Wednesday, June 9, 2010

Doktor Proses Ubat Batuk

Doktor proses ubat batuk di rumah

Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Tugasnya sebagai doktor sepatutnya membantu pesakitnya sembuh, tetapi lain pula yang berlaku apabila dia membuatkan pesakit terutama Mat Gian bertambah sakit dengan menjual ubat batuk haram kepada mereka.Pengamal perubatan yang mempunyai klinik sendiri itu menjadikan rumahnya di Taman Sungai Kapar Indah, Klang, sebagai pusat memproses ubat batuk sebelum dipercayai dijual kepada penagih dadah dan pengedar. Helah doktor lelaki berusia 49 tahun terbabit bagaimanapun terbongkar apabila rumahnya diserbu sepasukan polis Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Sabtu lalu dan polis menemui ribuan pil terlarang dan 24 botol ubat batuk bersaiz empat liter. Difahamkan, campuran semua ubat-ubatan itu mampu membuatkan seseorang itu berkhayal dan menjadi ketagih seperti yang biasa dilakukan penagih. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata sebelum polis membongkar kegiatan doktor itu, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki dalam sebuah rumah berhampiran, kira-kira jam 12.30 pagi hari sama. “Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 39 tahun itu, polis menemui 23 botol (empat liter) dan 144 botol (120 mililiter) berisi cecair disyaki kodein,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Doktorprosesubatbatukdirumah/Article

No comments:

Post a Comment