Wednesday, June 30, 2010
Ratah Anak Sendiri
Takut Isteri, Anak Murtad
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berkorban apa saja bagi memulih dan mengembalikan isteri ke pangkuannya selepas wanita saudara baru itu dipercayai terpesong akidah dan kembali mengamalkan gaya hidup bukan Islam.
BERBEKAS...Malik menunjukkan kesan libasan penyangkut baju oleh isterinya di belakang badan.
Lebih membimbangkan lelaki berkenaan, dia mendapat maklumat bahawa isteri dan keluarga mentuanya membuat perancangan untuk melarikan anak perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun ke Australia sebelum menukar agama sesampai di sana kelak. “Saya tak rela anak saya menjadi bukan Islam. Saya sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan akidahnya, begitu juga isteri saya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Malik. Malik, 50, berkahwin dengan isterinya yang kini berusia 43 tahun pada 1999 atas dasar cinta walaupun mendapat tentangan daripada mentuanya. Isterinya menganut Islam dua tahun sebelum mereka berkahwin. “Isteri saya kini sudah menyimpang jauh daripada ajaran Islam. Saya amat bimbang anak bongsu saya juga akan turut terpesong akidah akibat terpengaruh gaya hidup isteri saya itu. “Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan isteri. Ini kerana keluarga mentua tidak pernah berhenti menjalankan usaha untuk menarik isteri saya ke agama asalnya. Mereka memang tidak bersetuju dengan perkahwinan kami kerana berlainan agama,” katanya di sini, semalam. Malik mendakwa sejak mendirikan rumah tangga, keluarga isterinya tidak pernah putus asa menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan perkahwinan mereka sama ada dengan cara kasar dan halus. “Saya tidak lagi tinggal bersama isteri sejak April lalu. Ketika itu, isteri saya bertindak ganas apabila membaling batu alas peti sejuk ke arah saya selepas berlaku perselisihan faham. “Saya kemudian mengambil keputusan keluar dari rumah dan meninggalkan dua anak bersama isteri. “Saya turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan polis menasihatkan saya tidak kembali ke rumah kerana dikhuatiri isteri saya bertindak lebih ganas termasuk membunuh saya,” katanya. Dia berkata, sikap isterinya mula berubah menjadi panas baran selain sering meneguk arak sejak setahun lalu sehingga sanggup memukulnya dan anak dengan pelbagai objek termasuk batu alas peti sejuk dan penyangkut baju sehingga mendatangkan kecederaan. Malah, Malik mendakwa anak perempuan sulungnya pernah dipukul dengan garpu kayu hiasan dinding hanya semata-mata lambat datang ke dapur apabila dipanggil. “Saya sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk memulihkan kembali akidah isteri termasuk menemui 22 pakar agama terkenal, namun sehingga kini masih tidak berjaya. Saya juga sudah menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM16,000 bagi tujuan itu. “Anak sulung saya pernah memberitahu bahawa ibunya selalu membawa dia dan adiknya ke rumah ibadat bukan Islam serta melarangnya memakai tudung dan pakaian menutup aurat,” katanya. Malik berkata, sebelum ini, walaupun tinggal berasingan, dia masih pulang untuk melihat kedua-dua anak perempuannya itu tetapi tidak bermalam. Selepas anak sulungnya memberitahu dipukul dengan garpu hiasan, Malik membawa anaknya itu ke balai polis untuk membuat laporan. “Di balai polis, anak sulung saya menceritakan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan tinggal bersama saya. “Saya ada pergi ke rumah isteri di Rawang, awal bulan ini tetapi rumah berkenaan berkunci. Sejak itu, saya tidak tahu di mana isteri dan anak bongsu saya berada. “Saya syak mereka kini berada di Australia kerana keluarga isteri memiliki taraf penduduk tetap (PR) di negara berkenaan,” katanya. Berikutan itu, Malik berkata, dia meminta pihak berkuasa membantunya untuk mengesan isteri dan anak bongsunya itu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takutisteri_anakmurtad/Article
DiCekup Dirumah Urut
PUTRAJAYA: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, empat anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen termasuk seorang pegawai dicekup ketika berada dalam sebuah pusat urut dipenuhi ‘cewek’ Indonesia yang dipercayai turut menawarkan khidmat urut batin dan seks.Ketika dicekup pada jam 2.15 petang Jumaat lalu, keempat-empat penguat kuasa yang berusia 25 hingga 30 tahun itu memberi alasan memantau pendatang asing tanpa izin di premis berkenaan kira-kira 100 meter dari sebuah masjid di pusat bandar Klang. Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop berkata, pihaknya meragui alasan itu kerana ketika ditahan, mereka dalam keadaan sedang ‘menanti sesuatu’ di ruang tamu premis berkenaan.“Penguat kuasa terbabit ditahan dan diambil keterangan selepas pihak Jais curiga dengan kehadiran mereka di premis maksiat itu ketika umat Islam sedang mendirikan solat Jumaat dan premis itu pula hanya kira-kira 100 meter dari masjid,” katanya.Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas orang awam melaporkan premis itu dipercayai menjadi tempat umat Islam melakukan kegiatan maksiat dan melampiaskan nafsu serakah terutama pada waktu solat Jumaat.“Kita percaya mereka (penguat kuasa Jabatan Imigresen yang ditahan) menganggap anggota penguat kuasa Jais tidak melakukan serbuan untuk tempoh dua jam umat Islam mendirikan solat Jumaat. “Namun, mereka silap kerana sepanjang waktu solat Jumaat penguat kuasa wanita Jais mengambil alih tugas memantau kegiatan premis terbabit sebelum penguat kuasa lelaki melakukan serbuan sejurus selesai solat Jumaat,” katanya.Shahrom berkata, pihaknya tidak menerima alasan mereka memantau pendatang asing tanpa izin warga Indonesia di premis urut berkenaan memandangkan pemantauan itu dilakukan ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat. “Walaupun ketika serbuan mereka ada di ruang menunggu, apa yang sahih mereka tidak mendirikan solat Jumaat walaupun masjid hanya kira-kira 100 meter dari premis maksiat itu.“Kami tidak tahu sama ada empat lelaki itu sudah diberikan ‘khidmat’ oleh tukang urut warga Indonesia di premis urut itu atau sebaliknya,” katanya.Shahrom berkata, keempat-empat penguat kuasa Jabatan Imigresen terbabit turut diminta hadir di ibu pejabat Jais di Shah Alam, semalam untuk diambil keterangan dan diberikan kaunseling.Dalam serbuan sama, Shahrom berkata, pihaknya menahan seorang tukang urut wanita warga Indonesia yang sedang memberikan khidmat urut ‘ghairah’ tanpa pakaian kepada seorang pelanggan bukan Islam yang juga tidak berpakaian. Beliau berkata, lapan lagi rakan cewek itu yang dipercayai tukang urut di premis sama juga diambil keterangan sebelum diberi kaunseling berkaitan kerja maksiat dilakukan itu.“Siasatan mendapati, premis itu dilengkapi bilik khas untuk pelanggan diberikan khidmat urut ghairah selain beberapa lorong bagi memudahkan mereka melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa. “Kami percaya tukang urut wanita yang berbogel itu tidak mendapat maklumat daripada rakan lain menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.Shahrom berkata, warga Indonesia terbabit ditahan mengikut Seksyen 29 (1)(a)(b), Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan maksiat.Menurutnya, Jais mengingatkan umat Islam di negeri itu supaya tidak menggunakan tempoh dua jam ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat untuk melakukan maksiat dan kerja terkutuk kerana penguat kuasa Jais tetap melakukan pemantuan di premis yang dikenal pasti.“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan maksiat supaya memberikan maklumat lengkap bagi membolehkan serbuan dilakukan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20100629081102/Article
Thursday, June 24, 2010
Kaki FB Ditipu..????
TERPEDAYA...mangsa menunjukkan laporan polis.
Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya. Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan. Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi. “Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta. “Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya,” katanya di sini, semalam. Suresh berkata, dalam tempoh enam bulan itu, dia sudah memasukkan RM1,600 ke akaun Sai kerana percaya wanita terbabit benar-benar mencintainya dan berada dalam kesusahan. “Pernah sekali dia kata terlalu kesempitan duit dan terpaksa menanggung bapa yang sakit tenat sehingga ingin membunuh diri,” katanya. Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jaya, 32, yang juga rakan baik Suresh berkata, dia berkenalan dengan Sai Sailani juga melalui laman facebook. Katanya, selepas ‘mengikatnya’ sebagai sahabat siber, wanita terbabit mengaku dia rakan baik kepada seorang lagi rakannya dan akan berkahwin tidak lama lagi. Menurutnya, wanita itu menggunakan helah sama menipunya iaitu dengan mengatakan dia kesempitan wang dan berdepan pelbagai masalah. “Sejak kenal dengannya, saya sudah anggap dia macam adik sendiri kerana bakal berkahwin dengan teman rapat saya sehingga saya sanggup memasukkan RM5,500 ke akaun banknya. “Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati nama tercatat pada akaun bank tidak sama dengan nama diberikan wanita terbabit, lalu menyiasat latar belakang sebenarnya,” katanya. Menurutnya, selepas mendapat alamat rumah dan tempat wanita itu bekerja, dia dan Suresh kemudian pergi menemuinya di pejabat. Hasil kerjasama majikan di pejabat berkenaan, wanita terbabit ditemui dan selepas diajukan pelbagai pertanyaan, dia akhirnya mengaku segala penipuan dilakukan. “Kami terkejut apabila buat pertama kali bertemu kerana susuk tubuh wanita itu langsung tidak sama dengan profil diberikan dalam facebook. Dia gemuk dan tidak menarik langsung. “Selepas itu, kami menemui keluarganya dan mereka memberitahu kami bukan orang pertama ditipu wanita berkenaan, malah sebelum itu lebih lapan lelaki datang mengadu perkara sama,” katanya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, Jumaat lalu, namun dimaklumkan pihak berkuasa hanya boleh mengambil keterangan daripada suspek dan sukar mensabitkan atas kesalahan menipu kerana wang berkenaan dimasukkan sendiri oleh mangsa tanpa paksaan.“Wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang kami tetapi hingga kini masih gagal melunaskannya. “Kami tahu mungkin sukar mendapatkan kembali duit, tetapi mendedahkan perkara ini supaya orang lain tidak tertipu seperti kami,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cintapalsukekasihmaya/Article
Intai Anak Dara
KUANTAN: Dia sudah beristeri dan mempunyai lima anak, namun kerana nafsu seorang lelaki masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruknya mengintai anak dara mandi.
MALU... tertuduh menutup mukanya dengan baju ketika diiring polis ke lokap mahkamah.
Namun, perbuatan lelaki berusia 44 tahun itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis ketika mengendap remaja perempuan berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, di sini, pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 7.30 malam. Semalam, lelaki berkenaan, Eddy Che Din dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan dan dia mengaku bersalah. Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas tertuduh atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda berkenaan. Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai gadis berkenaan. Jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman denda sehingga RM100. Terdahulu, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengemukakan rayuan hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia menanggung isteri dan lima anak.Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu mahkamah, dia insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh. Tertuduh memaklumkan itu kesalahan pertama dilakukannya membabitkan perbuatan mengintai. Namun, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan T Murugesu mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya dan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Intaianakdara/Article
Mati Terminum Penggilap Racun
Wednesday, June 23, 2010
JPJ Keluar 10,000 Saman Sehari
Dipaksa Bogel
KUALA LUMPUR: Bukan saja diculik selama lebih empat jam malah seorang pengurus syarikat turut menempuh saat memalukan apabila ditelanjangkan tiga penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam menggunakan kamera dari pelbagai posisi.Tindakan mengambil gambar bogel mangsa dilakukan suspek bertujuan menjadikan rakaman terbabit sebagai ‘aset’ untuk mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain dijadikan modal memeras mangsa membayar wang dari semasa ke semasa. Sumber polis berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun memberhentikan keretanya berhampiran Stesen Bas Pekeliling, di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin. “Mangsa yang ketika itu bersendirian dalam kenderaan bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali dipercayai warga Pakistan tiba-tiba meluru masuk ke dalam keretanya sebelum mengacukan parang. “Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengikut arahan dengan memandu ke arah Klang, Selangor. Mangsa tidak berani melawan berikutan suspek berulang kali mengacukan parang ke tubuhnya,” katanya. Difahamkan, mangsa kemudian diarah masuk ke sebuah bangunan yang tidak dikenal pasti lokasinya sebelum ‘disambut’ tiga lagi lelaki. “Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki ketika itu antaranya kamera video, lesen memandu, kad pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM200, telefon bimbit dan komputer riba. “Mereka kemudian memaksa mangsa memberikan nombor PIN kad ATM terbabit sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke bank untuk mengeluarkan wang mangsa sebanyak RM800,” katanya. Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jumlah wang diperoleh sebelum mengarahkan mangsa menghubungi kenalannya dan memasukkan wang RM1,000 ke akaun bank diberikan. “Mangsa yang bimbang dicederakan terpaksa akur dengan arahan itu sebelum rakannya bersetuju membantu dengan memasukkan sejumlah wang diminta tidak lama kemudian. “Suspek kemudian sekali lagi mengeluarkan wang itu. Sebaik mendapat wang itu, mangsa diarah berbogel sebelum gambarnya dirakam,” katanya. Menurutnya, suspek memberi amaran gambar bogel itu akan disebarkan menerusi Internet sekiranya mangsa membuat laporan polis.“Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk dan duduk di bahagian belakang keretanya sebelum memandu ke arah Lebuhraya Persekutuan. “Tiba di satu kawasan, semua suspek turun dari kereta dan meninggal mangsa bersendirian. Mangsa kemudian pulang ke rumah tanpa membuat sebarang laporan polis,” katanya. Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek tiba-tiba menghubunginya semula kira-kira jam 10.30 pagi semalam dan mahu wang RM1,000 lagi. “Suspek meminta mangsa memasukkan wang itu ke dalam satu akaun bank sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan. “Mangsa yang tertekan dengan tindakan itu selain kerugian RM5,000 akhirnya mengambil keputusan nekad membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitadipaksabogel/Article
Sedekah Duit Bogel
Pemandu Teksi Kena Cabul
AMPANG: Geram dengan tindakan penumpang mencabulnya, seorang pemandu teksi wanita mendapat idea bijak apabila memandu kenderaan pengangkutan awam itu terus ke balai polis berhampiran sebelum membuat laporan berhubung jenayah seksual dilakukan terhadapnya. Akibatnya, penumpang teksi terbabit berusia 56 tahun ditahan sejurus laporan dibuat wanita berusia 51 tahun itu. Menurut sumber polis, kejadian berlaku Khamis lalu selepas mangsa menerima panggilan daripada seorang rakan wanita berusia 70-an di Taman Muda di sini, yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke pasar. “Bagaimanapun, sejurus mangsa tiba di rumah itu, rakannya tiba-tiba menukar rancangan kerana keletihan lalu meminta anak lelakinya ke pasar dengan menaiki teksi berkenaan. “Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa anak lelaki rakannya itu menaiki teksi untuk ke pasar,” katanya. Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan, lelaki terbabit yang berada di tempat duduk hadapan tiba-tiba membuka butang baju mangsa sebelum meramas buah dadanya. “Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana sedang memandu dan hanya menegur serta memarahi lelaki terbabit kerana bersikap biadab terhadapnya. “Bagaimanapun, lelaki berkenaan tanpa perasaan bersalah hanya tersenyum memandang mangsa membuatkan wanita terbabit menjadi bertambah berang,” katanya. Sumber itu berkata, walaupun marah, pemandu teksi berkenaan masih mampu bersabar dan mendapat idea untuk mengajar anak rakannya yang kurang ajar itu dengan memandu kenderaan itu ke balai polis. “Sejurus tiba di balai, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian di dalam teksi sebelum itu.“Lelaki terbabit kemudian ditahan,” katanya. Menurut sumber itu, wanita berkenaan sudah enam tahun memandu teksi dan mengenali ibu lelaki terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa. “Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Drebarteksikenacabul/Article
Sunday, June 20, 2010
Noda Anak
SUNGAI PETANI: “Perbuatan kamu ini umpama haruan makan anak dan ibarat harapkan pagar, pagar makan padi,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Rusita Md Lazim ketika menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap lelaki berusia 49 tahun yang didapati bersalah merogol anak kandungnya pada 2002 hingga 2008.
Merempat Demi Anak OKU
shahnizam.omar@kosmo.com.my
Lebih memilukan, Rokiah yang ketika itu berusia 33 tahun, meninggal dunia kira-kira seminggu selepas melahirkan anak istimewa itu.
INILAH bangsal usang tempat berteduh Jamil dan anaknya yang terletak dekat Masjid Al-Guffran, Alor Setar, Kedah. Gambar kecil Masjid Al-Guffran.
