Thursday, June 10, 2010

DiHalau Dari Rumah Sewa

Satu keluarga di Gurun dihalau dari rumah sewa
Gambar Hiasan
GURUN: Hanya kerana tidak mampu menjelaskan bayaran pendahuluan elektrik sebanyak RM40, sepasang suami isteri yang mempunyai sembilan orang anak dihalau dari rumah sewa mereka di Kampung Bukit Kuang, Padang Lembu, dekat sini.Namun Shahrul Abdul Rahman, 37, dan keluarganya kembali ceria apabila Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menghulur bantuan kepada mereka hari ini. Pengerusi GPMS cawangan Kedah, Zuraidi Rahim berkata pihaknya akan turut membantu perbelanjaan empat anak Shahrul yang belajar di darjah dua hingga enam serta akan turut memindahkan keluarga tersebut ke Sungai Petani. "GPMS akan mendapatkan tempat tinggal untuk mereka di Sungai Petani kerana isteri Shahrul, Marwati Mohd Nazar, 35, bekerja di kilang di Sungai Petani," katanya ketika melawat keluarga itu di kampung berkenaan. Shahrul berkata, beliau tidak mempunyai wang untuk menjelaskan wang cagaran bayaran elektrik yang mungkin menyebabkan pemilik rumah menghalau mereka tiga minggu lalu. "Pada malam itu kami menumpang tidur di kaki lima sebuah bengkel kosong di kampung ini. Esoknya kami didatangi pemilik bengkel dan membenarkan kami tinggal di bengkel hingga hari ini," katanya. Menurutnya, mereka baru sebulan menyewa rumah di kampung itu dengan kadar RM100 sebulan sejak berpindah dari Kuala Lipis, Pahang pada April lalu. "Saya melakukan kerja sambilan dan memperolehi kira-kira RM200 sebulan," kata Shahrul. Marwati memperolehi kira-kira RM500 sebulan. Orang ramai yang ingin menghulur wang kepada keluarga tersebut boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Shahrul bernombor 156114191576.-Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SatukeluargadiGurundihalaudarirumahsewa/Article

No comments:

Post a Comment