Sunday, January 3, 2010

Tanah Runtuh

15 maut tertimbus tanah runtuh, banjir kilat di barat daya Brazil

BHARIAN
RIO DE JANEIRO: Seramai 15 maut apabila banjir kilat dan tanah runtuh melanda sebuah hotel ketika orang ramai sedang meraikan sambutan tahun baru di sebuah pulau di barat daya Rio de Janeiro, semalam. Kejadian itu juga menyebabkan beberapa lagi dikhuatiri hilang akibat terperangkap dalam lumpur dan sisa runtuhan bangunan. Lereng bukit yang terletak di tepi hotel berkenaan dikatakan runtuh dengan membawa lumpur, batu dan pokok menghempap hotel di Pulau Ilha Grande itu.

Bencana itu menyusul selepas banjir besar akibat hujan lebat berlaku di negara itu dengan setakat ini 44 orang dilaporkan terkorban. "Ia satu pemandangan yang amat menakutkan. Batu dan tanah lumpur gunung menimbuskan bangunan hotel," kata Timbalan Gabenor Rio, Luiz Fernando Pezao. Pihak berkuasa berkata, ketika kejadian Hotel Sankay berkenaan penuh dengan kira-kira 40 pengunjung yang berkumpul meraikan kedatangan tahun baru di depan pintu masuk hotel. - AFP

PEMANDANGAN selepas kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda sebuah hotel di sebuah pulau di barat daya Rio de Janeiro, semalam. Lereng bukit yang terletak di tepi hotel berkenaan dikatakan runtuh dengan membawa lumpur, batu dan pokok menghempap hotel di Pulau Ilha Grande itu. - Foto AP/Reuters

No comments:

Post a Comment