Wednesday, January 6, 2010

LPKP Kena 3 Tindakan Terhadap Sani Express

Permit bas dibekukan

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan KUMARA SABAPATTY
berita@kosmo.com.my / 06.01.2010
TINDAKAN LPKP membekukan permohonan permit baru selama setahun terhadap syarikat bas Sani Express menjadi peringatan kepada semua syarikat lain supaya tidak mengabaikan nyawa penumpang.

KERATAN Kosmo! 27 Disember lalu.

KUALA LUMPUR - Permit bagi 25 buah bas Sani United Express Sdn. Bhd. (Sani) dibekukan berikutan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pada awal pagi 26 Disember lalu. Permit bas dua tingkat dengan nombor pendaftaran WSX 5010 yang terbabit dalam nahas itu dibatalkan serta-merta manakala permit untuk 24 buah bas lain tidak akan diperbaharui selama setahun selepas ia tamat.
Ini bermakna Sani tidak lama lagi akan berhadapan dengan keadaan di mana sebuah demi sebuah bas ekspres miliknya terpaksa 'direhatkan' setahun selepas prosedur pembaharuan permit setiap kenderaan itu dibekukan.

HALIMAH dan Mohamed Nazri pada sidang akhbar pengumuman tindakan tegas terhadap Sani Express di Kuala Lumpur semalam.

Syarikat itu juga diberi tempoh sebulan untuk meningkatkan sistem tadbir urus pemandunya sebagai jaminan keselamatan penumpang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, urusan pembekuan permit itu membabitkan prosedur permohonan baru, pembaharuan lesen atau permit serta ubah syarat.

"Inilah hukuman setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam selepas memperoleh hasil siasatan jawatankuasa inkuiri nahas tersebut.


LPKP kena tiga tindakan terhadap Sani Express

BHARIAN / 05.01.2010
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengenakan tiga tindakan terhadap pengendali bas Sani Express berikutan kemalangan maut yang mengorbankan 10 penumpang pada awal pagi 26 Disember lalu. Tindakan itu ialah membatalkan permit bas bernombor pendaftaran WSX 5010 yang terbabit dalam kemalangan berkenaan, membekukan semua urusan pelesenan termasuk permohonan baru, memperbaharui permohonan dan ubah syarat bagi tempoh setahun serta mempertingkatkan sistem pengurusan pemandu syarikat dalam tempoh setahun, berkuat kuasa serta merta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tindakan itu diambil susulan kemalangan maut membabitkan kenderaan syarikat berkenaan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan hala utara. Nazri berkata, sebagai langkah menambah baik sistem pengurusan syarikat bas ekspres, LPKP juga mensyaratkan pelaksanaan sepenuhnya Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar (SHE) ke atas semua syarikat, berkuat kuasa serta merta. Katanya, SHE yang mengandungi empat aspek iaitu pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan perjalanan dan risiko serta pengurusan dokumen berkaitan, sebelum ini hanya dijadikan garis panduan dan diamalkan secara sukarela. "Kegagalan mematuhi syarat itu akan mengakibatkan tindakan diambil terhadap syarikat yang berkenaan dan lesen tidak akan dikeluarkan," katanya pada sidang media khas selepas Mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut di Banguna Parlimen hari ini.

LPKP ambil 3 tindakan ke atas Sani Express

05/01/2010 = 6:21pm = UM
KUALA LUMPUR 5 Jan – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil tiga tindakan ke atas Sani United Express Sdn. Bhd. berikutan kemalangan maut membabitkan salah sebuah bas milik syarikat itu pada 26 Disember lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu,

Tiga tindakan itu ialah:
* Membatalkan permit pendaftaran WSX5010
* Membekukan semua urusan pelesenan bas-bas syarikat itu selama setahun
* Mengarahkan syarikat itu meningkatkan sistem urus tadbir pemandunya dalam tempoh seminggu.
- Utusan

No comments:

Post a Comment