Gadai nyawa ke pekan
Gambar Hiasan
Oleh Sapar Sutiram@hmetro.com.my
REMBAU: Tindakan segelintir penduduk setempat yang menjadikan landasan kereta api sebagai jalan pintas untuk berjalan menuju pekan Rembau di sini, dikhuatiri membahayakan keselamatan mereka.Tinjauan Metroplus mendapati, aktiviti penduduk melintas di landasan berkenaan berlaku hampir setiap hari dengan alasan kononnya mahu menjimatkan masa mereka dan tidak perlu berpusing jauh. Terdapat dua lokasi dijadikan jalan pintas oleh penduduk untuk melintas landasan kereta api yang memasuki pekan berkenaan antaranya lintasan bersebelahan perumahan anggota polis di Balai Polis Rembau terutama mereka yang tidak memiliki kenderaan. Selain itu, tinjauan mendapati tiada sebarang papan tanda amaran diletakkan di kawasan berkenaan bagi melarang aktiviti menggunakan landasan kereta api sebagai tempat melintas. Penduduk, Siti Nor Johari, 45, berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu memandang serius perkara terbabit dan segera meletakkan papan tanda berkenaan sebagai peringatan. “Antara amaran yang perlu diletakkan adalah jangan melintas landasan kereta api kerana ia satu kesalahan dan boleh didenda sekiranya ditahan pegawai keselamatan KTMB. “Jika ia masih gagal menghalang penduduk daripada terus melintas di landasan kereta api, halangan berbentuk pagar perlu dibina segera bagi menyelamatkan nyawa penduduk,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Siti, penduduk perlu memikirkan soal keselamatan diri dan menyedari tindakan itu menyalahi undang-undang, malah boleh meragut nyawa. Bagi Othman Bakar, 32, keadaan dianggap semakin berbahaya keranan ketika ini projek membina landasan kereta api elektrik dari Seremban ke Gemas giat dijalankan di kawasan berkenaan. “Ini kerana apabila projek berkenaan siap, ia akan menambahkan bahaya kepada penduduk yang menggunakan landasan kereta api kerana kuasa elektrik atau voltan amat berkuasa tinggi sehingga boleh membawa maut. “Berikutan itu, saya berharap pihak terbabit segera membuat pagar di kawasan berkenaan bagi menghalang penduduk melintas landasan,”
No comments:
Post a Comment