Thursday, April 29, 2010

Siling Bangunan Runtuh

Siling bangunan DUN Pulau Pinang runtuh

Keadaan dalam dewan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berikutan kejadian siling runtuh secara tiba-tiba kiri-kira pukul 3.30 petang di Lebuh Light, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG- Siling bahagian galeri awam bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di Lebuh Light di sini runtuh petang ini, tiga hari sebelum Persidangan Penggal Ketiga DUN Ke-12 dijadualkan berlangsung. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, siling di galeri berkenaan yang menempatkan tempat duduk untuk orang awam, pemberita dan pencatat minit DUN runtuh secara tiba-tiba. Kejadian itu disedari oleh beberapa orang pekerja yang sedang membuat kerja-kerja rutin di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana kebanyakan pekerja berada di luar bangunan. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan bangunan berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang ini mendapati beberapa pekerja, pihak polis dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang sibuk menjalankan kerja masing-masing. Namun, orang awam, pemberita dan pihak-pihak lain tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut yang dikawal rapi. Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh daripada JKR berhubung insiden itu. 'Setakat ini apa yang saya diberitahu runtuhan melibatkan keseluruhan siling bahagian galeri awam yang mampu memuatkan 65 orang. ''Jika kerja-kerja membaiki kerosakan tidak dapat disiapkan dalam masa dua hari, kemungkinan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-12 yang bermula Isnin ini akan dipindahkan ke tempat yang lain. Bagaimanapun, keputusan mengenainya hanya akan dibuat bila laporan penuh diterima," katanya. Ketika ditanya kemungkinan sidang berkenaan akan ditangguh buat kali kedua bagi tahun ini, Abdul Halim berkata, pihaknya mempunyai alternatif lain. Menurutnya, antara langkah yang boleh diambil termasuk memindahkan lokasi persidangan ke kawasan lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Pada 19 April lalu, persidangan berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan keuzuran Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. Beliau tidak dapat menyempurnakan majlis perasmian DUN kerana dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) ekoran masalah kesihatan. Namun, semalam beliau dibenarkan keluar dari HPP selepas menerima rawatan penyakit berkaitan paru-paru sejak 18 April lalu. Abdul Halim dijangka akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut di bangunan DUN pada pukul 9.30 pagi esok.

MRSM Bentong DiTutup

MRSM Bentong ditutup setahun
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK

SEBAHAGIAN pelajar MRSM Bentong yang tiba untuk menyambung persekolahan di MRSM Pekan semalam.

PEKAN – Semua 804 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dipindah ke MRSM Pekan di sini semalam disebabkan berlaku runtuhan tanah berhampiran sekolah itu sejak 8 Disember lalu. Sekolah tersebut juga akan ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaik pulih cerun bukit yang runtuh dijalankan. Runtuhan itu berlaku kira-kira 50 meter dari salah sebuah blok pangsapuri lima tingkat yang menempatkan guru-guru sekolah berkenaan. Ia dikhuatiri membahayakan penghuni dan pelajar. Menurut Pengetua MRSM Bentong, Mohd. Yusoff Hassan, perpindahan tersebut juga melibatkan 74 orang guru dari sekolah itu yang akan mula mengajar di MRSM Pekan.

Kapal Tunda DiRompak

Lagi kapal tunda Singapura dirompak diperairan Kuantan
Gambar Hiasan
SINGAPURA: Sebuah kapal tunda berdaftar di Singapura dirompak ketika belayar di perairan Kuantan malam semalam oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan parang.Pusat Perkongsian Maklumat Perjanjian Kerjasama Serantau Bagi Membanteras Pelanunan dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP ISC) di sini berkata, ketika kejadian kapal tunda itu, PU 2402 sedang menunda sebuah baj yang dipenuhi muatan arang batu. Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, kapal tunda itu sedang belayar dari Sungai Serongga, selatan Kalimantan menuju ke Mahachai, Thailand sebelum dinaiki kumpulan lelaki berkenaan yang kemudian bertindak mengikat malim dan sembilan anak kapal. Perompak kemudian merampas wang tunai dan barang berharga anak kapal termasuk komputer riba dan telefon bimbit mereka sebelum meninggalkan kapal tunda tersebut dengan sebuah bot kecil. Kapal tunda itu kemudian ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Pulau Tenggol kira-kira 1.25 pagi tadi dan diiring ke Kuala Dungun, Terengganu untuk siasatan. Kejadian itu adalah kali kedua dalam masa seminggu membabitkan kapal tunda Singapura di perairan itu.-Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LagikapaltundaSingapuradirompakdiperairanKuantan/Article

2 Beradik Kebulur

Dua beradik tidak makan tiga hari

Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Ibu ghaib...” demikian ungkapan kata yang berulang kali diucapkan Mohd Fitri Roslan, 4, dan abangnya, Mohd Faiz, 5, sejurus diselamatkan seorang penduduk selepas ‘terkurung’ dalam rumah mereka di Taman Nilai, Negeri Sembilan, sejak tiga hari lalu. Lebih menyedihkan dua beradik terbabit terpaksa ‘berpuasa’ apabila tidak menjamah sebarang makanan sepanjang berada dalam kurungan itu, sebaliknya hanya meneguk air paip untuk membasah tekak serta mengalas perut. Disebabkan terlalu lapar selain keletihan, Mohd Fitri dan Mohd Faiz berada dalam keadaan tidak bermaya ketika ditemui kira-kira jam 10 pagi kelmarin. Difahamkan, penderitaan dua beradik berkenaan hanya terbongkar selepas seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lan, 42, mendakwa terdengar tangisan kanak-kanak sejak Sabtu lalu, namun tidak mengendahkannya. Lan berkata, pada mulanya dia menyangkakan dua beradik berkenaan bergaduh, tetapi mula curiga apabila tangisan itu masih didengari hingga kelmarin. “Saya yang curiga dengan keadaan itu mengetuk pintu rumah berkenaan, namun tiada sebarang jawapan sebaliknya bunyi tangisan kian perlahan. “Bimbang berlaku perkara buruk, saya bertanya kepada jiran sebelah rumah berkenaan, namun tetangga itu mendakwa dia tidak tahu-menahu sebaliknya hanya mengakui turut mendengar tangisan kanak-kanak sejak beberapa hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Lan, selepas gagal menghubungi bapa kanak-kanak berkenaan, Roslan Ariffin, 40, dia memecahkan pintu rumah sebelum mendapati Mohd Fitri dan Mohd Faiz terbaring di ruang tamu dalam keadaan lemah sambil menangis. “Sebaik ditanya di mana ibu mereka pergi, kedua-dua kanak-kanak berulang kali mengatakan ‘ibu ghaib...’ menyebabkan saya terkejut,” katanya. Lan berkata, dia kemudian menghubungi bapa kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Roslan sebelum memaklumkan kejadian berkenaan. Sementara itu, Roslan berkata ketika diberitahu mengenai keadaan kedua-dua anaknya itu, dia berada di utara tanah air kerana urusan kerja. Menurutnya, dia yang terkejut dengan berita itu bergegas pulang ke rumah di Taman Nilai, sebelum berusaha mencari isterinya di kawasan berkenaan. “Saya bimbang kerana isteri, Surniyah Baharudin, 35, saya kurang sihat, apatah lagi sebelum ini dia tidak pernah meninggalkan rumah. Lagipun, dia tidak membawa sebarang dokumen ataupun duit,” katanya. Berikutan itu, Roslan berkata dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 012-9148972. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duaberadiktidakmakantigahari/Article

Wednesday, April 28, 2010

Kes H1N1 Di MRSM Bentong

50 kes kluster H1N1 di MRSM Bentong
Gambar Hiasan

KUANTAN: Sebanyak 50 kes kluster simptom Influenza A (H1N1) dikesan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, sehingga semalam.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata, daripada jumlah itu, seramai 16 pelajar yang terdiri daripada 10 pelajar perempuan dan enam lelaki masih ditempatkan di bilik pengasingan di sekolah berkenaan. Beliau berkata, tiga daripada mereka dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimanapun, katanya, kesemua pelajar itu sudah diberikan antiviral dan berada dalam keadaan stabil serta tidak kritikal dan kini dipantau pakar perubatan. "Seramai 31 pelajar pula sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan diberikan penerangan mengenai aspek pencegahan dan kawalan yang perlu dilakukan sepanjang tempoh pengasingan di rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong akan terus menjalankan pemantauan setiap hari ke atas pelajar dan kakitangan MRSM itu bagi mengesan sebarang kes baru jika ada.-Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/50kesklusterH1N1diMRSMBentong/Article

