Mati lemas dalam van
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Firdaus IbrahimKUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai lemas akibat kepanasan selepas ‘terkurung’ dalam van sekolah selama hampir tiga jam, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Alyah Zainal Abidin dikatakan tidak turun daripada kenderaan berkenaan sebaik tiba di tadika, di Bandar Baru Bangi, dekat sini, sebelum enjin van sekolah itu dimatikan. Difahamkan, semua rakan, guru dan pemandu van terbabit juga tidak perasan kanak-kanak malang itu masih berada dalam van berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood berkata, kanak-kanak itu hanya ditemui pemandu van berkenaan selepas sesi pembelajaran tamat kira-kira jam 11 pagi. “Mangsa ditemui dalam keadaan pengsan dan dia segera dikejarkan ke Hospital Kajang oleh pihak pengurusan tadika berkenaan untuk diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan. “Kami klasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) kerana siasatan mendapati tiada unsur jenayah. Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matilemasdalamvan/Article
No comments:
Post a Comment