Wednesday, June 16, 2010

Silap Potong Kabel

Penyamun silap potong kabelGambar Hiasan
TEMERLOH: Akibat terlalu cemas, tiga penyamun bertempiaran bagaikan lipas kudung selepas rumah yang mereka ceroboh terputus bekalan elektrik gara-gara kesilapan seorang daripada penyamun itu memotong kabel ketika mahu mengikat mangsa di Kampung Desa Bakti Batu 7, Jalan Karak, Mentakab, dekat sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia menceroboh rumah mangsa selepas mengumpil tingkap di bahagian dapur. Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang mengejutkan mangsa berusia 49 tahun bersama isteri berusia 43 tahun. Dua anak lelaki mangsa berusia 23 tahun dan 17 tahun dikumpul di bilik tidur mangsa sebelum dua daripada empat beranak berkenaan diikat dengan dawai. Disebabkan dawai tidak mencukupi, seorang penyamun mencari wayar sebelum nekad memotong kabel mesin basuh tanpa menutup suis. Akibat itu, bekalan elektrik rumah mangsa terputus dan dua rakan suspek terkejut dan teraba-raba mencari pintu keluar. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, berkata mangsa bersama isteri yang berjaya melepaskan diri membuat laporan kejadian terbabit di Balai Polis Mentakab, kira-kira jam 5.20 pagi. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunsilappotongkabel/Article

No comments:

Post a Comment