Saturday, January 30, 2010
Cedera Tersepit Eskalator
Wednesday, January 27, 2010
Sunday, January 24, 2010
Saturday, January 23, 2010
Satu Hari Seminar
Terdapat beberapa akta di Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek pengawalan & penyeliaan bagi tanggungjawab majikan dan tanggungjawab pekerja untuk mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya-bahaya di tempat kerja demi memastikan setiap pekerjaan adalah selamat untuk bekerja .
Pemahaman berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini adalah tanggungjawab semua pekerja dan setiap pekerja swasta adalah dilindungi oleh insurans di bawah AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969 & PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1971 (PERKESO).
Setiap pekerja merupakan satu aset yang berharga bagi Negara, kerana setiap pekerjaan adalah tunjang pembangunan untuk setiap sektor bagi memantapkan ekonomi Malaysia. Oleh itu setiap majikan di Malaysia harus memahami peranan AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TAHUN 1994 (OSHA) & AKTA KILANG DAN JENTERA TAHUN 1967 di bawah penyeliaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH).
NIOSH akan membuat roadshow "SATU (1) HARI SEMINAR" untuk setiap negeri dengan setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00 dan sijil penyertaan untuk peserta program ini akan disediakan oleh pihak NIOSH.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari http://www.niosh.com.my/seminar/socso.html Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja.
Friday, January 22, 2010
Tukang Cat Maut Jatuh Bangunan
Thursday, January 21, 2010
NRG-SHE Membership
Buat pengetahuan semua, NRG-SHE Association (Persatuan Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara, Reg. No. : 1874-09-PPG) telah selamat didaftarkan sebagai Pertubuhan yang sah pada 01 September 2009.
NRG-SHE Visi / Vision
"Menjadi Persatuan Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang unggul; lagi dihormati di Malaysia""To become an established and respected Occupational Safety and Health (OSH) association in Malaysia"
NRG-SHE Misi / Missions
1. Menyatupadukan para Pengamal KKP di bawah satu platform berteraskan konsep perkongsian pintar.
To gather all the OSH Practitioners under one platform through smart partnership.
2. Mengembleng tenaga dan buah fikiran di kalangan Pengamal KKP untuk pembangunan ilmu & sahsiah dalam menghadapi cabaran di dalam alam pekerjaan.
To consolidate the ideas & efforts among the OSH Practitioners in advancing their knowledge and attributes in the challenging working environments.
3. Meningkatkan kualiti, kapasiti & kemampuan berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) di kalangan Pengamal KKP secara berterusan.
To continually increase the quality, capacity & capability of OSH among the Practitioners.
4. Membantu kerajaan & masyarakat di dalam mempromosikan Budaya Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP).
To support the government and the public in promoting/inculcating Occupational Safeth & health (OSH) Culture.
So, How NRG-SHE can help U?
*Provide support, encouragement, advice and assistance
*Provide and or support forums for the acquisition and interchange of professional nowledge amongst members
*Foster liaison between government, businesses and the OSH industry
*Inaugurate and implement other programs that are consistent with the purpose of the association and the government policy / initiative
Membership Benefits (Fee : RM80.00) = Registration RM50 & Yearly : RM30
*Membership Card with Group Personal Insurance
*Access to the Members Only area of the mailing list (or in future is our website lah. You’ll have access to a wide variety of safety related data that will assist you in research, development of training programs, budget preparation, and other duties. New materials and data are added to this area regularly)
*Free listing in the NRG-SHE Consultant’s Registry - list your name, address, and areas of specialization and when NRG-SHE asked, they will recommend the closest member with the requested specialization
(For our future: The NRG-SHE News Publication, “The SHE Magazine” which is designed to provide an accurate and concise appraisal of current safety issues in a quick, concise, and ready to use format for the busy safety Director / Manager.)
*Resume reference: Any member may list the NRG-SHE as a professional reference on resumes and applications. (If desire this service please submit a resume to the NRG-SHE. Staff will then verify the resume and provide third party validation of the knowledge, skills, abilities, and experience of the member when called upon by a potential employer).
*The opportunity to be a part of the a progressive Malaysian Safety Association.
*Opportunity to attend NRG-SHE Conferences with 20% discount (max.)
*Access to quality independent study courses which have been reviewed and commented by the NRG-SHE.
*Access to quality and comprehensive training, planning, and assessment materials / aids that have been reviewed by the NRG-SHE.
*Access to the Job Vacancy in the mailing list to assist members seeking employment opportunities.
*An opportunity for like minded safety professionals to gain a powerful voice, by weight of numbers, in the promulgation of safety regulations, and in developing new and innovative methods of ensuring workplace safety.
*Opportunity for discounts on safety products offered by vendors to NRG-SHE Members.
*Information available in a quick, concise and ready to use format for the busy SHO / SHE Professionals / Safety Director / Manager.
*Free Car / Motorcycle Sticker
Oleh itu, “NRG-MASHO Mailing List” akan ditukar kepada “NRG-SHE Mailing List” dan hanya Ekslusif untuk “Ahli-Ahli yang Berdaftar SAHAJA”. Ini akan memastikan penggunaan “Mailing List” ini akan lebih teratur dan kemas. Dan segala biodata ahli akan dikemaskinikan untuk memastikan “NRG-SHE Mailing List” lebih nampak Professional & Mantap.“NRG-MASHO Mailing List” akan diberhentikan sepenuhnya pada 20 Februari 2010. Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli, sila isi borang keahlian yg dikepilkan bersama email ini. Scan Borang yg telah diisi kepada = tuansetiausaha@gmail.com & berserta “Slip Bayaran” (SILA LIHAT LAMPIRAN)Sebagai rekod Pendaftaran, pihak anda hendaklah mengepilkan bersama “Salinan K/P & Salinan Sijil sebagai OYK dengan JKKP MALAYSIA”
(SILA PALANGKAN SALINAN TERSEBUT - UNTUK KEGUNAAN NRG-SHE SAHAJA”
Segala Pembayaran boleh di buat ke :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
No. Akaun : 07016010061061
Nama Akaun : PERSATUAN PENGAMAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN WILAYAH UTARA @ NRG SHE
Wassalam, thanks & Best regards,
NRG-SHE COMMITTEE MEMBERS
Wednesday, January 20, 2010
Bank bantu Wanita
KUALA LUMPUR: Bank Muamalat sedia membantu menyelesaikan masalah seorang penjaga tempat letak kereta, Halimaton Din, 41, yang disaman bank berkenaan dan diisytihar muflis berikutan kegagalan wanita itu membayar semula pembiayaan kenderaan Toyota Estima.Dalam kenyataan akhbar oleh Jabatan Komunikasi Korporat bank itu, wanita terbabit diminta menghubungi Ketua Bahagian Pusat Kawalan dan Pemulihan Kredit (Sentral II), Bandar Tasik Selatan, Shaharuddin Ishak di talian 03-90513150 03-90513150 dengan segera.Berdasarkan rekod, pihak bank mengesahkan Halimaton adalah pelanggannya dan ada membuat permohonan pembiayaan terbabit. Bagaimanapun, pihak bank tidak dimaklumkan mengenai kecurian kad pengenalan. Kelmarin, mahkamah mengisytiharkan wanita berkenaan muflis selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman kenderaan itu. Bagaimanapun, ibu kepada lima anak berusia 3 bulan hingga 20 tahun yang bekerja sebagai penjaga parkir di KL Sentral itu mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah Toyota Estima. Peguam bank berkenaan turut mengemukakan petisyen pemiutang terhadap Halimaton bagi menuntut RM167,170.11 sehingga 19 Februari 2008.
Tuntutan itu berkaitan pembelian Toyota Estima 2.4, yang didakwa Halimaton dibeli orang lain, tetapi menggunakan kad pengenalannya yang hilang sebulan sebelum itu.
Padah tunjuk hebat
Mangsa yang dikenali sebagai Chiarani Andrea, 33, dan teman wanitanya, Boniolo Erika, 32, juga berasal dari Itali tiba di pulau ini Khamis lalu untuk bercuti dan menginap di sebuah hotel di Pantai Tengah serta dijangka pulang ke negara asal petang semalam.Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, Andrea yang teruja dengan keindahan dan kesejukan air terjun berkenaan dilihat berjalan di atas batu besar sebelum tergelincir dan jatuh pada ketinggian 65 meter. Difahamkan, kepala, perut dan tempurung lutut mangsa pecah manakala beberapa helai rambutnya melekat pada batu tempat kepalanya terhempas. Pegawai Penjaga Bomba Langkawi, Ishak Hashim, berkata sebelum kejadian mangsa bersama teman wanitanya pergi untuk menikmati keindahan alam dan bermandi-manda di kawasan perkelahan popular itu. “Dia gagal mengawal imbangan badan selepas tergelincir ketika cuba menyeberangi di kawasan berbatu besar di tingkat paling atas yang licin dipercayai disaluti lumut. “Mangsa terjatuh pada ketinggian 65 meter sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HL, di sini, semalam.
Tuesday, January 19, 2010
Dimana Silapnya
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga parkir wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah Toyota Estima diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman kenderaan itu. Ketika ditanya, Halimaton berkata, Penolong Kanan Pendaftar, Zaitun Anuar membuat keputusan tidak membenarkan kesnya ditangguh lagi dan menasihatinya mencari peguam.Peguam bank, Mohamad Fahmi Mat Radzi, berkata pihaknya mengemukakan petisyen pemiutang terhadap Halimaton bagi menuntut RM167,170.11 sehingga 19 Februari 2008. Tuntutan itu berkaitan pembelian kereta Toyota Estima 2.4, yang didakwa Halimaton dibeli oleh orang lain, tetapi menggunakan kad pengenalannya yang hilang sebulan sebelum itu. Ibu kepada lima anak berusia 3 bulan hingga 20 tahun itu bekerja sebagai penjaga parkir di KL Sentral. Katanya, peguam yang dihubunginya sebelum ini meminta bayaran RM400 sebelum kes itu dibawa ke mahkamah. “Manalah saya ada duit sebanyak itu. Saya tidak mampu. Tengoklah nanti macam mana. Mungkin cuba tukar peguam lain,” katanya sambil menitiskan air mata. Ditanya apakah tindakan polis selepas laporan dibuat, beliau berkata: “Polis cuma cakap mereka sedang siasat.” Pada 18 Disember 2007, Halimaton membuat laporan di Balai Polis Daerah Kajang, mengenai namanya digunakan untuk membeli kereta dan pernah mendapat saman walaupun tidak mempunyai lesen memandu, manakala berita mengenai tersiar di akhbar pada 24 Oktober tahun lalu. — Bernama
Monday, January 18, 2010
Pelatih Perahu Naga Terbalik
ANGGOTA penyelamat mengusung mayat yang ditemui dalam kejadian perahu naga terbalik di George Town semalam.
Mereka yang masih belum ditemui ialah Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yix Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17. Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketika kejadian, 18 orang termasuk seorang guru dan dua jurulatih dari Penang Forward Sports Club sedang menjalani latihan mendayung untuk perlumbaan perahu naga yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini.
SEORANG ahli keluarga mangsa yang terkorban tidak dapat mengawal kesedihan selepas dimaklumkan mengenai kejadian perahu naga terbalik semalam.
2 lemas, 4 hilang
Oleh Norakmah Mat Youb dan Petah Wazzan Iskandar
AHLI keluarga meratapi mangsa tragedi perahu naga.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata mayat guru penasihat pasukan berkenaan, Chin Aik Siang, 28, dijumpai tersangkut pada perahu naga itu jam 10.20 pagi, manakala mayat Jason Ch'ng, 17, ditemui di bawah tongkang pada jam 2.45 petang. Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Gerakan mencari empat pelajar yang hilang pula diteruskan pagi ini selepas dihentikan pada jam 6.30 petang berikutan keadaan semakin gelap. Empat pelajar itu dikenali Brandon Yeoh, 17; Koh Yizhiang, 17; Cheah Zi Jun, 17 dan Yong Xiang, 16. Ayub berkata, pelajar sekolah itu bersama seorang guru dan dua jurulatih dari Penang Forward Sports Club menjalani latihan mendayung untuk perlumbaan perahu naga yang dijadualkan pertengahan tahun ini.
DARI kiri, Jason Ch'ng, Chin Aik Siang, Cheah Zi Jun, Koh Yizhiang dan Brandon Yeoh.
PERAHU membawa 17 pendayung Sekolah Menengah Chung Ling yang karam ditarik ke jeti Pantai Macalum, Pulau Pinang, semalam.