Mati DiBelasah Jiran

Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh jirannya sendiri, hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu besbol dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi. Beliau berkata, kejadian itu bermula dengan perbalahan Chung Sin dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga membuatkan jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke dalam rumah dan mengambil kayu besbol. "Chung Sin pada mulanya menegur jirannya yang berusia 51 tahun itu kerana membuang sampah di hadapan rumahnya namun suspek terus berang dan memarahi Chung Sin," katanya kepada pemberita di Dataran Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini. "Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol, dan memukul Chung Sin hingga dia cedera parah," tambahnya. Ku berkata, Chung Sin yang dikatakan menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri terus tersungkur dan mati di tempat kejadian sebaik sahaja kayu besbol itu mengenai kepalanya. "Chung Sin yang tidak mempunyai pekerjaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh anak saudaranya dan jiran-jiran lain, namun beliau disahkan meninggal dunia," katanya. Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan seorang suspek bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini bagi membantu siasatan. Mayat Chung Sin kini berada di HKL untuk bedah siasat, dan kes itu disiasat mengikut Sekyen 302 Akta Kanun Keseksaan, berkaitan kes bunuh. -Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakimatidibelasahjirankeranategurbuangsampah/Article

Kilang Terbakar

Kilang pewangi terbakar, kerugian RM1 juta

Sebahagian bumbung kilang memproses dan mengetin pewangi runtuh akibat kebakaran di Rawang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR- Kebiasaannya kebakaran bangunan akan mengakibatkan bau busuk, namun sebaliknya berlaku apabila sebuah kilang memproses dan mengetin pewangi di kawasan Perindustrian Bersepadu Rawang dekat sini, terbakar hari ini. Dalam kebakaran pada pukul 11.21 pagi yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1 juta itu, ia turut mengejutkan ramai penduduk di sekitarnya setelah tiba-tiba terhidu bau wangi. Difahamkan, kilang Yes Dynamic Sdn. Bhd. itu menjalankan perusahaan memproses dan mengetin pewangi dalam bentuk gel untuk kenderaan, rumah, tandas dan bilik mandi. Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Othman Husain berkata, sebanyak enam jentera bomba bersama 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Selayang, Batu Arang serta Sungai Buloh termasuk Bomba Sukarela dikejarkan sejurus menerima maklumat. ''Semasa kejadian, terdapat kira-kira 30 pekerja berada di kilang tersebut tetapi mereka semua tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri. ''Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari tengah kilang yang menempatkan pelbagai jenis bahan kimia untuk menghasilkan minyak wangi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Difahamkan, pemilik kilang baru sahaja memindahkan operasi di bangunan tersebut selepas kilang lama yang terletak di seberang jalan terbakar sebelum ini. Menurut Othman, kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak pada pukul 12.10 tengah hari. ''Punca dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan tetapi pemilik kilang menganggarkan kerugian lebih RM1 juta," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Tuesday, April 27, 2010

Adik Bukan Penjenayah

'Adik bukan penjenayah'
Oleh Abdullah Wahab

KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.

SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.

PILU...(gambar bawah) ibu Aminulrasyid turut di luar bilik mayat HTAR. Gambar atas arwah Aminulrasyid.

Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati. “Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam. Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya. Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah. Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya. “Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki. “Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini. Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga. “Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang. “Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku. Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri. “Saya tak tahu siapa kawannya itu. Tapi kejadian ini amat tragis dan memilukan,” katanya, menambah kali terakhir berjumpa adiknya minggu lalu ketika menghadiri majlis hari jadi seorang sanak saudaranya. Turut berada di Rumah Mayat HTAR, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan timbalannya, Superintendan M Chandra. Jenazah Aminulrasyid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, selepas solat Maghrib. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Adikbukanpenjenayah/Article

Hilang 'Mahkota' Dalam Tandas

Hilang ‘mahkota’ dalam tandasGambar Hiasan

MELAKA: Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini. Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan. Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah.

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang kedua siap tahun 2013

Ismail Mohamed Taib (kanan) bertukar dokumen perjanjian pembinaan jambatan Pulau Pinang kedua dengan Sun Liang, sambil diperhatikan Awang Adek Hussin di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR- Isu konsesi dan projek pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua bernilai RM4.5 bilion kini dianggap selesai dengan termeterainya perjanjian kontrak antara tiga pihak terlibat hari ini. Perjanjian itu dimeterai oleh syarikat khas Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Chec Construction (M) Sdn. Bhd. (Chec) dan UEM Builders Bhd. (UEM Builders). JKSB merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, yang dilantik sebagai pemegang konsesi untuk projek tersebut. Pengerusi JKSB, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, majlis memeterai perjanjian itu, menyaksikan penganugerahan kontrak untuk Pakej 1 dan Pakej 2 kepada dua kontraktor utama. ''Pakej 1 diberikan kepada Chec yang melibatkan sub struktur, navigasi jarak utama (main navigation span) dan kerja-kerja asas bagi jarak. ''Manakala Pakej 2 diberikan kepada UEM Builders yang melibatkan kerja-kerja struktur utama bagi jarak (super structure works). Kedua-dua kontraktor bertaraf dunia itu dipilih berdasarkan merit dan rekod prestasi yang baik,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak antara JKSB diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Ismail Mohamed Taib, Pengarah Urusan Chec, Sun Liang dan Pengarah Urusan UEM Builders, Datuk Ridza Abdoh Salleh di sini hari ini. Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer yang merupakan terpanjang di Asia Tenggara apabila siap kelak akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Semenanjung. Projek itu telah dimulakan sejak 2008 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2013. Jarak antara jambatan pertama dan kedua adalah kira-kira lapan kilometer. Sulaiman berkata, setakat ini kerja-kerja pembinaan jambatan itu telah 24 peratus siap. Projek pembinaan jambatan ini akan dibiayai oleh Export-Import Bank of China (China Exim), Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (BPMB). Sebelum ini, projek jambatan berkenaan dihantui kemelut berkaitan konsesi dan kerja-kerja kontrak sehingga membawa kepada penubuhan sebuah syarikat khas (SPV) milik penuh kerajaan sebagai pemegang konsesi Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang seterusnya mengagihkan kontrak membina jambatan itu. SPV yang diberi nama Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKPP), dan mengurangkan 40 peratus daripada kos kontrak yang sepatutnya diberikan kepada UEM Builders Bhd pada awalnya. Berikutan penubuhan JKPP, surat anugerah Chec dan UEM Builders, masing-masing melibatkan wang berjumlah RM2.3 bilion dan RM1.3 bilion bagi pembinaan bahagian-bahagian tertentu jambatan itu. Sementara itu, sebahagian besar agihan kerja yang diberikan kepada Chec tidak berubah daripada kontrak asal, tetapi yang diberikan kepada UEM Builders telah dikurangkan sebanyak RM900 juta. UEM Builders, sebelum ini dikatakan tidak begitu menyenangi pengurangan kontrak itu dan tidak menunjukkan tanda-tanda sama ada mahu menerima tugasan itu di bawah syarat-syarat sekarang. Selain itu, Ismail berkata, pembinaan jambatan kedua itu dapat mengurangkan sebanyak 20 peratus kesesakan lalu lintas yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang sedia ada. ''Secara purata, kini terdapat 100,000 kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang setiap hari dan pembinaan jambatan kedua dapat menarik sebanyak 20 peratus pengguna sedia ada. ''Kami juga akan mempunyai sistem kerjasama antara kedua-dua jambatan bagi mengelakkan kesesakan berlaku dengan memaparkan keadaan lalu lintas pada waktu sebenar di atas kedua-dua jambatan dan memudahkan pengguna memilih laluan mereka,'' jelasnya. Ketika ditanya mengenai penganugerah Pakej 3 kepada kontraktor lain, Ismail berkata, JKSB telah menutup tender tawaran dan pada bulan hadapan perbincangan pemilihan kontraktor akan dimulakan. ''Menjelang akhir Mei, kerja-kerja untuk Pakej 3 akan dapat dimulakan dan pengumuman kontraktor akan dibuat,'' katanya. Sementara itu, Awang Adek berpendapat, projek mega ini bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi juga kawasan sekitar. ''Selain mengurangkan kesesakan ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi. Ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan China bukan sahaja dari segi kepakaran tetapi juga kewangan,'' katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Tiga Kereta Melambung

Paip pecah: Tiga kereta 'melambung'
Gambar Hiasan
Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing "melambung" terkena tekanan pancutan air dari paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti, Bangsar, hari ini.Tiga kereta itu yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air deras.Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan.Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton turut melambung terkena tekanan air itu dengan kereta Honda itu terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas manakala kereta Proton itu terbabas dan berpusing.Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton pula dilaporkan mengalami cedera ringan. Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah."Ia mungkin disebabkan kerja-kerja penggantian paip baru oleh syarikat berkaitan. Ini turut mengakibatkan terbentuknya lubang sedalam 15 kaki," katanyakepada pemberita di tempat kejadian di Kuala Lumpur.Katanya pemandu kereta yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan oleh orang awam yang turut membantu mengeluarkan mangsa-mangsa dari kenderaan masing-masing.- Bernama

Monday, April 26, 2010

Gempita Tsunami Udara

Gempita tsunami udara

Oleh ADHAM SHADAN dan FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
Letusan gunung berapi yang dilitupi ais di Iceland telah menyebabkan negara-negara Eropah diselubungi debu hitam minggu ini.
“IA sangat aneh, hanya satu kejadian gunung berapi seluruh Eropah terjejas,” kata Claire Maertens, 49, seorang pelancong Belgium yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand kerana penerbangan ke kampung halamannya di barat laut Eropah dibatalkan ekoran fenomena letusan gunung berapi di bawah glasier di Iceland. Hakikatnya memang begitu. Kepulan debu hitam daripada letusan Gunung Berapi Eyjafjallakokull, Iceland minggu lalu itu telah meliputi seluruh langit Eropah. Ia menyebabkan 100,000 penerbangan yang merentasi ruang angkasa benua itu dibatalkan dan syarikat penerbangan kerugian sebanyak AS$1.7 bilion (RM5.44 bilion) iaitu yang terburuk dalam sejarah. Seramai 1.2 juta penumpang terkandas setiap hari telah mencorakkan pelbagai ragam dan huru-hara. Tidak kurang yang naik angin apabila bercerita terlepas urusan perniagaan, temu janji dan majlis perkahwinan. Anak Malaysia yang menetap di Dublin, Ireland, Hazman Abdul Hamid, 37, merasa tempiasnya akibat letusan itu.

KILAT terbentuk dalam asap letusan akibat geseran antara partikel di dalamnya.

Tertangguh
Sebagai Pengurus Sumber di sebuah syarikat rekaan dalaman, Brian S. Nolan resah kerana barang yang ditempah masih belum tiba biarpun pesanan dibuat sebelum beliau bercuti Spring Week lagi. “Saya masih menunggu ketibaan barang-barang yang telah dipesan dari United Kingdom, Eropah dan beberapa bahagian dunia yang lain.

KIRA-KIRA 700 penduduk di sekitar Eyjafjallakokull diarah meninggalkan kediaman masing-masing.

“Sepatutnya semua barang itu tiba sebaik saya pulang daripada bercuti tetapi nampaknya kerja terpaksa ditangguhkan dan saya perlu terus menunggu sehingga laluan udara dibuka dan kesemua barang yang dipesan tiba,” kata Hazman. Ketika dunia sedang panik berdepan dengan kesan letusan gunung berapi itu, chef tersohor negara dan diiktiraf dunia, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail, 52, sedang terkandas di London. “Saya sedang bingung sekarang. Saya tidak tahu sampai bila saya akan terkandas di sini. “Dua, tiga malam sejak kebelakangan ini memang saya tidak nyenyak tidur kerana saya sepatutnya sudah terbang pulang ke Malaysia pada 19 April lalu untuk memenuhi beberapa undangan,” ujarnya ketika dihubungi Rabu lalu.

TERKANDAS di lapangan terbang ialah antara kesan yang jelas kelihatan susulan dari musibah letusan Eyjafjallakokull.

Sepatutnya, jika merujuk jadual yang telah diatur, Chef Wan sedang berucap dalam sebuah seminar di Petronas Melaka pada hari itu. Pada 25 April pula, beliau bertanggungjawab membuat demonstrasi pada Pesta Makanan Selangor yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Terbang langsung ke London dari Pulau Mauritius lima hari sebelum itu, Chef Wan berada London bagi membuat rakaman televisyen sebagai tetamu siri The Market Kitchen untuk saluran UK Food Network. “Pada masa yang sama saya memenuhi undangan untuk membuat persembahan masakan di World Gourmand Cookbook Celebrity Chef Performance Theater sempena Pesta Buku London,” kongsinya. Pemandangan kelam-kabut di kaunter tiket kereta api dan feri di mana kesemua tiket untuk dua minggu habis ditempah juga tidak membantu mententeramkan perasaannya. Sedangkan cuaca di London pada ketika itu, kata Chef Wan, masih cerah. “Orang ramai sudah mula bimbang kalau-kalau letusan gunung berapi itu bertambah serius. Kalau ia terjadi, bencana alam besar menanti. “Terfikir juga, kalau ditakdirkan saya meninggal dunia kerana bencana itu, biarlah di tanah air sendiri, bukan di negara orang,” luahnya yang mendapat berita tentang letusan itu melalui jurukamera ketika membuat rakaman. Melihat paparan klip rakaman letusan itu di televisyen juga sudah menakutkannya. “Suasana di sini menjadi kelam-kabut. Saya menjadi takut ketika melihat laporan berita bahawa orang ramai sehinggakan bertumbuk di lapangan terbang kerana hilang sabar berebut hendak menuju ke destinasi masing-masing. “Dalam fikiran saya tanda-tanda kecil kiamat sudah bermula kerana mengenangkan ceramah ulama yang sempat saya dengar, manusia digambarkan menunjukkan perangai buruk mereka dalam keadaan seperti ini ketika menghampiri kiamat,” luah Chef Wan. Rancang Chef Wan, beliau mahu cuba menaiki feri ke Perancis pada keesokan harinya.

Jalan pulang

“Mana tahu ada feri tambahan ke Perancis. Sampai di Perancis saya akan cuba dapatkan feri ke Sepanyol dan selepas itu ke Casablanca, Maghribi. Dari sana, saya akan naik kapal terbang ke Dubai dan balik ke Malaysia,” cerita bapa kepada aktres Serena Redzuawan itu. Berita baiknya, Chef Wan dilaporkan berjaya pulang pada Jumaat lalu melalui penerbangan langsung dari London ke Malaysia. Berbalik kepada kejadian gunung berapi di Iceland, panggilan telefon daripada seorang pegawai perlindungan sivil pada pukul 2 pagi 15 April 2010 menjadi amaran pertama buat penduduk ladang Thorvaldseyri bahawa gunung berapi yang dilitupi ais, Eyjafjallajokull, yang berada berdekatan kediaman mereka akan meletus dalam 20 minit.
Jika mereka terus tinggal di ladang tenusu itu mereka mungkin akan dihanyutkan cairan salji akibat pembebasan tenaga yang sudah bermula di dalam gunung berapi yang terletak enam kilometer dari situ. Itulah letusan besar-besaran kali pertama gunung berapi itu sejak tahun 1821. Selama ini ia diam sahaja dan tidak dikenali dunia. Namun, pada hari itu, nama gunung berapi yang sukar untuk disebut itu mengisi muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa setelah menjadi penyebab ruang udara barat Eropah dan Scandinavia diselubungi debu.

Kira-kira 700 penduduk diarah meninggalkan kawasan itu. Sedangkan, lembu tenusu dan kesemua harta mereka masih di ladang itu. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, berdasarkan abu hitam yang meletus keluar daripada gunung berapi itu, maka boleh disifatkan satu letupan yang amat dalam di dalam perut bumi telah berlaku.

Terburuk

“Ia memang suatu bencana yang dahsyat. Bahkan, ada pihak yang menyifatkan ia sebagai bencana terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Ia seperti mencetuskan tsunami di udara.
“Debu kehitaman yang keluar menandakan telah berlaku letupan atau perlanggaran plat yang begitu dalam iaitu di teras bumi. Abu hitam mengandungi kandungan teras bumi seperti nikel dan besi. “Berbanding gunung berapi yang biasa di Asia Tenggara mengeluarkan abu yang berwarna putih kerana letupan berlaku di kawasan kerak bumi,” katanya.

HASIL ternakan dan tanaman terpaksa ditinggalkan semasa kecemasan akibat bencana itu.

Jelas Mohamad Ali, keadaan gunung di Iceland yang dilitupi glasier (ais kekal) memungkinkan letusan yang datang jauh lebih dalam kerana apabila tekanan yang melibatkan permukaan berais akan menyebabkan kesan yang lebih kuat. Letusan yang lebih kuat dan dalam menyebabkan abu naik menjulang tinggi ke langit berbanding letusan yang kurang kuat yang mengeluarkan lahar yang lebih banyak. Mohamad Ali berkata, saintis kini percaya berdasarkan kajian dan sejarah bahawa satu lagi letusan gunung berapi akan berlaku pada kembar Eyjafjallakokull iaitu Katla dan ia 10 kali ganda lebih besar.

RISIKO pesawat yang terbang dalam kepulan asap letusan gunung berapi ialah kerosakan enjin yang membolehkannya terhempas.

Bukan itu sahaja, tidak mustahil bencana gunung berapi akan berlaku di benua-benua yang lain kerana perlanggaran plat telah berlaku. Debu hitam yang berterbangan ditiup angin juga boleh menuju ke atmosfera benua lain. “Waktu berlaku letusan gunung berapi sukar untuk diramal. Kemungkinan juga terdapat implikasi-implikasi lain daripada letusan seperti kesihatan, perubahan iklim dan pemakanan dunia. Kalau masalah jerebu di negara kita, ia mungkin boleh terpadam dengan hujan. “Tapi di kawasan benua yang kurang menerima hujan, ia mungkin lebih sukar untuk hilang. Saintis perlu melakukan sesuatu misalnya pembenihan hujan,” katanya.

Pembaca Meter TNB Kena 6 Jahit

Pembaca meter TNB kena 6 jahit
Oleh Zulfa Mohamad
bhnews@bharian.com.my

PEMBACA meter TNB menerima enam jahitan di tangan kiri selepas dibaling kerangka perabot di sebuah kilang dekat Pekan Darat, Butterworth, semalam.
Mangsa dibaling kerangka perabot
BUTTERWORTH: Seorang pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja menerima enam jahitan di tangan kiri, malah alat pembaca meter (HHC) berharga RM10,000 turut rosak akibat dibaling kerangka perabot di sebuah kilang di Pekan Darat, di sini, semalam.
Mangsa berusia 51 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila dia menunggang motosikal memasuki kilang perabot berkenaan bagi memeriksa meter. Dia yang bertugas di pejabat TNB Seberang Jaya, menunggang motosikal masuk ke dalam kilang kerana kedudukan jangka meter agak jauh. Sebaik memasuki kawasan itu, seorang pekerja kilang menjerit ke arahnya dengan mengatakan motosikal tidak dibenarkan masuk ke dalam kilang. "Berikutan itu, saya cuba berpatah balik tetapi pekerja itu serta dua rakannya membaling kerangka perabot kayu menyebabkan saya berhenti. "Mereka kemudian membaling kerangka perabot ke arah kepala saya menyebabkan saya menepis dengan tangan kiri hingga cedera. HCC turut terjatuh dan rosak," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Dua di sini. Mangsa juga mendakwa tiga pekerja terbabit berusia antara 30-an hingga 40-an menendangnya beberapa kali tetapi dia sempat mengelak. "Selepas kejadian, saya mengambil motosikal keluar. Sebelum beredar seorang pekerja mencabar saya membuat laporan polis jika berani," katanya. Semalam adalah kejadian pertama diserang sejak bekerja sebagai pembaca meter 37 tahun lalu. Pengurus Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran TNB Seberang Jaya, Mohd Azhar Abdul Rashid, berkata pihaknya kesal dengan kejadian itu kerana mangsa hanya menjalankan tugas. "Kami menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Saturday, April 24, 2010

Peraturan Tarik Kereta II

Pembeli kereta lelong kecewa tindakan bank
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta yang menemani suaminya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini, terkejut apabila keretanya yang diletakkan di pusat rawatan berkenaan ditarik sebuah bank tanpa sebarang notis.Lebih membingungkan pemiliknya, bank yang menarik Proton Wira Aeroback itu bukan institusi kewangan yang memberi pinjaman sewa beli kenderaan kepadanya. Zarina Nordin, 48, berkata suaminya, Shofian Abddullah, 47, dimasukkan ke IJN pada 1 April lalu kerana saluran jantung tersumbat. “Disebabkan mahu menjaga suami, saya tidak tengok langsung kereta, tetapi meminta adik melihat keadaannya selepas dua hari diletakkan di tempat letak kereta IJN. “Bagaimanapun, saya terkejut apabila diberitahu Proton Wira Aeroback terpakai yang dibeli empat tahun lalu hilang,” katanya yang ditemui di IJN di sini, semalam. Menurutnya, dia membeli kereta yang dilelong sebuah bank pada harga RM17,000 dan membuat pinjaman sewa beli dengan bank lain. “Seorang pengawal keselamatan kemudian memaklumkan kereta itu sudah ditarik kira-kira jam 11 pagi, 3 April lalu oleh pihak bank yang melelong tanpa notis pemberitahuan. “Saya pelik bagaimana kereta boleh ditarik sedangkan saya tidak pernah gagal membayar pinjaman. Kami kemudian bergegas ke stor simpanan milik bank itu di Ulu Klang, tetapi tidak dibenarkan dibawa pulang. “Adik lelaki saya menghubungi bank yang memberi pinjaman dan kami sekali lagi terkejut kerana mereka tidak tahu mengenai perkara itu serta tidak pernah mengeluarkan surat kuasa kepada mana-mana pihak untuk menarik kenderaan itu,” katanya. Zarina berkata, dia kemudian menghubungi bank yang melelong kereta itu sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan sedangkan pinjaman dibuat di bank lain. “Saya pergi ke bank berkenaan, tetapi pegawai enggan melayan kami, sebaliknya memberi tahu pinjaman kereta itu sudah empat tahun tidak dibayar menyebabkan ia ditarik,” katanya. Dia berkata, tidak puas hati dengan tindakan itu, satu laporan dibuat di Pondok Polis IJN pada 3 April lalu dan dia juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap bank berkenaan.

Pelajar Ponteng Ditemui Maut

Pelajar ponteng ditemui maut dalam gaungGambar Hiasan
KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua yang ponteng sekolah bersama lima rakannya, ditemui mati dalam sebuah gaung di kawasan berbukit di Telok Lalang, Sungai Batu Pahat, dekat sini awal hari ini.Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat Mohd Ridzuan Baharom, 14, yang parah di bahagian muka dan kepala, ditemui polis tersangkut pada pokok jam 12.30 tengah malam tadi. Pelajar itu yang menuntut di sebuah sekolah menengah di Abi di sini, disedari hilang oleh keluarganya selepas tidak pulang ke rumah jam 6 petang semalam dan kakak Mohd Ridzuan membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 7 petang, katanya kepada pemberita di sini. Abdul Rahman berkata, polis bersama penduduk kampung itu melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan mengenai kehilangannya. Katanya, mangsa bersama lima rakan sekolahnya dipercayai menaiki bukit itu menggunakan tiga motosikal jam 11 pagi semalam. Semasa dalam pendakian bermotosikal itu, kenderaan yang ditunggangi Mohd Ridzuan mengalami kerosakan brek selepas terlanggar batu besar namun dia masih berhasrat untuk ke tempat yang lebih tinggi. Menyedari masalah brek itu, rakan-rakan mangsa dikatakan menolak cadangannya supaya terus mendaki bukit itu," kata Abdul Rahman. Mohd Ridzuan yang kecewa, turun seorang diri kerana rakan pemboncengnya juga enggan menaiki motosikal yang sama kerana masalah brek itu. Rakan-rakan mangsa yang turun dari bukit itu setengah jam kemudian terus ke rumah mangsa untuk bertemunya, namun mereka hanya menyedari kehilangannya selepas Mohd Ridzuan gagal ditemui sama ada di rumah mahupun di sekolah. Abdul Rahman berkata, polis yang melancarkan gerakan mencari di kawasan berbukit itu berjaya menemui mayat pelajar berkenaan yang masih berpakaian seragam sekolah. Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan selepas bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. -Bernama

Malang Ditipa Motor

Malang ditimpa motor
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
AMPANG: Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas mengawal lalu lintas parah selepas dihempap sebuah motosikal `terbang' yang terpelanting sejurus melanggar sebuah kereta di Jalan Hulu Klang di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi, Konstabel Firdaus Ahmad, 24, cedera pada belakang kepala menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Ampang. Namun, mangsa yang pada mulanya dipercayai parah dan koma, mula sedar kira-kira jam 4 petang sebelum doktor membenarkannya pulang ke rumah. Difahamkan, ketika kemalangan, mangsa sedang mengawal kesesakan lalu lintas berhampiran Hotel Flamingo di sini bersama seorang lagi rakan setugas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggangi seorang lelaki bertembung dengan sebuah Proton Waja di persimpangan lampu isyarat di laluan berkenaan. “Anggota trafik terbabit bersama rakan setugasnya sedang mengawal lalu lintas kerana keadaan pada waktu itu sesak dengan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja. “Tiba-tiba sebuah motosikal meluru laju sebelum merempuh kereta yang sedang melakukan pusingan U. Rempuhan kuat itu mengakibatkan motosikal berkenaan terpelanting sebelum menghempap Firdaus,” katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis terbabit di Hospital Ampang, di sini. Katanya, penunggang motosikal berusia 26 tahun itu bagaimanapun hanya cedera ringan, manakala pemandu kereta berusia 24 tahun tidak cedera. Sementara itu, Abdul Jalil kecewa sikap orang awam di tempat kejadian kerana tidak memberi bantuan kepada anggota polis yang tercedera, sebaliknya hanya melihat kemalangan itu. “Disebabkan tiada seorangpun sudi membantu, kami terpaksa menahan sebuah van sekolah untuk membawa mangsa ke hospital. Sementara itu, Abdul Jalil yang dihubungi petang semalam berkata, mangsa kini stabil dan dapat bangun kira-kira jam 4 petang

Friday, April 23, 2010

Bayi Jantung Berlubang

Keluarga bayi jantung berlubang tagih simpati

Gambar Hiasan

GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang menghidap jantung berlubang dan saluran darah sempit memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan bakal dilakukan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC).Muhamad Adam Saridan, perlu menjalani pembedahan segera bagi memulihkan saluran darahnya yang sempit untuk membolehkannya bernafas dengan lancar. Ibunya, Noraida Zainal, 23, suri rumah dari Bagan Ajam, Seberang Prai Utara (SPU), kini buntu memikirkan bagaimana mencari wang untuk tujuan itu selain terpaksa mengharapkan pendapatan suami, Saridan Mohd Yusof, 30, yang bekerja sendiri. Beliau berkata, dia amat memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan anaknya itu yang bakal dilakukan di GMC dan pembedahan ini memerlukan kos rawatan kira-kira RM25,000 sedangkan pendapatan suami hanya sekitar RM950 sebulan. Katanya, keluarganya tidak mampu menanggung kos pembedahan selain mengalami kesukaran menyediakan wang sebanyak itu untuk menjalani pembedahan dicadangkan dalam masa terdekat ini. “Sebagai ibu, saya menaruh harapan tinggi untuk melihat anak saya sihat seperti kanak-kanak lain apatah lagi dia adalah bayi sulung,” katanya. Orang ramai ingin menderma boleh menghantar cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama bayi di belakang cek dan hantar kepada Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Halau Ibu

Dua anak halau ibu
Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
KLANG: Keluarga tunggang terbalik. Itu gambaran boleh diberikan terhadap sebuah keluarga apabila suami bersama dua anak lelakinya sanggup bersekongkol menghalau ibu kandung dari rumah, semata-mata kerana membela perempuan simpanan bapa mereka.Tidak cukup kata-kata kesat dan cacian, mangsa turut mendakwa dipijak, ditendang di kepala, perut dan kemaluan oleh suami berusia lewat 40-an bersama perempuan simpanan terbabit ketika mahu mempertahankan rumah tangganya daripada musnah. Difahamkan, mangsa yang enggan meninggalkan rumahnya, dibelasah lebih empat jam dengan disaksikan kedua-dua anaknya di hadapan rumah mereka di sini. Namun, harapannya untuk mendapat pembelaan daripada kedua-dua anak kandung berusia 14 dan 12 tahun turut lenyap apabila mereka menyebelahi bapa dan perempuan simpanan lelaki terbabit, membuatkan ibu berkenaan terpaksa mengalah sebelum meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Difahamkan, perempuan simpanan berusia awal 30-an itu mempengaruhi kedua-dua anak mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dengan melaburkan wang ringgit dan kekayaan dimilikinya selain pasangan kekasih terbabit dikatakan ‘menyihir’ kedua-dua remaja berkenaan supaya membenci ibu mereka. Semuanya bermula apabila mangsa yang mahu dikenali sebagai Puspa, 47, mendakwa mengetahui suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai perempuan simpanan sehingga mengabaikan kebajikannya dan anak-anaknya. Menurutnya, setiap kali dia mempersoalkan perubahan sikap suaminya selepas memiliki perempuan terbabit, dia akan dibelasah. “Bukan sekali atau dua, saya diperlakukan sedemikian lebih setahun. Saya hanya mampu berdoa supaya suami berubah. “Disebabkan itu juga, saya mendiamkan diri bagi mengelak suami berang,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam. Puspa berkata, awal bulan lalu dia mendapatkan nombor telefon perempuan terbabit dalam telefon bimbit suaminya dan menghubungi wanita itu. “Kami bertengkar lebih 30 minit. Mana tidaknya, perempuan itu mendakwa akan menghalau saya keluar dari rumah saya. “Malah, dia juga memberitahu akan menjadikan rumah saya sebagai ‘banglo’ barunya,” katanya. Tindakannya menghubungi perempuan itu mengundang padah apabila wanita terbabit melaporkannya kepada suami mangsa. Berikutan itu, suami mangsa berang lalu membelasah Puspa. Puspa berkata, pada awal bulan ini kira-kira jam 10 pagi, wanita terbabit datang ke rumah sebelum menghalaunya keluar.
“Ketika itu saya cuba mempertahankan rumah tangga sebelum suami masuk campur. Suami bukan saja menampar, malah turut memijak kepala, menendang kemaluan dan perut saya. “Biarpun diperlakukan sedemikian lebih empat jam, saya masih cuba mempertahankan rumah tangga, namun mengalah selepas kedua-dua anak turut mengarahkan saya keluar “Saya tak tahu apa yang terjadi kepada mereka,” katanya. Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Klang. Sehingga kini, mangsa sudah membuat lebih 10 laporan polis membabitkan perbuatan keji suaminya selain beberapa kes ugutan dilakukan lelaki terbabit. Difahamkan, Puspa juga sudah membuat banyak aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai dakwaan suaminya bersekedudukan dengan perempuan terbabit, namun tiada tindakan diambil sehingga kini. Puspa berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya terhadap suaminya dan perempuan simpanan itu supaya kejadian sama tidak berulang. “Saya juga berharap kedua-dua anak sedar mengenai perbuatan mereka,” katanya.

Beg Bawa Maut

Beg bawa mautGambar Hiasan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam keadaan tragis apabila tubuhnya digilis sebelum diseret sebuah bas yang dinaikinya ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Nurul Huda Rosalan, 16, terjatuh dan diseret ketika turun dari bas selepas beg sekolah yang digalasnya tersangkut pada pemegang pintu automatik kenderaan berkenaan. Pemandu bas terbabit tidak menyedari apa yang berlaku apabila memecut bas berkenaan dengan menyangka mangsa sudah turun dari tangga bas. Difahamkan, ketika itu mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuala Lumpur bersama seorang lagi rakannya dalam perjalanan pulang menaiki bas berkenaan. Namun, sejurus sampai di hentian bas berhampiran Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, mangsa turun berseorangan dan ketika itu dia tidak menyedari beg digalasnya tersangkut di pintu automatik bas. Dia diseret bas terbabit sebelum kejadian itu dilihat seorang awam yang kemudian meminta pemandu bas terbabit memberhentikan kenderaan itu. Ketika itu, mangsa masih bernyawa namun kecederaannya terlalu parah dengan kakinya yang bengkok terlipat dan menghadap muka. Mangsa dihantar orang awam ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Bapa mangsa, Rosalan Abdul, 49, berkata dia hanya mengetahui berhubung kemalangan ngeri yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan isterinya, Nor Azwa Mohd Nor, 43, yang menangis teresak-esak kira-kira jam 4.30 petang semalam. “Saya ketika itu tidur akibat keletihan kerana bertugas pada waktu malam terperanjat sebelum bergegas menuju hospital bagi memastikan keadaan anak saya. “Namun, saya terkejut apabila dimaklumkan anak saya sudah meninggal dunia akibat kemalangan terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKL. Menurutnya, dia sedih dan terkejut, namun menganggap apa yang berlaku sebagai suratan takdir. “Rakan anak saya mendakwa Nurul Huda sebelum ini berubah sikap dan banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari lalu. “Malah, dia tidak pernah menaiki bas untuk pergi atau pulang ke rumah dari sekolah sebelum ini,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bas RapidKL. Sementara itu, mayat mangsa yang juga anak ketiga dari empat beradik terbabit masih ditempatkan di Bilik Mayat HKL untuk menjalani bedah siasat sebelum dijangka dituntut ahli keluarganya hari ini.