Menurutnya, sejak itu dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anaknya. Katanya, kesempitan wang menyebabkannya terpaksa keluar dari rumah sewanya di Tandop dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hari ini dia menjadikan sebuah bangsal usang berdekatan Masjid Al-Guffran, Akar Peluru di sini sebagai tempat berteduh. “Sebelum ini saya kerja di kilang baja di Tandop dan isteri kerja kilang di Sungai Petani. Saya tak boleh kerja pasal nak jaga anak. “Sekarang ini saya duduk di masjid di Akar Peluru kerana tak mampu bayar sewa rumah di Tandop,” ceritanya ketika ditemui Kosmo Ahad! semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Kupu-Kupu China Berkeliaran
KUALA LUMPUR - Bagaikan pesta jual tubuh!Kegiatan 'kupu-kupu' China di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini didapati semakin menjadi-jadi semalam dan jumlahnya bertambah ramai pada hujung minggu. Tinjauan wartawan Kosmo! Ahad semalam mendapati, bukan sahaja di pintu tandas, kali ini pelacur warga China itu semakin ramai berkeliaran mencari pelanggan termasuk di depan eskalator dan tangga pasar raya berkenaan. Difahamkan, selain memenuhi nafsu lelaki tempatan, bilangan pelacur itu bertambah bagi memenuhi permintaan tinggi terutama di kalangan lelaki warga asing seperti Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Kebanyakan warga asing yang bercuti semalam merupakan pelanggan tetap kepada pelacur di pasar raya berkenaan berdasarkan cara mereka berbual dan sudah mengenali nama-nama sesetengah pelacur terbabit. Ketika ditanya oleh wartawan, ada di kalangan lelaki warga asing mengaku perkhidmatan seks murah itu dianggap sebagai terapi kepada mereka sebelum memulakan tugas semula pada minggu depan. Selain itu, 'kupu-kupu' China itu terpaksa bekerja keras melayan bilangan pelanggan lebih ramai daripada biasa pada hujung minggu. Malah ada di kalangan mereka sanggup melayan lima pelanggan sehari asalkan mendapat bayaran. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Friday, June 18, 2010
5 Sekeluarga Maut
Wednesday, June 16, 2010
Nyaris Maut
Silap Potong Kabel
Komando Mengamuk
SIK: “Kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam), dia membeli parang di sini dan saya lihat dia tidak banyak bercakap serta hanya serius, tidak seperti biasa. “Namun, kira-kira jam 2 petang, ramai polis berkumpul di depan kedai sebelum saya dimaklumkan dia mengamuk mahu membunuh ahli keluarganya,” kata Mohd Fazli Bakar, 31, peniaga runcit di Kampung Masjid, Jeneri, dekat sini, yang terkejut dengan tindakan lelaki dikenali sebagai Man Komando mengamuk selepas membeli senjata itu di kedainya, semalam. Dalam kejadian itu, seorang bekas komando berusia 35 tahun yang dipercayai baru keluar penjara dua minggu lalu, mengamuk dengan parang dan mengugut membunuh ahli keluarganya dipercayai akibat masalah keluarga. Berikutan kejadian itu, kira-kira 20 polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian, malah polis terpaksa mengambil hampir lima jam untuk berunding dengan suspek sebelum mengambil keputusan menggunakan gas pemedih mata bagi menahannya. Sepanjang operasi itu, empat polis turut terkena gas pemedih mata. Mohd Fazli berkata, lelaki yang dipanggil Man itu tidak mahu berbual walaupun disapa, malah dia hanya membayar RM40 untuk parang itu walaupun harga sebenar RM53. “Dengan muka dan nada serius, dia berkata hanya ada RM40 sebelum berlalu pergi. Saya nampak dia meletakkan parang itu dalam baju di belakang badan.Saya pelik dengan sikapnya sedangkan kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak sekolah rendah. “Sepanjang mengenalinya, dia rakan yang baik dan saya tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian,” katanya yang tidak mahu gambarnya dirakamkan. Sementara itu, saudara suspek yang enggan dikenali berkata, bekas komando itu mengamuk sejak kelmarin dan mahu membunuh ibu, abang serta kakaknya. Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengetahui punca lelaki itu mahu membunuh ahli keluarganya. “Saya terkejut apabila mendapat tahu dia bertindak demikian hingga keluarganya terpaksa menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, sumber polis berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4.45 petang selepas polis menggunakan gas pemedih mata berikutan dia enggan menyerah diri walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek baru dibebaskan dari Penjara Alor Setar dua minggu lalu selepas diikat jamin abangnya berikutan direman berhubung kes bunuh pada 2008. Katanya, suspek yang masih di bawah pengawasan penjara mengamuk sejak Sabtu lalu. Katanya, suspek sebelum ini berkhidmat sebagai di Kem Sungai Udang, Melaka selama 10 tahun sebelum dikenakan tindakan berikutan masalah disiplin. Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Banggol, dekat sini, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sik untuk siasatan lanjut. Dalam pada itu, Ketua Polis Sik, Deputi Superintendan Zaidong Mustapha ketika dihubungi berkata, polis menerima panggilan kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin dan keluarga lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Jeniang, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukkomando/Article