Saturday, January 16, 2010
Akibat Kecuaian
Beliau juga mengarahkan pihak kontraktor memasang jaring keselamatan untuk membendung perkara yang tidak diingini berlaku.Dalam pada itu Ka Siong berkata, projek bangunan sekolah tiga tingkat bernilai kira-kira RM4 juta itu bermula pada Mei tahun lalu dan dijangka siap pada Mac ini.Menurutnya, pembinaan bangunan sekolah itu menggunakan kaedah sistem binaan industri (IBS) berikutan ia merupakan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah pembinaan bangunan sekolah yang tidak siap mengikut jadual atau tergendala.Katanya melalui kaedah IBS, pembinaan bangunan boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat, menggunakan jumlah tenaga kerja yang minimum dan berkualiti kerana komponen yang dihasilkan seperti dinding dan rasuk adalah standard dan terkawal kerana dibina menggunakan acuan.Sementara itu Azizan berkata, pihaknya akan mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku itu."Besi kekuda sokongan yang digunakan merupakan yang terbaik, tetapi ia runtuh akibat bebanan lapan tan metrik atap genting yang dihimpunkan di satu kawasan sahaja," katanya.Menurutnya, daripada 34 buah sekolah yang sudah dibina, ini kali pertama syarikat kontraktor itu mengalami kejadian bumbung runtuh.
Friday, January 15, 2010
Trauma Tragedi Hitam Bhopal, INDIA
ICMR yang melakukan kajian kesan pada kesihatan akibat kejadian tersebut, namun kerajaan telah mengarahkannya dihentikan tahun 1994. Lebih malang, kebanyakan kajian tidak disiarkan dan Bhandari menyifatkannya sebagai jenayah bahan buangan saintifik."Ahli birokrat tidak memahami perihal kesihatan, tapi masih ingin menguasai kesemuanya."Kajian tersebut patut diteruskan supaya dapat melihat kesannya untuk jangka masa panjang," kata Bhandari.
"Jika bekalan tidak mencukupi, kami tidak mempunyai pilihan untuk mengambil air daripada tanah walaupun kami tahu ia membuatkan kami sakit," kata Sisupal Yadav sambil menyingsing lengan baju menunjukkan ruam di tangan.Mangsa yang terselamat berasa marah apabila kerajaan mengumumkan untuk membuka semula kilang itu kepada pengunjung yang mahu melihat bekas tapak tragedi tersebut.
Thursday, January 14, 2010
Pemadam Api Hanya Hiasan
Alat pemadam api yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah adalah gambaran bahawa ramai pemilik premis mengambil mudah soal penjagaan alat tersebut tanpa memikirkan kesan daripada tindakan mereka itu.
KUALA LUMPUR - Sekadar melepas batuk di tangga. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan sikap sebilangan besar pemilik premis di ibu negara mengenai keperluan memiliki dan memastikan alat pemadam api berfungsi dengan sempurna. Kebanyakan pemilik premis terbabit hanya mematuhi syarat memiliki alat pemadam api mudah alih kerana bimbang dikenakan tindakan.Sama ada alat tersebut diselenggara mengikut jadual dan diletakkan di tempat yang betul tidak diambil peduli oleh kebanyakan mereka.Lebih parah, ada pemilik premis yang langsung tidak menghiraukan sama ada alat tersebut masih berfungsi atau sudah rosak.Tinjauan di beberapa restoran di ibu kota mendapati, pekerja-pekerja premis tersebut langsung tidak mempunyai pengetahuan bagaimana mahu menjaga peralatan tersebut dengan cermat.Mereka meletakkan tabung alat pemadam api itu di merata tempat termasuk di atas simen atau dalam stor yang berkunci.Ada juga restoran yang menjadi tabung alat pemadam api itu penyendal pintu dapur bagi memudahkan petugas menghantar makanan kepada pelanggan.
Terdapat juga pemilik premis yang memasang alat keselamatan kebakaran berhampiran dengan sumber api atau bersebelahan dapur memasak.Mereka juga lalai untuk mengisi semula tabung alat keselamatan kebakaran tersebut apabila sudah digunakan.Seorang pekerja yang berketurunan Thai yang mahu dikenali sebagai Yee, 32, yang ditemui di sebuah restoran di Kota Damansara dekat sini mengakui tidak mengetahui cara menggunakan alat pemadam api tersebut."Jika ada kebakaran kecil di dapur saya hanya menggunakan air sahaja. Lebih cepat dan mudah. Walaupun ada alat tersebut saya tidak tahu menggunakannya,'' kata beliau yang sudah tiga tahun bekerja di restoran tersebut.Seorang pemilik restoran masakan Melayu, Zaila Sharif, 44, mengakui tidak pernah menghantar tabung keselamatan kebakaran untuk pemeriksaan bomba kerana tidak mempunyai masa terluang."Kesibukan mengendalikan urusan perniagaan menyebabkan saya lupa untuk mematuhi peraturan tersebut."Setakat ini belum kebakaran besar berlaku di restoran saya. Kalau ada cuma kecil sahaja yang boleh dipadamkan sendiri.'' katanya yang sudah lima tahun berniaga.
90 peratus pemadam api tidak berfungsi
KUALA LUMPUR - Lebih 90 peratus alat pemadam api mudah alih yang terdapat di premis-premis di seluruh negara tidak boleh digunakan untuk memadam api kerana mengalami pelbagai kerosakan. Kerosakan pada alat keselamatan kebakaran itu turut melibatkan premis-premis milik kerajaan serta pusat beli-belah. Ketua Unit Komunikasi dan Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba 1, Morni Mamat memberitahu Utusan Malaysia, kerosakan tersebut berpunca daripada kecuaian pemilik premis menyelenggara serta menyimpan peralatan tersebut dengan cermat.akibatnya, kata beliau, serbuk kering iaitu sejenis bahan kimia seperti debu di dalam tabung tersebut beku dan tidak boleh digunakan lagi.Selain itu, kata beliau, ada juga tabung alat keselamatan kebakaran tersebut sudah 'kosong' kerana telah digunakan tetapi tidak diisi semula.Beliau berkata, lebih dibimbangi ialah sikap ambil mudah terhadap penyelenggaraan peralatan tersebut turut dilakukan oleh pemilik-pemilik restoran iaitu premis yang paling berisiko terdedah dengan kebakaran."Kelalaian seumpama itu boleh mengundang padah. Jika kebakaran kecil berlaku di premis mereka alat tersebut tidak mampu memadamkan api."Kebakaran akan cepat merebak dan membahayakan keselamatan pelanggan-pelanggan mereka,'' katanya semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya dekat sini.Jelas beliau, peralatan memadam tersebut perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan penyelenggaraannya dilakukan secara berjadual.
"Tabung alat pemadam api mudah alih itu mesti hantar ke balai bomba berhampiran setahun sekali untuk pemeriksaan,'' katanya.Beliau mendedahkan, daripada pemantauan yang dibuat, lebih 90 peratus pemilik premis cuai menyelenggara dan menjaga peralatan itu menyebabkan ia tidak boleh digunakan pada waktu kecemasan.Kata Morni, walaupun semakin banyak pemilik premis mematuhi arahan memasang alat keselamatan kebakaran tetapi kesedaran untuk memastikan alat itu berfungsi sangat rendah."Terdapat juga premis-premis milik kerajaan yang turut mengabaikan penjagaan peralatan tersebut sehingga dikompaun."Kecuaian seperti itu juga berlaku di beberapa pusat beli-belah negara ini, sekali gus mendedahkan kepada orang ramai risiko yang besar jika berlaku kebakaran," katanya.Beliau juga mengingatkan pemilik premis bahawa tabung alat pemadam api tidak boleh diletakkan di merata-rata tempat bagi mengelakkan kerosakan."Dry powder (serbuk kering) di dalamnya boleh membeku jika tabung tersebut diletakkan atas simen atau stor yang berkunci."Ada juga yang menggunakan tabung alat pemadam api sebagai penyendal pintu sehingga merosakkan peralatan tersebut,'' katanya.
Sementara itu, Morni menjelaskan, pemasangan alat keselamatan kebakaran telah diwajibkan oleh kerajaan di setiap premis yang mempunyai keluasan minimum 20 x 70 kaki persegi.
Kata beliau, peraturan itu termaktub di bawah Akta Peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984."Pemilik-pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba yang membawa denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
"Denda tambahan boleh dikenakan sejumlah RM100 setiap hari daripada tarikh amaran sehingga alat pemadam api tersebut dipasang di premis mereka,'' katanya.
Orang ramai boleh membuat aduan jika terdapat premis yang tidak mempunyai alat pemadam keselamatan kebakaran di talian 03-88880964 atau balai-balai bomba berhampiran.