Thursday, April 22, 2010

Perangi Dadah Di Felda

Perangi dadah di Felda
KUANTAN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjalinkan kerjasama dengan Felda dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah di tanah rancangan di seluruh negeri ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerjasama itu bagi membolehkan AADK menyelaras program-program pencegahan dadah di kawasan tanah rancangan Felda. "Modul khas pencegahan dadah di kawasan Felda dengan kerjasama AADK telah dibentuk apabila program yang dirancang adalah khusus untuk masyarakat peneroka," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Norolazali Sulaiman (BN-Guai) pada Sidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Menurut Adnan, AADK dikehendaki menjalankan operasi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu di setiap daerah. "Bagi penagih tegar yang melanggar syarat perintah pengawasan, AADK telah mengambil tindakan perundangan dengan mendakwa penagih ini di bawah Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan ) 1983 pindaan 1998. "Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau sebat tidak lebih tiga kali atau kedua-duanya sekali," katanya. Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kerja-kerja penggantian paip di semua daerah di negeri ini adalah satu projek berterusan. Katanya, pelaksanaannya bergantung kepada keutamaan kerana peruntukan yang diperlukan amat tinggi. "Oleh itu, kita menggunakan kaedah lain seperti pengurusan tahunan untuk memastikan paip-paip lama masih boleh berfungsi dengan baik," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) mengenai cadangan kerajaan menaiktaraf perbekalan air di Pahang.

Parah Jatuh Lubang

2 parah jatuh lubang tidak ditutup kontraktorGambar Hiasan
SUNGAI PETANI - Dua remaja cedera parah dengan salah seorang daripadanya hampir patah pinggang selepas terjatuh ke dalam lubang yang didakwa tidak ditutup oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di Jalan Kampung Baru, Pulau Sayak dekat Kota Kuala Muda, Rabu lalu. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika mangsa, Mohd. Arif Ahmad dan Mohd. Asyrul Abd. Manaf, masing-masing berusia 17 tahun sedang menunggang motosikal berasingan.
Ibu Mohd. Asyrul, Zabedah Mustafa, 50, berkata, ketika kejadian, anaknya menunggang motosikal di hadapan diikuti Mohd. Arif untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Teluk Amboi, tidak sempat mengelak lubang sedalam 0.5 meter itu. "Semasa tiba di tempat kejadian ditambah pula dengan keadaan gelap, mereka hanya sempat mengelak dua lubang namun tidak sempat berbuat demikian pada lubang ketiga. "Ia mengakibatkan mereka terpelanting serta terhempas ke atas bahu jalan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Katanya, akibat kejadian itu, Mohd. Asyrul yang parah dengan tulang belakangnya retak dan hampir patah pinggang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani selama dua malam. Sementara Mohd. Arif pula luka teruk di bahagian muka dan anggota badan. Lebih malang lagi, katanya, kedua-dua mereka juga mungkin menghadapi risiko cacat seumur hidup selepas disahkan mengalami keretakan teruk pada bahagian tulang belakang serta pinggang. "Saya sedih dengan kejadian yang berpunca daripada kecuaian kontraktor terbabit. Mereka tidak menutup lubang dikorek sejak beberapa minggu lalu," katanya. Zabedah mendakwa, jalan tersebut juga tidak diletakkan papan tanda amaran oleh kontraktor terlibat. Berikutan kejadian itu, katanya, pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda untuk tindakan lanjut. Sementara itu, bapa Mohd. Arif, Ahmad Mustafa, 62, berkata, pihaknya kesal kerana anaknya terpaksa menanggung derita akibat kejadian berkenaan. "Sepatutnya, kontraktor tersebut perlu lebih bertanggungjawab dan tidak membiarkan kerja-kerja yang dijalankan mereka menyusahkan orang lain. "Mereka harus tampil memperbaiki keadaan jalan ini supaya kejadian seumpama tidak berulang," katanya. Beliau berkata, pihaknya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat kontraktor terbabit untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya dalam tempoh terdekat.
Dua remaja parah jatuh lubang
KOTA KUALA MUDA - Dua remaja cedera parah akibat terjatuh ke dalam lubang ketika menunggang motosikal berasingan melalui jalan yang sedang dibaik pulih di Kampung Baru, di sini, Rabu lalu. Mohd Amirul Asyraf Abdul Rahim, 17, cedera pada bahagian tulang belakang, tangan, kaki dan badan manakala seorang lagi mangsa, Mohd Arif Ahmad, 17, luka parah pada bahagian pinggang dan muka. Ibu Mohd Amirul, Zabedah Mustafa, 50, berkata, anaknya tidak sempat mengelak lubang sedalam satu kaki itu akibat keadaan jalan yang gelap selain tiada papan tanda amaran. Menurutnya, kecederaan yang dialami Mohd Amirul pada bahagian tulang belakang mengakibatkan dia tidak dapat melakukan aktiviti lasak seumur hidup selepas ini selain menghadapi risiko cacat (tidak dapat berjalan) jika dia terjatuh atau mengalami kecederaan lain lagi selepas ini. “Saya sedih dengan nasib yang menimpa anak saya yang berpunca daripada kecuaian orang lain dan perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. saya minta pihak berkenaan bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa anak saya. “Ini kerana semasa menunggang motosikal bersama rakannya pada malam Rabu lalu, dia mendapati ada tiga lubang sedalam satu kaki di jalan itu tanpa ada tanda amaran. Dia sempat mengelak daripada terjatuh ke dalam dua lubang namun tidak sempat mengelak pada lubang ketiga menyebabkannya terpelanting dan terhempas di atas jalan,”katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Telok Amboi, di sini. Zabedah berkata, tiga lubang itu dipercayai dikorek pihak kontraktor yang menjalankan kerja baik pulih jalan namun mereka didakwa tidak meletakkan papan tanda amaran. Menurutnya, keadaan jalan yang gelap tanpa lampu menyebabkan Mohd Amirul tidak nampak lubang berkenaan. Sementara itu, bapa kepada Mohd Arif, Ahmad Mustafa, 48, turut menyuarakan rasa kesal kerana ketiadaan papan tanda amaran menyebabkan anaknya kemalangan. “Saya kecewa kerana kecuaian pihak berkenaan menyebabkan anak saya dan rakannya ditimpa musibah yang begitu teruk,” katanya. Ahmad berkata, pihak berkenaan seharusnya tampil menunjukkan rasa simpati selain mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story7595566.asp

Keunikan Perahu Tembeling

Keunikan Perahu Tembeling
Oleh HARIS FADILAH AHMAD

AZAM Md. Yassin menunjukkan hasil kraf yang dijual sebagai cenderamata di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. - UTUSAN/Haris Fadilah Ahmad

