Wednesday, March 3, 2010

Dibelasah polis

Dibelasah polis Gambar Hiasan
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki bersama seorang rakannya cedera di kepala dan badan selepas mendakwa dipukul sekurang-kurangnya tiga anggota polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam kejadian di Taman Desa Ria di sini, Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang terbabit, mangsa yang ingin dikenali Halim, 14, dan rakannya, Shazwan, 17, mendakwa dibelasah anggota polis berpakaian preman termasuk menggunakan kunci pendua motosikal selepas mereka tidak berhenti ketika cuba ditahan anggota terbabit. Mangsa mendakwa, ketika kejadian beliau bersama rakannya yang membonceng motosikal cuba ditahan tiga lelaki menaiki dua motosikal di sebuah pangsapuri berdekatan rumah mereka, tetapi tidak berhenti kerana bimbang keselamatan diri. Mereka mendakwa dikejar sehingga berdekatan Plaza Tol PJS 2 sebelum memberhentikan motosikal sebaik mendengar satu das tembakan.“Kami terus dibelasah menggunakan pelbagai objek sebelum sekali lagi dipukul sebelum dibawa ke ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya dan dimasukkan dalam bilik gelap. Kami diberikan surat saman sebelum diarahkan pulang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Berikutan itu, mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya jam 11 malam pada hari kejadian dengan ditemani ahli keluarga masing-masing. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan.

No comments:

Post a Comment