Ajal Dalam Perigi
PASIR MAS: “Apabila saya larang dia bermain dekat perigi, dia bertanya saya sama ada dia boleh lemas atau tidak jika terjatuh ke dalamnya,” kata Umi Kalsom Ahmad, 31, mengimbas perbualan dengan anaknya, Mohd Aiman Arif Mohd Pelle, 6, sebelum kanak-kanak berkenaan ditemui lemas bersama dua pupunya berusia lima tahun di perigi terbabit, kelmarin.Umi Kalsom berkata, dia melarang Aiman ke situ kerana perigi sedalam tiga meter di Kampung Tok Perah, Tok Uban itu bahaya disebabkan tiada penghadang, tetapi akhirnya anak dan anak saudaranya, Danny Haizat Che Musa, ditemui lemas di dalamnya.Mayat kedua-dua mereka ditemui jam 11.30 pagi oleh bapa saudara Danny yang hendak mandi di perigi tanah liat terbabit berikutan masalah bekalan air di kampung berkenaan sejak sebulan lalu.Umi Kalsom berkata, pada jam 9.30 pagi kelmarin, anak kedua daripada tiga beradik itu meminta 50 sen untuk membeli aiskrim dan memberitahu dia mahu bermain dengan Danny.“Sebelum dia keluar, saya berpesan jangan bermain jauh dan jangan ke perigi itu, tapi saya tak sangka ini terjadi kepadanya dan Danny,” katanya sambil menambah anaknya tidak pernah ke perigi itu yang terletak 400 meter dari rumahnya.Dia berkata, ketika melihat beberapa penduduk kampung datang ke rumahnya dan bertanya sama ada Mohd Aiman ada di rumah kerana ada kanak-kanak lemas di perigi itu, hatinya berdegup kencang. “Apabila ke sana dan melihat selipar dan aiskrim dalam beg plastik yang disangkut pada pokok, hancur luluh hati saya kerana saya tahu itu anak saya,” katanya.Sementara itu, ibu Danny, Jabidah Ismail, 47, berkata dia menyangka anak bongsunya itu keluar bersama suaminya, Che Musa Hamzah, 51. “Saya tak sangka ini yang terjadi kepada kedua-dua mereka,” katanya.Dia berkata, seorang saudaranya yang hendak mandi di perigi terbabit terkejut apabila melihat mayat kanak-kanak terapung di dalamnya.“Dia terjun ke dalam perigi berkenaan dan cuba menyelamatkan mereka, tapi gagal dan tak sangka kedua-dua kanak-kanak itu saudaranya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Haliluddin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.Kedua-dua kanak-kanak terbabit dikeluarkan penduduk kampung sebelum jenazah mereka dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sayabolehlemasibu_/Article
Sunday, June 13, 2010
Asmara Bawah Lampu Suram
SEREMBAN: Pasangan remaja berusia belasan hingga 20-an dikesan menjadikan beberapa kawasan suram di Dataran Senawang, dekat sini, sebagai lokasi memadu kasih pada malam hari.Antara lokasi tumpuan termasuk kawasan rumah kedai belakang sebuah pasar raya besar di Senawang dengan kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu dalam kereta. Keadaan itu secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang masyarakat setempat kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan aktiviti kurang sihat, tambahan pula pelbagai kegiatan tidak sihat lain seperti meminum arak dan berjudi turut berlaku di kawasan berkenaan. Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata berdasarkan intipannya mendapati tidak kurang lima pasangan memadu kasih dalam kereta di kawasan itu pada setiap malam. Katanya, kebanyakan mereka melakukan kegiatan sumbang itu dipercayai membabitkan remaja berusia 20-an mahupun belasan tahun dan aktiviti itu dikesan mula aktif dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi, terutama pada hujung minggu. “Saya mendapati empat pasangan memadu kasih di kawasan itu berikutan kedudukannya terlindung dan hanya diterangi cahaya samar lampu jalan mendorong mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat melakukan maksiat. “Kami amat kesal dengan aktiviti tidak sihat terbabit kerana percaya mereka yang melakukan perbuatan itu pasangan Islam.“Malah, sebelum ini kami turut menerima beberapa aduan awam, terutama ibu bapa mengenai gelagat remaja mahupun pasangan kekasih tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui. Berikutan itu, katanya, pihaknya menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemantauan lebih agresif di kawasan Senawang termasuk Dataran Senawang yang sering dijadikan tempat memadu kasih pasangan remaja. “Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka kerana perbuatan itu mencemarkan imej Islam. Saya amat berharap masalah ini mendapat perhatian kerana bukan saja boleh mencemarkan imej kawasan ini, malah jika tidak ditangani, kegiatan tidak sihat ini akan terus berleluasa. “PPIM sedia memberikan kerjasama kepada pihak terbabit bagi mengadakan operasi menahan mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya. Penduduk, Jimi Rustam, 37, berkata kegiatan tidak sihat termasuk remaja memadu kasih pada malam hari di kawasan Bandar Baru Senawang sering diperkatakan orang ramai sejak pembangunan pesat bandar baru terbabit hingga menimbulkan keresahan penduduk. Menurutnya, kegiatan itu perlu dipantau pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keruntuhan moral membabitkan golongan muda tidak terus berleluasa dan menjadi barah yang boleh merugikan masyarakat dan masa depan negara. “Saya menyokong jika kegiatan itu dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk kerana ia tidak boleh dibiarkan disebabkan akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya. Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kegiatan maksiat membabitkan orang Islam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Asmarabawahlampusuram/Article
Impi Bunuh Osama
Friday, June 11, 2010
Pencuri Besi Longkang
Rumah DiRompak
Operasi Nombor Ekor
MELAKA: Akibat terlalu bimbang dicekup, seorang lelaki sanggup menggigit tangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membolehkan dia melepaskan diri daripada dikenakan tindakan.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, penguat kuasa itu digigit di kanan dan kiri tangannya ketika memaut bahu suspek yang membeli nombor ekor di sebuah premis di Bukit Baru, dekat sini. Walaupun penguat kuasa terbabit terpaksa menahan sakit, namun usaha lelaki itu melarikan diri gagal. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki berusia pertengahan 40-an itu ditahan selepas didapati membeli nombor ramalan di premis terbabit. Katanya, penguat kuasa itu menunggu di belakangnya sebelum menahannya sejurus dia membeli nombor ramalan di kaunter. “Penguat kuasa itu cuba memegang tangan suspek bagi menahannya, namun lelaki itu meronta dan menjerit. “Penguat kuasa berkenaan terpaksa menggunakan kedua-dua tangannya secara bergilir bagi memaut lelaki itu supaya tidak lari tetapi suspek terus menggigit,” katanya, di sini, semalam. Operasi dua jam itu membabitkan pemeriksaan tujuh kawasan sekitar bandar ini, iaitu Bukit Baru, Semabok Perdana, Semabok Dalam, Jalan Hang Tuah, Jalan Bendahara dan Peringgit Jaya. Seramai 21 pesalah syariah berusia antara 24 hingga 64 tahun ditahan termasuk seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang juga menjerit dan meronta ketika ditahan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gigittangan/Article
Operasi Bersepadu
Ibu Biar Anak Mengemis
Mangsa Seksual Enggan Kerjasama
Thursday, June 10, 2010
Coli Besar Sebelah
SEGAMAT: Dia menjadi tumpuan bukan hanya kerana berstatus ‘janda berhias’ malah payudaranya menghairahkan setiap lelaki memandang. Bagaimanapun, rahsia payudara bersaiz ala ‘Dolly Parton’ berkenaan terbongkar apabila pemeriksaan dijalankan polis menemui ruang khas untuk menyimpan dadah. Taktik terbabit digunakan sejak setahun lalu tetapi terbongkar selepas polis yang menyerbu kediamannya, di Jabi, di sini, jam 6.10 petang Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Bin Mohd Ali, berkata saiz payudara janda terbabit menimbulkan syak dan selepas pemeriksaan dijalankan, pihaknya menemui sejumlah dadah terselit pada coli suspek. “Saiz payudara terbabit menimbulkan syak kerana ia tidak sama tetapi lebih besar di bahagian kiri. Polis melakukan pemeriksaan sebelum menemui dadah jenis ganja seberat satu gram bernilai RM100 terselit pada coli dipakainya. “Hasil siasatan, suspek orang perantaraan ditugaskan menghantar bekalan dadah dipesan daripada pengedar kepada pelanggan,” katanya. Siasatan turut mendapati selain bertindak sebagai orang perantaraan dan menggunakan sendiri dadah diperoleh, suspek juga dipercayai menjadi pengedar kecil-kecilan untuk menampung pembelian akan datang dadah terbabit. Ujian air kencing dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kini ditahan untuk siasatan lanjut. Dalam kes berasingan, juga pada Selasa lalu, Abdul Majid memaklumkan pihaknya turut menahan seorang wanita juga berstatus ibu tunggal yang bertindak sebagai orang perantara sindiket dadah dengan alasan mendapatkan wang lebih. “Kami khuatir golongan ibu tunggal ini yang mungkin kematian suami atau bercerai dan berada dalam kesempitan serta terdesak sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung keluarga. “Sindiket pula akan mengambil kesempatan atas kesempitan hidup mereka untuk mengeksploitasi keadaan sebelum ditawarkan menjadi orang perantaraan dengan upah tertentu. Akhirnya, mereka terperangkap hingga ada yang tertangkap,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Colibesarsebelah/Article
DiGigit Anjung
Jatuh Dalam Tangki Najis
DiHalau Dari Rumah Sewa
Wednesday, June 9, 2010
Bakar Masjid
SEPANG: Akibat kecewa apabila mengetahui bekas isterinya akan berkahwin, seorang lelaki bertindak nekad membakar sebuah masjid di Kampung Limau Manis, dekat sini, malam kelmarin.