JERANTUT- Populariti Taman Negara Kuala Tahan dekat sini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Saban minggu, deretan kenderaan termasuk bas pesiaran yang membawa pelancong tempatan dan asing memasuki taman tertua di dunia itu untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi. Dengan sambutan yang begitu hebat di kalangan pelancong, ramai peniaga mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan di Taman Negara itu. Tidak kira apa sahaja yang diniagakan, semuanya akan tersenyum lebar apabila menutup operasinya selepas memperoleh keuntungan yang besar daripada kehadiran pelancong. Daripada perniagaan gerai makanan hinggalah kepada penjualan barangan cenderamata, semuanya memberi pulangan yang berbaloi terutama pada hujung minggu. Maka tidak hairanlah ramai di kalangan penduduk tempatan menjalankan perniagaan di Taman Negara untuk memperoleh pendapatan tetap atau sampingan. Menyedari potensi perniagaan di Taman Negara itu, seorang anak muda sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pegawai perhubungan awam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Dengan kemahiran dalam bidang ukiran, Azam Md. Yassin, 46, menjadikan produknya untuk dijual kepada pelancong asing dan tempatan. Usahanya dilihat amat berbaloi apabila produk ukirannya yang dijual di premisnya, Ole-Ole Shop Sdn. Bhd. (Ole-Ole Shop) di Taman Negara Kuala Tahan mendapat sambutan hebat daripada kalangan pelancong. Antara paling menarik ketika berkunjung Ole-Ole Shop ialah cenderamata berbentuk perahu penambang diukir daripada kayu dan bahan terbuang diperoleh di hutan berdekatan yang dihasilkan sendiri menerusi daya kreatif Azam. ''Saya membuat cenderamata berbentuk bot atau lebih dikenali Perahu Tembeling selepas pelancong asing yang datang di kedai ini bertanyakan cenderamata berkonsepkan budaya tempatan penduduk di sini. ''Dengan kemahiran mengukir yang diperoleh daripada ayah saya, dapatlah saya mengukir kayu-kayu terbuang di sungai untuk menghasilkan cenderamata berkenaan," katanya. Ditanya mengenai permintaan cenderamata Perahu Tembeling itu, Azam memberitahu, sambutannya cukup hebat kerana ia tidak boleh diperoleh di pusat pelancongan lain. ''Selain selipar, topi dan baju T yang bercap Taman Negara Kuala Tahan, ukiran Perahu Tembeling menjadi tarikan utama di Ole-Ole Shop. ''Ada pelancong yang datang semula ke Taman Negara, singgah di kedai ini dan mahu membeli cenderamata yang sama untuk dibawa pulang sebagai kenangan," katanya. Azam memilih kawasan esplanade berdekatan tebing Sungai Tembeling untuk membangunkan Ole-Ole Shop kerana kedudukannya yang strategik untuk disinggahi para pelancong ketika bersantai dan menaiki bot penambang atau dalam perjalanan pulang ke bandar Jerantut. Variasi produk yang ditawarkan daripada barangan cenderamata, pakaian hinggalah lukisan mampu memberi kepuasan pelancong yang berkunjung ke Ole-Ole Shop. Apatah lagi kualiti dan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Amat tepat jika seseorang itu memilih Ole-Ole Shop untuk mendapatkan cenderamata dibawa pulang kepada orang tersayang. Menurut Azam, premis yang dibuka awal tahun lalu itu disewa daripada Majlis Daerah Jerantut (MDJ) yang menumpukan perniagaan berasaskan pelbagai jenis cenderamata. "Pelancong berpeluang memilih ole-ole yang mereka kehendaki dengan harga berpatutan dan kualiti yang tinggi untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing. ''Saya menjual cenderamata dengan harga antara RM10 hingga RM100 dan saya mengambil sikap bertimbang rasa dengan mengurangkan kadar harganya jika seseorang pelancong yang benar-benar ingin memilikinya tetapi kekurangan wang," katanya. "Semua cenderamata seperti baju T, selipar dan pen yang dijual di sini diletakkan tanda Taman Negara Kuala Tahan atau dalam bahasa Inggerisnya 'National Park Kuala Tahan' bagi menggambarkan entiti pusat pelancongan antarabangsa yang dikunjungi pelawat dari seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kuala Tahan, dekat sini baru-baru ini. Azam yang juga bekas pegawai perhubungan pelancong di sebuah resort di Taman Negara memberitahu, beliau mengeluarkan modal sebanyak RM45,000 menerusi wang simpanannya untuk mendapatkan produk cenderamata. ''Selain itu, saya juga sedang mengumpulkan wang untuk membeli mesin sulaman dan peralatan ukiran berteknologi tinggi dari Jepun bagi memudahkan kerja membuat sulaman dan ukiran bermotifkan Taman Negara pada baju T, selipar, topi, seluar, kayu dan cenderamata lain. ''Mesin berkenaan amat penting mempercepatkan pengeluaran cenderamata bagi memenuhi permintaan pelancong dan pengusaha resort dan hotel di Taman Negara ini," katanya. Dalam pada itu, Azam memberitahu, kemahiran berbahasa Inggeris, Jerman, Itali dan Jepun memberi kelebihan kepadanya untuk menarik pelancong asing ke premisnya. ''Kemahiran dalam pelbagai bahasa ini diperoleh daripada pergaulan dengan pelancong asing yang singgah di Taman Negara. Kebolehan berbahasa asing antara faktor menarik pelawat singgah di kedai saya. Beliau yang berasal dari Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini yakin perniagaan cenderamata di Taman Negara mempunyai potensi cerah untuk maju memandangkan kehadiran pelawat yang semakin ramai.''Kehadirannya lebih berganda terutama ketika cuti hujung minggu dan persekolahan," katanya

Tuesday, April 20, 2010

Padah Berlumba

Penarik kereta maut berlumba

SHAH ALAM: Seorang penarik kereta dipercayai berlumba, maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar pokok dan terhumban dalam longkang di Kilometer 13.2 Lebuhraya Persekutuan di sini, kelmarin.

TERBALIK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam. Gambar dirakam menggunakan telefon bimbit.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, mangsa berusia 23, mati di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan. Difahamkan beberapa saksi yang melihat kejadian itu mendakwa mangsa dipercayai berlumba dengan sebuah kenderaan lain sebelum kereta Proton Satria Neo itu hilang kawalan dan terbabas. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kenderaan dari arah Klang menuju ibu kota.“Kami percaya kenderaan ini dipandu laju berikutan kesan brek di laluan tengah sehingga 80 meter ke arah sebatang pokok yang dirempuh mangsa di bahu kiri jalan. “Kesan rempuhan kuat itu, kenderaan mangsa melambung sebelum terjatuh dalam longkang sejauh 17.3 meter menyebabkan dia parah di kepala dan badan,” katanya di sini, semalam. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk pengebumian. Jurucakap berkata, polis mengambil sampel darah mangsa untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian dadah serta alkohol untuk memastikan kemungkinan ketika kejadian mangsa memandu di bawah pengaruh alkohol atau tidak. Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Fazuan Md Zain di talian, 012-2469026 atau 03- 55102222. Sementara itu, dalam kes berasingan di Sabak Bernam, dua remaja lelaki maut selepas motosikal dipercayai curi yang ditunggangi mereka bertembung sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Air Manis, Tebuk Pulai di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa, Mohd Mubin Abdullah, 14, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini, malam kelmarin akibat parah di kepala manakala rakan sebayanya Muhammad Fauzan Hamzah, meninggal dunia awal pagi semalam di HTAR, akibat parah di leher.

Cabul Wanita Hamil

Teroka tubuh wanita hamil
Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim
KUALA LUMPUR: Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu. Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian. Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin. Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya. Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an. Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran. Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor. “Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.
Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional. Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu. “Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya. Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian. “Dia memberitahu perbuatan itu bertujuan memudahkannya menyapu air jampi kononnya amat hebat sehingga mampu menghilangkan kesakitan,” katanya. Selepas puas meneroka tubuh mangsa, bomoh celup itu meninggalkan wanita terbabit sambil mendakwa dia perlu memberikan pertolongan kepada pesakit lain.
Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru itu, keengganan mangsa memenuhi kemahuannya untuk menanggalkan pakaian menyebabkan dia terpinga-pinga. Usahanya untuk memerangkap mangsa tidak berhasil apabila pengawal keselamatan ‘menghalaunya’ kerana waktu lawatan sudah berakhir. Berikutan itu, rahsia identiti suspek terbongkar sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini. Difahamkan, lelaki itu diberkas di kawasan hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

Saturday, April 17, 2010

Tekanan Perasaan

Nota terjun tingkat 11
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Tekanan perasaan dialami selepas mendakwa sering dimarahi keluarga kerana mendapat keputusan peperiksaan tidak memuaskan membuatkan seorang pelajar tingkatan tiga sanggup terjun daripada tingkat 11 pangsapuri didiami.Sebelum terjun, pelajar perempuan itu sempat menulis surat meluahkan perasaan kecewanya kerana kerap dimarahi ibu bapa apabila gagal mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Malah, dia juga turut merakamkan gambar sendiri menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan seolah-olah cuba menjerut leher menggunakan rantai yang dipakainya. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 5 pagi itu, remaja berkenaan dipercayai bertindak terjun dari tingkap bilik tidurnya selepas meninggalkan surat dan bukti berhubung masalah dialami. Menurutnya, pelajar yang tinggal bersama ahli keluarga di Ketumbar Height, Cheras di sini, cedera parah di kepala dan tubuh kesan dari hentakan kuat menyebabkan dia mati di lokasi kejadian sebelum mayatnya ditemui penduduk pangsapuri itu. “Berdasarkan siasatan, mangsa kerap menginap di rumah mak ciknya di tingkat empat di pangsapuri sama, namun pada hari kejadian, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di tingkat 11 kediaman itu. “Sebelum terjun, mangsa sempat menggunakan telefon bimbit kamera miliknya untuk merakam perbuatan anehnya. Berdasarkan siasatan, dia dilihat sengaja menggunakan rantai leher sambil seolah-olah cuba menjerut lehernya sendiri,” katanya. Menurutnya, pelajar itu kemudian menulis di atas dua keping kertas mencurahkan segala masalah dan rasa isi hatinya. Antaranya mendakwa tertekan dengan keputusan akademiknya yang mengecewakan menyebabkan dia kerap dimarah oleh ibu bapa. “Mangsa mendakwa tertekan dengan tindakan ibu bapanya yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati sehingga dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bagi menghentikan penderitaan dialami,” katanya. Menurutnya, mayat remaja itu dihantar ke Pusat perubatan Hospital Kebangsaan Malaysian (PPUKM) untuk bedah siasat. “Setakat ini siasatan mendapati kematian mangsa tidak membabitkan unsur jenayah dan ia adalah kes mati mengejut,” katanya. Bagaimanapun, keluarga mangsa yang diambil keterangan polis tidak percaya mangsa sanggup membunuh diri hanya kerana tertekan dengan keputusan peperiksaan diperoleh. Bapa mangsa berusia 49, mendakwa dia dan isteri tidak pernah memarahi anak gadis mereka atau memberi tekanan kepadanya.

Bom Buatan Sendiri

Mati terkena bom buatan sendiri
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my ANAK mangsa, Mohd. Shahrir menunjukkan perahu bapanya, Abdullah (gambar kecil) yang terbakar selepas bom buatan sendiri meletup di Tasik Danau Toban, Tok Uban, Pasir Mas kelmarin.
PASIR MAS - Seorang penoreh getah ditemui mati di dasar sungai selepas terkena letupan bom buatan sendiri dalam kejadian di Tasik Danau Toban, Tok Uban, dekat sini petang kelmarin. Mayat Abdullah Hassan, 49, ditemui tanpa tangan kiri dan kedua-dua belah kaki selepas mengalami cedera parah akibat bom buatan sendiri yang digunakan untuk mencari ikan di tasik berkenaan meletup secara tiba-tiba pada pukul 5.30 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supritendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui di dasar tasik oleh penduduk kampung yang bergegas ke tempat kejadian selepas seorang pemancing yang berada di tasik itu terdengar bunyi letupan. Siasatan mendapati, mangsa menaiki sebuah perahu bersendirian di kawasan Tasik Danau Toban untuk mencari ikan dengan menggunakan bom buatan sendiri. "Kita percaya bom itu meletup ketika mangsa yang berada di atas perahu cuba memasang suis pada bom itu. "Mangsa kemudian terpelanting ke dalam sungai dengan sebahagian perahunya turut terbakar," kata beliau.
Penoreh getah terbunuh
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
PASIR MAS- Seorang penoreh getah maut dengan kedua- dua belah kaki serta sebelah tangannya terputus akibat terkena ledakan bom buatan sendiri di Tasik Danau Toban, Tok Uban, dekat sini semalam. Mayat Abdullah Hassan, 49, ditemui oleh penduduk kampung di dasar tasik berkenaan pada pukul 5.30 petang. Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang sedang memancing di kawasan berkenaan selepas terdengar bunyi letupan kuat. Beliau berkata, lelaki itu yang menyedari sesuatu buruk berlaku mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung untuk mengesan mangsa. "Siasatan awal mendapati mangsa menaiki sebuah perahu bersendirian di kawasan tasik itu untuk menangkap ikan dengan menggunakan bom buatan sendiri. "Kita percaya bom tersebut meletup ketika mangsa cuba memasang suis. Ia turut mengakibatkan mangsa terpelanting dengan sebahagian perahu itu terbakar," katanya di sini hari ini. Tengku Azman berkata, mayat mangsa yang ditemui tanpa tangan dan kaki itu kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum dikebumikan oleh keluarganya yang tinggal di Kampung Chasi, Tok Uban. Tambahnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini bagaimanapun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Sementara itu, isteri mangsa, Rosnani Yasok, 40, berkata, dia mendapat tahu kejadian tersebut pada pukul 6.30 petang, sebaik sahaja pulang dari kebun getah. "Arwah sebelum ini tidak pernah memberitahu saya ke mana dia hendak pergi dan sudah lebih sebulan dia tidak keluar mencari ikan. "Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ketika makan tengah hari semalam. Semasa berbual dia tidak pun menyatakan hasrat untuk mencari ikan," katanya.
Maut bom buatan sendiri meletup
BHARIAN
PASIR MAS: Usaha seorang penoreh menangkap ikan untuk hidangan keluarga menggunakan bom buatan sendiri, berakhir tragedi apabila bahan itu meletup di tangan menyebabkan dia terbunuh dalam kejadian di tasik Danau Tok Uban di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bapa kepada tujuh anak, Abdullah Hassan, 49, dari Kampung Chasi, Tok Uban itu, tercampak ke dalam tasik dengan kedua-dua kaki serta tangan kirinya putus, manakala bahunya hancur. Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliluddin Rahim, berkata letupan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba menghidupkan bom buatan sendiri itu bagi tujuan menangkap ikan, namun bahan itu meletup secara tiba-tiba sebelum sempat dilemparkan. “Letupan itu turut memusnahkan sampan yang digunakan mangsa dan mayatnya ditemui penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat. “Polis menasihatkan orang ramai supaya jangan menangkap ikan menggunakan bahan berbahaya,” katanya di sini. Isteri mangsa, Rosnani Yasak, 41, berkata beliau terkejut dengan kejadian menimpa suaminya memandangkan selama ini tidak pernah mengalami kemalangan setiap kali menangkap ikan di situ. “Ketika kejadian, saya berada di kebun getah kampung berhampiran sebelum bergegas ke tempat kejadian, sejurus diberitahu penduduk kampung mengenai kemalangan itu,” katanya.

Thursday, April 15, 2010

Markas Peragut & Mat Gian

Bukit Nanas markas peragut
Oleh Shamsul Munir Safini
KUALA LUMPUR: Sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas di sini, tidak ubah seperti lubuk jenayah ekoran kerap menjadi lokasi ragut sekumpulan lelaki dipercayai penagih di bawah bukit berkenaan.
HALANG...seorang lelaki dipercayai pengedar dadah cuba menghalang jurugambar merakam wajahnya.
SEMAK...sarang yang menjadi markas Mat Gian.

Malah, mereka juga dipercayai menjalankan aktiviti jual-beli dadah di bawah bukit berkenaan tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan sekitar selain berlagak selamba seolah-olah mereka kebal dari tindakan pihak berkuasa. Penempatan yang berada di penjuru bawah hutan simpan itu, menjadi sarang mereka memantau mangsa dan pelanggan yang lalu lalang di jalan raya berdekatan. Difahamkan, mangsa yang melalui kawasan berkenaan akan diperangkap kumpulan penagih itu dan menakut-nakutkan mangsa, kemudian meragut barang berharga dan melarikan diri ke hutan simpan berkenaan. Tempat persembunyian mereka yang dibina daripada bahan buangan seperti kotak, plastik, kayu, payung buruk serta papan lama itu juga dijadikan sebagai ‘port’ pelanggan mencari ‘barang’ dipercayai dadah. Tinjauan Metroplus baru-baru ini mendapati seorang dari kumpulan itu dilihat sedang berurusniaga di kawasan terbabit, berhampiran Jalan Raja Chulan di sini. Ada yang dilihat sedang tidur, malah ada yang sedang mandi dari punca air yang dicuri dari bangunan berdekatan. Mereka tidak malu dilihat sebegini oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan berdekatan, malah menunjukkan muka bengis ketika membalas pandangan orang ramai. Difahamkan, masih terdapat banyak lagi pondok di kawasan atas bukit itu, namun gagal didekati. Seorang pekerja di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zamrin, 30, memberitahu penagih di situ bukan saja meragut orang ramai, malah pelajar di sekolah berdekatan. “Pernah saya melihat mereka turun dari bukit berkenaan beramai-ramai kemudian mengugut seorang pelajar yang pulang dari sekolah sebelum merampas duit pelajar berkenaan.“Pekerja wanita di sini juga tidak terlepas, mereka yang berseorangan akan turut sama diragut kumpulan itu,” katanya lagi. Seorang pengunjung bangunan berdekatan, Haizam, 30, berkata kawasan berkenaan memang terkenal dengan kes ragut. “Pihak pengurusan di bangunan ini memberi peringatan kepada wanita yang bekerja di situ untuk pulang awal dan ditemani. “Kebanyakan kes berlaku ketika waktu habis bekerja, sekitar jam 5 petang,” katanya Sementara itu, Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Norliana Husna Khor Abdullah, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung aktiviti berkenaan di kawasan terbabit. “Kami (AADK) tidak menolak memang wujud aktiviti penagihan di kawasan terbabit dan akan bertindak secepat mungkin bagi membanteras aktiviti dadah di tempat berkenaan,” kata Norliana lagi.

Perkosa Rakan Dalam Kelas

Perkosa rakan dalam kelas
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah. Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa. Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya. “Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya. Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang. “Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin. “Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya. Menurutnya, mangsa turut dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dia diperkosa. “Kes terbabit kini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah memperkosa,’ katanya.