Wednesday, November 4, 2009

Lelaki pasang cermin maut jatuh tingkat 7

KUALA LUMPUR: Malang buat seorang pekerja kontrak apabila mati selepas terjatuh ketika menjalankan kerja memasang cermin di sebuah tapak projek pembinaan bangunan tujuh tingkat di Jalan Metro Pudu di sini, semalam.Ketika kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 41 tahun yang tinggal di Puchong itu melakukan kerja memasang cermin di tingkat tujuh bangunan terbabit sebelum tergelincir dan terjatuh di tingkat atas lantai konkrit tingkat tiga.Keadaan itu menyebabkan mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi beberapa pekerja yang melihat kejadian itu.“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipercayai tergelincir ketika melakukan kerja pemasangan cermin sebelum terjatuh di tingkat tiga bangunan terbabit.“Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut berikutan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment