Sunday, November 29, 2009

Saturday, November 28, 2009

Terima Pampasan PERKESO

Mangsa ragut terima pampasan Perkeso

KUALA LUMPUR: “Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban saya sekeluarga” kata mangsa ragut, Noriha Abdul Rahman, 29, ketika ditemui pada majlis penyampaian cek oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), semalam.Cek Pengurusan Jenazah bernilai RM1,500 itu disampaikan sendiri Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso, Aleyes Meh.Dalam kejadian awal minggu ini, Noriha cedera di muka, patah kaki dan tangan kanan manakala suaminya, Abdul Rahman Mohd Khadla‘din, 34, meninggal dunia apabila motosikal ditunggangi mereka hilang kawalan dihimpit dan ditendang dua peragut lalu merempoh tembok di Jalan Perkasa Dua, Taman Maluri, Cheras.Susulan kecederaan dialaminya, Noriha kini mendapatkan rawatan di HKL.
Sementara itu, Aleyes berkata dia berhak menerima wang itu kerana arwah adalah pencarum Perkeso yang memenuhi syarat kelayakan ketika bekerja semasa hayatnya.“Warisnya bukan saja menerima wang RM1,500 untuk tujuan pengurusan jenazah, malah balunya berhak menerima Faedah Pencen Penakat RM350 sebulan.“Balu mangsa akan menerima pencen ini sepanjang hayat manakala anaknya sehingga berusia 21 tahun dan jika anak berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, pencen akan dibayar sehingga mendapat ijazah pertama” kata Aleyes .

Thursday, November 26, 2009

JKR laksana piawaian baru bagi projek 2010

JKR laksana piawaian baru bagi projek 2010
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
25.11.2009
KUALA LUMPUR: Mulai Jun tahun depan, semua projek pembinaan kerajaan yang lewat 20 peratus atau dua bulan daripada tempoh patut siap dikategorikan sebagai projek sakit, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Katanya, projek sakit akan dipantau rapi supaya dilaksanakan sebaiknya, jika kontraktor masih gagal menyiapkannya kerajaan akan membatalkan kontrak berkenaan bagi membolehkan ia ditender semula.Beliau berkata, penguatkuasaan tarikh itu selaras pekeliling baru Kementerian Kewangan 1 September lalu yang mahu projek lewat 20 peratus atau dua bulan daripada tempoh patut siap dikategorikan sakit oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi berkaitan. "Selepas melihat perkara ini, (kementerian berpendapat) ia tidak boleh dilakukan serta-merta, oleh itu, kementerian meminta pekeliling digunakan Jun 2010, kerana bimbang ramai kontraktor terjebak dalam kumpulan ini (projek sakit). "Tujuan kita melaksanakannya bukan menyusahkan atau menghukum mana-mana kontraktor, perlu diingat setiap kali kita beri kontrak, kerajaan mahu lihat hasil (pemberian) kontrak itu, tidak terlintas dalam pemikiran kementerian atau kerajaan untuk melihat projek itu gagal," katanya pada sidang media selepas Jamuan Deepavali di kementeriannya, semalam.Shaziman berkata, sebelum ini klasifikasi projek sakit merujuk kepada kontraktor yang lewat menyiapkan projek 30 peratus atau tiga bulan dari masa ditetapkan.

Wednesday, November 25, 2009

Kakitangan MAS – tidak bersedia atau tidak terlatih?

