Friday, June 4, 2010

Keperawanan DiRagut

Keperawanan diragut lepas bersiar-siar
Gambar Hiasan
BATU PAHAT: Seorang pelajar perempuan tidak menduga kesudiannya keluar bersiar-siar bersama seorang lelaki, bukan saja berakhir dengan mahkota keperawanannya 'diragut' malah dia dijadikan hamba seks selepas rakaman perbuatan terkutuk itu dijadikan bahan ugutan. Peristiwa hitam dalam satu kawasan paya bakau berhampiran pekan Senggarang, dekat sini, turut dirakam lelaki durjana itu menggunakan telefon bimbitnya sebelum pelajar terbabit sering dipaksa melakukan hubungan seks bagi mengelakkan rakaman itu disebarkan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, proses perkenalan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Senggarang bersama lelaki berkenaan, didakwa berlaku secara biasa. "Proses perkenalan mereka didakwa berlaku secara biasa dan pelajar terbabit dikatakan bersetuju dengan pelawaan penganggur berkenaan untuk keluar bersiar di sekitar bandar ini. "Ketika dalam perjalanan pulang, lelaki terbabit didakwa membawa pelajar berkenaan ke kawasan pantai, sebelum memintanya membuka pakaian dan mengadakan hubungan seks dalam kawasan paya bakau berhampiran. "Tidak cukup dengan tindakannya merogol pelajar itu, penganggur terbabit didakwa turut menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam adegan seks," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keperawanandiragutlepasbersiar-diar/Article

No comments:

Post a Comment