Saturday, November 28, 2009

Terima Pampasan PERKESO

Mangsa ragut terima pampasan Perkeso

KUALA LUMPUR: “Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban saya sekeluarga” kata mangsa ragut, Noriha Abdul Rahman, 29, ketika ditemui pada majlis penyampaian cek oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), semalam.Cek Pengurusan Jenazah bernilai RM1,500 itu disampaikan sendiri Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso, Aleyes Meh.Dalam kejadian awal minggu ini, Noriha cedera di muka, patah kaki dan tangan kanan manakala suaminya, Abdul Rahman Mohd Khadla‘din, 34, meninggal dunia apabila motosikal ditunggangi mereka hilang kawalan dihimpit dan ditendang dua peragut lalu merempoh tembok di Jalan Perkasa Dua, Taman Maluri, Cheras.Susulan kecederaan dialaminya, Noriha kini mendapatkan rawatan di HKL.
Sementara itu, Aleyes berkata dia berhak menerima wang itu kerana arwah adalah pencarum Perkeso yang memenuhi syarat kelayakan ketika bekerja semasa hayatnya.“Warisnya bukan saja menerima wang RM1,500 untuk tujuan pengurusan jenazah, malah balunya berhak menerima Faedah Pencen Penakat RM350 sebulan.“Balu mangsa akan menerima pencen ini sepanjang hayat manakala anaknya sehingga berusia 21 tahun dan jika anak berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, pencen akan dibayar sehingga mendapat ijazah pertama” kata Aleyes .

No comments:

Post a Comment