Kakitangan MAS – tidak bersedia atau tidak terlatih?
Kejadian seorang wanita Eropah yang pengsan di Ruang Berlepas Pintu 7B KLIA jam hampir 8.00 malam 22 November 2009 semalam (penerbangan MAS MH 1164 dari KLIA ke Pulau Pinang) mencetuskan persoalan sama ada kakitangan MAS yang bertugas di Ruang Berlepas ini sama ada tidak bersedia atau tidak terlatih untuk menangani kejadian sebegitu.Kejadian berlaku beberapa minit sebelum laluan Pintu 7B itu dibuka pada jam 7.50 malam. Wanita Eropah tersebut dengan tiba-tiba jatuh dari tempat duduk di luar Ruang Berlepas betul-betul bersebelahan laluan masuk Pintu 7B.Wanita Eropah ini dengan pasangannya seorang Lelaki Eropah yang kurang upaya (spastik) baru sahaja tiba dari London dan dalam perjalanan seterusnya ke Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dianggarkan berusia awal 40an. Kejadian tersebut berlaku hanya dalam jarak beberapa kaki sahaja di hadapan saya. Menyangkakan sudah tentu ada tindakan yang akan diambil oleh kakitangan MAS yang bertugas, saya hanya membiarkan kejadian tersebut dan hanya memandangnya dari kedudukan saya.Saya mula mencurigai tindakan yang bakal diambil oleh lima orang kakitangan MAS ini memandangkan betapa kekoknya mereka cuba mengangkat mangsa ke dalam Ruang Berlepas dibaringkan dan hanya dibiarkan di atas barisan kerusi yang ada.Dari pemerhatian saya tiada sebarang pengenalpastian awal yang dbuat oleh mana-mana kakitangan MAS untuk menentukan sama ada mangsa mempunyai masalah-masalah kesihatan seperti serangan sakit jantung atau tekanan darah tinggi ataupun penghidap diabetes yang mengalami hypoglycemia.Mangsa hanya tidak sedarkan beberapa saat sahaja. Apabila beliau sedar, mangsa sedikit meronta-ronta (sebenarnya cuba merenggangkan kaki) dan hampir terjatuh dari baringannya. Pada ketika ini saya menyangkakan mangsa mungkin seorang yang mengidap epilepsy. Bagaimanapun mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda kancing gigi dan gengaman jari.Melihatkan tiada seorangpun dari lima kakitangan MAS ini memberi sebarang bentuk pertolongan cemas kepada mangsa ini, sebagai seorang yang terlatih dan biasa terlibat dalam beberapa kejadian kemalangan, saya membuat keputusan untuk membantu mangsa.Saya cuba mendapatkan sebarang alas untuk kepala mangsa supaya kedudukan kepalanya lebih tinggi dari badannya dan oleh kerana mangsa menggigil (mungkin kesejukan), saya cuba mendapatkan apa-apa peralatan yang boleh digunakan untuk menyelimutkan mangsa. Malangnya kaunter Ruang Berlepas tersebut tiada sebarang peralatan yang boleh digunakan.Pasangan mangsa cuba menerangkan sesuatu tetapi penuturannya menyukarkan saya dan seorang lagi orang awam bangsa Cina yang prihatin untuk memahaminya. Dari gerakan tangannya, akhirnya saya dapat mengagak dia menunjukkan bekalan ubat yang dibawa. Bagaimanapun ubat yang dibawa berupa hanya sebiji kapsul berwarna putih, sebiji kapsul berwarna putih/merah dan sebiji pil bujur berwarna keperangan. Ini menunjukkan ubat-ubatan ini lebih kepada persediaan untuk serangan penyakit tertentu dan bukannya ubat untuk pengambilan berkala.Saya membantu pasangan mangsa (seorang OKU spastik) yang kesukaran untuk mengambil ubat-ubatan ini disebabkan jari dan tangannya yang kejang. Mujurlah juga dalam beg komputer yang saya bawa masih terdapat satu lagi botol air mineral hotel yang masih belum lagi digunakan. Di kaunter Ruang Berlepas dan sekitarnya tiada kemudahan air mineral atau air minuman kecuali dari ”dipenser machine” dan ”drinking water fountain machine”.Saya menggunakan jaket pasangan mangsa untuk menyelimutkan mangsa. Mangsa yang pulih sudah memberi respon terhadap beberapa pertanyaan asas dari saya. Saya mengagak mangsa keletihan akibat berbelas jam dalam penerbangan dari London. Mangsa juga hanya mengambil ”light meal” di atas kapal terbang sekitar tiga jam sebelum kejadian berlaku.Hampir 30 minit, doktor yang dipanggil masih belum menunjukkan rupanya. Mangsa mula mengigil semula. Kedua-dua tapak tangannya mula pucat. Saya mengosok kedua-dua tapak tangannya. Mangsa lagi masih mengigil. Saya meminta pasangannya menghimpit dan memeluk mangsa tetapi beliau hanya mampu menghimpit mangsa, beliau tidak mampu memeluk mangsa.Saya mengambil keputusan untuk memeluk mangsa seketika sambil mengosok-gosok bahu dan belakangnya sehinggalah beliau mula merasa selesa dan tidak lagi mengigil kesejukan.Doktor tiba hanya selepas 30 minit kejadian berlaku. Saya memaklumkan beberapa kronologi kejadian termasuklah dakwaan pasangan mangsa yang kepala terhantuk besi penghadang laluan.Saya harap doktor muda (rasanya dari Hospital Pusrawi berdasarkan label yang tertera pada baju jururawat pengiring) itu mempunyai rasionalnya sendiri apabila membuat penganalisa mangsa HANYA berdasarkan maklumat saya sebab beliau langsung tidak menyentuh mangsa, tidak membuat pemeriksaan tekanan darah mangsa dan tidak memeriksa kadar denyutan nadi mangsa.Bagaimanapun saya bersetuju dan membantu memujuk pasangan ini agar menangguhkan penerbangan mereka supaya pemeriksaan lanjut boleh dibuat di klinik.Sepatutnya mangsa dipindahkan terus ke klinik tetapi kakitangan MAS (termasuk doktor!) masih mengambil masa berbincang sesama sendiri berkaitan dengan passport dan juga bagasi pasangan ini yang sudah dimuatkan dalam kapalterbang. Mangsa mula mengigil semula, saya terpaksa meminta doktor ini mencepatkan pemindahan mangsa ke klinik.Dari kronologi kejadian yang berlaku, sebagai pintu masuk ke negara ini dan didakwa sebagai bertaraf antarabangsa, kakitangan MAS yang bertugas sepatutnya terlatih dan mempunyai pengetahuan asas untuk bertindakbalas memberi respon pertolongan cemas awal untuk kejadian-kejadian seumpama ini. Di samping itu setiap Ruang Berlepas ataupun di setiap sudur tertentu perlu adanya peralatan-peralatan asas yang boleh digunakan untuk kejadian-kejadian yang tidak diingini sebelum mendapat bantuan dari pegawai perubatan yang bertauliah.Semasa kejadian berlaku, saya ternampak beberapa kakitangan MAS menyorong kerusi roda dan membantu penumpang-penumpang warga emas dan kurang upaya. Bagaimanapun saya pasti kakitangan-kakitangan MAS hanya tahu menyorong kerusi roda sahaja kerana kesemuanya mereka ini hanya memerhatikan sahaja kejadian ini berlaku tanpa menawarkan diri untuk membantu.Bukan minta diharga, kejadian yang berlaku rasanya hanya dipandang kecil oleh kakitangan MAS yang berrtugas di Ruang Berlepas Pintu 7B KLIA tersebut. Tiada sebarang ucapan terima kasih yang saya terima. Mujurlah ucapan terima kasih dari ramai penumpang-penumpang yang lain ”menyejukkan” hati saya terutama dari seorang wanita Cina tua yang tidak membayangkan jika mangsa itu adalah beliau sendiri dan jika tiada sesiapa yang boleh dan tahu memberi bantuan pertolongan cemas awal kepadanya.Sebelum dipindahkan, mangsa dan pasangannya berkali-kali mengucapkan ucapan terima kasih mereka. Malah mangsa masih mengenggam erat kedua-dua tangan saya sewaktu membantunya duduk di atas kerusi roda. Manakala pasangan mangsa yang mengalami kesukaran untuk bertutur akibat kecacatan spastiknya cuba berkata sesuatu sehingga berhamburan air liurnya. Saya hanya cuma mampu tersenyum dan mengangguk kepala kepada mereka berdua.
Persoalan ini perlu dan mesti dijawab oleh pihak pengurusan MAS KLIA
– adakah kakitangannya tidak bersedia atau tidak terlatih?
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, November 24, 2009

Keropok Terengganu selamat dimakan

Keropok Terengganu selamat dimakan
KERATAN Kosmo!
KUALA TERENGGANU - Semua produk keropok termasuk keropok lekor yang dipasarkan di Terengganu masih selamat untuk dimakan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan.Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna supaya memastikan makanan itu dimasak sepenuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas.Menurut beliau, pengguna juga tidak digalakkan memakan keropok yang sudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan penyakit taun. "Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaiknya apabila pulang ke rumah hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa masih panas."Ini kerana kita bimbang semasa proses pembungkusan, keropok itu juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun," katanya ketika dihubungi di sini semalam.Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri itu sekarang.

Monday, November 23, 2009

Rempuh Tembok Kejar Peragut

Rempuh tembok kejar peragut

SIASAT...anggota polis trafik memeriksa kereta yang merempuh tembok
kem tentera ketika cuba mengejar peragut di Jalan Perak, semalam.

GEORGETOWN: Kerana sayangkan isteri, seorang suami sanggup mempertaruhkan nyawanya mengejar penjenayah yang meragut beg tangan isterinya, dengan kereta sebelum terbabas dan merempuh tembok pengawal kem tentera di Jalan Perak, di sini semalam.Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Wari a/k Kiew, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 pagi di hadapan sebuah kem askar wataniah ketika pasangan berkenaan sedang memasuki kereta selepas bersarapan di sebuah kedai di Jalan Anson.Beliau berkata, mangsa berusia 30-an yang memandu kereta Nissan Sylphy cuba mengejar seorang lelaki yang menunggang motosikal berusia lingkungan 20-an dari belakang melalui Jalan Khaw Sim Bee dan ketika membelok ke Jalan Perak, kereta dipandunya gagal dikawal dan merempuh tembok kem berkenaan hingga masuk ke kawasan kem.“Kereta itu juga nyaris melanggar seorang anggota tentera yang sedang mengawal pondok keselamatan tidak jauh dari tembok kem.“Peragut itu meloloskan diri manakala mangsa tidak cedera, tetapi keretanya rosak teruk di bahagian depan.Wari berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang jalan berkenaan dan mangsa dilaporkan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Patani.Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Kaedah 10 Kaedah Lalulintas dan sabit kesalahan boleh didenda RM300 dan sekiranya membabitkan jenayah, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.

