Maut kena sengat
Gambar Hiasan
Oleh ALIAS ABD RANI
SADONG JAYA: Seorang pekerja ladang terpaksa menanggung azab kira-kira lima jam sebelum menemui ajal akibat disengat tebuan di sini, pagi kelmarin. Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Jawa Timur tidak menyedari satu daripada pokok didiami tebuan yang membuat sarang lalu menyerang mangsa. Berikutan itu, sekumpulan tebuan menyerangnya sebelum disengat sekurang-kurangnya 10 kali, menyebabkan mangsa berlari sambil menjerit kesakitan sebelum dibantu rakannya yang kebetulan tidak jauh dari lokasi kejadian. Difahamkan, mangsa yang disengat di tangan kanan, muka dan badan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan pokok sawit sebelum tercantas tanah yang didiami tebuan. Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Asajaya sebelum dirujuk ke HUS, namun meninggal dunia kira-kira jam 2 petang hari kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam. Kejadian seumpama itu yang ketiga sejak Oktober tahun lalu. Pada 4 Oktober tahun lalu, seorang wanita dan tiga anaknya berusia tiga hingga lapan tahun serta adik lelakinya disengat tebuan tanah dekat rumah mereka di Taman Sri Cahaya di Sungai Moyan, Kuching. Ketiga-tiga anak itu meninggal dunia manakala ibu mereka dirawat di HUS. Sebulan selepas itu, seorang murid tahun enam SK Kampung Bako meninggal dunia apabila disengat tebuan tanah ketika bermain di kawasan takungan air berhampiran Kampung Bako, dekat Kuching. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautkenasengat/myMA/myArticle/

No comments:
Post a Comment