Thursday, March 4, 2010

Keselamatan Penumpang Bas

Pemandu, penumpang bas mungkin wajib
pakai tali pinggang keledar
Gambar Hiasan
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar ke atas pemandu dan penumpang bas mungkin diwajibkan dalam tempoh terdekat selepas Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pengusaha bas mengadakan perbincangan. Timbalan Ketua Pengarah JKJR, Sim Say Kiong, berkata usaha itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat jika semua perancangan dipersetujui semua pihak terutama pengusaha bas bagi memastikan kaedah itu berjaya. Katanya, usaha pemakaian tali pinggang membabitkan penumpang bas bukan perkara senang untuk dilaksanakan. “JKJR dan JPJ serta penguasa bas kini masih lagi dalam perbincangan dan kami akan pastikan pelaksanaan pemakaian tali pinggang membabitkan penumpang bas dilaksanakan secepat mungkin. “Langkah itu sewajarnya dilakukan bagi mengurangkan kematian membabitkan penumpang dan pemandu bas,” katanya demikian selepas Kempen Advokasi Pemakaian Topi Keledar Penunggang Motosikal dan Tali Keledar Kenderaan, semalam. Mengulas tahap kesedaran masyarakat terhadap pemakaian tali pinggang dan topi keledar, masih ramai ingkar arahan pemakaian itu dan kebanyakannya sering memberi alasan remeh setiap kali ditahan. “Kenderaan sememangnya sudah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan tetapi segala kelengkapan itu akan sia-sia jika pemandu atau penunggang itu sendiri yang memandang remeh keselamatan mereka. “Patuh kepada undang-undang pemakaian ciri keselamatan terbukti boleh meminimumkan risiko kemalangan atau kecederaan teruk,” katanya. Menurutnya, undang-undang pemakaian tali pinggang keledar dan topi keledar amat mudah dipatuhi tidak sewajarnya menjadi beban kepada pengguna jalan raya.

No comments:

Post a Comment