Monday, January 11, 2010

Pencawang TNB Meletup

Tubuh terbakar ditimpa pencawang TNB

Oleh Riadz Radzi
am@hmetro.com.my / 11.01.2010

GUAR CHEMPEDAK: “Saya terdengar letupan kuat dan menyangka kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, apabila keluar dari kedai, saya terkejut melihat seorang remaja perempuan meraung kesakitan dengan sebahagian tubuhnya terbakar,” kata Keoh Lee Lee, 52, saksi kejadian letupan pencawang alat ubah voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pekan ini, petang semalam.

SAKIT...Izzatun dirawat di HSB, Alor Star.

MELETUP...pencawag alat ubah TNB yang meletup dan mencederakan dua mangsa, semalam. TERBAKAR...ibu tiri Izzatun Nabila, Nurul Faezah Mohamad menunjukkan baju yang dipakai mangsa.
MELETUP...pencawag alat ubah TNB yang meletup dan mencederakan dua mangsa, semalam.
Kejadian itu turut memusnahkan sebuah Perodua Myvi serta merosakkan sebuah Mazda Astina selain sebuah motosikal yang diletak berhampiran pencawang berkenaan.Keoh yang juga pemilik sekolah memandu berada hanya 10 meter dari pencawang itu berkata, ketika kejadian dia sedang membuat kerja dalam pejabatnya. “Sebaik melihat remaja itu meraung kesakitan, beberapa kakitangan saya membantu memadamkan api pada badannya. Mereka kemudian membantu menanggalkan pakaiannya dan menyelimutinya dengan kain dan dibawa ke belakang pejabat,” katanya. Izzatun kemudian dibawa orang ramai ke Hospital Yan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star dan ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran.
Difahamkan, Izzatun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, Guar Chempedak, ketika kejadian baru saja meletakkan motosikal dinaiki bersama rakannya itu di depan sekolah memandu berkenaan sebelum pencawang alat ubah terbabit tiba-tiba meletup dan terbakar. Mangsa dikatakan mahu ke sekolah memandu itu untuk menduduki ujian berkomputer bagi mengambil lesen memandu. Pemilik Mazda Astina, Hooi Teh Kheok, 45, berkata kejadian berlaku betul-betul di depan kedai membaiki alat pendingin hawa miliknya.
“Ini bukan kejadian pertama kerana sejak saya membuka kedai ini sembilan tahun lalu, pernah terjadi beberapa letupan kecil pada pencawang alat ubah itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Jurutera Keselamatan TNB Kedah, Zamri Che Ani ketika dihubungi berkata, pihak TNB masih menyiasat kejadian itu dan akan memberikan kenyataan hari ini.
Remaja melecur badan pencawang TNB meletup
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my / 11.01.2010
KERETA Perodua MyVi yang rosak teruk selepas disambar api.

YAN: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melecur teruk selepas disambar api, manakala rakannya cedera dalam kejadian letupan membabitkan sebuah pencawang alat ubah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pekan Guar Cempedak, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pencawang berkuasa 300 Kilo Watt (KVA) itu meletup sebelum api besar menjulang dan menyambar wayar elektrik di depan deretan rumah kedai berhampiran selain membakar kereta Perodua MyVi dan Mazda Estina. Difahamkan, mangsa, Izzatun Nabila Abdul Karim, 17, bersama seorang rakannya menunggang motosikal menuju ke Pusat Latihan Memandu yang terletak kurang 10 meter dari pencawang berkenaan, untuk mendaftar bagi mengambil ujian berkomputer untuk mendapatkan lesen memandu.

Ketika sedang melalui kawasan berkenaan, tiba-tiba pencawang meletup sebelum menghasil api besar yang menyambar kedua-dua remaja terbabit yang kebetulan berada kurang lima meter dari tempat kejadian. Izatun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, di sini, melecur sebahagian tubuh kemudian dibawa ke Hospital Yan di sini, oleh orang awam sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar manakala rakannya hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Guar Cempedak ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam untuk mengawal api.
IZZATUN Nabila ditemani bapanya, Abdul Karim Awang di Hospital,
Alor Setar semalam untuk mendapat rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment