BERHATI-HATI BAKAR JERAMI
PIHAK berkuasa telah mengingatkan petani di dua negeri di utara semenanjung, Kedah dan Perlis untuk lebih berhati-hati ketika pembakaran jerami dilakukan. Baru-baru ini seorang warga tua yang sedang menunggang motosikal di Perlis meninggal dunia setelah dimasukkan ke Hospital akibat terjatuh di jalan yang dipenuhi asap tebal dari jerami yang sedang dibakar.SEORANG petani mengawasi sawahnya semasa pembakaran jerami di jalankan setelah musim menuai selesai di Kampung Tak Jalai, Alor Setar, Kedah, kelmarin.
Shahidan mahu pesawah berhati-hati bakar jerami
KANGAR 13 Feb. - Para pesawah yang membakar jerami selepas musim menuai padi dinasihati membuat kawalan api supaya ia tidak merebak dan membahayakan pengguna jalan raya dan jalan kampung.Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembakaran jerami yang tidak terkawal boleh mengundang padah.Katanya pada 6 Februari lalu, seorang warga tua, Murad Ali, 70, terjatuh bersama motorsikalnya ke dalam sawah padi yang jeraminya sedang dibakar akibat asap tebal yang menghalang penglihatannya.Kejadian berlaku di sebuah jalan kampung di Kampung Bunga Emas dekat sini pukul 5 petang dan mangsa meninggal dunia dua hari kemudian akibat melecur teruk.Motorsikal yang ditunggangi mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam sawah yang api pembakaran jeraminya sedang marak."Sepatutnya pesawah membakar sedikit demi sedikit dan semasa pembakaran mereka perlu menunggu supaya tidak melarat pembakarannya," kata Shahidan semasa ditemui di sini semalam.Sejak musim menuai padi bermula awal tahun ini, kegiatan membakar jerami giat dilakukan oleh para pesawah padi sebagai proses tradisional membersihkan sawah sebelum kerja membajak dilakukan.Pada sebelah malam, kawasan sawah di lokasi tertentu terang-benderang dengan cahaya api pembakaran itu manakala sebelah siangnya kelihatan asap di sana sini.
— Bernama
No comments:
Post a Comment