Thursday, November 12, 2009

Waspada sindiket 'tepuk bahu'

Waspada sindiket 'tepuk bahu'

KUANTAN - Waspada jika ada orang menepuk bahu dan memberitahu wang anda tercicir ketika sedang berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Ini kerana kemungkinan individu terbabit adalah anggota kumpulan yang menggunakan taktik itu untuk mengambil kad ATM mangsa.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, dalam tempoh dua minggu sahaja, sebanyak empat kes seumpama itu dilaporkan melibatkan kerugian RM13,950.Kes terbaru berlaku Sabtu lalu melibatkan seorang tukang rumah berusia 33 tahun yang kerugian RM5,000 selepas diperdaya anggota kumpulan itu ketika mengeluarkan wang di mesin ATM di sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini.Dalam kejadian pukul 6.20 petang itu, katanya, bahu mangsa ditepuk lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang berbaris di belakangnya.Zaini berkata, apabila mangsa menoleh ke belakang, suspek memberitahu duit mangsa tercicir."Suspek beritahu duit RM2 milik mangsa terjatuh dan mangsa tunduk untuk mengutip semula duit itu. Pada masa sama, kad ATM mangsa di dalam mesin ATM itu telah diambil dan ditukar oleh suspek."Mangsa kemudian mengambil semula kad ATM tersebut tanpa mengesyaki apa-apa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.Menurut Zaini, beberapa minit selepas itu mangsa membuat pengeluaran sekali lagi di bank sama tetapi terkejut apabila butiran yang terpapar di skrin mesin ATM tertera nama orang lain."Setelah memaklumkan kepada pihak bank dan apabila diperiksa, baki akaun mangsa berkurangan RM5,000.Beliau memberitahu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira pukul 9 malam pada hari sama.Katanya, polis menahan seorang lelaki berusia 50-an dan menjumpai beberapa kad ATM pelbagai bank berdekatan kawasan kejadian.

No comments:

Post a Comment