Saturday, November 21, 2009

Perbincangan mengenai safety

Key Components of a Sustainable Safety Culture

1. Lifecycle Management Sustainable Safety requires a comprehensiveprocess to implement and manage the safety lifecycle of the asset. IPShas skilled specialists to specify, verify, validate and commissionsystem designs. IPS offers a full set of lifecycle services thatfollow a continuous process to manage change and ensure the systemsare always operating in accordance with the original design criteria.Our electronic document management services utilize wirelesstechnology to provide system and procedural documentation on demandwhile ensuring the information is always current. We have skilledspecialists who can help to design solutions, which have proven toreduce unplanned outages by 95%.
2. Safety Instrumented System Fundamental to the success of aSustainable Safety culture is the Safety Instrumented System (SIS)that performs the critical safety functions such as Emergency ShutDown (ESD), Fire and Gas protection (F&G), Burner Management (BMS) andHigh Integrity Protection (HIPS), as well as critical controlfunctions such as Turbo Machinery Control (TMC). IPS Triconex has thelargest SIS installed base with over 800 million hours of safeoperation and our InFusion technology interfaces to all major SISequipment, allowing for integration of traditionally disparate systemsinto a single safety domain. Our approach maintains the operationalindependence and integrity of the safety system while allowing theplant-wide integration of critical information.
3. Instrumentation Safety enabled field devices and instruments thatare more intelligent are reducing the need to send people to thefield. This keeps personnel away from dangerous locations, removeshuman error and reduces the cost of maintenance. IPS, a leadingsupplier of field devices, has a broad range of safety instrumentationto monitor the entire loop from sensor to actuator. Maintenanceoperations can schedule and conduct non-disruptive partial stroketesting within the tightest confines of plant operations. Test logsdocument compliance against internal and external benchmarks. Advanceddiagnostics facilitate trip prevention and communicate maintenancealerts. Our TüV certified transmitters and valve positioners aredesigned to IEC61508 for use in safety critical applications.
4. Diagnostic Monitoring Confidence in the operational effectivenessand the correct functioning of the installed safety systems isessential to a successful Sustainable Safety program. Using theembedded automatic diagnostic features of the safety systems,instrumentation and control elements increase this confidence andallow plant personnel to focus on production. IPS uses data derivedfrom the testing and diagnosis framework to automatically identify theappropriate communication strategies and coordinates the interactionof the personnel communications, asset management and maintenancefunctions.
5. Loop Management The integrity and effectiveness of each SafetyInstrumented Function (SIF) is paramount to the safety of the asset.IPS experts provide ‘offline’ services for the design of each SIF,including device selection, SIF calculations and SIF validation. Oncethe SIF is operational, our online loop SIL monitor provides dynamicfeedback on the performance of the SIF to demonstrate that it isoperating in accordance with the design parameters.
6. Inhibit & Bypass Management In order to highlight significantdeviations from the normal operational state and adjust the onlineplant safety case, a robust management system is required to monitor,record and report the status on all inhibit events and overrideconditions. This allows for handover shift reports and KPIs to detectpatterns and trends, as well as status reports identifying andexplaining the application of a bypass. It also enables automaticremoval of specified bypasses after a configurable period and adviseswhen the plant achieves a steady operational state. The IPS Inhibit &Bypass Management function communicates with all electronic systems,facilitates the systematic recording of events from other systems andprovides a formal rule based interpretation of the overall plantinhibit condition to initiate reports and display the operationalstatus of the plant emergency systems.
7. Alarm Management Alarms are often the first layer of protection andprovide the first indication that there is a potential unsafecondition on the site. Too many process alarms diminish the integrityof the alerts and the effectiveness of the operator response.Sustainable Safety programs utilize an effective and efficient alarmmanagement system that promotes both safety and performance. Alarmrationalization based on industry standards applies layers ofprotection to link the alarm priority with the time required toeffectively respond to an alarm before the plant shuts down. Thisresults in a reduction in nuisance trips, allowing operators to takeaction on every alarm.
8. Asset Management Asset management extends to all the criticalassets and processes within the environment that contribute to theperformance of the plant and ultimately to the performance of thebusiness. Specifically, the Sustainable Safety program data collectedfrom the Asset Management system is integrated into the overall plantsafety view. This allows the safety envelope model to be modified andthe plant safety dashboard to be updated to give a real-time measureof the overall integrity of the plant. The IPS Enterprise AssetManagement solution integrates Condition Management (CM), ComputerizedMaintenance Management System (CMMS), Condition Based Maintenance(CBM) and Reliability Centered models for Operations and Maintenance(RCO/RCM). This suite of software and services goes beyond traditionalasset management and provides the relevant asset intelligence requiredfor planned maintenance.9. Mobile Solutions A fundamental challenge in managing the safeoperations of any production enterprise is the ability to traceablymanage human activity within the physical operation. Mobile solutionscombines state-of-the-art wireless technology with a managed workflowthat validates and tracks that human based activities have beencarried out, ensuring procedural integrity with traceability. Whencombined as part of a sustainable safety program, regulatoryprocedures, inspections and other activities can be logged andincorporated as a holistic safety strategy. Whilst traditional controlsystems and safety designs anticipate identified hazards,statistically, human error has been attributed as the common cause formany catastrophic events. The mobile solution suite addresses thischallenge guarantying procedural integrity for human activity andserves to close the loop around many "stranded" assets that are notintrinsically monitored by traditional systems.
10. Asset Simulation Robust simulation and modeling tools are used toverify and validate the design and any changes prior to theimplementation on a live plant. This ‘check’ helps confirm that thesafety system mitigates the risks it was designed for while ensuringthe solution is fit for purpose and economically viable. IPS offers acomprehensive suite of modeling tools ranging from predictive controlto online optimization. These tools help you improve your processprofitability by enhancing quality, increasing throughput and reducingenergy usage and waste.
11. Operator Training Sustainable Safety is focused on removing humanerror or people from the process and potentially hazardous situations.This requires enhancing the skills and competency of the people whooperate the plant to respond to stresses and situations. Similar totraining a pilot, safety simulation can run "what if" scenarios andtesting to train operators how to effectively respond in alarmedconditions. IPS offers operator training simulators that emulate theplant environment, linking process simulation models with physical-spatial models to create virtually any scenario that a user couldencounter in real life. Our Immersive Virtual Reality Processtechnology can create a three-dimensional computer-generatedrepresentation of either a real or proposed process plant. Via astereoscopic headset, users enter a totally immersive environment inwhich they can move through the plant in any direction. The ability tosimulate complex processes in connection with virtual actions allowsthe user to directly experience an environment that changes over time,making it more effective at transferring skills learned in training tothe work environment.
12. Personnel Location The personnel location system is a vital partof plant emergency training allowing simulation of unsafe events atany part of the plant and monitoring the personnel response tooptimize the safety training procedures. Using an integrated personneldetection and alert system as part of the plant Sustainable Safetyprogram greatly reduces the impact of any plant incident because youhave real-time knowledge of personnel and a valid rules-based responseto any critical situation. IPS wireless solutions provide the directlink between the automatic process safety systems and the operationpersonnel. The platform allows tracking and communication with allpersonnel anywhere on site.
13. Real-Time Safety View Having a collaborative virtual environmentenables a global network to share information, expertise and knowledgefor a Sustainable Safety culture. It requires an integrated approachto provide real-time situational awareness and enterprise widevisibility to minimise business disruptions due to an incident,reduced security threats and improved emergency response resolutiontimes. IPS offers remote access to a real-time Safety View for anoverview of the plant to show how safely the plant is operating. Acontextual display is created by splitting the plant into safety zonesby plant assets and applying a color indication of coverage and risklevels. High level as well as detailed information help determine whatarea and what safety instrumented function is compromised and whetherthe asset can be restored into a safe operating state. Because thisinformation is available visually and remotely, it is possible to takethe information to the experts rather than vice versa, resulting insafer, more targeted event response.
14. Security Now, more than ever, the threat to the safe operation ofa plant can no longer be contained solely within the operation, as thethreat from external influence increases. The realities of terrorismand business disruption due to plant safety incidents are criticalconsiderations for plant managers. IPS solutions embrace a ‘defense indepth’ philosophy that applies multiple layers of cyber security toprotect against viruses, worms, other forms of malicious attack andphysical security (such as fences, barricades, guards and othermethods used to deter unwanted physical entry). As all of thesesystems become integrated into a single ‘safety domain’, the impact ofa malicious attack significantly increases if the attack issuccessful. Sustainable safety assurance incorporates awareness,assessment, policies and procedures as well as intrusion detection andprevention systems in a comprehensive security solution.