Sikap ambil mudah pemilik premis dikesali
KUALA LUMPUR- Sikap ambil mudah dan malas menyelia alat pemadam api mudah alih oleh kebanyakan pemilik premis membimbangkan orang ramai.Menurut mereka, pemilik-pemilik premis terutama yang berisiko tinggi termasuk restoran-restoran perlu mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan pelanggan-pelanggan mereka. Anis Fariza Omar, 18, berkata, pemilik premis harus memastikan premis mereka selamat sepanjang masa.
"Jangan dedahkan pelanggan-pelanggan dengan bahaya kebakaran. Sikap cuai mereka (pemilik premis) menyelia alat pemadam api tidak patut berlaku," katanya yang menetap di Semenyih.
Seorang surirumah, Norzita Alias, 35, berkata, premis-premis yang terdedah dengan kebakaran perlu selalu dipantau bagi menjamin keselamatan pelanggan.Beliau yang terkejut dan bimbang dengan 'sikap ambil mudah' kebanyakan pemilik-pemilik premis menyelia alat keselamatan mudah alih menyarankan tindakan tegas diambil terhadap mereka.Seorang kakitangan swasta, Muhammad Hatta Farizi Syafrizal, 19, berkata, mempunyai alat pemadam api mudah alih sangat penting untuk mencegah kebakaran di peringkat awal."Pemilik premis tidak boleh alpa terhadap penjagaan alat keselamatan tersebut. Jangan memperjudikan nyawa pelanggan gara-gara sikap sambil lewa itu,'' katanya.Bagi Nur Hasyimah Hashim, 18, pekerja premis juga mesti mempunyai pengetahuan cara menggunakan alat pemadam api."Selain daripada memastikan alat keselamatan tersebut berfungsi, pekerja juga perlu dilatih menggunakan peralatan tersebut supaya tidak panik menghadapi saat-saat cemas," katanya.Pendapat yang sama juga turut dinyatakan oleh seorang penuntut, Amirul Amri Yahya Robi, 18 tahun."Ada pekerja yang tidak tahu langsung menggunakan alat keselamatan tersebut terutama majikan yang menggunakan khidmat rakyat asing. "Jika berlaku kebakaran, ia boleh membahayakan keselamatan orang ramai,'' ujar beliau.
Wednesday, January 13, 2010
Tragedi Gemencheh
Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.
Kosmo / 13.01.2010
"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."
Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu. Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh. Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada. Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. "Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan," luah Siti Mariam Ismail, 19, orang pertama menemui empat mayat ahli keluarganya itu sekembalinya dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang.
DI lantai rumah ini, Mariam menemui mayat datuk, nenek dan bapanya yang terbujur kaku.
Menurut Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun, pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah. "Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya. "Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah," katanya yang masih trauma dan murung akibat kejadian itu.
Kasih ibu
Bagi Zaharah Atan, 59, peristiwa itu adalah tragedi paling besar dalam hidupnya. Beliau yang kematian suami, ibu, bapa serta anak perempuan turut diuji apabila suspek utama, Rashidi juga merupakan anaknya. "Semasa kejadian, saya keluar bekerja di kilang ayam tidak jauh dari sini. Lebih kurang pukul 4.50 petang, ada jiran datang ke kilang dan menjemput saya pulang.
"Bila saya tanya kenapa, dia kata sabarlah. Bila sampai di rumah, saya nampak orang ramai dan kereta polis. "Saya ingat ada pokok tumbang menghempap rumah. Disebabkan saya tak dibenarkan masuk ke rumah, saya duduklah di kebun getah," cerita beliau.
ZAHARAH reda tragedi yang menimpa keluarganya.
Apabila Mariam datang, Zaharah bertanya kenapa tetapi Mariam hanya menggelengkan kepala. Mariam pula menjawab 'ada' bila ditanya di mana kakaknya, Siti Khadijah.Zaharah bertanya lagi, balik sekolah tadi naik apa? Mariam hanya kata jalan kaki dan tidak tahu kenapa bapanya tidak datang menjemput seperti biasa. "Saya mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku. Setengah jam selepas itu, baru saya dapat tahu, suami, anak, ibu dan bapanya mati dibunuh," beritahu Zaharah kepada Jurnal. Pada awalnya, Zaharah tidak percaya apabila Rashidi dikaitkan sebagai suspek utama sementelah dia disifatkan sebagai anak yang baik. "Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah. Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum.Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.
