Monday, March 8, 2010

Dilanggar Bawah Jejantas

Maut dilanggar bawah jejantasGambar Hiasan

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Gara-gara tidak menggunakan jejantas, seorang lelaki maut selepas percubaannya untuk melintas jalan gagal sebelum dia dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 14.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu kota di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.45 pagi, mangsa, M Elan Kovan, 51, mati di tempat kejadian. Difahamkan, ketika kejadian, Proton Satria dipandu seorang wanita berada di lorong paling kanan sebelum berlaku rempuhan kuat.
Impak daripada rempuhan itu, mangsa ‘melekat’ pada kereta terbabit sebelum terjatuh.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba melintas dari sebuah stesen minyak ke sebuah kilang membuat minuman keras. “Berikutan lebuh raya ini yang agak luas, mangsa gagal melintas sebelum dirempuh sehingga mati oleh sebuah kenderaan. “Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya. Lebih mengejutkan kejadian itu berlaku di bawah jejantas sebelum mangsa diseret beberapa meter. Mangsa yang enam bulan bekerja sebagai pemandu bas berasal dari Seksyen 18 di sini. Sementara itu, pemandu kenderaan terbabit yang berusia 23 tahun dan enggan dikenali mendakwa dia sudah membunyikan hon dua kali bagaimanapun mangsa buat tak tahu. “Bila sudah dekat, dia melompat dan mengenai cermin kereta sebelum bergolek di atas bumbung dan jatuh,” katanya. Dia dan rakannya yang masih terkejut tidak cedera. Polis meminta saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhd Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8605051,014-8605051 atau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment