Monday, November 23, 2009

Rempuh Tembok Kejar Peragut

Rempuh tembok kejar peragut

SIASAT...anggota polis trafik memeriksa kereta yang merempuh tembok
kem tentera ketika cuba mengejar peragut di Jalan Perak, semalam.

GEORGETOWN: Kerana sayangkan isteri, seorang suami sanggup mempertaruhkan nyawanya mengejar penjenayah yang meragut beg tangan isterinya, dengan kereta sebelum terbabas dan merempuh tembok pengawal kem tentera di Jalan Perak, di sini semalam.Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Wari a/k Kiew, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 pagi di hadapan sebuah kem askar wataniah ketika pasangan berkenaan sedang memasuki kereta selepas bersarapan di sebuah kedai di Jalan Anson.Beliau berkata, mangsa berusia 30-an yang memandu kereta Nissan Sylphy cuba mengejar seorang lelaki yang menunggang motosikal berusia lingkungan 20-an dari belakang melalui Jalan Khaw Sim Bee dan ketika membelok ke Jalan Perak, kereta dipandunya gagal dikawal dan merempuh tembok kem berkenaan hingga masuk ke kawasan kem.“Kereta itu juga nyaris melanggar seorang anggota tentera yang sedang mengawal pondok keselamatan tidak jauh dari tembok kem.“Peragut itu meloloskan diri manakala mangsa tidak cedera, tetapi keretanya rosak teruk di bahagian depan.Wari berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang jalan berkenaan dan mangsa dilaporkan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Patani.Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Kaedah 10 Kaedah Lalulintas dan sabit kesalahan boleh didenda RM300 dan sekiranya membabitkan jenayah, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.

No comments:

Post a Comment