"Kalau diikutkan perangai Rashidi yang saya kenal, dia bukan panas baran orangnya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mendorong dia buat begitu. "Begitupun, saya reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau ditakdirkan anak saya itu bersalah dan dihukum gantung, saya terima."Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak. "Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia," tuturnya yang sempat mencium pipi Rashidi semasa anaknya itu dibawa ke lokasi pembunuhan.
Menyelusuri misteri di sebalik kejadian ini, belum ada petunjuk kukuh yang dapat merungkainya.Ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, sakit jiwa dan tidak kurang yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.Apa pun, kejadian yang menimpa keluarga Zaharah bukan kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang pertama dilaporkan di negara ini.Pada Jun 1998, empat sekeluarga mati dibunuh kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.Empat sekeluarga malang itu ditemui mati dalam keadaan ngeri dan berulat oleh seorang ahli keluarga mereka pada 10 Jun. Mereka dipercayai dibunuh tiga hari sebelum itu.
MARIAM masih trauma selepas melihat ahli keluarganya dibunuh kejam.
Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, pembunuhan berkumpulan yang melibatkan lebih daripada dua mangsa bukan kes baru. Malah ia sudah lama berada dalam landskap jenayah negara.Jelasnya, wujud dua faktor yang mendorong suspek bertindak di luar kawalan sehingga berupaya membunuh dengan cara yang kejam.
RASHIDI dianggap anak yang baik oleh ibunya.
Tuesday, January 12, 2010
Rapid KL Mungkiri Piagam Sendiri
SEBUAH bas RapidKL di Kuala Lumpur semalam mengambil penumpang di tengah-tengah jalan yang sibuk dengan kenderaan ketika sebuah motosikal (dalam bulatan) memecut laju sehingga membahayakan nyawa penumpang.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, Kempat-empat matlamat RapidKL yang mempunyai 750 buah bas dan beroperasi melalui 159 laluan itu masih jauh daripada sasaran.
Buktinya, masih lagi kedengaran pelbagai rungutan di kalangan 300,000 orang penumpang bas di Lembah Klang setiap hari yang tidak puas hati dengan perkhidmatan RapidKL.
Kosmo! dalam tinjauan di beberapa laluan utama perkhidmatan bas tersebut seperti di Perhentian Bas Klang, Pasar Seni, Jalan Pudu, Jalan Bangsar dan Taman Maluri di sini mendapati pengguna mahu RapidKL serius menyelesaikan masalah.
BERSESAK-SESAK... Bas RapidKL mengambil penumpang melebihi had yang dibenarkan.
Antara masalahnya ialah bas RapidKL itu ternyata masih lewat dan tidak menepati jadual, kekerapan bas yang masih kurang di banyak laluan serta keadaan bas yang tidak selesa termasuk tanpa pendingin hawa. Tidak cukup dengan itu, aspek keselamatan juga masih dipandang sebelah mata. Masih kelihatan penumpang dibenarkan masuk ke dalam bas walaupun bas sudah padat macam tin sardin. Tinjauan juga mendapati bukan semua bas RapidKL beroperasi mengikut jadual.
BAS RapidKL berhenti di luar hentian dekat Jalan Pudu.
Ada antara bas milik syarikat itu sengaja menunggu lama di satu-satu hentian sehingga penumpang penuh sebelum bergerak menuju ke destinasinya. Malah had kelajuan ketika bas berhenti satu-satu stesen juga tidak dipatuhi dan ada di kalangan pemandu bas seperti hendak 'berlumba-lumba' dengan kenderaan lain semata-mata mahu merebut tempat letak kenderaan.
Lebih buruk, apabila terdapat deretan teksi di sesuatu hentian, pemandu bas RapidKL sanggup berhenti di tengah jalan untuk mengambil penumpang tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain.
BAS RapidKL berhenti menurunkan penumpang di tengah-tengah jalan berhampiran Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur semalam.
Meskipun pelbagai langkah penambahbaikan perkhidmatan sepanjang beroperasi dilancarkan termasuk sistem bas ekspres transit (BET) yang diperkenalkan semalam, namun masih ada yang tidak kena dengan perkhidmatan terbaru itu. Wartawan Kosmo! yang menaiki bas RapidKL menggunakan salah satu laluan bas sistem BET dari Pasar Seni ke Kota Damansara - yang menggunakan laluan lebuh raya - mendapati bas itu masih gagal menepati masa.
