Wednesday, January 20, 2010

Bank bantu Wanita

Bank Muamalat sedia bantu wanita jaga parkir

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat sedia membantu menyelesaikan masalah seorang penjaga tempat letak kereta, Halimaton Din, 41, yang disaman bank berkenaan dan diisytihar muflis berikutan kegagalan wanita itu membayar semula pembiayaan kenderaan Toyota Estima.Dalam kenyataan akhbar oleh Jabatan Komunikasi Korporat bank itu, wanita terbabit diminta menghubungi Ketua Bahagian Pusat Kawalan dan Pemulihan Kredit (Sentral II), Bandar Tasik Selatan, Shaharuddin Ishak di talian 03-90513150 03-90513150 dengan segera.Berdasarkan rekod, pihak bank mengesahkan Halimaton adalah pelanggannya dan ada membuat permohonan pembiayaan terbabit. Bagaimanapun, pihak bank tidak dimaklumkan mengenai kecurian kad pengenalan. Kelmarin, mahkamah mengisytiharkan wanita berkenaan muflis selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman kenderaan itu. Bagaimanapun, ibu kepada lima anak berusia 3 bulan hingga 20 tahun yang bekerja sebagai penjaga parkir di KL Sentral itu mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah Toyota Estima. Peguam bank berkenaan turut mengemukakan petisyen pemiutang terhadap Halimaton bagi menuntut RM167,170.11 sehingga 19 Februari 2008.
Tuntutan itu berkaitan pembelian Toyota Estima 2.4, yang didakwa Halimaton dibeli orang lain, tetapi menggunakan kad pengenalannya yang hilang sebulan sebelum itu.

No comments:

Post a Comment