Tuesday, November 17, 2009

Padah enggan berhenti rehat

Padah enggan berhenti rehat

BUKIT BERUNTUNG: Sikap seorang kakitangan syarikat pelancongan yang tidak menghiraukan menasihat rakannya berhenti berehat seketika di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) ternyata membawa padah apabila mangsa yang memandu dalam keadaan mengantuk terbabas sebelum maut dalam keadaan mengerikan.Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa yang dipercayai kepenatan selepas memandu lama mati serta-merta di tempat kejadian.Sumber polis berkata, mangsa, Foong Seng Long, 23, yang juga operator pelancongan maut selepas tercampak keluar kira-kira 20 meter dari kenderaan dipandunya berhampiran Kilometer 418, susur Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh raya Utara Selatan hala ke utara.Menurutnya, mangsa sebelum itu baru selesai menjalankan tugas menghantar majikannya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari Ipoh, Perak.“Mangsa turut ditemani rakan sekerjanya, Zahran Zakaria, 33, yang memandu kenderaan berasingan. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, mangsa dinasihati berhenti rehat dan tidur di kawasan R&R sebelum menyambung perjalanan.“Ketika kejadian, mangsa dipercayai memandu lebih daripada empat jam tanpa henti,” katanya.Bagaimanapun, mangsa enggan mengendahkan nasihat rakannya itu.“Mangsa yang memandu laju bagaimanapun terbabas sebelum merempuh pembahagi besi di tengah lebuh raya. Pelanggaran kuat itu menyebabkan mangsa terhumban keluar dari kenderaan sebelum jatuh ke atas lebuh raya.“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan, mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan menyebabkan tubuhnya tercampak keluar dari dalam kenderaan melalui cermin hadapan,” katanya.Menurutnya, rakan setugas mangsa yang sempat berhenti di kawasan R&R Sungai Buloh di sini, terkejut apabila menemui kenderaan dan mayat rakannya setengah jam selepas kejadian.

No comments:

Post a Comment