Mati Lemas Dalam Van
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai lemas akibat kepanasan selepas ‘terkurung’ dalam van sekolah selama hampir tiga jam, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Alyah Zainal Abidin dikatakan tidak turun daripada kenderaan berkenaan sebaik tiba di tadika, di Bandar Baru Bangi, dekat sini, sebelum enjin van sekolah itu dimatikan. Difahamkan, semua rakan, guru dan pemandu van terbabit juga tidak perasan kanak-kanak malang itu masih berada dalam van berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood berkata, kanak-kanak itu hanya ditemui pemandu van berkenaan selepas sesi pembelajaran tamat kira-kira jam 11 pagi. “Mangsa ditemui dalam keadaan pengsan dan dia segera dikejarkan ke Hospital Kajang oleh pihak pengurusan tadika berkenaan untuk diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan. “Kami klasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) kerana siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matilemasdalamvan/Article
Doktor Proses Ubat Batuk
Gambar Hiasan
SHAH ALAM: Tugasnya sebagai doktor sepatutnya membantu pesakitnya sembuh, tetapi lain pula yang berlaku apabila dia membuatkan pesakit terutama Mat Gian bertambah sakit dengan menjual ubat batuk haram kepada mereka.Pengamal perubatan yang mempunyai klinik sendiri itu menjadikan rumahnya di Taman Sungai Kapar Indah, Klang, sebagai pusat memproses ubat batuk sebelum dipercayai dijual kepada penagih dadah dan pengedar. Helah doktor lelaki berusia 49 tahun terbabit bagaimanapun terbongkar apabila rumahnya diserbu sepasukan polis Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Sabtu lalu dan polis menemui ribuan pil terlarang dan 24 botol ubat batuk bersaiz empat liter. Difahamkan, campuran semua ubat-ubatan itu mampu membuatkan seseorang itu berkhayal dan menjadi ketagih seperti yang biasa dilakukan penagih. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata sebelum polis membongkar kegiatan doktor itu, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki dalam sebuah rumah berhampiran, kira-kira jam 12.30 pagi hari sama. “Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 39 tahun itu, polis menemui 23 botol (empat liter) dan 144 botol (120 mililiter) berisi cecair disyaki kodein,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Doktorprosesubatbatukdirumah/Article
Tuesday, June 8, 2010
Buaya Liar DiTemui
Gambar Hiasan
MIAMI: Seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter ditangkap dalam kafeteria Sekolah Menengah Stewart di Hillsborough, Florida, semalam.Pegawai Hidupan Liar Florida, Gary Morse, berkata reptilia itu mungkin masuk ke situ sebelum pagar sekolah ditutup Jumaat lalu. Katanya, buaya berkenaan akan dilepaskan semula di kawasan paya berhampiran tidak lama lagi. - AFP http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buayaliarditemuidalamkafeteriasekolahmenengah/Article
Raja Seluar Dalam DiCekup
KUALA TERENGGANU: Serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ke sebuah rumah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang, untuk memberkas pengedar dadah membawa penemuan mengejutkan apabila bukan dadah yang ditemui, sebaliknya kira-kira 400 seluar dan baju dalam wanita terpakai.Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin itu, polis yang menyerbu rumah itu untuk urusan pertuduhan kes dadah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pembantu kesihatan awam. Difahamkan, suspek yang pernah bertugas di Dungun dan Marang sebelum ini didapati dua kali positif ujian dadah jenis methamphetamine, malah ketika serbuan dan pemeriksaan di rumahnya, lelaki itu didapati memakai seluar dalam wanita. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu mengaku mencuri semua pakaian dalam berkenaan daripada ampaian rumah penduduk sekitar Marang dan Dungun. Menurutnya, ‘raja seluar dalam’ itu penagih pil kuda dan gemar memakai pakaian dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah, malah dikatakan mempunyai minat pelik dengan mengumpul pelbagai jenis pakaian dalam wanita. “Dia pernah bertugas di Dungun dan Marang mengaku mengumpul semua 400 pakaian terpakai itu sejak tahun lalu ketika berkhidmat di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya wanita yang tinggal sekitar dua daerah berkenaan yang mungkin kehilangan pakaian dalam supaya segera membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan. “Kami sedang bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah di kedua-dua daerah berkenaan untuk mengesan kemungkinan terdapat mangsa yang membuat laporan berhubung kehilangan pakaian berkenaan,” katanya. Sementara itu, dalam operasi sama kira-kira jam 5.30 pagi semalam, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun di sebuah rumah di Alor Limbat, Marang. Penahanan dibuat selepas polis menemui 60 pil kuda bernilai RM2,400 daripada kumpulan berkenaan dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rajaseluardalamdicekup/Article