Friday, November 20, 2009

38 Penumpang Nyaris Maut

38 penumpang nyaris maut

SUNGAI BESAR - Seorang ibu melalui detik mencemaskan untuk menyelamatkan bayinya berusia lima bulan apabila bas ekspres yang mereka naiki terhumban ke dalam parit setelah dirempuh dari belakang oleh sebuah treler di kilometer 59, Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Limau di sini, semalam. Noramila Abdullah, 23, mendakap erat anaknya, Muhammad Syahmi Shahrom, bagi mengelak tercampak setelah bas yang dalam perjalanan dari Puduraya ke Teluk Intan itu terbabas dalam parit sedalam kira-kira satu meter. Dia yang dalam perjalanan ke Sungai Besar bersama suami dan adiknya bagi menghadiri kenduri saudara mereka berkata, rempuhan itu menyebabkan semua penumpang terhumban ke hadapan. “Pada waktu kejadian, Syahmi (anak) ada bersama saya sementara suami dan adik duduk di kerusi berasingan, dalam keadaan cemas itu saya cuma terfikir untuk peluk erat-erat anak saya dengan harapan dia tidak tercampak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tempat kejadian. Noramila mengalami calar di tangan dan kaki sementara bayinya selamat dari sebarang kecederaan. Menurutnya, itu adalah pengalaman pertama menghadapi saat cemas setelah pertama kali bergelar ibu. “Perasaan cemas, takut semua jadi satu, yang saya fikirkan hanyalah keselamatan anak, syukurlah semua selamat,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang semalam, 38 penumpang bas ekspres termasuk pemandunya yang rata-rata dalam perjalanan pulang ke Sabak Bernam dan Teluk Intan, Perak terselamat. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata, semua penumpang hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Bagaimanapun, menurutnya, anggota bomba dan penyelamat terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan kelindan treler yang tersepit di bahagian tepi kenderaan. “Kelindan treler yang berusia lingkungan 19 tahun itu mengalami cedera parah sementara pemandunya mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya. Noor Mushar berkata, bas berkenaan dipercayai mahu menurunkan penumpang di sebuah perhentian yang terletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian sebelum dirempuh sebuah treler membawa muatan habuk kelapa sawit yang dalam perjalanan dari Klang ke Pulau Pinang. Pemandu bas, P Paremasamy, 60, berkata, rempuhan secara tiba-tiba itu menyebabkan dia hilang kawalan. “Keadaan dalam bas menjadi cemas, masing-masing menjerit, saya terpaksa memecah cermin hadapan bas untuk keluar sebelum mengarahkan semua penumpang keluar melalui pintu kecemasan,” katanya. Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dan Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.19 petang.

Wednesday, November 18, 2009

Projek Tanjung Agas

Projek Tanjung Agas capai kemajuan fizikal 2 peratus
KUANTAN 17 Nov. - Perkembangan pelaksanaan projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan kini sudah mencapai kemajuan fizikal sebanyak dua peratus sehingga pertengahan Oktober lalu.Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini kerja-kerja pembinaan jalan utama sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor sejak 1 Oktober lalu.Jelasnya, jajaran jalan sepanjang lapan kilometer itu telah dibersihkan dan kemajuan fizikal berada di tahap dua peratus."Pelaksanaan kerja-kerja membina infrastruktur jalan dan kerja-kerja teknikal berkaitan akan mengambil masa selama 16 bulan dan dijangka siap pada awal 2011," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.Adnan berkata, Syarikat Tanjung Agas Supply Base and Marine Services Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang akan mengendalikan operasi taman perindustrian itu telah menandatangani perjanjian pajakan dengan Daewoo Shipbuilding and Marin Engineering (DSME) yang merupakan syarikat pembuat kapal terbesar di dunia.Jelas beliau lagi, antara pelabur yang telah menandatangani perjanjian pajakan dan perjanjian persefahaman (MOU) bagi menempatkan pelabur mereka di kawasan perindustrian itu ialah Vantech Dockyard Sdn. Bhd, Usetech Marine Sdn. Bhd.Turut berbuat demikian adalah Bintara Abadi Sdn. Bhd., Core Competencies Sdn. Bhd., Damini Corporation Sdn. Bhd. dan Competent Selection Sdn. Bhd."Kesemua syarikat ini dalam persediaan untuk menempatkan projek mereka di taman industri ini," jelasnya.Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ngah Ngah, beliau memberitahu, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk melantik satu badan khas bagi memantau pelaksanaan projek tersebut.

