Monday, November 2, 2009

Faedah lelap seketika kepada pekerja

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar padawaktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaianbahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siangmerupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat dinegara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan danminda yang juga dipanggil sebagai power nap. Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikatbeberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Associationsebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positiftidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja. Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambilperhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitupopular di negara kita.Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepadatugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan mindawaktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat. Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akankesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahanilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini. Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Artof Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness:Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges danBroughton dan sebagainya. Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentangkebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalammengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masayang paling sesuai untuk tidur seketika. Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktutengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripadamakan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internetdan sebagainya. Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasaberehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhupersekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mentalketika bekerja. Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia bolehmendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus,mengantuk dan mudah marah. Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan padapertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalamlingkungan 30 hingga 40 minit. Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguankepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula. Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkalamembantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untukberfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalampengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkanotot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akanmenjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur danbersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan danefisien menganjur ke petang hari.Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagaisalah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidakmeninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah padamalam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'. Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahajajasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutinhariannya. Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktusiang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untukmengamalkannya. Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruangyang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen,tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri ataukantin untuk makan. Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehatpara pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarangtugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka. Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serongapabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikanbanyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat. Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlufaham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberiruang rehat seadilnya kepada semua pekerja. Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggaldalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnyasebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidursekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasandan kecerdasan diri.Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkansebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga keminit terakhir kita bekerja sehari-harian.

No comments:

Post a Comment