Pada mulanya, sebaik sampai di terminal Pasar Seni, pemandu bas berkenaan menjerit: "Bas ekspres baru ke Kota Damansara, satu jam boleh sampai." Wartawan Kosmo! menaiki bas RapidBET1 yang menuju ke Kota Damansara menerusi Penchala Link pukul 5.40 petang. Namun ia hanya mula bergerak tepat pukul 6 petang.
Akhirnya apabila sampai ke destinasi terakhir di kawasan perumahan Flat Seksyen 8, Jalan Pekaka 8/1 di Kota Damansara, jam menunjukkan pukul 7.20 malam. Ternyata sasaran sejam tidak berjaya dipenuhi oleh RapidKL melalui sistem BET yang baru diperkenalkan semalam.Janji 60 minit, tetapi wartawan Kosmo! berada dalam bas selama 100 minit.
Monday, January 11, 2010
Pencawang TNB Meletup
Oleh Riadz Radzi
am@hmetro.com.my / 11.01.2010
GUAR CHEMPEDAK: “Saya terdengar letupan kuat dan menyangka kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, apabila keluar dari kedai, saya terkejut melihat seorang remaja perempuan meraung kesakitan dengan sebahagian tubuhnya terbakar,” kata Keoh Lee Lee, 52, saksi kejadian letupan pencawang alat ubah voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pekan ini, petang semalam.
Kejadian itu turut memusnahkan sebuah Perodua Myvi serta merosakkan sebuah Mazda Astina selain sebuah motosikal yang diletak berhampiran pencawang berkenaan.Keoh yang juga pemilik sekolah memandu berada hanya 10 meter dari pencawang itu berkata, ketika kejadian dia sedang membuat kerja dalam pejabatnya. “Sebaik melihat remaja itu meraung kesakitan, beberapa kakitangan saya membantu memadamkan api pada badannya. Mereka kemudian membantu menanggalkan pakaiannya dan menyelimutinya dengan kain dan dibawa ke belakang pejabat,” katanya. Izzatun kemudian dibawa orang ramai ke Hospital Yan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star dan ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran.
Difahamkan, Izzatun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, Guar Chempedak, ketika kejadian baru saja meletakkan motosikal dinaiki bersama rakannya itu di depan sekolah memandu berkenaan sebelum pencawang alat ubah terbabit tiba-tiba meletup dan terbakar. Mangsa dikatakan mahu ke sekolah memandu itu untuk menduduki ujian berkomputer bagi mengambil lesen memandu. Pemilik Mazda Astina, Hooi Teh Kheok, 45, berkata kejadian berlaku betul-betul di depan kedai membaiki alat pendingin hawa miliknya.
“Ini bukan kejadian pertama kerana sejak saya membuka kedai ini sembilan tahun lalu, pernah terjadi beberapa letupan kecil pada pencawang alat ubah itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Jurutera Keselamatan TNB Kedah, Zamri Che Ani ketika dihubungi berkata, pihak TNB masih menyiasat kejadian itu dan akan memberikan kenyataan hari ini.
YAN: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melecur teruk selepas disambar api, manakala rakannya cedera dalam kejadian letupan membabitkan sebuah pencawang alat ubah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pekan Guar Cempedak, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pencawang berkuasa 300 Kilo Watt (KVA) itu meletup sebelum api besar menjulang dan menyambar wayar elektrik di depan deretan rumah kedai berhampiran selain membakar kereta Perodua MyVi dan Mazda Estina. Difahamkan, mangsa, Izzatun Nabila Abdul Karim, 17, bersama seorang rakannya menunggang motosikal menuju ke Pusat Latihan Memandu yang terletak kurang 10 meter dari pencawang berkenaan, untuk mendaftar bagi mengambil ujian berkomputer untuk mendapatkan lesen memandu.
Ketika sedang melalui kawasan berkenaan, tiba-tiba pencawang meletup sebelum menghasil api besar yang menyambar kedua-dua remaja terbabit yang kebetulan berada kurang lima meter dari tempat kejadian. Izatun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, di sini, melecur sebahagian tubuh kemudian dibawa ke Hospital Yan di sini, oleh orang awam sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar manakala rakannya hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Guar Cempedak ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam untuk mengawal api.