Thursday, April 1, 2010

Rebah DiPadang Ketika Bersukan

Rebah di padang ketika bersukan
Gambar Hiasan
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
GEORGETOWN: Niat seorang pelajar kelas peralihan untuk menyertai sukan tahunan sekolahnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia akibat komplikasi jantung ketika menjalani latihan larian 100 meter, kelmarin.Mangsa, Ang Eng Giap, 13, pelajar kelas peralihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Damai, Bukit Mertajam, di sini, meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi di Hospital Bukit Mertajam selepas rebah ketika berlatih di padang sekolahnya. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, Ang yang dipercayai menghadapi komplikasi jantung sejak dilahirkan itu terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Malangnya, mangsa yang diiringi bapanya meninggal dunia selepas kira-kira 45 minit mendapatkan rawatan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad berkata, pihak sekolah bertindak menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada bapa mangsa selepas mendiang rebah di padang sekolah. Menurutnya, keluarganya memaklumkan mangsa mengalami komplikasi jantung sejak dilahirkan dan juga pernah menjalani pembedahan ketika kanak-kanak. Bagaimanapun, katanya, apabila pentadbiran sekolah memeriksa rekod Sistem Maklumat Murid (SMM), tiada menyatakan mangsa mengalami masalah penyakit kronik atau sebarang komplikasi lain seperti jantung. Selain itu, katanya, pelajar itu juga tidak pernah memaklumkan kepada guru kelasnya yang juga guru rumah sukan pelajar berkenaan mengenai masalah kesihatannya.

No comments:

Post a Comment