Tuesday, November 17, 2009

Padah enggan berhenti rehat

Padah enggan berhenti rehat

BUKIT BERUNTUNG: Sikap seorang kakitangan syarikat pelancongan yang tidak menghiraukan menasihat rakannya berhenti berehat seketika di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) ternyata membawa padah apabila mangsa yang memandu dalam keadaan mengantuk terbabas sebelum maut dalam keadaan mengerikan.Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa yang dipercayai kepenatan selepas memandu lama mati serta-merta di tempat kejadian.Sumber polis berkata, mangsa, Foong Seng Long, 23, yang juga operator pelancongan maut selepas tercampak keluar kira-kira 20 meter dari kenderaan dipandunya berhampiran Kilometer 418, susur Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh raya Utara Selatan hala ke utara.Menurutnya, mangsa sebelum itu baru selesai menjalankan tugas menghantar majikannya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari Ipoh, Perak.“Mangsa turut ditemani rakan sekerjanya, Zahran Zakaria, 33, yang memandu kenderaan berasingan. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, mangsa dinasihati berhenti rehat dan tidur di kawasan R&R sebelum menyambung perjalanan.“Ketika kejadian, mangsa dipercayai memandu lebih daripada empat jam tanpa henti,” katanya.Bagaimanapun, mangsa enggan mengendahkan nasihat rakannya itu.“Mangsa yang memandu laju bagaimanapun terbabas sebelum merempuh pembahagi besi di tengah lebuh raya. Pelanggaran kuat itu menyebabkan mangsa terhumban keluar dari kenderaan sebelum jatuh ke atas lebuh raya.“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan, mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan menyebabkan tubuhnya tercampak keluar dari dalam kenderaan melalui cermin hadapan,” katanya.Menurutnya, rakan setugas mangsa yang sempat berhenti di kawasan R&R Sungai Buloh di sini, terkejut apabila menemui kenderaan dan mayat rakannya setengah jam selepas kejadian.

Saturday, November 14, 2009

Kereta dihempap lori, pemandu maut

RAUB – Pasukan Bomba dan Penyelamat Raub bersama polis serta pasukan paramedik Hospital Raub terpaksa mengambil masa selama tiga jam untuk mengeluarkan mayat pemandu kereta jenis Honda yang tersepit selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang sarat dengan muatan balak, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kemalangan yang berlaku jam 6.15 pagi itu berlaku di Kilometer 358, Jalan Kuala Lumpur–Kota Bharu, kira-kira lima kilometer dari Bandar Raub. Menurut beliau, pemandu kereta terbabit, Muhammad Faisal Noordin, 31, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser untuk mengikuti kursus, sebelum bertembung dengan lori balak dari Benta, Lipis itu. “Tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain di laluan garisan berkembar, tetapi bertembung dengan lori balak dipandu Mohamad Rosly Mohd, 31, berasal dari Kuala Krai, Kelantan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Kejadian mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan terbabas ke kiri jalan dan menjunam ke gaung sedalam kira-kira tiga meter, menyebabkan kereta yang dipandu mangsa dihempap lori berkenaan. Wan Mohd Samsudin berkata, Muhammad Faisal mati di tempat kejadian akibat tersepit, sementara pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan. “Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa lebih tiga jam, bermula dengan mengalih muatan balak terlebih dahulu. “Bahagian belakang lori balak dialihkan sebelum kereta yang remuk teruk diangkat ke atas jalan menggunakan kren,” katanya. Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan Hydraulic Power Cutter untuk memotong bahagian kereta mangsa, sebelum berjaya mengeluarkan mayat dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat. Menurutnya, mangsa yang berasal dari Pulau Pinang dipercayai bertugas sebagai Pegawai Perpustakaan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Lipis. “Keluarga mangsa sudah pun dimaklumkan untuk menuntut mayat mangsa di Hospital Raub, manakala kita menahan sementara pemandu lori balak terbabit bagi membantu siasatan. “Terima kasih diucapkan kepada semua terlibat atas kerjasama diberikan termasuk pengguna jalan raya yang sabar menghadapi kesesakan hampir tiga jam di lokasi kejadian,” katanya.

Friday, November 13, 2009

OSH IN SCHOOL - Pastikan Peralatan di Sekolah Selamat

Pastikan Peralatan di Sekolah Selamat
METRO / 13.11.2009
ALOR STAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan pengurusan sekolah seluruh negara memastikan peralatan dan bangunan selamat bagi mengelakkan insiden kipas siling di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, Selangor berulang.Beliau yang juga Menteri Pelajaran kecewa kerana aspek keselamatan di sekolah tidak diambil berat oleh pengurusan sekolah berkenaan sehingga mengundang kemalangan ke atas pelajar. “Mungkin kipas itu sudah lama tidak diperiksa sehingga ia tercabut ketika berpusing. Kejadian itu boleh dielakkan sekiranya sekolah memeriksa peralatan secara berkala dan memastikan ia selamat. “Pentadbiran sekolah terutama pengetua bertanggungjawab dan mereka kena pastikan keadaan seperti ini tidak berlaku kerana malang tidak berbau,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini, semalam.Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang pelajar tingkatan satu sekolah itu, Fahmi Harith Abu Bakar, 13, yang terpaksa menerima lebih 10 jahitan selepas terkena satu bilah kipas siling yang terjatuh di atas meja kelasnya sehingga pipi dan mulutnya terkoyak dan menampakkan tulang rahang kira-kira jam 6 petang Selasa lalu.Katanya, pengurusan sekolah boleh meminta kerjasama Jabatan Kerja Raya membuat pemeriksaan dan tidak harus memandang ringan aspek keselamatan pelajar dalam kelas. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata punca kipas itu terjatuh disebabkan besi penggantung yang reput dan berkarat.“Walaupun ia kali pertama berlaku, kita memandang ia sesuatu yang serius bagi memastikan insiden sama tidak berulang.“Sehubungan itu, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset akan mengeluarkan pekeliling dalam tempoh terdekat supaya pemeriksaan terhadap semua pendawaian elektrik di sekolah diperiksa bagi memastikan kemalangan seumpama itu dapat dielakkan,” katanya ketika merasmikan penutupan Konvensyen Perdana Kaunselor Organisasi Pendidikan Kementerian Pelajaran di Subang Jaya, Selangor, semalam.

Thursday, November 12, 2009

Waspada sindiket 'tepuk bahu'

Waspada sindiket 'tepuk bahu'

KUANTAN - Waspada jika ada orang menepuk bahu dan memberitahu wang anda tercicir ketika sedang berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Ini kerana kemungkinan individu terbabit adalah anggota kumpulan yang menggunakan taktik itu untuk mengambil kad ATM mangsa.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, dalam tempoh dua minggu sahaja, sebanyak empat kes seumpama itu dilaporkan melibatkan kerugian RM13,950.Kes terbaru berlaku Sabtu lalu melibatkan seorang tukang rumah berusia 33 tahun yang kerugian RM5,000 selepas diperdaya anggota kumpulan itu ketika mengeluarkan wang di mesin ATM di sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini.Dalam kejadian pukul 6.20 petang itu, katanya, bahu mangsa ditepuk lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang berbaris di belakangnya.Zaini berkata, apabila mangsa menoleh ke belakang, suspek memberitahu duit mangsa tercicir."Suspek beritahu duit RM2 milik mangsa terjatuh dan mangsa tunduk untuk mengutip semula duit itu. Pada masa sama, kad ATM mangsa di dalam mesin ATM itu telah diambil dan ditukar oleh suspek."Mangsa kemudian mengambil semula kad ATM tersebut tanpa mengesyaki apa-apa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.Menurut Zaini, beberapa minit selepas itu mangsa membuat pengeluaran sekali lagi di bank sama tetapi terkejut apabila butiran yang terpapar di skrin mesin ATM tertera nama orang lain."Setelah memaklumkan kepada pihak bank dan apabila diperiksa, baki akaun mangsa berkurangan RM5,000.Beliau memberitahu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira pukul 9 malam pada hari sama.Katanya, polis menahan seorang lelaki berusia 50-an dan menjumpai beberapa kad ATM pelbagai bank berdekatan kawasan kejadian.

Wednesday, November 11, 2009

Dilibas Kipas

Oleh Hayati Ibrahim

DENGKIL: Mengerikan apabila kipas dalam kelas sebuah sekolah, dekat sini, yang sedang berpusing ligat, tiba-tiba terhempas di atas meja seorang pelajar menyebabkan satu daripada bilah kipas tersagat sehingga mengoyak pipi, mulut dan menampakkan tulang rahang pelajar berkenaan, kelmarin. Sebelum kejadian, Fahmi Harith Abu Bakar, 13, sedang asyik mendengar penerangan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia dalam kelas sebelum kipas yang sedang berpusing ligat itu jatuh, kira-kira jam 6 petang.Kejadian yang mengejutkan itu menyebabkan mangsa, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, dekat sini, terpaksa menerima lebih 10 jahitan di pipi dan di luar serta dalam mulut apabila bilah kipas itu melayang mengenai mukanya. Fahmi Haritah berkata, ketika kejadian, dia sedang berbincang dengan rakan mengenai topik yang diajar guru sebelum kipas di siling terjatuh di atas meja dan terkena pipi.“Saya terus terjatuh di lantai dan menyedari banyak darah keluar dari mulut, tetapi tidak rasa sakit sebelum dipapah guru dan rakan ke Klinik Kesihatan Dengkil untuk mendapatkan rawatan,” katanya.Bagaimanapun, katanya, pembantu perubatan di klinik terbabit kemudian merujuk kesnya ke Hospital Putrajaya, dekat sini, apabila mendapati kecederaan dialami agak serius.Fahmi Harith yang ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, petang semalam, masih trauma dengan mukanya membengkak dan terpaksa makan serta minum menggunakan penyedut minuman.Anak keempat daripada enam beradik itu terpaksa berbaring akibat kesakitan dialami selain sukar bercakap.Katanya, dia tidak menyangka kipas yang disangkut kukuh di siling itu boleh jatuh.“Secara kasarnya kipas itu berada dalam keadaan elok dan tidak rosak, tak sangka pula ia boleh terjatuh. Namun, saya bersyukur tidak mengalami kecederaan teruk,” katanya yang mendapat cuti sakit sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini. Sementara itu, bapa mangsa, Abu Bakar Mustafa, 45, berkata dia menerima panggilan dari pihak sekolah kira-kira jam 6.10 petang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan di sekolah.“Pada mulanya, saya ingat anak bergaduh dengan rakan atau terbabit dengan kemalangan lain, tetapi terkejut apabila mendapati kecederaan anak saya berpunca daripada bilah kipas yang jatuh.“Saya berterima kasih pada guru berkenaan kerana cepat menghantar anak ke klinik untuk rawatan. Malah, pihak sekolah juga terus menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian itu sebaik saja ia berlaku,” katanya.Menurutnya, dia tidak bercadang membuat laporan polis kerana ia hanya satu kemalangan yang tidak membabitkan mana-mana pihak.“Saya tak nak menuding jari kepada mana-mana pihak, cuma semua pihak perlu mengambil iktibar dari kemalangan ini dan memeriksa peralatan secara berkala supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya yang juga bertugas sebagai seorang guru.Pengetua, Ahmad Badri Mardi ketika dihubungi berkata, kemalangan itu tidak dijangka kerana peralatan di sekolah terbabit sentiasa diperiksa untuk memastikan tahap keselamatannya terjamin.“Pihak sekolah sentiasa mengamalkan 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan) untuk memastikan peralatan, kawasan sekolah dan setiap sudut di sekolah berada dalam keadaan selamat untuk pelajar,” katanya.

Tuesday, November 10, 2009

Pelajar Terjun Bangunan Sekolah

Pelajar tak hadir perhimpunan terjun bangunan sekolah

KANGAR: Gara-gara takut dikenakan tindakan disiplin kerana tidak menghadiri perhimpunan mingguan, seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Perlis (SMPs) parah selepas bertindak nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit, pagi semalam. Pelajar tingkatan empat bersama seorang lagi rakan terjun pada ketinggian kira-kira 12 meter apabila menyedari kehadiran guru disiplin yang membuat pemeriksaan, kira-kira jam 8 pagi semalam. Bagaimanapun, rakannya tidak cedera kerana badannya kurus dan menghilangkan diri manakala pelajar terbabit yang berbadan gempal dan juga anak ahli perniagaan di sini, patah kaki kiri serta berdarah di hidung. Sumber berkata, abang pelajar yang juga ketua pengawas sekolah berkenaan bergegas ke tempat kejadian serta memangku dan menenangkan adiknya yang dalam keadaan separuh sedar sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Katanya, ketika kejadian, semua pelajar yang berhimpun sempena minggu terakhir persekolahan di dataran bersebelahan bangunan terbabit berkejar ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan kejadian itu. “Pelajar terbabit tertiarap di atas rumput dalam separuh sedar sebelum dipangku abangnya. Selain patah kaki kiri, dia dipercayai mengalami kecederaan dalaman memandangkan pendarahan di hidung. “Ibu pelajar terbabit yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke sekolah sebelum menemani anaknya menerima rawatan di HTF,” katanya ketika ditemui di sini. Sumber itu berkata, kejadian seumpama itu yang kedua di SMPs selepas seorang pelajar perempuan terjun di bangunan sama apabila gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dua tahun lalu. “Sudah dua kes pelajar terjun dari bangunan baru sekolah sejak kebelakangan akhir ini dan pihak pentadbiran sekolah perlu memikirkan sesuatu untuk mengatasinya supaya kejadian ini tidak berulang,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, berkata pelajar berusia 16 tahun itu gagal menghadiri perhimpunan mingguan sekolah sebelum perbuatannya bersama seorang pelajar lain dikesan seorang guru. Katanya, pelajar terbabit ditemui terbaring dalam keadaan parah bersebelahan bangunan berkenaan selepas terjatuh pada ketinggian hampir 12 meter manakala rakannya gagal dikesan. “Ketika dihampiri guru berkenaan, kedua-dua pelajar terbabit terus melompat dari koridor bangunan, sebelum seorang daripadanya ditemui terbaring dalam keadaan parah. “Mangsa ditemui dalam keadaan patah paha kiri, selain mengalami pendarahan pada hidung oleh beberapa pelajar, sejurus selepas terjatuh. Dia dihantar ke HTF untuk rawatan lanjut,” katanya. Ismail berkata, maklumat diterima mengesahkan mangsa terjun daripada bangunan untuk mengelak tindakannya ponteng dikesan pihak sekolah. Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menyiasat motif mangsa melompat pada ketinggian itu termasuk kemungkinan ada unsur lain dalam kes terbabit.

Monday, November 9, 2009

Muka bengkak, kepala gatal

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: “Saya terkejut kerana muka membengkak teruk dan menyangka saya sudah buta selepas tidak dapat membuka mata sebaik bangun tidur,” kata Rokiah Hamid, 46, dari Taman Delima yang terkejut mukanya tiba-tiba menjadi bengkak selepas menggunakan produk pewarna rambut tiga hari lalu. Dia berkata, selain mukanya membengkak, kepala juga mengalami kegatalan teruk selepas beberapa minit menggunakan produk itu dan keadaan semakin teruk apabila kulit kepala ditumbuhi kudis serta mengeluarkan air bisa. Kejadian berlaku selepas dia menggunakan produk pewarna rambut dari luar negara bagi menghitamkan rambutnya yang dibeli RM15 sepeket daripada syarikat jualan langsung selepas tertarik dengan ramuan tradisional yang terdapat di dalam produk berkenaan. Katanya, dia mencuba memakainya pada malam Khamis lalu, namun terkejut selepas beberapa minit kepalanya menjadi gatal. “Selain mengalami kegatalan teruk di kepala, saya juga terkejut keesokan harinya kerana tidak dapat membuka mata dan ketika saya melihat di cermin muka kelihatan bengkak. “Saya ingat sudah jadi buta kerana mata tidak boleh buka menyebabkan suami terkejut dan bertanya produk apa yang digunakan sehingga muka saya membengkak begitu teruk,” katanya.Rokiah berkata, suaminya menghubungi syarikat terbabit dan memaklumkan kejadian itu menyebabkan beberapa wakil syarikat terbabit datang melihat keadaan isterinya.Rokiah berkata, wakil syarikat itu tidak membenarkannya mendapatkan rawatan di klinik kerana masalah itu didakwa berpunca daripada tindak balas produk digunakan dan akan hilang dalam masa beberapa jam. “Mereka juga memberi enam botol ubat bagi dititik di kepala untuk menghilangkan ketumbuhan itu, namun kerana bimbang kesan sampingan lain, saya tidak memakainya dan sehingga semalam (kelmarin) sudah empat hari muka saya membengkak manakala kesan gatal di kepala juga belum hilang. “Saya terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar kerana tidak tahan menanggung seksa,” katanya yang kesal kerana wakil syarikat itu terus mendiamkan diri selepas dimaklumkan bengkak dan gatal di kepala masih belum pulih.Menurutnya, dia memberikan produk itu kepada adiknya yang bertugas di makmal Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk dikaji dan terkejut apabila diberitahu produk itu mengandungi sejenis asid yang boleh memberi kesan kepada penggunanya.

Thursday, November 5, 2009

Suami isteri lesap RM80,000

Gara-gara renungan mata Datuk Azmi
Suami isteri lesap RM80,000
Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Hanya dengan renungan mata seorang lelaki bergelar Datuk Azmi, sepasang suami isteri lesap RM80,000 akibat dipukau.Pasangan suami isteri tersebut mendakwa mereka menjadi kelu ketika mengadakan perbincangan dengan Datuk tersebut bersama pekerjanya yang dikenali sebagai Shakri berusia 40-an.Segalanya bermula sebaik sahaja mereka mengiklan rumah mereka di TTDI Jaya, Shah Alam untuk disewa sebanyak RM1,400 sebulan.


"Shakri datang berjumpa kami dan selepas berbincang, dia mengatakan mahu membeli rumah itu bagi pihak majikan, Datuk Azmi," kata mangsa yang dikenali sebagai Rashid, 50.
Menurut Rashid, dia bertemu dengan Shakri pertama kali pada 15 Oktober di Bangsar di sini dan pada perjumpaan 17 Oktober pula, persetujuan dicapai apabila majikannya bersetuju membeli dengan harga RM345,000.Tambahnya, perjumpaan ketiga berlangsung pada 19 Oktober di sebuah hotel di Mid Valley dan Shakri memperkenalkan Datuk Azmi dan seorang lagi pekerjanya bernama Rahmat kepadanya.
"Pada perjumpaan tersebut, Datuk Azmi merenung mata kami dan ketika itu saya dan isteri seperti hilang ingatan dan hanya menurut sahaja arahan mereka.
"Datuk Azmi kemudiannya mengambil geran rumah dan membuat salinan sebelum dia beredar kononnya untuk mengambil wang tunai kerana urusan jual beli itu dilakukan secara tunai," ceritanya.

Wednesday, November 4, 2009

Lelaki pasang cermin maut jatuh tingkat 7

KUALA LUMPUR: Malang buat seorang pekerja kontrak apabila mati selepas terjatuh ketika menjalankan kerja memasang cermin di sebuah tapak projek pembinaan bangunan tujuh tingkat di Jalan Metro Pudu di sini, semalam.Ketika kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 41 tahun yang tinggal di Puchong itu melakukan kerja memasang cermin di tingkat tujuh bangunan terbabit sebelum tergelincir dan terjatuh di tingkat atas lantai konkrit tingkat tiga.Keadaan itu menyebabkan mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi beberapa pekerja yang melihat kejadian itu.“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipercayai tergelincir ketika melakukan kerja pemasangan cermin sebelum terjatuh di tingkat tiga bangunan terbabit.“Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut berikutan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk bedah siasat.

Tuesday, November 3, 2009

Tragedi Kuala Dipang bukti ketepi budaya keselamatan

Tragedi Kuala Dipang bukti ketepi budaya keselamatan
BHARIAN / 2.11.09
TRAGEDI yang berlaku baru-baru ini di tapak perkhemahan pelajar di Kuala Dipang, Kampar, Perak dengan tiga pelajar terkorban apabila jambatan gantung yang baru siap dibina, runtuh ketika pelajar sedang menyeberanginya, sekali lagi menunjukkan kepada kita betapa kurangnya perhatian diberikan kepada aspek keselamatan. Ini juga menunjukkan bahawa kita masih tidak dapat menghayati keselamatan sebagai budaya dan cara hidup kita. Pelbagai persoalan timbul berikutan tragedi itu antaranya: Adakah jambatan gantung berkenaan dibina dengan betul dan selamat?;
Adakah kemudahan di tapak perkhemahan ini sudah diperiksa bagi memastikan ia selamat untuk digunakan?; dan Di kalangan guru yang menyelia pelajar terbabit, adakah di antara mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai aspek keselamatan pelajar? Sebagai seorang yang komited kepada keselamatan dan kesihatan, saya amat berduka cita dengan tragedi yang tidak sepatutnya berlaku jika aspek keselamatan di tapak perkhemahan dijadikan sebagai keutamaan.
Adalah suatu yang merugikan bahawa objektif mulia Kementerian Pelajaran dalam projek yang dirancang untuk memupuk pelajar supaya bergaul dan berinteraksi di antara satu sama lain di kalangan pelbagai kaum dalam mencapai perpaduan, dirosakkan oleh suatu tragedi yang tidak sepatutnya berlaku.
Pengajaran yang boleh diambil dari tragedi ini dan tragedi yang lalu adalah kita tidak boleh dan tidak sepatutnya mengambil mudah aspek keselamatan tidak kira di mana kita berada.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Pengerusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh).

Utamakan keselamatan jalani aktiviti lasak

Penganjur disyor lantik pakar perunding, pilih kawasan
selamat untuk perkhemahan

BHARIAN / 2.11.09
ADA persoalan yang belum terjawab mengenai punca jambatan gantung runtuh di kawasan perkhemahan 1Malaysia Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta, yang menyebabkan tiga murid terkorban selepas terjatuh dan hanyut ke dalam Sungai Kampar ketika menyeberangi jambatan itu untuk makan malam di SK Kuala Dipang, Isnin lalu. Jawatankuasa siasatan dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan mengemukakan laporan lengkap dalam tempoh dua minggu lagi dengan tumpuan kepada punca kejadian dan tindakan selanjutnya.Kita berharap hasil siasatan itu nanti didedahkan kepada orang ramai dan siapa yang bertanggungjawab, perlu dibawa ke muka pengadilan. Namun, seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua kegiatan perkhemahan pelajar diteruskan tetapi dengan penekanan serius terhadap aspek keselamatan untuk memastikan sifar kes kemalangan jiwa, mengambil iktibar tragedi di Kuala Dipang, Kampar itu. Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri tidak mahu kejadian itu menyebabkan ibu bapa melarang anak menyertai kegiatan kokurikulum kerana boleh merugikan pelajar berikutan aktiviti berkenaan banyak faedah, malah antara komponen penting dalam sistem pendidikan serta pembinaan sahsiah. Berikutan kejadian itu, banyak pihak yang marah termasuk ibu bapa tidak berpuas hati dengan pembinaan jambatan berkenaan yang didakwa sambil lewa dan dibuat secara tergesa-gesa dengan penanaman cerucuk tidak dilakukan dengan sempurna dan hanya disimen sebagai penahan.Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula dikatakan tidak dimaklumkan oleh kontraktor mengenai pembinaan jambatan gantung yang runtuh. Selain itu, Tok Batin Pos Dipang, Bah Sermu Bah Udin, pula menyifatkan pembinaan tapak kem 1Malaysia didirikan di lokasi yang 'keras' kerana ada kubur lama yang penuh misteri dalam belukar di kawasan berhampiran perkhemahan. Namun, Pengurus Operasi Hikers Climber Advebture Team Sdn Bhd, Ahmad Nazri Ismail yang mengendalikan pelbagai aktiviti lasak, mengakui keselamatan dan persekitaran adalah aspek yang penting. Katanya, pelatih yang memandu program berkenaan juga adalah di kalangan mereka yang terlatih dalam bidang itu dan sentiasa bersiap sedia menangani sebarang kemungkinan buruk sepanjang ia berlangsung. "Apa yang dilihat dalam aktiviti perkhemahan itu, aspek keselamatan begitu longgar dan mengambil mudah dalam banyak perkara. Malah, mereka juga membenarkan ramai murid melintasi jambatan gantung. Logiknya untuk sesebuah jambatan gantung ia selamat untuk dilalui antara tiga hingga lima orang. Bayangkan jambatan gantung di Taman Negara, Pahang hanya membenarkan antara satu hingga dua orang saja menyeberanginya."Inikan pula bagi jambatan gantung di kem perkhemahan 1Malaysia itu dilintasi sejumlah pelajar yang ramai. Kita difahamkan lebih 30 orang berada di atas jambatan itu dan dilaporkan melompat-lompat pula. Keadaan itu sudah pasti akan menjejaskan kekukuhan jambatan. Saya fikir kontraktor berkenaan juga tidak menjangka jambatan itu dinaiki sejumlah orang yang ramai," katanya. Beliau menegaskan, dalam sesuatu aktiviti perkhemahan atau lasak perlu tahu mengenai aspek 'People, Equipment and Environment' (PEE), di samping pemilihan lokasi yang selamat. Mengulas kejadian di Kampar itu, beliau mencadangkan pihak penganjur melantik pakar perunding untuk turut bersama dalam program berkenaan bagi memastikan ia berjalan lancar terutama membabitkan jumlah peserta yang ramai. "Saya cuma berharap supaya kejadian itu menjadi pengajaran kepada aktiviti perkhemahan 1Malaysia yang lain supaya lebih bersistematik mengikut kaedah yang betul. Program itu bertujuan baik sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke arah integrasi dan perpaduan kaum," katanya. Kita berharap pihak yang menganjurkan aktiviti lasak seumpama itu melihat secara menyeluruh mengenai pelbagai aspek sebelum sesuatu program dilaksanakan untuk memastikan ia dijalankan dengan sempurna tanpa menimbulkan sebarang tragedi dan kontroversi. Pada dasarnya, matlamat perkhemahan 1Malaysia dianjurkan itu berniat murni dengan mengumpulkan murid pelbagai kaum Melayu, Cina dan India menjalankan program untuk memupuk perpaduan kaum.

Monday, November 2, 2009

Faedah lelap seketika kepada pekerja

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar padawaktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaianbahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siangmerupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat dinegara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan danminda yang juga dipanggil sebagai power nap. Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikatbeberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Associationsebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positiftidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja. Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambilperhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitupopular di negara kita.Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepadatugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan mindawaktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat. Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akankesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahanilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini. Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Artof Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness:Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges danBroughton dan sebagainya. Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentangkebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalammengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masayang paling sesuai untuk tidur seketika. Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktutengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripadamakan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internetdan sebagainya. Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasaberehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhupersekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mentalketika bekerja. Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia bolehmendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus,mengantuk dan mudah marah. Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan padapertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalamlingkungan 30 hingga 40 minit. Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguankepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula. Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkalamembantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untukberfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalampengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkanotot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akanmenjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur danbersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan danefisien menganjur ke petang hari.Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagaisalah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidakmeninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah padamalam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'. Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahajajasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutinhariannya. Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktusiang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untukmengamalkannya. Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruangyang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen,tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri ataukantin untuk makan. Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehatpara pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarangtugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka. Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serongapabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikanbanyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat. Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlufaham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberiruang rehat seadilnya kepada semua pekerja. Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggaldalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnyasebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidursekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasandan kecerdasan diri.Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkansebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga keminit terakhir kita bekerja sehari-harian.