Wednesday, November 18, 2009

Projek Tanjung Agas

Projek Tanjung Agas capai kemajuan fizikal 2 peratus
KUANTAN 17 Nov. - Perkembangan pelaksanaan projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan kini sudah mencapai kemajuan fizikal sebanyak dua peratus sehingga pertengahan Oktober lalu.Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini kerja-kerja pembinaan jalan utama sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor sejak 1 Oktober lalu.Jelasnya, jajaran jalan sepanjang lapan kilometer itu telah dibersihkan dan kemajuan fizikal berada di tahap dua peratus."Pelaksanaan kerja-kerja membina infrastruktur jalan dan kerja-kerja teknikal berkaitan akan mengambil masa selama 16 bulan dan dijangka siap pada awal 2011," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.Adnan berkata, Syarikat Tanjung Agas Supply Base and Marine Services Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang akan mengendalikan operasi taman perindustrian itu telah menandatangani perjanjian pajakan dengan Daewoo Shipbuilding and Marin Engineering (DSME) yang merupakan syarikat pembuat kapal terbesar di dunia.Jelas beliau lagi, antara pelabur yang telah menandatangani perjanjian pajakan dan perjanjian persefahaman (MOU) bagi menempatkan pelabur mereka di kawasan perindustrian itu ialah Vantech Dockyard Sdn. Bhd, Usetech Marine Sdn. Bhd.Turut berbuat demikian adalah Bintara Abadi Sdn. Bhd., Core Competencies Sdn. Bhd., Damini Corporation Sdn. Bhd. dan Competent Selection Sdn. Bhd."Kesemua syarikat ini dalam persediaan untuk menempatkan projek mereka di taman industri ini," jelasnya.Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ngah Ngah, beliau memberitahu, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk melantik satu badan khas bagi memantau pelaksanaan projek tersebut.

No comments:

Post a Comment