Saturday, January 23, 2010

Satu Hari Seminar

"SATU (1) HARI SEMINAR" ini merupakan program latihan bagi menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk semua tempat kerja anjuran NIOSH dengan kerjasama PERKESO - JKKP dan KIMBERLY CLARK PROFESSIONAL untuk mencapai matlamat "Kemalangan Sifar & Mewujudkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat".

Terdapat beberapa akta di Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek pengawalan & penyeliaan bagi tanggungjawab majikan dan tanggungjawab pekerja untuk mengurangkan risiko kemalangan dan bahaya-bahaya di tempat kerja demi memastikan setiap pekerjaan adalah selamat untuk bekerja .

Pemahaman berkenaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini adalah tanggungjawab semua pekerja dan setiap pekerja swasta adalah dilindungi oleh insurans di bawah AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969 & PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1971 (PERKESO).

Setiap pekerja merupakan satu aset yang berharga bagi Negara, kerana setiap pekerjaan adalah tunjang pembangunan untuk setiap sektor bagi memantapkan ekonomi Malaysia. Oleh itu setiap majikan di Malaysia harus memahami peranan AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TAHUN 1994 (OSHA) & AKTA KILANG DAN JENTERA TAHUN 1967 di bawah penyeliaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH).

NIOSH akan membuat roadshow "SATU (1) HARI SEMINAR" untuk setiap negeri dengan setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00 dan sijil penyertaan untuk peserta program ini akan disediakan oleh pihak NIOSH.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari http://www.niosh.com.my/seminar/socso.html Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja.

No comments:

Post a Comment