandingi rencana perubahan kuasa alam?
Adakah berbaloi untuk kita bergantung sepenuhnya kepada rekod-rekod ini dalam mengukur tahap ketahanan negara terhadap malapetaka alam terutamanya gempa bumi?
Pakar-pakar seismologi turut mengingatkan bahawa sebahagian gelinciran yang berlaku pada 2004 mengalami tekanan yang semakin meningkat dan boleh berganjak pada masa depan. Ia termasuk kemungkinan untuk menghampiri Malaysia sekali gus menjadikan risiko gempa bumi yang lebih dahsyat di negara ini bukan sesuatu yang mustahil.
Gelinciran yang terbentuk di pesisiran pantai barat Sumatera sepanjang kira-kira 200 kilometer itu juga menjadi titik pertembungan kerangka tektonik Eropah-Asia dan Pasifik.
Keadaan tektonik yang saling menolak sejak bertahun-tahun lamanya itu turut meningkatkan tekanan ke atas gelinciran.
Dalam jangka masa panjang menurut saintis lagi, gelinciran yang semakin ketara itu mampu mencetus kepada ombak tsunami yang lebih dahsyat berbanding 2004 serta mampu menenggelamkan keseluruhan wilayah Sumatera. Ketika itu, apakah jaminan Malaysia mampu terlepas daripada kuasa bencana alam yang dahsyat tersebut?
Perkara yang sama turut ditekankan oleh Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid. Menurut beliau impak gegaran akibat gempa bumi yang turut dirasai di Malaysia tidak lagi boleh dianggap terlalu kecil.
Ini kerana perubahan yang berlaku kepada fenomena alam itu kebelakangan ini memperlihatkan tanda-tanda gegaran semakin menghampiri negara ini.
''Kerana itu juga bencana alam ini terutamanya yang berpusat Sumatera sedikit sebanyak akan turut dirasai oleh Malaysia. Begitu juga dengan ancaman yang dicetuskan olehnya seperti tsunami," katanya.
Tidak dinafikan, dari aspek amaran awal bencana alam, Malaysia agak ke hadapan berbanding negara-negara lain di rantau ini. Selepas peristiwa tsunami pada 2004, Malaysia telah memasang pelampung amaran awal tsunami atau boya di perairan Indonesia, Pulau Layang-Layang dan di bahagian perairan Filipina.
Sistem ini menawarkan data serta capaian maklumat bencana tsunami kepada negara-negara termasuk Vietnam dan China sebagai langkah persediaan menghadapi bencana itu. Sistem itu juga akan menghubungkan ASEAN dengan negara-negara lain seperti India dan Jepun untuk melengkapi jaringan rangkaian maklumatnya.
Pemasangan sistem itu sudah pun diuji keberkesanannya apabila setiap gempa bumi yang berpusat di Laut Sulu, Laut China Selatan dan Lautan Hindi mampu diukur sama ada turut membawa ancaman tsunami atau sebaliknya.
Malah sistem amaran awal tsunami ini juga akan diperluas dari semasa ke semasa meliputi amaran pelbagai bencana alam lain. Ia termasuk kemampuan mengesan gempa, perubahan cuaca serta kenaikan paras air laut.
Penubuhan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Kebangsaan juga di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) merupakan langkah persediaan negara menghadapi sebarang bentuk krisis bencana dan kesihatan secara berterusan.
Pusat ini akan beroperasi sepanjang masa dan menyelaras bentuk tindakan dengan matlamat mengurangkan kematian sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana.
Bagaimanapun sistem amaran awal tidak memberi apa-apa manfaat sekiranya maklumat mengenai ancaman bencana itu gagal disalurkan dengan tepat dan cepat kepada orang ramai. Ini juga menjelaskan mengapa angka korban bencana alam di sesetengah negara sangat tinggi. Ia kerana kegagalan kerajaan memberi amaran awal kepada penduduk untuk menyelamatkan diri.
Dalam kejadian tsunami misalnya, tempoh kira-kira 15 minit selepas gempa bumi melanda dasar laut diambil untuk mencetuskan ombak besar. Tempoh yang sangat kritikal inilah sebenarnya yang seharusnya digunakan oleh kerajaan untuk memberi amaran sepantas mungkin bagi mengelak jumlah korban yang besar.
Bagi Malaysia, tempoh itu boleh diatasi dengan kecanggihan teknologi telekomunikasi dan Internet ketika ini. Apa yang menjadi kebimbangan ialah kebanyakan bangunan di negara ini terutamanya yang dibina pada dekad-dekad awal pembangunan negara tidak mengambil kira ketahanan terhadap gempa bumi.
Ini kerana pada ketika itu, tiada siapa yang menjangka Malaysia satu hari nanti akan turut terdedah kepada bencana alam. Justeru, sistem amaran awal bencana perlu turut memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan yang berisiko ini.
Ia termasuk pendedahan kepada prosedur atau protokol keselamatan menghadapi bencana yang membolehkan mereka dipindahkan ke kawasan yang selamat dengan lancar.
Prosedur mengelak situasi panik dan cemas di kalangan rakyat juga perlu diperluas bagi mengelak kesan bencana yang lebih besar. Ia penting kerana kita sebelum ini tidak pernah berdepan dengan bencana alam dahsyat dengan jumlah korban yang tinggi dan kemusnahan harta benda yang besar seperti yang menimpa Aceh misalnya.
Meskipun sistem amaran awal kita mungkin berjaya menyelamatkan banyak nyawa, namun kesan kemusnahan selepas bencana adalah sesuatu yang lebih sukar diterima.
Justeru aspek kesiapsiagaan dan ketahanan mental juga perlu diberi perhatian dalam kita berdepan dengan kemungkinan bencana.

Monday, October 5, 2009

Mati terbelit di tali buaian

KOTA BHARU – Seorang ayah terkejut setelah melihat leher anaknya terbelit dengan tali dan tergantung di dalam rumahnya malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin mangsa, Mohd Amin Azmi, 13, ditemui tergantung di rumahnya di Kampung Jelutong, Seribong dekat Pasir Tumboh. Ayah mangsa, Azmi Hasan, 43, berkata, penatnya hilang dengan serta-merta setelah melihat anaknya itu tergantung di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. :Menurutnya, pada hari kebiasaan cuti sekolah arwah akan mengikutinya bersama ibunya, Zubaidah Sulaiman, 40, menjual ikan tetapi kelmarin dia meminta izin untuk berehat di rumah. :“Kira-kira jam 8 malam saya bersama anak sulung, Rozaini, 15 dan adik bongsu bersama isteri baru sahaja sampai di rumah sekembalinya dari Besut. :“Abang sulung arwah menjerit kerana dialah yang pertama melihat adiknya itu tergantung dalam keadaan tidak berdaya lagi dan saya terkejut lalu berlari memastikan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam. :Azmi berkata, dia terkejut melihat keadaan anaknya dan setelah itu dia terus bergegas memotong tali buaian untuk menurunkan anak keduanya dan mendapati badannya masih panas ketika itu. :“Saya tidak menyangka kepulangan kami sekeluarga disambut dengan berita kematian anak abang ngah kerana sebelum pemergiannya kami sempat makan bersama kira-kira jam 2.30 petang dan saat itu masih segar lagi dalam ingatan kami. :“Dia anak yang sangat baik, segala nasihat kami dia ikuti dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga tidak menyuarakan apa-apa masalah yang dihadapi kepada kami kerana dia sentiasa gembira,” katanya. :Azmi berkata, dia percaya anaknya tidak membunuh diri tetapi leher arwah terlilit tali ketika mengikat buaian. :“Memang ini tempat memasang buaian dan saya percaya tangga yang digunakan arwah patah (berdasarkan kesan pada tangga yang digunakan) sebelum tali berkenaan melilit lehernya sehingga menyebabkan dia mati,” kata Azmi. :Azmi berkata, anaknya itu juga seorang yang berjimat cermat kerana dia ada menyimpan duit untuk membaiki motosikal buruknya yang digunakan bersama abang sulungnya berlegar di sekitar kampung. :“Saya juga dimaklumkan kira-kira jam 6.30 petang saudaranya datang ke rumah tetapi tiada sesiapa pun yang menyahut panggilannya,” katanya. :Jenazah dikebumikan kira-kira jam 11 pagi semalam di tanah perkuburan Kubang Siput berdekatan kampungnya. :Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. :Menurutnya, tiada tanda kecederaan teruk pada mangsa dan polis mempercayai tiada unsur jenayah dan ketika kejadian dia dipercayai bersendirian di rumahnya.

Friday, October 2, 2009

Syor hapus duti alat keselamatan

BHARIAN
SEBAGAI seorang yang aktif dalam usaha mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengurangkan cukai import bagi peralatan dan perkakas keselamatan yang diimport sebagai insentif kepada industri tempatan untuk melaksanakan amalan KKP yang terbaik. Kebanyakan peralatan keselamatan yang digunakan oleh industri tempatan dan di tempat kerja masih diimport kerana ia tidak dihasilkan atau dibuat dalam negara. Kos yang tinggi ke atas peralatan keselamatan atau peralatan perlindungan diri ini sering kali dihubungkaitkan dengan alasan untuk tidak melaksanakan langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Peralatan keselamatan yang diimport ini adalah mahal kerana pengenaan cukai import dalam anggaran antara lima hingga 30 peratus. Kebanyakan majikan berasakan harga yang dikenakan ini adalah sangat tinggi, terutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kegagalan menggunakan peralatan keselamatan oleh pekerja dikenal pasti sebagai satu punca kemalangan di tempat kerja yang boleh mendatangkan kecederaan dan juga kematian. Oleh itu, adalah wajar bagi kerajaan untuk melihat semula cadangan menghapuskan langsung atau sekurang-kurangnya mengurangkan cukai import supaya produk peralatan perlindungan diri boleh dijadikan lebih mampu dibeli oleh majikan.
Ini akan menjadi insentif kepada majikan untuk memainkan peranan mereka dalam mempromosikan amalan KKP agar kemalangan dalam industri yang boleh menggugat produktiviti, dapat dikurangkan. Saya berharap supaya pihak Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan cadangan saya ini dalam Bajet 2010 nanti.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh)